Friday, November 5, 2010

Pelajaran II:Kedudukan geografi Orang Melayu

Pelajaran II:Kedudukan geografi Orang Melayu

Bulatan-bulatan merah menunjukkan pola kepadatan orang Melayu pada masa silam

Pelajaran kedua:Kedudukan geografi orang Melayu

Subtopik:Kedudukan geografi Tai-Kadai dan Mon-Khmer


Sekarang saya ingin terangkan kedudukan geografi kelompok-kelompok bangsa mengikut linguistik mereka,terutamanya bangsa Melayu.Ini penting supaya nanti tidak ada yang merewang-rewang sampai mengatakan kaum sendiri pernah menakluk Albania dan Australia atau jadi raja Funan dan Sriwijaya.Kita mesti tahu di manakah pergerakan bangsa Melayu,dan di manakah taburan pendudukan mereka di Asia Tenggara untuk memahami hegemoni mereka dalam sejarah Asia Tenggara.Mesti banyak mengkaji pelbagai aspek logikal,bukannya hanya bersumber satu pihak apatah lagi bersumberkan cakap-cakap mulut sahaja.

Sebab itu ketika membicarakan siapakah di sebalik empayar maritim Sriwijaya contohnya,kita mesti kaji,apakah bahasa yang digunakan atau apakah panggilan luar terhadap mereka?Dua soalan ini adalah penentu kepada pemilik empayar purba ini di kala pelbagai bangsa dan sub-bangsa (etnik/sukukaum) berebut-rebutkan empayar ini.Anda dapat jawab soalan tentang Sriwijaya,anda akan dapat mengetahui kunci rahsia Kerajaan Raja Parahu dan Hati.Ingat,ini amat penting untuk tahu kedudukan kita pada masa silam.Hanya bangsa yang betul-betul kuat sahaja mampu bertahan sehingga ke hari ini.Bangsa yang lemah akan ditindas sehingga tiada kerajaan dan negara.
Jika kita hanya sukukaum di antara orang Jawa,Bugis,Banjar,Sunda,Sulu,Aceh dan sebagainya...bayangkan bagaimana orang Melayu mampu memiliki negara sendiri dan menamakannya sebagai Malay-sia ('sia' bermaksud 'kawasan').Satu sukukaum di nusantara mampu memiliki negara sendiri.Malah bukan satu,ada dua negara Melayu.Kekuatan bukan soal ketenteraan dan keganasan semata-mata.Kekuatan bertahan (survival) lain cerita dengan kekuatan yang dapat ditunjukkan segera.Di tengah-tengah permainan politik kuasa Eropah juga kuasa Siam,orang Melayu masih mampu bertahan dan berdegil untuk memiliki tanahair sendiri.
Kita ambil contoh apa yang berlaku di Sulu.Kaum Sulu terkenal amat handal bertempur dan berani serta mahir dalam selok-belok laut.Mereka pernah mempunyai kesultanan sendiri yang dinamakan Kesultanan Sulu.Tetapi di mana mereka sekarang?Di mana Kesultanan Sulu pada hari ini?Apa yang terjadi ialah ramai individu mengaku sebagai waris Kesultanan Sulu dan keadaan semakin serabut.Sepanyol,Amerika dan bangsa khayalan bernama Filipina bersilih-ganti membuli kaum Sulu ini.Sebab itu strategi bangsa Melayu ialah:apabila Sriwijaya tumbang,rajanya cepat-cepat membuka kerajaan di tempat lain...yess di Melaka.Kemudian apabila Melaka tumbang diserang Portugis,rajanya menghantar anak-anaknya untuk dirajakan di tempat lain,iaitu di Perak dan Johor.Pahang dan Terengganu pula dihantar para bangsawan Melayu untuk memerintah di sana.INILAH DIA KUASA SURVIVAL...

Sepanjang hegemoni kuasa-kuasa Eropah,bangsa Melayu terpaksa bermain tarik tali dengan kuasa Eropah.Sebab apa?Sebab jika tersilap bermain...padah jawabnya.Pengajaran pertama?Ya,di Melaka.Kesilapan Sultan Melaka melayan kasar dan memenjarakan wakil Portugis menyebabkan orang Melayu mendapat peluang belajar satu pengalaman yang amat-amat pahit.Mengapa orang Melayu gagal memanfaatkan orang Portugis ini di kala orang Burma dan Siam menggunakan askar upahan Portugis ketika peperangan?BELAJAR DARI SEJARAH DAN ANDA AKAN MAMPU MEMIMPIN MASA DEPAN.Kuncinya diplomasi.Pandai dalam ilmu ini,kuasa tentera manapun yang datang,pasti dapat ditangani.

Warisan Kesultanan Melayu tetap bertahan walaupun di tengah-tengah kuasa Eropah ini.Bagaimana Kesultanan Brunei boleh wujud namun Kesultanan Sulu di sebelahnya ghaib dari peta politik pada hari ini??Kaji bagaimana Sultan Sulu gagal dalam diplomasinya terhadap kuasa Sepanyol dan Amerika.Sultan Sulu boleh mengarahkan kaum Sulu yang gagah berani berperang dan berperang tetapi sampai bila?Sepanyol pasti menghantar lebih banyak tentera dengan strategi moden dan senjata moden.Kaji bagaimana kebijakan Sultan Brunei dalam menghadapi Sepanyol.Kaji kemenangan orang Melayu Brunei dalam Perang Kastil 1578 antara Brunei dan Sepanyol.Kaji dan kaji...

HANYA BANGSA YANG PANDAI BERKERAJAAN DAN PUNYA PENGALAMAN MENUBUHKAN KERAJAAN SAHAJA LAYAK UNTUK 'SURVIVE' PADA HARI INI.

Jadi ini menjawab siapakah dia empunya sebenar empayar maritim Sriwijaya.Katakunci ialah:Pengalaman.

Ini rahsianya sebelum dua rahsia lagi iaitu:

1. Apakah bahasa yang digunakan oleh Empayar Sriwijaya?
2. Apakah panggilan orang luar terhadap empayar ini?

Jawapan:

1. Bahasa yang digunakan ialah bahasa Melayu Kuno (Old Malay)
2. Pelbagai variasi panggilan mengikut lidah penutur namun tradisi Khmer menyebutnya sebagai 'Malayu'.

Sebab itu saya katakan,malangnya empayar ini tidak menggunakan bahasa Siam,Dayak,Sulu,Bugis,Hindi mahupun bahasa Belanda dan Inggeris.Prasasti kemegahan empayar ini ditulis dalam bahasa Melayu Kuno.Tanyalah warisan Sriwijaya yang terdekat...Kesultanan Melaka.Kesultanan ini pakai bahasa apa?Bahasa Eskimo?

Sebab itu sejarah Melayu bukan sejarah hikayat ataupun cakap-cakap mulut sahaja.SEJARAH MELAYU DAPAT DIBUKTIKAN!Siap dengan segala manuskrip dan prasasti.

Jika lidah orang Cina dan Arab tergeliat untuk menyebut nama 'Sriwijaya' tanyalah pada orang Khmer,kerana ketika Sriwijaya masih berkuasa,orang Khmer telah membina empayar mereka sendiri di Indochina.Hubungan Sriwijaya-Khmer terakam kemas dalam banyak petitih-petitih kuno atau riwayat-riwayat mereka.Apa orang Khmer yang dikatakan membina peradaban Angkor itu memanggil 'Sriwijaya'?Ingat perkataan ini:

MA-LA-YU.

Orang Eropah memanggil 'Kepulauan Melayu' (Malay Archipelago) bukan Kepulauan Sulu atau Jawa kerana apabila bertandang ke Nusantara,yang menguasai pulau-pulau adalah mereka yang mengaku Melayu.Empayar Sriwijaya yang menguasai kepulauan adalah dari orang-orang Melayu sebab itu Kerajaan Angkor memanggilnya Melayu.Jika British sempat sampai ketika Sriwijaya memerintah...of course British akan panggil Malayu juga!Apabila Sriwijaya jatuh,naik empayar Melaka yang menguasai Selat Melaka (walaupun selalu menghadapi perang dingin dengan Majapahit) pun MALAYU JUGA!Jatuh Melaka,naik Empayar Johor-Riau yang menguasai Selat Melaka dan perdagangan maritim...dan teka siapa?Orang Eskimo?SALAH.

MALAYU juga!

Sebab itu jangan salahkan orang Melayu jika orang Eropah berminat (dan gemar) menamakan apa saja di Asia Tenggara dengan istilah 'Melayu'.Malay Archipelago,Malay Peninsula,Malay Race...Malayo-Polynesia...Malayan tribes....dan lagi...dan lagi.Sebab apa para pelajar sekalian?SEBAB BANGSA YANG PUNYA AUTORITI KEPADA WILAYAHNYA AKAN CEPAT DIKENAL ORANG LUAR.Anda menyorok dalam kampung dan kekampungan anda,orang tidak akan berminat mengenali anda.Sebab itu institusi raja-raja AMAT PENTING dalam kamus hidup orang Melayu dahulu.Orang Eropah terutamanya British jika mahu berurusan,mereka akan cuba berjumpa dengan raja atau ketua kerajaan dahulu.Berdiplomasi.Mahu berniaga kononnya.Mahu tanah untuk duduk.Bincang...bincang atas kapal.Buat perjanjian.

