Sunday, July 25, 2010

kaDazaN




aSaL-uSuL KaDazaN-DuSuN



Kadazan-Dusun, satu kaum pribumi/penduduk asal yang kini menjadi majoriti Negeri Sabah adalah satu kaum yang memiliki budaya dan warisan yang unik. Contohnya dari segi asal-usul, bahasa, pakaian muzik dan tarian tradisional dan Perayaan Kaamatan yang disambut setiap tahun diseluruh Sabah

Dari segi asal-usul, Kaum Kadazan-Dusun menceritakan tentang kelahiran kaum ini dari lagenda “Nunuk Ragang” yang berusia ribuan tahun sehinggalah kepada perkembangan dan penyebaran Kaum ini ke seluruh Negeri Sabah diBawah Bayu.



Kaum ini juga telah mempengaruhi perjalanan sosio-budaya negeri Sabah itu sendiri dan membentuk kuasa politik bagi mempertahankan hak, warisan dan budaya kaum mereka dan seterusnya mengangkat martabat Kadazan-Dusun itu sendiri



Pada masa kini, kaum Kadazan dikaitkan dengan kaum Dusun serta pelbagai lagi pribumi lain dibawah istilah “kadazan-dusun”. Istilah ini diterima-pakai setelah dipersetujui oleh satu badan bukan politik ( NGO ) , KCA (Kadazan Cultural Association) dalam mensyuarat ke-5 mereka dan kemudianya ditukar menjadi Kadazan-Dusun Cultural Association (KDCA).



Dalam mesyuarat pada 4 dan 5 Nov. 1989, telah diputuskan bahawa ini cara terbaik dalam menyelesaikan krisis identity Kadazan dan Dusun yang telah melumpuhkan pertumbuhan dan pembangunan etnik-etnik Kadazan-Dusun dari segi Sosio-Budaya, Ekonomi dan Politik sejak sentiment perkauman Kadazan dan Dusun dipolitikkan dalam era 1960-an


Kadazan dan Dusun berkongsi bahasa,budaya meskipun terdapat perbezaan dalam dialek percakapan. Perbezaan kedua-dua kaum ini hanyalah pada kedudukan geografi/tempat . Kadazan biasanya mendiami kawasan delta/lembah dan menjalankan aktiviti pertanian, manakala Dusun pula mendiami kawasan berbukit/gunung serta menjalankan aktivi Pertanian


Menurut Persatuan Kebudayaan Kadazandusun Sabah (KDCA), Kadazandusun merujuk kepada empat puluh satu etnik seperti berikut; �



Bisaya, Kuijau, Murut, Sungai, Bonggi, Lingkabau, Nabai, Tatana, Bundu, Liwan, Paitan, Tangara, Dumpas, Lobu, Pingas, Tidong, Gana, Lotud, Rumanau, Tindal, Garo, Lundayo, Rungus, Tobilung, Idaan, Makiang, Sinobu, Tolinting, Kadayan, Malapi, Sinorupu, Tombonuo, Kimaragang, Mangkaak, Sonsogon, Tuhawon, Kolobuan Minokok, Sukang, Tutung.





Dari aspek bahasa, perbezaan loghat, sebutan dan ejaan banyak dipengaruhi mengikut etnik tertentu. Contohnya, sebutan dan ejaan dalam suku-kaum Kadazan-dusun dari satu daerah dengan daerah lain di negeri sabah adalah berlainan tetapi masih membawa erti dan makna yang sama. 


PaKaiaN


Pakaian tradisi ini pula berbeza mengikut kawasan dan sosio budaya suku-kaum Kadazandusun. Dalam aspek ini, tumpuan diberikan kepada corak pakaian dalam perayaan tertentu. Setiap etnik dalam Kadazandusun mempunyai pakaian tradisinya sendiri. 






Disebabkan masyarakat Kadazandusun ini memiliki pelbagai budaya yang unik mengikut etnik tertentu maka corak hidup mereka juga berbeza mengikut tempat tertentu. Kebanyakan corak kehidupan mereka ini dipengaruhi oleh adat resam penduduk setempat. Adat resam inilah yang mempengaruhi corak kehidupan masyarakat Kadazandusun sesuatu kawasan. 