Siapakah orang pertama yang dijumpai oleh orang Eropah di Nusantara?Sultan Melaka dan empayarnya yang terkenal.Orang Eskimokah?BUKAN.

MALAYU.

Kenapa tidak jumpa Majapahit dahulu?Atau jumpa orang Siam?Tidak boleh saudara!Sebab orang Melayu amat popular ketika itu.Kena jumpa Sultan Melaka dahulu sebab orang ini PUNYA AUTORITI BESAR DALAM PERDAGANGAN REMPAH.Rempah adalah antara komoditi paling utama bangsa Eropah ketika itu.Sebelum Coca-Cola wujud,minuman ringan kegemaran orang Eropah ialah perahan buah atau arak atau air herba yang dicampur rempah!

Jadi kena terima hakikat.Orang yang popular senang dapat nama.Kenapa popular?Sebab ada di mana-mana.Kenapa ada di mana-mana?

SEBAB MEREKA PERNAH BINA EMPAYAR YANG BESAR.


                                                                  XXXXXXXXX

Sekarang kita masuk tajuk:Kedudukan Geografi Orang Melayu Pada Masa Silam.

Buka buku rampaian.Salin apa cikgu nak kata.Anak-anak Melayu jangan malas dengar riwayat sendiri ya,nanti dibuli orang lain.



Pesisir Pantai


Inilah pola kependudukan orang Melayu pada masa silam,terutamanya ketika era Sriwijaya.Ada yang hina orang Melayu ini lanun atau 'orang laut'.Tidak mengapa,saya tidak marah malah gelaran itu mengukuhkan lagi kepopularan orang Melayu sebagai pemilik mutlak Sriwijaya.Kata kerajaan maritim,kerajaan lautan.Sebab itu orang Melayu rapat dengan Orang Laut.
Sebab mereka perlu untuk jaga selat manakala orang Melayu mentadbir dari negarakota-negarakota di pesisir pantai.Macam Athens dan Greek (negarakota-negarakota Yunani) perlukan orang Phoenicia untuk jaga laut dan perdagangan.Perlu belajar ilmu geografi dan struktur pentadbiran baru dapat jawab rahsia Melayu.Bukan tengok hikayat merapu dan cakap-cakap mulut sahaja.Jika orang tua anda kata,"bangsa kita dahulu takluk dunia sampai ke Albania nun"...BUKTIKAN!

Jika anda kaji taburan orang Melayu,mereka ada di pesisir pantai Sumatera,semenanjung dan pesisir Borneo serta pulau-pulau di antaranya.Orang Melayu juga ada di pesisir timur Pulau Jawa.Sebab itu orang Sunda budayanya bercampur antara Melayu dan Jawa.Kerajaan Brunei duduk di tengah-tengah pedalaman Sarawakkah?Bukan.Brunei terletak di pesisir Borneo.

Kenapa pesisir pantai?Nak saya bagitahu?

SEBAB SENANG AKSES KE LAUT.

Dahulu,jalan pengangkutan paling cepat adalah melalui jalan laut.Orang Melayu boleh berdagang dengan Maharaja China merentasi semenanjung,tembus ke Thailand dan Laos atau menyusuri Vietnam kemudian masuk ke Forbidden City mengadap Maharaja China.TETAPI INI KERJA GILA.

Dahulu tiada pesawat Boeing 747.Jadi SIAPA YANG MENGUASAI LAUT MAKA DIA YANG MENGUASAI PERDAGANGAN ANTARABANGSA.

Siapa yang menguasai perdagangan antarabangsa maka bahasanya...tolong sambung cik abang cik akak...nak saya sambung juga?

SIAPA YANG MENGUASAI PERDAGANGAN ANTARABANGSA MAKA BAHASANYA AKAN MENJADI LINGUA FRANCA.

Senang ceritakan?Tidak payah mengaku ini dan itu tetapi satu habuk pun tarak.Bahasa apa yang punya ranking ke-6 dunia?Hai,lupa pula ya (Seorang menteri Kata ranking ke-4 dunia,tapi tak apalah saya merendah diri).Baru semalam rasanya saya 'lecture' abang-abang...kakak-kakak semua.Bahasa apakah yang dikatakan oleh penulis Eropah abad ke 17-18,Jean-Baptiste Tavernier dan Louis Thomassin sebagai,"language of the learned in all the Indies, like Latin in Europe"???

Ok,sebab itu bahasa Melayu jadi meluas sampai ke hari ini.Dalam kes ini saya tabik spring pada Indonesia kerana MENDAULATKAN bahasa Melayu (bahasa Indonesia) sehingga jadi begitu elit dan dihormati di Indonesia.Bahasa ini begitu diangkat di sana sehingga Cina,India dan lain-lain akan belajar betul-betul bahasa ini sampai ke pelat-pelatnya.

Ok,oleh kerana orang Melayu ada di semenanjung (termasuk Indochina),ada di Borneo dan Sumatera (Filipina juga sebenarnya tetapi ini ada kes lain) maka TANYA DENGAN JUJUR,APA SEBABNYA??

Ingat baik-baik:

1-Perdagangan
2-Empayar

Ada orang buat hipotesis,orang Melayu sebenarnya bangsa tinggal di laut sahaja dengan sampan-sampannya tidak jejak darat.Hairan juga sebab Maharaja Sriwijaya dan Sultan Melaka tidak buat istana atas sampan.Siapa nak belajar bahasa orang yang duduk atas sampan sahaja 24jam.Ini hipotesis yang tidak logik.Tidak munasarawak.Bangsa yang 24jam duduk atas sampan tidak akan dapat 'survive' sehingga ke hari ini.Viking dan Phoenicia pun sudah pupus.

Jika orang Melayu tidak tinggal di pesisir pantai,mereka tidak akan mampu menguasai lautan.SEBAB ITU DI TENGAH-TENGAH SEMENANJUNG ADA ORANG ASLI yang berbahasa mirip Mon-Khmer.Orang Asli duduk di mana cik abang,cik akak?Tepi laut?

Orang Mon adalah pembina negarakota (city-states) berasaskan pertanian (agraria).Kerajaan kuno mereka yang dapat dikesan ialah Dvaravati di tengah Thailand.Negarakota Melayu macam Gangga Negara atau Kedah Tua bina pelabuhan tepi pantai.Pada masa dahulu orang Melayu berhubung dengan orang Mon kerana perdagangan hasil hutan.Hasil pertanian dari negarakota-negarakota Mon dihantar ke pelabuhan-pelabuhan Melayu Purba seperti Langkasuka atau Kedah Tua.Di sini mereka saling bertukar barangan.Orang Melayu beri orang Mon hasil laut.Macam hari ini,Orang Asli turun pekan jual petai pada orang Melayu.

Kedudukan orang Tai pula masih berkeliaran di sekitar Nanchao,Yunnan,Guangxi iaitu selatan China,utara Burma hingga utara Vietnam.

Jadi populasi bangsa Melayu dahulu kepadatannya bermula dari pesisir pantai sehingga ke dalam.Di mana-mana di Asia Tenggara.Ok,sekarang dengar baik-baik cikgu nak bagitahu ini.Jangan tidur anak Melayu.

Ada tidak orang Siam di Borneo?Di Sumatera?

Orang Jawa datang dari mana?Sumatera?

Orang Sulu ada atau tidak di Indochina?Ada prasasti?Ada bukti?

Soalan di atas contoh sahaja.Bukan nak 'downgrade' mana-mana sukukaum.

Ok,saya jawab.Orang Siam tentulah tiada di Borneo dan Sumatera.Secara tradisinya.Orang Jawa umum tahu datang dari Pulau Jawa.Orang Sulu hanya berkisar di Kepulauan Sulu dan Laut Sulu di selatan Filipina dan utara Sabah.

Orang Melayu bagaimana?

Di Borneo dan Sumatera memang ada orang Melayu.Orang Melayu datang dari...seluruh Asia Tenggara.Tiada pulau atau laut khas untuk orang Melayu.Jika Bugis dari Makasar/Sulawesi,Madura dari Pulau Madura,Aceh dari utara Sumatera,Sulu dari selatan Filipina...orang Melayu bertaburan merata-rata di pesisir pantai Asia Tenggara.JIka semenanjung dikatakan asal-usul Melayu,di Sumatera dan Riau,orang Melayu telah ada sejak zaman-berzaman.Jika Sumatera dikatakan asal-usul Melayu,dari Johor sampai ke Segenting Kra,orang Melayu buat kerajaan-kerajaan 'city-states'.

Prasasti Kedukan Bukit abad ke-7 Masehi,ok.Lihat apa Ptolemy,pelukis peta Greek labelkan Pulau Phuket di Thailand dalam petanya tahun 157 Masehi.Bukan 1511 ya...ini 157 Masehi,junjungan besar kita pun belum lahir lagi dan di sekitar Mekah mungkin ada suku-suku Jurhum (sukukaum asli Tanah Arab sebelum kedatangan Arab Quraisy) tinggal tidak jauh dari situ.1 abad 57 tahun selepas kelahiran Nabi Isa mengikut kalendar Gregorian.

Claudius Ptolemy pada petanya tahun 157 Masehi melabel Pulau Phuket sebagai Jung Si Lang.Kemudian orang Eropah zaman kolonial menafsirkannya sebagai 'Junk Ceylon'.Sudah jadi maksud lain pula menjadi "Jong Sri Lanka".SEBENARNYA...MARI DEKAT SIKIT ANAK MURID CIKGU NAK BAGITAHU.

Nama sebenar pulau itu adalah HUJUNG SALANG.Ini nama paling kuno setakat ini.Kemudian dipanggil 'Bukit'.Kemudian datang orang Siam panggil ia jadi 'Phuket'.Claudius Ptolemy memang jujur dalam hal ini dan benarlah tanah semenanjung ini adalah "Aurea Chersonese" (Semenanjung Emas) seperti yang dilabelnya.Jadi sebelum timbul kerajaan Melayu di Sumatera,telah ada orang Melayu di Phuket,Thailand tahun 157 Masehi!

Bahasa Melayu telah ada pada abad ke-2 Masehi!Benarlah prasasti tertua di Indochina iaitu pada abad ke-2 Masehi berbahasa Melayu suku Cham.Sebab itu saya amat obses dengan Melayu Segenting Kra.Benar-benar misteri yang tidak tertanggungkan.Terutamanya Grahi dan Nagara Sri Dharmaraja.Persamaan budaya orang Kelantan dan Jawa.Orang Kelantan kuat kenegerian mereka.Orang Jawa pun kuat 'kejawen' mereka.Saya benar-benar tenggelam dengan sejarah Melayu Segenting Kra (Itsmian Malay Kingdoms).Benar-benar hilang lesap macam hikayat raja-raja kayangan.

Ingat cikgu bagitahu dahulu,JIKA ORANG MELAYU HARI INI TIDAK TAHU KEWUJUDAN MEREKA PADA MASA LALU,ORANG-ORANG LUAR TETAP ADA BUKTI KEWUJUDAN KITA PADA MASA SILAM.

Jadi ingat katakunci pelajaran kita hari ini:

ORANG MELAYU PADA MASA DAHULU KEBANYAKANNYA TINGGAL DI PESISIR PANTAI.





Credit : srikandi ( http://mistisfiles.blogspot.com/2010/10/pelajaran-iikedudukan-geografi-orang.html )

Pelajaran Pertama: Malayo-Polinesian & Austronesian




Pelajaran Pertama: Malayo-Polinesian & Austronesian.


Pelajaran 1:Belajar apa itu Malayo-Polinesian & Austronesian.






Untuk memahami apa yang dikatakan 'rumpun Melayu' atau Nusantara,kita mesti belajar apakah persamaan antara etnik-etnik di dalam rumpun Nusantara itu.Kita mesti tahu apakah beza antara rumpun Nusantara dengan kelompok-kelompok bangsa yang lain.Saya jujur mengatakan bahawa ketika zaman klasik Kesultanan Melaka,telah timbul apa yang dinamakan rumpun Melayu kerana Kesultanan Melaka telah bertindak sebagai satu empayar yang menakluk seluruh semenanjung dan sebahagian Sumatera;menyambung warisan yang ditinggalkan empayar Melayu Sriwijaya dahulu.Empayar ini amat kuat dan disegani Timur dan Barat sehingga hanya kuasa Eropah sahaja bergabung dengan pengkhianatan dari dalam,yang mampu menumbangkan Kesultanan ini.

Mengapa orang Bugis lebih senang menyerap budaya Melayu Selangor?Mengapa orang Jawa senang berasimilasi dengan orang Melayu Johor?Mengapa orang Banjar,Mendahiling atau Rawa lebih rapat dengan orang Melayu berbanding dengan orang Thai contohnya?Mengapa budaya berkeris ada pada orang Sulu,Jawa,Bugis dan Melayu (sekadar menamakan beberapa contoh)?Kita lebih faham bahasa orang Boyan atau orang Burma?

Kita mesti faham betul-betul perkara ini sebab jika kita tidak memahami perkara ini sebetulnya,nanti ada orang yang dari kelompok bangsa lain contohnya Tai-Kadai akan cuba memutarbelitkan fakta berkaitan kaum dan bangsa ini.Tidak memahami kategori antara bangsa-bangsa ini menyebabkan kegiatan merompak budaya dan identiti akan berlaku.Juga UNTUK MENGELAKKAN KEKELIRUAN BUDAYA sesama sendiri di dalam KELOMPOK YANG SAMA.Contohnya keris adalah budaya etnik-etnik Malayo-Polinesian.Jika orang Melayu berkeris,ini tidak bermakna mereka merompak budaya dari orang Jawa.


Jika orang Jawa pakai kain batik,ini tidak bermakna mereka mencuri kain batik orang Kelantan.Kena faham betul-betul.Nanti tidaklah berperang sesama rumpun sendiri disebabkan hal yang remeh-temeh begini.'French Fries' contohnya adalah makanan orang Perancis dan Amerika.Namun tidak pernah orang Perancis berperang dengan orang Amerika semata-mata berebutkan 'French Fries' ('pommes frites' dalam bahasa Perancis).Tetapi ada orang yang ghairah mahu berperang semata-mata ingin berebutkan rendang!Lihat beza mentaliti orang Eropah dengan orang Asia yang terjajah pemikirannya.Apa yang mahu saya katakan lagi,why are you so stupid?

Ok,kita belajar sejarah secara santai.Tidak perlu tension-tension.Anda suka belajar sejarah dengan cara menghafal tarikh-tarikh?Saya pun tidak suka!Sebenarnya sejarah adalah subjek yang menarik.Sejarah melangkaui politik,budaya,geografi dan banyak bidang lain.Sejarah akan menjawab banyak persoalan.Apa,mengapa,bila,dimana,siapa dan bagaimana.Ok,biar saya teruskan 'lecture' saya tentang kelompok budaya dan bahasa yang dikelaskan sebagai,Austronesia.

Austronesia adalah kelompok bahasa yang tersebar di zon yang dinamakan Oceania dan Asia Tenggara sehingga ke Madagaskar.Orang Austronesia pula adalah mereka yang bertutur bahasa-bahasa di dalam kelompok Austronesia.

Dahulu kelompok bahasa ini digelar sebagai Malayo-Polinesia.Kemudian ditemui di Taiwan di mana terdapat kelompok-kelompok pribumi di sana bertutur bahasa mirip bahasa-bahasa dalam Malayo-Polinesia yang kemudiannya dikelaskan sebagai bahasa Formosa.

Gabungan bahasa Formosa dan Malayo-Polinesia inilah kemudiannya digelar Austronesia.

Austronesia adalah salah satu kelompok bahasa utama di dunia.Austronesia juga merupakan kelompok bahasa yang terbesar dari segi jumlah bahasa iaitu kira-kira 1268 jenis bahasa.Austronesia juga memiliki kawasan penyebaran paling luas,iaitu dari Madagaskar hingga ke Pulau Easter.

Bahasa Melayu dan bahasa Jawa adalah dua bahasa Austronesia yang mempunyai ramai penutur.Bahasa Melayu mempunyai lebih 40 juta penutur asli dan bahasa Jawa mempunyai kira-kira 80 juta penutur asli.Dari segi etnologi dan jumlah penutur sebenar,bahasa Melayu adalah bahasa Austronesia yang paling ramai penutur iaitu kira-kira 300 juta penutur (digabungkan dengan Bahasa Indonesia iaitu salah satu dialek dari bahasa Melayu) dan menduduki tangga ke-6 dunia,ranking bahasa paling meluas digunakan.

Bahasa Melayu sebagai bahasa elit Austronesia adalah terkelompok pula ke dalam bahasa Malayo-Polinesian Barat,bersama-sama bahasa Jawa,Sunda,Bugis dan lain-lain.Bahasa Malayo-Polinesian Timur pula termasuklah bahasa-bahasa di kepulauan Pasifik seperti Hawaii,Tonga,Maori,Samoa dan lain-lain.

Ok,sekarang anda faham siapakah itu orang Austronesia?Persamaan antara bahasa-bahasa Austronesia yang paling ketara ialah menyebutkan bilangan jamak sesuatu dengan mengulangi dua kali perkataan.Contohnya jika ada banyak kapal,mereka namakan 'kapal-kapal' (bukan 'kapals').Satu lagi rahsia yang paling ketara namun jarang orang ketahui ialah penyebutan nombor-nombor.Terdapat persamaan ketara antara penyebutan nombor 1 hingga 10 misalnya diantara bahasa Hawaii,Tonga,Samoa dan lain-lain dengan bahasa Jawa,Sunda dan ya...sudah pasti bahasa Melayu.Lihat jadual:


Lihat,nombor-nombor mereka,sama ada dipengaruhi bahasa Melayu atau dipengaruhi bahasa Jawa.Sebab apa?Jawapan yang paling mudah,kena salahkan dua empayar ini:Sriwijaya dan Majapahit.Tetapi kalau nak jawapan yang kompleks,kena jawab dengan sejarah linguistik dan pergerakan kaum-kaum Austronesia.Bahasa Sunda misalnya sebutan nombornya bercampur antara bahasa Melayu dan Jawa.