Upacara Perkahwinan



Dalam setiap upacara rasmi ataupun perayaan tertentu, tarian tradisional suku kaum Kadazandusun sering menjadi daya tarikan dan kemeriahan majlis tersebut. Setiap etnik dalam Kadazandusun mempunyai tarian tradisinya sendiri. Corak tarian tradisional ini dipengaruhi oleh sosio budaya kawasan tertentu. 




 Tarian Sumazau


mUziK daN TaRiaN

Tarian Sumazau dan tagung biasanya dimainkan ketika majlis-majlis perayaan serta kenduri-kenduri terutamanya majlis Perkahwinan.

Kumpulan Tagung

Kaum Kadazan mempunyai Tarian serta Muzik yang unik dan tersendiri. Sumazau adalah tarian berpasangan diantara Lelaki dan Perempuan dan Kumpulan Lelaki dan Perempuan. Biasanya tarian ini akan diiringi oleh satu simfoni alat muzik yang dipanggil Tagung, Kulintangan serta Sompoton.

Kulintangan

Warisan muzik Kadazan terdiri daripada himpunan alat muzik iaitu Tagung (Gong gansa yang diperbuat daripada tangan/ hand-made ) yang biasanya digantung dan dimainkan bersama Kulintangan (sejenis kumpulan gong yang diletakkan diatas lantai) serta Sompoton ( alat muzik yang ditiup ) 
 SomPoton





Muzik tradisi yang ditonjolkan dalam kaum ini amat menarik dan unik. Alat-alat dan bunyi-bunyian tradisional ini banyak terdapat dalam suku kaum Kadazandusun dan ianya berpotensi untuk diwarisi oleh generasi muda kini. Antara lain alat-alat muzik tradisi yang popular ialah gong, sompoton, kulintangan, togunggu atau togunggak, bungkau, pumpuak, sundatang, suling, turali, tongkungon dan lain-lain lagi. 





Kemuncak bagi pemartabatan warisan budaya sukukaum Kadazandusun dan kesenian serta keunikannya ialah menerusi Perayaan Pesta Kaamatan yang diraikan pada setiap 30 dan 31 Mei setiap tahun. Dalam perayaan ini,berbagai acara menarik dan juga budaya kaum Kadazandusun yang ditonjolkan dan dipamerkan. Antara lain acara yang biasanya menjadi tarikan dalam Perayaan Pesta Kaamatan ialah "Unduk Ngadau"  yang mempamerkan pakaian tradisi mengikut etnik. 

Unduk Nadau ( Ratu Cantik )



maKaNaN tRaDisiONaL


Antara makanan tradisi yang terkenal di kalangan kaum Kadazan-Dusun ialah AmbuyatHinavaNoonsomPinaasakanBosou, dan Sup Manuk Lihing. Makanan-makanan ini dapat disediakan dengan pelbagai cara mengikut kebiasaan amalan tradisi kaum Kadazan-Dusun


Ambuyat

Makanan Kadazan kontemporari dipengaruhi oleh hidangan turun-temurun dan hidangan cina, dengan pengubahsuaian-pengubahsuaian unik dan nuansa sertapenggunaan tertentu barang makanan boleh didapati di sini, terutama pucuk-pucuk rebungsagu dan ikan air tawar. 'pinasakan' adakah salah satu  hidangan kadazan yang paling popular, yang pada asasnya adalah satu bentuk ikan air tawar jeruk

Hinava


Satu lagi hidangan biasa ialah 'hinava', yang ialah satu bentuk saladdengan kepingan-kepingan ikan mentahperia, serta bahan-bahan lain. Hinava adalah sama seperti kepada ceviche iaitu ikan diperapkan dalam buah sitrus. 'bambangan' buah biasanya dimakan dengan hidangan-hidangan sebagai satu pembuka seleraSatu lagi pembuka selera popular biasa dimakan ialah mangga hijaubiasanya dicampur dengan kicap dan cili.







AgaMa

Majoriti Kadazan adalah menganut Agama Kristian terutamanya Khatolik dan terdapat juga Protestants. Agama Islam juga turut diamalkan secara minoriti dan bilanganya semakin meningkat hasil daripada perkahwinan campur atau tarikan agama Islam itu sendiri.