Ok,itu adalah persamaan antara bahasa-bahasa dalam kelompok Austronesia atau nama klasiknya 'rumpun Melayu'.Rumpun ya...bukan orang Melayu.Serumpun maknanya berkongsi budaya dan bahasa.Orang Batak misalnya berbeza dengan orang Melayu.Jadi orang Batak bukan orang Melayu dari segi etnik-etnik dalam kelompok budaya Austronesia.Masing-masing ada identiti.Apabila bercakap dalam konteks 'dalam rumah sendiri' Melayu adalah salah satu kaum atau sub-bangsa dalam rumpun Austronesia. 


Samalah apabila bercakap dalam konteks Malaysia,orang Kedah,orang Perak dan orang Kelantan misalnya adalah ORANG MELAYU.Namun bila bercakap soal kenegerian,masing-masing ada identiti sendiri seperti bahasa,senibina,makanan atau pakaian.Jadi bila orang-orang Melayu sedar bahawa ada kaum lain yang seakan sama dari segi wajah,bahasa dan budaya dengan orang Melayu maka mereka menyebut,"kita serumpun" (rumpun Austronesia atau Nusantara).Jadi Thai,Burma,Viet ataupun Mon-Khmer bukanlah serumpun dengan orang Melayu (ditolak faktor asimilasi atau cedokan bahasa dan budaya) sebab asas atau induk mereka berlainan dari orang Melayu.

Thai boleh mencedok budaya Melayu Segenting Kra atau Khmer tetapi lihat bahasanya.Jauh berbeza.Ini dinamakan 'asimilasi'.Bukan serumpun.Tetapi ini asimilasi antara dua kelompok berbeza.Kalau anda faham masalah ini,saya tanya anda...orang Siam itu sama atau tidak dengan orang Melayu?Serumpun atau tidak??

Siam adalah nama yang diberikan kepada kerajaan Ayutthaya.Rakyatnya ialah Siam.Tidak kira Tai,Mon,Khmer atau Melayu.Ada satu lagi kerajaan Tai iaitu Sukhotai yang lebih awal dari Ayutthaya.Tetapi Sukhotai bukan 'Siam'.SIAM ADALAH BUDAYA BERCAMPUR ANTARA TAI-MON-KHMER-MELAYU.Siam bukan Melayu dalam ertikata sebenarnya.Jadi konotasi adakah orang Melayu mencedok adat Siam adalah SALAH SAMA SEKALI.Siamlah yang mencedok segala budaya di sekelilingnya!

Inilah gunanya tahu sejarah.Tidaklah nanti kita terkeliru sampai menjatuhkan prestij sendiri secara sukarela.

Orang Tai ('Tai' bermaksud bangsa ini seluruhnya manakala 'Thai' ialah konotasi baru lebih merujuk kepada orang Tai di Thailand) termasuk dalam kelompok Tai-Kadai atau Kradai.Orang Tai ini juga banyak sub-bangsanya seperti orang Shan,orang Li,orang Kam-Sui,Tai-Dam dan lain-lain.Etnik kedua terbesar di China selepas orang Han adalah Zhuang,yang berasal dari bangsa Tai-Kadai ini.Bangsa Tai-Kadai ini asalnya tinggal berselerak di selatan China sehingga ke utara Burma dan Assam di India.Mereka kaum petani (agraria).Tai-Kadai adalah kelompok bahasa yang dipertuturkan oleh semua etnik Tai ini.Mereka juga dilihat berkongsi beberapa budaya,yang paling ketara ialah perayaan Songkran.

Budaya etnik Tai berbeza dengan apa yang dinamakan sebagai 'Siam'.Siam adalah gabungan apa yang saya sebutkan tadi.Mula-mula orang Tai ini tinggal di bawah pemerintahan Empayar Khmer.Jadi asimilasi telah ada dengan budaya Khmer.Kemudian selepas berjaya membebaskan diri dari empayar ini,mereka mula membina kerajaan.Yang paling tersohor ialah Sukhotai.Mereka mula menakluk kerajaan-kerajaan Mon di tengah Thailand pada hari ini.Jadi mereka sudah berasimilasi dengan orang Mon yang lebih dahulu punya peradaban di Indochina.

Akhir sekali ketika menubuhkan Ayutthaya,mereka telah berasimilasi dengan teruknya dengan negeri-negeri Melayu Segenting Kra dan Kerajaan Angkor menjadi apa yang dinamakan sebagai 'SIAM'.Ketika menjarah Angkor (serta menakluk sekali Angkor Wat) raja Ayutthaya telah mengangkut beribu-ribu artisan,tukang ukir,tukang batu,para penari dan seniman Khmer ke Ayutthaya.Kemudian apabila mereka mara lebih ke selatan,orang Tai ini melengkapkan identiti mereka sebagai Siam,apabila berasimilasi dengan orang Melayu ketika menakluk negeri-negeri Segenting Kra.

Malah Ayutthaya itu sendiri adalah wilayah Negara Sri Dharmaraja,sebuah negeri Melayu Segenting Kra.Kemudian terjadi konflik merebut tanah Ayutthaya dengan U-Thong,raja pertama Ayutthaya yang 'menceroboh' masuk ke Ayutthaya sehingga ke beberapa raja selepasnya.Riwayat Khmer menyebutkan apabila raja Negara Sri Dharmaraja akhirnya tewas,beliau menyerahkan wilayah Ayutthaya sepenuhnya kepada seorang raja Tai dengan syarat mengambil anak-anaknya sebagai anak angkat raja Ayutthaya.

Kita boleh lihat persamaan senibina istana Raja Thai iaitu Grand Palace dengan istana Raja Khmer Kemboja di Phnom Penh:

Istana diraja Khmer Kemboja

Istana Raja Thai di Thailand


Jadi siapa cedok siapa?Khmer adalah berbeza laras bahasa dan bangsa dengan orang Tai.Bahasa Khmer adalah dari kelompok Mon-Khmer.Jika senibina orang Aceh dan Melayu punya persamaan boleh dipertimbangkan kerana satu rumpun,tetapi orang Khmer dan orang Tai dari rumpun berbeza!SEBAB APA TUAN-TUAN?Sebab asimilasi,tidak kira sebab peperangan mahupun perkahwinan.Perkaitan orang Melayu dengan orang Khmer pula banyak terkait akibat perkahwinan raja-raja Melayu Segenting Kra dengan gadis-gadis Khmer.Maka lahirlah raja-raja seperti Suryavarman I mahupun Jayaviravarman.Sujita,seorang raja Melayu Negara Sri Dharmaraja dari keturunan Sriwijaya telah berkahwin dengan puteri Khmer dari keturunan Kambuja.Menarik bukan?

Ingat,jangan jadi katak di bawah tempurung.Melayu di Malaysia mula jadi katak di bawah tempurung selepas dijajah British.Samalah seperti nasionalis Jawa yang terlompat-lompat hulurkan buluh runcing.Itu semua akibat ditipu Belanda.Ingat dua katakunci ini:

1. Dahulu tiada apa yang dinamakan Malaysia atau Indonesia.
2. Budaya adalah milik bangsa BUKAN NEGARA.

Bezanya,nasionalis Jawa ditipu Belanda sehingga jadi terlampau fanatik dengan bangsa khayalan bernama 'Indonesia'.Tetapi Melayu Malaysia ditipu British sampai jadi lembik,tidak bersemangat dan buta sejarah.Datang orang Siam cuit sikit...kelam kabut tak ingat dunia...kemudian menyembah kaki raja Siam tanpa usul periksa.

Jadi saudara saudari sekalian,nampak tak bahawa bahasa kita,budaya kita adalah amat luas menjangkau Malaysia sendiri.Bila bercakap tentang sejarah Melayu JANGAN SESEKALI BERDASARKAN KAWASAN SESEMPIT MALAYSIA.Jangan saudara,jangan.Sebab nenek moyang kita adalah pedagang dan pelaut yang amat disegani Timur dan Barat.Dan kita bukan mula buat kerajaan ketika Kesutanan Melaka.Bukan saudara.Banyak kerajaan-kerajaan sebelum Melaka,yang paling terkenal ialah Empayar Sriwijaya.Belum lagi nak bercakap pasal 'city-states' Melayu yang bertaburan dari utara semenanjung hingga ke Segenting Kra.Itu mungkin makan ratusan tahun Sebelum Masehi,sebab ketika Sriwijaya meluaskan jajahan takluknya,telah ada kerajaan Grahi,Kedah Tua atau Gangga Negara.Sejak bila kerajaan 'city-states' Melayu ini wujud?

Menariknya,prasasti 'Old Malay' ditemui seawal abad ke-7 Masehi.Tulisan 'Old English' pula dijumpai seawal abad 8 Masehi.Salah satunya ialah puisi Beowulf.Itupun bahasanya belum sepenuhnya 'English' sebab ada yang mendakwa ia masih bahasa Anglo-Saxon,suku Jerman Kuno yang membentuk bangsa Inggeris hari ini.Prasasti Melayu Cham pula seawal abad 2 Masehi.Bila bercakap sejarah bangsa,ingatlah...kita adalah antara yang terbaik.

Baiklah para pelajar semua,kelas bersurai.Jumpa lagi di lain artikel.










Jangan keliru sejarah bangsa sendiri!

Ketika saya belajar sejarah dahulu,terutamanya ketika di tingkatan satu,saya memahami selepas topik 'orang gua' (Paleolitik,Mesolitik dan 'litik-litik' yang lain) saya dihidangkan tentang sejarah Kesultanan Melaka.Saya ketika itu walaupun masih kecil namun tetap boleh berfikir dan terpinga-pinga mengapa sejarah Malaysia khasnya orang Melayu boleh menjadi cacamarba sebegini.Jika teks Sejarah Malaysia dijadikan filem komersil,saya jamin ia akan menjadi filem paling top oleh Rotten Tomatoes.Filem paling tidak senonoh dari segi kronologi.

Ketika di tingkatan 5,barulah ada disentuh sedikit tentang kerajaan agraria dan maritim di Asia Tenggara.Ada disebutkan tentang Champa dan Funan.JUga disebutkan tentang Sailendra dan Sriwijaya.Namun ketika saya tidak tahu bahawa Sriwijaya yang amat hebat itu adalah empayar orang-orang Melayu!Dan Sailendra yang merupakan dinasti penguasa paling agung Asia Tenggara adalah dinasti Melayu!Memang saya tidak tahu.Dan ramai tidak tahu.Ketika itu saya benar-benar tidak mengerti mengapa sejarah bangsa saya adalah sejarah paling misteri dalam dunia.


Tidak ada kesinambungan.Terputus dan terpecah-pecah di sana-sini.Pada mulanya saya memikirkan bahawa orang Melayu itu hanya terdapat di semenanjung.Kemudian saya tahu bahawa orang Melayu ada di Sumatera.Kemudian rupa-rupanya ada satu kerajaan Melayu di Borneo,Brunei Darussalam.Kemudian akhirnya saya tahu ada Melayu di Selatan Thai.

Pada mulanya juga,saya memikirkan bahawa kerajaan orang Melayu YANG MULA-MULA SEKALI adalah Kerajaan Melaka.Sebelum itu orang Melayu mungkin tidak punya apa-apa kerajaan.Saya diajar tentang Parameswara,penguasa pertama Melaka telah membunuh Temagi,wakil pemerintah 'Siam' di Temasik dan melarikan diri sehingga membuka Melaka.Saya berfikir,bagaimana 'Siam' boleh sampai nun...di Singapura sana.Hanya dalam Sejarah Melayu sahaja disebutkan tentang Temagi ini manakala semua petitih-petitih kuno dan riwayat Thai tidak menyebutkan apa-apa tentang penguasaan mereka sejauh Temasik.


Namun saya ketika itu mula memikirkan bahawa sebelum naik Kesultanan Melaka,seluruh semenanjung adalah di bawah taklukan 'Siam'.Jadi dari mana orang Melayu datang?Kenapa Siam yang terkenal kuat itu tidak menghalang penubuhan Melaka?Saya benar-benar keliru dengan riwayat bangsa saya sendiri.

Apabila saya mengambil kursus sejarah di universiti,dan mengkaji sejarah Melayu Asia Tenggara dengan semakin mendalam,saya menjadi semakin keliru apabila dijumpai prasasti-prasasti berbahasa Melayu Kuno di merata tempat seawal abad ke-7 Masehi!Saya juga tidak menyangka bahawa Champa adalah kerajaan orang Melayu dari suku Cham yang punya kaitan rapat dengan orang Kelantan dan Terengganu.Saya semakin pelik apabila empayar maritim Sriwijaya yang telah membina Borobudur itu ketika era dinasti Sailendra memerintah Jawa menggunakan bahasa Melayu Kuno!

Kemudian saya tahu yang membunuh Temagi BUKANLAH PARAMESWARA tetapi Sang Nila Utama,seorang putera dari keturunan Sriwijaya yang berpindah ke Temasik dari Sumatera untuk lari dari hegemoni Majapahit yang semakin kuat di Palembang.DAN SAYA TAHU BAHAWA TEMAGI BUKANLAH KETURUNAN THAI ATAU DARI KERAJAAN AYUTTHAYA,tetapi keturunan sama ada MON-KHMER atau MELAYU SEGENTING KRA dari kerajaan Melayu antara tergelap dalam sejarah Kemelayuan,TAMBRALINGGA.Temagi dikatakan dibunuh pada tahun 1324 padahal kerajaan Ayutthaya ditubuhkan kira-kira pada tahun 1354!Ayutthaya perlu mengambil masa berpuluh tahun sebelum mampu menghantar tenteranya menakluki Temasik!

Cerita yang sebenar ialah,ketika hegemoni Sriwijaya ke atas Asia Tenggara sedikit demi sedikit runtuh,maka banyak negarakota Melayu (Malay states) dan lain-lain (contohnya kerajaan orang Mon) mula membebaskan diri dari Sriwijaya.Terutamanya ketika serangan kilat Rajendra Chola dan peperangan dengan di Jawa telah melemahkan hegemoni empayar ini menyebabkan Sriwijaya melepaskan wilayah-wilayahnya.Salah satunya ialah Tambralingga yang kemudiannya dikenali sebagai Nagara Sri Dharmaraja.Raja Tambralingga yang berjaya membebaskan diri dari pengaruh Sriwijaya mula meluaskan pengaruhnya sendiri di seluruh semenanjung hingga ke Temasik.Pengaruh Tambralingga semakin besar sehingga mampu menghantar angkatan tentera menyerang Sri Lanka pada tahun 1247 Masehi.Tidak hairanlah pulau Temasik adalah di bawah pengaruh Tambralingga jika sudah berupaya menghantar tentera sejauh ke Sri Lanka.

 Ukiran pada Borobudur pada abad sekitar 6-8 Masehi menunjukkan orang Melayu telah mampu membina kapal-kapal besar dan membina rangkaian perdagangan ketika di Kepulauan British masih berperang dengan bangsa Norman,Norseman dan puak-puak Jerman Kuno.


Semua kekeliruan sejarah ini menyebabkan kesan yang bukan sedikit.Pertamanya orang Melayu memikirkan dahulu seluruh semenanjung adalah di bawah Siam.Kemudian yang lucunya,ada warganegara Malaysia keturunan Thai berdegil mengatakan bahawa Temagi itu adalah wakil Ayutthaya dan dahulunya orang Thai adalah pribumi semenanjung!Ini adalah KARUT kerana semua pengkaji sejarah tahu orang Thai adalah imigran termuda ke Indochina ketika etnik-etnik Malayo-Polinesia (termasuk Melayu),orang Pyu,Mon dan Khmer sudah berada lama di Indochina.

Ingat kisah Rajuna Tapa yang membuka pintu kota Temasik untuk tentera Majapahit?Itulah sebab Parameswara lari ke Melaka!Bukan sebab membunuh Temagi.Siap ada filem era Jalan Ampas lagi tentang serangan Majapahit ke atas Temasik akibat pembelotan Sang Rajuna Tapa,seorang pegawai kerajaan Temasik di bawah pemerintahan keluarga Parameswara.Sang Rajuna Tapa membelot kerana kecewa anak perempuannya dihukum sula oleh raja akibat dituduh bermukah.

Semua ini bagaikan melengkapkan satu 'puzzles' yang berselerak di sana-sini!

Salasilah sejarah Melayu yang sekejap gelap sekejap terang menyebabkan banyak pihak mengambil kesempatan.Bumi orang Melayu yang penuh kekayaan ini menjadi idaman semua bangsa di dunia.Kedudukannya yang strategik di antara Barat dan Timur dicemburui ramai orang.Bukan sahaja di darat malah lautan kelilingnya penuh dengan sumber mineral.Kaji mengapa China yang jauh dari Kepulauan Spratly bermatian menuntut kawasan ini.

Dari segi kedudukan,Filipina dan Malaysia punya kelebihan kerana lebih berdekatan.Kerana faktor-faktor kedudukannya yang jauh dari kepulauan ini maka China terpaksa menggunakan SENJATA BERBAHAYA yang kurang dipedulikan pemimpin UMNO yang 'duit rakyat didahulukan,perut sendiri diutamakan'.Apa senjata itu wahai tuan-tuan dan puan-puan?




S E J A R A H.