PengKristianan berlaku apabila mubaligh-mubaligh British datang dalam pertengahan abad ke-19.Sebelum itu, kepercayaan utama masyarakat Kadazan adalah Animisme, iaitu satu kepercayaan terhadap roh-roh ( semangat ) nenek moyang dan berpusat kepada satu semangat atau entiti yang dipanggl Kinoingan. Kepercayaan ini merangkumi kepercayaan terhadap semangat yang menjaga hasil penanaman dan penuaian beras/padi.  



Bobohizan

Selama bergenerasi, ritual khas dan persembahan yang dilakukan pada sebelum dan selepas setiap Tuaian oleh seorang paderi/pawing/ketua ritual Perempuan yang dikenali sebagai Bobohizan

walau masyarakat kadazan itu sendiri telah mengamalkan pelbagai agama tetapi mereka tetap tidak pernah melupakan adat-adat atau ritual-ritual warisan mereka.




LaGeNda nUnuK RaGanG


Catatan yang lengkap mengenai Nunuk Ragang sudah lama hilang namun apa yang masih tinggal hanyalah teori-teori para ahli Sains Sosial dan cerita legenda.


Kita akui bahawa kesemua etnik di atas berasal dari Nunuk Ragang, iaitu satu petempatan awal Kadazandusun yang terletak di "Tampias" dalam daerah Ranau pada hari ini.




tEOri SaiNs sOsiaL

Terdapat sekurang-kurangnya empat teori mengenai asal-usul kaum kadazandusun.

Teori Pertama: Kaum Kadazandusun berasal dari keturunan "Mongoloid" (Ivor H.N. Evans:1923 dan T.R. Williams: 1965);

Teori Kedua : Kaum Kadazandusun berketurunan "Indo-Malayan" (T.R. Williams: 1965).

Teori Ketiga : Kaum Kadazandusun adalah kacukan kaum China (Ivor H.N. Evans:1923 dan Owen Rutter:19220

Teori Keempat : Kaum Kadazandusun adalah keturunan orang purba Gua Madai.







Sejarah lisan atau Cerita Legenda yang popular menceritakan bahawa Kadazan-dusun berasal dari  "NUNUK RAGANG". Tempat ini terletak secara kasar berkedudukan di Tampias
di sebuah kawasan di sekitar muara pertemuan dua batang sungai iaitu sungai Kogibangan (dari arah kiri) dan Sungai Kawananan (dari arah kanan) yang telah bercantuman menjadi sungai yang lebih besar, yang dinamakan Sungai Liwogu (Dalam dan Tenang). 


Tugu Nunuk Ragang


Tanggapan bahawa Nunuk itu Merah atau Nunuk Ragang adalah kiasan bagi menggambarkan betapa ramainya manusia (lembaga merah) yang bersenda ria di sekitar kawasan Nunuk ini. Sebenarnya, manusia yang ramai dikiaskan sebagai "warna merah" apabila dilihat dari jarak jauh dan bukanlah pokok Nunuk itu yang berwarna merah.


Kerana diliputi dengan "lembaga hidup yang kelihatan kemerahan-merahan" masing-masing dengan telatah dan perangainya.

Di bawah pohon, di tebing sungai dan di atas sepanjang juntaian akar Nunuk , penuh dengan lembaga itu. Pantulan warna ke "kemerahan" semakin menyerlah apabila cahaya matahari terpancar ke arah tubuh lembaga-lembaga itu. 

Oleh yang demikian, Nunuk itu kelihatan seolah-olah "merah" lalu ia dipanggil Nunuk Ragang. Aragang/Ragang bermaksud Merah.

Sejak itu, nama NUNUK RAGANG ini menjadi "identity" rakyat Sabah yang mempercayai bahawa "asal-usul" mereka adalah dari kawasan ini. Tempat ini dikenali sebagai Pomogunan Nunuk Ragang, nama yang diambil bersempena dengan kewujudan pokok Nunuk, yang pada suatu ketika dahulu "merah" satu perlambangan menunjukkan betapa ramai manusia di tempat ini.