China terpaksa mendakwa bahawa Kepulauan Spratly telah lama dikunjungi oleh para nelayan dan pedagang China sejak berabad-abad dahulu padahal ramai pengkaji sejarah maritim mengakui orang-orang China agak lambat menguasai laut selatan berbanding kaum-kaum Austronesia yang terkenal sebagai para pelayar dan pengembara maritim dari Hawaii hingga ke Madagaskar.Para pedagang China terpaksa menumpang kapal-kapal orang 'Kunlun' untuk ke selatan kerana keadaan laut di situ amat berbahaya.Siapa orang 'Kunlun' dalam teks kuno Maharaja China?Tidak perlu saya beritahu.



Betapa indahnya kenangan bangsa Melayu pada masa-masa dahulu.Ahli sejarah luar negara mengenang Melayu sebagai bangsa yang setaraf dengan Norseman dan Phoenicia,pakar dalam ilmu maritim.Sehingga pada candi,tukang-tukang batu Melayu mengabadikan profesion purba mereka dengan penuh megah.


Cukuplah Merong Mahawangsa yang diupah untuk membawa putera Rom menemui puteri China menggunakan kapalnya.Inilah kisah profesion purba orang 'Kunlun' yang terakam kemas dalam hikayat Melayu dahulukala.Sebab itu saya katakan dahulu,membaca hikayat-hikayat Melayu perlu punya pengetahuan sejarah yang luas supaya dapat membaca secara 'READ BETWEEN THE LINES'.Di dalamnya penuh kod-kod rahsia yang hanya mampu dipecahkan jika pengetahuan kronologi sejarah kita kuat.Orang Melayu dahulukala memang suka berkias-kias.

Sejarah Melayu yang sekejap gelap sekejap terang menggalakkan sekelompok orang yang menggelarkan diri mereka 'Keturunan Merong' menuntut takhta Sultan Kedah dan Yang Dipertuan Agong dengan cara memutarbelitkan sejarah dan mengisi lompang sejarah Melayu dengan versi sejarah karut mereka.

Sejarah Melayu yang sekejap gelap sekejap terang menggalakkan golongan Ultrakiasu mempermainkan sejarah Malaysia dengan cuba mengelirukan dan memutarbelitkan fakta bahawa orang Melayu adalah pendatang.

Sejarah Melayu yang sekejap gelap sekejap terang menggalakkan orang lain menuntut wilayah-wilayah Melayu pada zaman dahulu seperti yang berlaku ke atas Pulau Batu Putih.

Sejarah Melayu yang sekejap gelap sekejap terang menggalakkan orang Melayu ke arah buta sejarah bangsa sendiri dan penuh perasaan 'inferior' terhadap bangsa lain.

Saya galakkan anda semua wahai anak-anak Melayu tonton filem The Legend of Queen Suriyothai dan King Naresuan dan belajar bagaimana bangsa Thai cuba menaikkan jatidiri dan semangat patriotik bangsa dengan MENDEFINISIKAN SEMULA SEJARAH MEREKA.Walaupun ada pakar sejarah tahu bahawa kostum perang di zaman Raja Naresuan tidaklah seperti yang ditonjolkan,NAMUN MEREKA SEDAR BETAPA PENTINGNYA PRESTIJ SEJARAH UNTUK MEMBANGKITKAN SEMANGAT BANGSA MEREKA.Tidak kiralah sejarah realiti atau sejarah yang asalnya fantasi namun cuba direalitikan.

Jadi apa yang pemimpin UMNO buat?Berkokok dan menyalak ke sana ke mari tentang Ketuanan Melayu,namun menjahanamkan orang Melayu sedikit demi sedikit.Apabila Ultrakiasu (ingat,bukan Cina tetapi yang rasis dan Ultrakiasu sahaja) mengadu mereka dikatakan pendatang,maka pemimpin Umno membuat kenyataan bahawa Ultrakiasu bukan pendatang.Namun apabila orang Melayu dihina malah agama dan nama Allah dipermainkan oleh Ultrakiasu,apakah yang pemimpin UMNO ini buat?AMARAN,AMARAN DAN AMARAN SAHAJA?Ini kedunguan saudara dan saudari


Ini kebingungan yang tidak boleh dimaafkan.Pandai bila menghayun-hayunkan keris ketika memekik 'Hidup Melayu!' namun pada masa yang sama menikam dan membunuh warisan dan jatidiri Melayu sedikit demi sedikit.Apa gunanya Perkasa dan Pekida?Dua organisasi ini semakin hari semakin menggalakan gengster-gengster dan mat rempit Melayu berkeliaran di dalamnya.Mereka amat BERANI BERKOKOK DAN BERGADUH.Tetapi mangsa mereka siapa?ORANG MELAYU JUGA!

Mereka hanya berani ke atas bangsa sendiri tetapi pengecut terhadap bangsa lain.Sebab apa?Pertamanya sebab MEMANG MEREKA PENGECUT.Keduanya sebab bos-bos mereka iaitu pemimpin UMNO ada 'deal' dengan Ultrakiasu.Ini semua cerita pasal duit.No money no talk.Rasuah dan sogokan duit akhirnya menghancurkan orang Melayu.

Dahulu raja-raja Melayu dipermainkan British.Sekarang pemimpin-pemimpin Melayu dipermainkan Ultrakiasu.Apa yang boleh saya katakan,why are you so stupid?

Kita tidak boleh harapkan satu lagi parti Melayu iaitu PKR yang jadi hamba sahaya pacal yang hina kepada DAP.Ini memang sudah keluar carta.Buat pemilihan dalam parti pun kelam kelibut,bagaimana hendak pegang satu Malaysia?

PAS,bermula dengan baik dengan tema agama,kerana AGAMA adalah berkait amat rapat dengan Kemelayuan.Sama seperti separuh sejarah Thai adalah Buddha Theravada maka 80% dari warisan Melayu dan kekuatan sejarahnya adalah Islam itu sendiri.Jika seorang Melayu sudah murtad dan masuk agama Kristian contohnya,anda akan lihat sedikit demi sedikit dia akan hilang aura Kemelayuannya.Jadi 'makhluk' lain yang asing terhadap Melayu dan segala rahsianya.

Tetapi amat mengecewakan kerana dek mahu menang pilihanraya,PAS seakan-akan rela membutakan matanya sendiri laksana Kasim Selamat.Sudah-sudahlah berpolitik.Jangan sampai PAS bertuhankan politik.Jika PAS membuang Melayu kerana jadi hamba politik saya masih boleh menerima (walau dengan hati yang berat dan sedih) tetapi jangan sampai PAS buang agama sekali akibat mahu menang pilihanraya.Ini sudah sampai peringkat sadis dan 'gore'.

Adakah saya boleh berkata,biarkan luncai terjun dengan labu-labunya?

Kini saya mahu menumpukan kajian terhadap kerajaan Melayu sebelum Sriwijaya atau era pra-Sriwijaya.Jika pada zaman Ratu Hatshepsut (1508 BC-1458 BC),sudah tercatat nama 'Perahu' dan 'Hati' sebagai nama pemerintah Melayu pada zaman dahulu,sudah tentu saya mahu tahu lebih tentang mereka.Mengapa?Tidak percaya?Tidak percaya kerana tidak mungkin orang Melayu wujud sejauh 1500 Sebelum Masehi? :D

TETAPI SAYA MAHU PERCAYA.

Saya mahu percaya sebab jika orang Melayu tidak meninggalkan apa-apa tentang kewujudan mereka SEKALIPUN,orang Mesir Purba teguh mengukirkan rahsia Kemelayuan di dinding-dinding makam dan kuil mereka.Sebab apa?

Sebab moyang saya adalah pedagang dan pelaut yang handal.Rempah dan kemenyan adalah antara barangan dagangan nenek moyang saya yang menjadi idaman para Firaun dan Emperor Babilon.

Saya mahu tahu mengapa 'Maat Heru' dalam The Egyptian Book of The Dead yang terukir pada keranda-keranda dan dinding makam Firaun punya hubungan dengan nama 'MATAHARI' dalam bahasa Melayu.Apa hubungan Melayu dengan bangsa Mesir Kuno?Siapa Raja Matahari?

Siapa Raja Perahu dan Permaisuri Hati?Apa hubungan mereka dengan Raja Matahari?

Kemudian setelah mengkaji sejarah Phoenicia dan menemui beberapa petunjuk antara orang Melayu dan bangsa Phoenicia,memimpin saya kepada petunjuk di Borneo.Saya menemui nama lama bagi Borneo adalah berasal dari kata Borni merujuk 'slang' pengembara Itali kepada kerajaan Melayu Brunei.Kemudian saya menggali lagi sehingga mengetahui nama purba Brunei adalah Poni merujuk kepada catatan-catatan pengembara China zaman dahulu.Pengembara China ini mencatatkan bahawa penduduk di kawasan ini (Borneo sekarang) menggelarkan tanah mereka sebagai Poni/Puni.

INILAH PUNT YANG SEBENAR!

Inilah tempat tinggal Raja Perahu dan Permaisuri Hati!

Sungguh!Saya benar-benar teruja dengan sejarah Melayu yang penuh misteri!






Credit:Srikandi

Tuesday, September 21, 2010

Muhammad Adalah Nabi Umat Hindu?

Tajuk : Muhammad Adalah Nabi Umat Hindu?