Di kawasan muara percantuman dua batang sungai ini, terdapat sepohon pokok Kayu Ara (Nunuk). Saiz pokok Nunuk itu sangat besar dan sebahagian daripada akar serta dahan-dahannya condong ke arah sungai Liwogu. Dahan-dahan dan akar terjuntai ke sungai, sangat sesuai sebagai tempat rekreasi seperti memanjat, bergayut, berteduh dan sebagainya.

Tugu NuNuk Ragang Di Tampias,Ranau

Penduduk di sini sangat ramai, ketika cuaca baik dan cahaya matahari memancar di ufuk barat dari jam 1.00 petang hingga 4.00 petang, ketika itulah ramai penduduk (tidak kira tua, muda, gadis, pemuda dan anak-anak dsb..) turun bermandi-manda di sungai Liwogu, sementara yang lain memanjat, bergayutan serta ramai yang berjemur di atas dahan-dahan rending Nunuk tersebut.

Suasana demikian berlaku hampir pada setiap hari dan pada masa yang hampir sama, kecuali cuaca tidak baik atau sungai Liwogu ini banjir. Maka apabila seseorang melihat pokok Nunuk dalam suasana seperti itu dari jarak jauh, sama ada dari puncak bukit mahupun dari sebarang sungai Liwogu, pemandangannya sangat menakjubkan. Pokok Nunuk kelihatan seolah-olah "aragang".

kehidUpaN maSyaRaKat nUnUk RaGaNg

Masyarakat terawal Kadazandusun dikatakan telah menghuni tempat ini dalam keadaan bebas, menikmati berbagai-bagai jenis bekalan makanan yang mencukupi, baik makanan daripada hutan mahupun daripada sungai serta hasil daripada usaha pertanian. Keperluan hidup yang lain juga mudah diperolehi di sekeliling perkampungan Nunuk Ragang ini.

Kehidupan mereka aman dan damai, bersatu padu, mogitabang-tabang, mogiuhup-uhup, otoluod, obinsianan, orulan, ohinomod, aparu, onimot, obingupus, okupi, obintinong, obingkanggau, obintumbayaan, obinronok, obiniangasan, otuyu, obingopi, mamantang, otorini, opori, oining, obintudau, osuau, opohawang, obulun om onitinginawo.

Hidup yang tenang dan tenteram itu telah membolehkan mereka berfikir sambil menerokai "teknologi baru" bagi menambah kecekapan, menamnbah dan memudahkan urusan serta meningkatkan kesejahteraan hidup seharian. Bidang bidang yang diterokai antara lain ialah peralatan pakaian (seperti sinombiaka, tokuluk (sirung, linumbagai, golong, sinandang, limpogot, dll), peralatan pertanian (seperti ragus, basung, dangol, gagamas, kakali, guyudan, kisaran, tosung, rilibu/raya dll).

Peralatan perikanan (seperti tundalo, siud, bangkala, tambong, bubu sawak dll), peralatan penternakan(lukug, gading dll ), peralatan memburu (sopuk, tuwil, gaba, sungul, balatik, paliw, tandus, ramok, rungkasip, tabpai, sodik, tungkakub, pimpig, tawos dll), peralatan muzik dan bunyi-bunyian (seperti tagung, sompoton, turali, bungkau, suling pumpuak, dll), peralatan dan produk-produk ekonomi(seperti Bohungon, Basung, kakanan, luping, sigup, sada toosin, bilis, tipun, paha, tusi dll).



LaGeNda pEsTa kEaMaTaN




Pesta Kaamatan atau di dalam bahasa kadazan "Magavau" ini merupakan upacara perayaan khas untuk menghormati "Bambazon" iaitu semangat padi. Perayaan ini adalah amalan secara tradisi kaum kadazandusun sejak zaman berzaman. Perayaan "Magavau" ini biasanya diadakan selepas selesai menuai padi. Pesta Kaamatan yang kita rayakan dewasa ini telajh diluluskan oleh Majlis Undangan Kerajaan Koloni sebagai Cuti Umum sejak tahun 1960 lagi. Beliau yang bertanggungjawab untuk mengusulkan agar Pesta Kaamatan ini diisytiharkan sebagai Cuti Umum ialah Allahyaraham YAB Tun Haji Mohamad Fuad Stephens, SMN, PSM. SPDK, PNBS, bekas Ketua Menteri Sabah yang pertama.


aSaL uSuL MaGaVaU

Terdapat banyak sebutan perkataan Magavau ini mengikut dialek dan lokasi suku kaum Kadazandusun. Walau bagaimanapun ianya tetap membawa maksud yang sama.


Menurut cerita lisan, Kinoingan ( Tuhan ) dan isterinya Suminundu mempunyai seorang anak perempuan yang bernama Huminodun. Untuk menyelamatkan orang-orang Kadazandusun daripada kebuluran kerana tidak mempunyai makanan yang mencukupi, maka Kinoingan terpaksa mengorbankan anak kesayangan mereka Huminodun. Huminodun dibunuh dan mayatnya dikubur menurut adat istiadat selengkapnya. Kononnya, mayat Huminodun itu telah mengeluarkan berjenis-jenis benih tumbuhan yang menjadi makanan utama kepada kita sekarang. Salah satu benih tumbuhan itu ialah padi. Oleh kerana sebahagian dari mayat Huminodun itu mengeluarkan benih padi, maka wujudlah kepercayaan bahawa padi itu mempunyai semangat yang diberi nama "Bambazon".



Bermula dari kejadian inilah orang-orang Kadazandusun memulakan upacara Pesta Kaamatan ( Pesta Menuai ) seperti yang kita rayakan dewasa ini. Perayaan seumpama ini mengharapkan agar rezeki yang akan datang bertambah baik dan lumayan. Upacara penghormatan terhadap semangat padi yakni padi-padi yang selesai dituai dan telah selamat dimasukkan ke dalam ketawai ( Tangkob ) iaitu bekas tempat menyimpan padi. Selain itu, perayaan Pesta Kaamatan ini juga mengingatkan kita akan rasa penghargaan dan penghormatan masyarakat Kaum Kadazandusun akan Penciptanya ( Kinoingan ) yang sanggup mengorbankan anak kesayangannya Huminodun untuk menyelamatkan orang-orangnya supaya tidak mati kebuluran

TaRaF pRiBuMi

Menjadi Pribumi Sabah, sebahagian daripada Malaysia, kaum Kadazan-dusun mempunyai hak politik yang samahak-hak ekonomi dan pendidikan sama seperti orang Melayu Malaysia dan pribumi lain Taraf ini digelar Bumiputra (dari Sanskrit Bhumiputra), sepatah perkataan Melayu, yang diterjemahkan untuk 'Anak-anak Bumi/penduduk asal'


PeNuTuP



Kaum Kadazan-Dusun sememangnya memiliki budaya yang asli,unik dan menarik. Justeru itu, melalui laman ceritasatumalam.blogspot.com sedikit sebanyak memberi penerangan dan penjelasan kepada para pembaca yang melayari laman web "Warisan Budaya Kaum Kadazandusun" . Semoga budaya dan warisan ini dapat dikekalkan dan dipelihara untuk generasi akan datang

By

LoLo86

dediCated tO


InDra SharMiLLa Bt. Agat
dari KamPuNg aMbiNaHaToN / Kg.BaWaN
~mEmbaKuT~

aNd tO aLL

Kadazan-Dusun's peOpLe

kOtuLuaDaN

tEriMa kaSiH





17 comments:

  1. tahniah atas usaha saudara memberi penjelasan serba sedikit berkenaan dengan suku kaum kadazandusun di sabah. cuma apa yang boleh diperbaiki adalah dari segi penjelasan perbezaan dusun dan kadazan.

    1. Dusun - merujuk kepada semua etnik yang ada di Sabah, termasuklah 'Dusun Tangara' (yang selepas tahun 1960-an lebih selesa dikenali sebagai orang KADAZAN)

    2. Nama 'Dusun' - wujud sejak abad ke 18, merujuk kepada etnik di Sabah, tiada kaitan dengan 'kebun buah-buahan' dalam kamus dewan, politik, mahu pun mana-manan agama

    3. Nama 'Kadazan'- dicadangkan oleh Donald Stephens (selepas itu Fuad Stephens) sebagai identiti baru masyarakat 'Dusun' - rebranding. Satu nama yang urban, mencerminkan ketinggian martabat,

    4. 'KADAZAN' asalnya merupakan sebuah NGO untuk membela agama tertentu di Sabah.