* Rupa bentuk Kalki Autar yang berpedang dan menaiki seekor kuda, yang ditunggu-tunggu oleh umat hindu , dipahat pada batu, dijumpai pada kurun ke 18 di Radhanagar, Tripura, India.



Nabi Muhammad adalah nabi umat Hindu? Kalimat itu pasti mengejutkan bagi kebanyakan umat Islam maupun umat Hindu, bahkan mungkin bagi umat di luar kedua agama itu. Betapa tidak, syariat dari dua agama itu sangat jauh berbeda. Mungkinkah nabi Muhammad adalah nabi dari kedua agama itu?

Jika dikatakan bahwa nabi Muhammad adalah juga nabi dari umat Yahudi & umat Kristen, mungkin banyak dari kalangan umat Islam akan setuju, mengingat dalam Al-Qur’an memang terdapat ayat2x yg menyatakan kalau kedatangan nabi Muhammad sebenarnya sudah diberitakan dalam kitab2x suci pendahulunya, seperti Taurat & Injil. Lima kitab awal dari kitab Perjanjian Lama Kristen adalah apa yg oleh umat Yahudi diakui sebagai Torah/Taurat/Pentatouch, yaitu kitab2x Kejadian, Keluaran, Imamat, Bilangan, dan Ulangan. Sedangkan 4 kitab awal dari kitab Perjanjian Baru Kristen diakui oleh umat Kristen sebagai kitab Injil, yaitu kitab2x Matius, Markus, Lukas, dan Yohanes.

Sekalipun umat Islam menyatakan bahwa Taurat & Injil yg diturunkan pada nabi Musa & nabi Isa adalah bukan yg diakui oleh umat Yahudi & Kristen sekarang, atau setidaknya sudah berubah/diubah dari aslinya, banyak para pakar ilmu Kristologi yg menyatakan kalau dalam Taurat & Injil yg diakui umat Yahudi & Kristen sekarang inipun masih terdapat sisa2x ramalan kedatangan nabi Muhammad (sebenarnya sangat menarik untuk menampilkan argumentasi pembuktiannya, tapi hal itu bukan topik utama dari tulisan ini).

Jika umat Islam mempercayai ramalan kedatangan nabi Muhammad dalam kitab Taurat & Injil, bagaimana dg kitab suci umat Hindu? Mungkinkah nabi Muhammad adalah seorang nabi yang kedatangannya sudah diramalkan oleh kitab suci umat Hindu? itulah yang akan kita bahas di sini.

Sebenarnya dalam Al-Qur’an terdapat ayat2x yang dapat dijadikan acuan bahwa nabi Muhammad mungkin saja adalah juga seorang nabi umat Hindu yang ramalan kedatangannya terdapat dalam kitab2x suci umat Hindu. Diantaranya :

Dalam surat Asy-Syu’ara(26) ayat 196 : “Dan sesungguhnya Al-Qur’an itu benar-benar (tersebut) dalam kitab-kitab orang yang terdahulu”. Jadi dalam kitab2x sebelum Al-Qur’an juga terdapat wahyu Tuhan

Dalam surat Fatir(35) ayat 24 dinyatakan bahwa tidak ada suatu kaum di masa lalu tanpa seorang pemberi peringatan

Dalam surat Al-Ahzab(33) ayat 40 dinyatakan bahwa Muhammad adalah utusan Tuhan dan merupakan penutup para nabi (utusan terakhir)

Dalam surat Al-Anbiya(21) ayat 107 dinyatakan bahwa nabi Muhammad tidak diutus melainkan untuk seluruh semesta alam.

Dalam surat Saba’ (34) ayat 28 dinyatakan bahwa Tuhan mengutus Muhammad untuk seluruh umat manusia, pemberi kabar gembira, dan peringatan akan dosa, tapi kebanyakan manusia tidak mengetahuinya.

Juga dalam hadits Bukhari vol 1. dalam kitab Shalat bab 56 hadits no 429, nabi Muhammad bersabda :

“Semua rasul yg diutus sebelumku hanya berlaku untuk umat/bangsanya saja, tapi aku diutus untuk semua umat manusia”.

Sekarang akan kita lihat dalam kitab suci agama Hindu. Ada banyak kitab dalam agama Hindu yg diakui sebagai kitab suci mereka. Dari semuanya yang dianggap paling suci adalah kitab Veda (Weda). Bila diantara kitab2x itu ada yg bertentangan, maka yg harus menjadi rujukan utama adalah Weda yg juga masih terbagi lagi menjadi beberapa kitab. Kitab2x lain selain Weda adalah : Upanishad, Smriti, Dharma Sastra, Bhagavat Gita, Puranas, dll.

Ayat2x ramalan kedatangan nabi Muhammad

Disebutkan dalam Bhavisa Purana –> dalam Pratisarag Parv III, Khand 3, Adhyay 3, Shalokas 10 to 27 :

“Aryadarma akan tampil di muka bumi ini. ‘Agama kebenaran’ akan memimpin dunia ini. Saya diutus oleh Isyparmatma. Dan pengikut saya adalah orang yg berada di lingkungan itu, yg kepalanya tidak dikucir, mereka akan memelihara jenggot dan akan mendengarkan wahyu, mereka akan mendengarkan panggilan sholat (adzan), mereka akan memakan apa saja kecuali daging babi, mereka tidak akan disucikan dg tanaman semak2x/umbi-umbian tapi mereka akan suci di medan perang. Meraka akan dipanggil “Musalaman” (perantara kedamaian).”

Kalau anda baca tulisan diatas dg baik, maka anda akan melihat bahwa ciri2x dari pengikut agama kebenaran yg disebutkan adalah ciri2x yg umum terdapat pada umat Islam.

Dalam Atharvaveda book 20 Hymn 127 Shlokas 1-14 disebutkan tentang Kuntupsuktas yg mengisyaratkan bahwa nabi Muhammad akan terungkap kemudian.

Mantra 1 mengatakan : ia akan disebut Narasangsa. “Nars” artinya orang, “sangsa” artinya “yg terpuji”. Jadi Narasangsa artinya : orang yg terpuji. Kata “Muhammad” dalam bahasa arab juga berarti : orang yg terpuji. Jadi Narasangsa dalam bahasa Sansekerta adalah identik dg Muhammad dalam bahasa arab. Jadi Narasangsa adalah figure yg sama dg nabi Muhammad. Ia akan disebut “Kaurama” yg bisa berarti : pangeran kedamaian, dan bisa berarti : orang yg pindah (hijrah). Nabi Muhammad adalah seorang pangeran kedamaian yg hijrah dari Makkah ke Madinah. Ia akan dilindungi dari musuh yg akan dikalahkannya yg berjumlah 60.090 orang. Jumlah itu adalah sebanyak penduduk Makkah pada masa Muhammad hidup yaitu sekitar 60.000 orang.

Mantra 2 mengatakan : ia adalah resi yg naik unta. Ini berarti ia bukan seorang bangsawan India, karena dikatakan dalam Mansuriti(11) : 202 mengatakan bahwa Brahma tidak boleh menaiki unta atau keledai. Jadi tokoh ini jelas bukan dari golongan Brahmana (pendeta tinggi Hindu), tapi seorang asing.

Mantra 3 mengatakan : ia adalah “Mama Rishi” atau resi agung. Ini cocok dg nabi agung umat Islam yaitu nabi Muhammad SAW.

Mantra 4 mengatakan : ia adalah Washwereda (Rebb) artinya orang yg terpuji. Nabi Muhammad yg juga dipanggil dg nama Ahmad adalah berarti juga “orang yg terpuji” yg terjemahan bahasa Sansekerta-nya adalah Rebb.

Beberapa ramalan lainnya :

Dalam Atharvaveda book 20 hymn 21 : 6 dinyatakan bahwa di sana disebutkan dg istilah : “akkaru” yg artinya : “yg mendapat pujian”. Dia akan mengalahkan 10.000 musuh tanpa pertumpahan darah. Hal ini merujuk pada perang Ahzab yg mana Nabi Muhammad mengalahkan musuh yg berjumlah 10.000 orang tanpa pertumpahan darah.

Dalam Atharvaveda book 20 hymn 21 : 7 dinyatakan bahwa Abandu akan mengalahkan 20 penguasa. Abandu juga berarti seorang yatim atau seorang yg mendapat pujian. Ini mengarah pada nabi Muhammad yg seorang yatim sejak lahir dan arti kata Muhammad/Ahmad yg berarti yg terpuji, yg akan mengalahkan kepala-suku2x dari suku2x di sekitar Makkah yg berjumlah sekitar 20 suku.

Dalam Rigveda book 1 Hymn 53 : 9 nabi dipanggil dg sebutan “Suslama” yg artinya lagi2x adalah : orang yg terpuji yg merupakan arti dari nama Muhammad.

Dalam Samaveda Agni Mantra 64 dinyatakan bahwa ia tidak disusui oleh ibunya. Hal ini persis dg nabi Muhammad yg tidak disusui oleh ibunya tapi oleh seorang wanita bernama Halimah.