    5. Pemimpin politik di Penampang, Keningau, Tambunan (terutamanya) bersetuju untuk menggunakan terma ini sebagai 'identiti baru' masyarakat DUSUN. Sementara pemimpin politik di Kota Belud, Ranau, Kota Marudu dan beberapa kawasan lain mahu terus dikenali sebagai DUSUN (Dusun Lotud, Dusun Tindal, Dusun Tobilung, dan pecahan etnik Dusun yang lain. Kecuali Dusun Tenggara, tidak lagi dikenali sebagai orang DUSUN tetapi KADAZAN

    6. Orang DUSUN lama berjauh hati dengan orang KADAZAN, terutama para pemimpin politik, seolah-olah orang KADAZAN bukan lagi orang DUSUN (sejarah tidak pernah berbohong..'For those who cannot remember the past, you are condemned to repat it'. Sebagai usaha penyatuan dan menjernihkan keadaan, maka diadakanlah beberapa sesi pertemuan untuk mentautkan kembali hubungan Dusun-Kadazan ini.

    7. Tapi bukan mudah.apa pula'jenama' baru yang akan diperkenalkan ? Pemimpin politik DUSUN mahu DusunKadazan, pemimpin Kadazan mahukan KadazanDusun ? apa langkah penyelesaian yang diambil oleh para pemimpin kita ?apa peranan 'Huguan Siou'? atau adakah perasaan orang DUSUN diguris sekali lagi ? jawapannya jelas..Tiada dokumen setakat ini yang menyatakan bahawa orang Dusun dan Kadazan disatukan menjadi 'DUSUNKADAZAN', tetapi sebaliknya 'KADAZANDUSUN'?

    8. Dengan 'belas kasihan' individu dalam KCA (Persatuan Kebudayan Kadazan), maka diterimalah orang Dusun dan membentuk 'KDCA (Persatuan Kebudayaan Kadazandusun'.

    My 2 cents.

    ReplyDelete
  2. terima kasih atas feedback yg diberikan~

    ReplyDelete
  3. 3. Nama 'Kadazan'- dicadangkan oleh Donald Stephens (selepas itu Fuad Stephens) sebagai identiti baru masyarakat 'Dusun' - rebranding. Satu nama yang urban, mencerminkan ketinggian martabat,
    -comment: sebenarnya istilah kadazan sudah lama diguna sebelum itu. Tanggapan bahawa istilah itu baru dicipta adalah salah sama sekali. Ada bukti untuk menyokong fakta ini. Please don't get confuse

    ReplyDelete
  4. haa cm2 ape kate sedara kongsi2kan skali

    bole la sme2 kite tmbahkan pengetahuan

    time ksih krana membetolkan hamba yg silap ini

    ^_^

    ReplyDelete
  5. Thank you saudara Lolo..i was just responding to the comment made by someone above,that kadazan name was coined by Tun Fuad. Hakikatnya nama bangsa kadazan telah wujud lama sebelum 1950an.Contohnya dalam buku yang dikarang oleh Owen Rutter dan diterbit kan pada tahun 1929 yang bertajuk “The Pagans Of North Borneo” dimana beliau telah menulis seperti berikut : “The Dusun usually describes himself generically as a ‘tulun tindal’ (landsman) or, on the West Coast, particularly at Papar, as a Kadazan.” (page 31)" Owen pada waktu itu bekerja di Sabah sebagai Pegawai Kawasan sewaktu era perang dunia pertama.Bermakna beliau berada di sabah pada tahun 1910 sehingga 1914.Ingin saya nyatakan disini bahawa perkataan Kadazan sebenarnya tidak membawa maksud "bandar". Besar kemungkinan sesetengah individu suka mencari jalan mudah dengan mengaitkan nya dengan perkataan "kakadaazan" yg mana ianya memang bermaksud kawasan bandar. Walaubagaimana pun erti sebenar perkataan kadazan sebenarnya ialah "orang". Atas sebab itulah saya berani mengata bahawa kekeliruan dalam perkara ini sebenarnya disengajakan atau pun di cetuskan oleh sesetengah individu yang tidak berpuas hati dengan keadaan politik pada waktu itu.Hope that explain.

    ReplyDelete
  6. wOw..thats new to me~thx 4 the infO~

    ReplyDelete
  7. Cheers i'm happy if that clear the confusion..

    ReplyDelete
  8. KADAZAN + DUSUN = KADUSUN

    ANYWAY, ADAKAH ETNIK2 DI SABAH TERMASUK DI DALAM KATEGORI DAYAK SEPERTI DI SARAWAK DAN KALIMANTAN?

    ReplyDelete
  9. Cuba jelaskan dengan lebih terperinci maksud anda tentang "kategori dayak". setahu saya Dayak adalah suku kaum bumiputera asal Sarawak. Adakah anda cuba mengatakan bahawa etnik Kadazan atau Dusun mungkin mempunyai pertalian atau pun susur galur dengan Dayak? Pada pendapat saya ianya tidak mustahil. Its not a far fetched idea.Namun belum ada kajian mendalam tentang perkara ini..

    ReplyDelete
  10. tuan2 letaklah nme..nme tipu2 pn xpe supya mudah kite utk berbincang~

    ReplyDelete
  11. saya berminat dengan perbincangan ini.sebab kita perlu tahu asal usul sebenar kadazandusun ini.napa dusun?napa kadazan?sebenarnya apa suku kadazandusun ini pada zaman dahulu?cuba saudara lolo86 cari betul kah kadazandusun ne asal dari Taiwan.Suku Bunun.

    ReplyDelete
  12. kadazan dusun murut & dayak semuanya asal dari YUNAN CHINA

    ReplyDelete
  13. Tambah lagi d saya Bingung... Banyak batul tulisan.... Boring bh bagini... bgus lagi buat rancangan d national geography Ho Ho Ho

    ReplyDelete
  14. apa sejarah pakaian kadazandusun kotabelud? sy mau buat kerja kursus ba.. harap blh bntu sy.. ^^ TQ

    ReplyDelete
  15. Seluruh/semua etnik asli Borneo (Borneo Native People) disebut (Called) Dayak/Daya. Bangsa Dayak ada 7 Stanmenras (Rumpun) iatu Iban, Klemantan, ut Danum, Ngaju, Apaukayan (Kayan,kenyah, bahau), Punan/penan dan Murut, masing-masing rumpun terbagi lagi menjadi banyak sub-etnik. sub-etnik Kadazandusun termasuk ke dalam rumpun Dayak Murut.

    ReplyDelete
  16. salam sabahan..hii sy warga sabah berbangsa tidung..dan berdasarkan catatan penulis blog diatas, mengatakan etnik tidung adalh slh satu dari 41 etnik KD..betul ka?kalo betul,mang tekejut la tp kalo tak betul,mgkin ada kwn-kwn lain yg boleh explain lg tntg etnik ni..cuma yg pastinya, kita suma ni adlh peribumi borneo/sabah betul kn?..

    so kita sma2 menjaga n pertahankan hak kita sbg pribumi borneo/sabah..kerana ada bangsa/etnik lain yg memang jelas berasal dari kepulauan lain iaitu luar dari borneo ingin 'meng-klaim' ataupun menuntut hak mendapatkan status peribumi/bumiputra sabah..etnik seperti ni tdk layak mendpt status bumiputera sabah. mereka hnya layak mendpt status bumiputar sabah kerana tlh memutar belitkan sabah kita....

    salam sabah maju jaya.....

    ReplyDelete
  17. Ya.. Semua bangsa di atas termasuk beberapa lg adalah dalam rumpun Austronesia.. Asal-usul dr Mongolia keturunan dr Genghis Khan.. namun zaman berubah mencari arah hidup yg lebih baik, golongan bebas mengembara seluruh dunia, bercucuk tanam dan menternak. sbb itu la yg berada d Borneo ni dikenali sbg Head Hunters tetapi ada cerita di sebalik tu.. keturunan Pahlawan, ganas, kuat berperang (bersebab) dan ingin bebas seperti kuda d padang rumput yg luas..

    banyak lg cerita ttng bangsa ni dan rumpunnya.. ya Tidung termasuk dalam rumpun ni.. d lain hari kita kongsi maklumat lg..

    sekadar info am sahaja.. jika anda sdng melanjutkan pelajaran dalam Master berkaitan Bahasa dan Bangsa anda akan lebih faham ttg ni.. tq

    ReplyDelete