Dalam Samaveda Uttararchika Mantra 1500 dinyatakan bahwa Ahmad akan dianugrahi undang2x abadi, yg jelas mengacu pada nabi Muhammad yg akan dianugrahi kitab suci Al-Qur’an. Tapi karena orang India yg berbahasa sansekerta tidak paham kata Ahmad, maka diterjemahkan menjadi “a” dan “mahdi” yaitu “saya sendiri”, jadi diartikan “saya sendiri yg menerima undang2x abadi”. Padahal seharusnya “Muhammad sendiri yg dianugrahi undang2x abadi”.

Nabi Muhammad diramalkan dengan nama Ahmad pada banyak bagian dalam kitab2x Weda. Juga diramalkan pada tak kurang dari 16 tempat yg berbeda dalam kitab weda dg nama Narasangsa artinya adalah sama dg arti dari nama Muhammad, yaitu “yang terpuji”.

Kalky Autar

Salah satu ramalan kedatangan nabi Muhammad yg sangat terkenal yang juga telah membuat seorang professor bahasa dari ALAHABAD University India mengajak kepada umat Hindu untuk segera memeluk agama Islam, adalah terdapatnya sebuah ramalan penting dalam kitab suci Hindu tentang kedatangan yg ditunggu-tunggu dari seorang Kalky Avtar (baca : autar). “av” artinya : turun. “tr” artinya melewati. Jadi arti kata Avtar adalah “diturunkan atau diutus untuk turun”. Kalky Avtar artinya adalah : “utusan terakhir”.

Pundit Vaid Parkash – sang professor (yg menulis buku berjudul “Kalky Avtar”), secara terbuka dan dengan alasan-alasan ilmiah, mengajak para penganut Hindu untuk segera memeluk agama Islam dan sekaligus mengimani risalah yang dibawa oleh Rasulullah SAW, karena menurutnya, sebenarnya nabi Muhammad adalah sosok yang dinanti-nantikan sebagai sosok pembaharu spiritual dalam agama Hindu.

Disebutkan dalam Nashpropesy, nabi Muhammad diramalkan dg nama Kalky Avtar (Autar terakhir) dan Amtim Rishi. Sedangkan dalam kitab Puranas disebutkan tentang Kalky Autar dan kedatangannya. Diantara ayat2x yg menyebutkan adalah :

Dalam Baghavata Purana Khand 12 Adhyay 2 Shloka 18-20 disebutkan dalam rumah Visnuyash akan dilahirkan Kalky Avtar yg diramalkan akan menjadi penguasa dunia, yg terkenal dg sifat2xnya yg baik & menonjol. Dia akan diberi tanda2x. Dia akan diberi oleh malaikat sebuah kendaraan yg cepat. Dia akan menaiki kuda putih sambil memegang pedang. Dia akan mengalahkan orang2x jahat dan dia akan terkenal di dunia.

Dalam Baghavata Purana Khand 1 Adhyay 3 Shloka 25 disebutkan akan ada juru selamat di rumah Visnuyash

Dalam Kalki Purana (2) : 4 disebutkan bahwa di rumah Visnuyash pemimpin kampung Sambala akan lahir Kalki Avtar

Dalam Kalki Purana (2) : 5 disebutkan bahwa dia akan datang bersama para sahabatnya (4 orang sahabat) mengalahkan orang2x jahat

Dalam Kalki Purana (2) : 7 disebutkan bahwa dia akan dijaga oleh malaikat di medan perang

Dalam Kalki Purana (2) : 11 disebutkan bahwa dalam rumah Visnuyash dan dalam rumah Summati Kalki Autar akan lahir

Dalam Kalki Purana (2) : 15 disebutkan bahwa dia akan lahir pada tanggal 12 bulan pertama Madhop

Semua ramalan yg disebut diatas tadi tiada lain merujuk pada nabi Muhammad SAW. Penjelasannya demikian :

Dirumah Visnuyash berarti dirumah pengikut Vishnu (pengikut Tuhan) sedangkan ayah dari nabi Muhammad adalah bernama Abdullah yg artinya adalah pengikut Allah (pengikut Tuhan). Orang Islam menyebut “Allah” sbg Tuhan, sedang orang Hindu menyebut “Vishnu” sbg Tuhan. Jadi di rumah Visnuyash adalah di rumah Abdullah.

Summati dalam bahasa sansekerta artinya adalah orang yg sangat setia. Sedangkan ibunda nabi Muhammad adalah bernama Aminah yg dalam bahasa arab artinya juga orang yg setia.

Sambala bahasa arabnya adalah tempat yg aman & damai. Nabi Muhammad dilahirkan di Makkah yg terkenal dg nama “Darul Aman” yaitu tempat yg aman & damai. Akan lahir diantara kepala suku Sambala, artinya bahwa nabi akan lahir diantara kepala suku di Makkah.

Dilahirkan pada tanggal 12 di bulan pertama Madhop. Nabi Muhammad lahir pada tanggal 12 rabiul awal

Sbg Amtim Rishi (resi terakhir). Nabi Muhammad adalah juga nabi terakhir dari deretan nabi2x yg dikirim Tuhan spt yg terdapat pada QS. Al- Ahzab : 40.

Dia akan memperoleh bimbingan di atas gunung dan akan kembali lagi ke arah utara. Nabi Muhammad memperoleh wahyu pertamanya di gua Hira di Jabal Nur. Jabal Nur artinya Gunung Cahaya lalu kembali lagi ke Makkah.

Dia akan memiliki sifat2x yg sangat mulia. Persis seperti nabi Muhammad spt terdapat pada QS. Al-Qalam : 14 “Dan sesungguhnya kamu benar-benar berbudi pekerti yang luhur”.

Kalki Autar akan diberi 8 kemampuan spiritual, yaitu : bijaksana, punya kendali diri, keturunan yg terhormat, punya pengetahuan wahyu, pemberani, perkataannya bertarget kurikulum, sangat dermawan, dan sangat ramah. Semuanya adalah sifat2x yg dimiliki oleh nabi Muhammad

Dia akan diberi kendaraan yg sangat cepat oleh Shiva. Nabi Muhammad juga diberi bouraq yg sangat cepat oleh Allah yg membawanya ke langit dalam peristiwa Mi’raj.

Dia akan naik kuda putih dg tangan kanannya memegang pedang. Nabi Muhammad juga ambil bagian dalam peperangan termasuk dg menunggang kuda dan bertempur dg memegang pedang dg tangan kanannya.

Dia akan menjadi penyelamat umat manusia. Dalam QS. Faatir(35) ayat 24 dan QS. Saba(34) ayat 28 disebutkan bahwa Nabi Muhammad adalah pembawa berita gembira & peringatan bagi seluruh umat manusia, tapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.

Dia akan menjadi pembimbing ke jalan yg benar. Nabi Muhammad hidup pada jaman jahiliyah yg penuh kegelapan dimana ia membawa umatnya ke jalan yg terang benderang.

Dia akan dibantu oleh 4 sahabat dalam menyebarkan misi. Kita tahu ada 4 orang khalifah sahabat nabi yaitu : Sayyidina Abubakar, Umar bin Khattab, Utsman bin Affan, dan Ali bin Abi Thalib.

Dia akan ditolong oleh malaikat di medan pertempuran. Dalam perang Badr nabi Muhammad dibantu oleh para malaikat Allah spt tersebut dalam QS. Ali Imran (3) ayat 123 & 125 : “Jika kamu bersabar dan bertaqwa dan mereka menyerang kamu dengan seketika itu juga niscaya Allah menolong kamu dengan 5000 malaikat yg memakai tanda”. Juga QS. Al-Anfal(8) ayat 9 yang berbunyi “…. sesungguhnya Aku akan mendatangkan bala bantuan kepadamu dengan seribu malaikat yg datang berturut-turut.”

Subhanallah..

Ternyata sekian banyak ayat tersebut (yg sebenarnya belum semuanya ditampilkan) yg meramalkan akan datangnya seorang nabi yang ditunggu-tunggu oleh umat Hindu, begitu cocok dengan gambaran nabi Muhammad, umat Islam, dan sejarahnya. Mungkin saja ini juga merupakan pembuktian yg diberikan Allah bahwa nabi Muhammad memang diutus Allah untuk seluruh umat manusia.

Hal ini juga dapat membuka diskusi yg menarik tentang agama Hindu, kitab suci umat Hindu, dan syariat-nya. Benarkah agama Hindu memang merupakan agama yg diturunkan oleh Allah jauh sebelum nabi Muhammad lahir? Kalau ya, apakah berarti umat Hindu bisa disebut “muslim”, atau juga bisa disebut “ahlul kitab”? Bagaimana sesungguhnya ajaran agama Hindu itu, dan sesuaikah dg ajaran Islam? Bagaimana pendapat anda sendiri?



# Baca juga lanjutan topik ini dalam tulisan : Hindu dan Islam Ternyata Sama
Referensi :
- Ceramah dr. Zakir Abdul Karim Naik, seorang ulama perbandingan agama terkenal dari India, dalam topik : “Persamaan antara Hindu dan Islam”