Monday, July 19, 2010

MaKhLuK sEBeLuM aDaM A.S

     Assalamualaikum


kpd pembaca sekalian..tajuk kali ini agak berat dan sukar hendak diterima akal..anda diminta membuka minda dan melapangkan fikiran..


Isi dibawah adlah satu teori dan adalah terpulang kpd pemikiran akal saudara2 sendiri samada utk mempercayai atau tidak..




Orang Islam, Yahudi dan Nasrani percaya bahawa Adam a.s. adalah bapa mereka semua, ertinya Adam a.s. dan Siti Hawa adalah nenek moyang semua manusia yang hidup zaman berzaman. Mereka adalah 'manusia' pertama yang diturunkan ke bumi.

'Manusia' itu setakat yang saya fahami adalah makhluk berakal keturunan Adam a.s. bermula dari Adam a.s. (dalam konteks planet bumi) yang diajarkan berkata-kata, menulis dan membaca oleh Allah s.w.t. Akal yang ada pada manusia di planet bumi ini mampu memahami semua ini, dan ia digunakan untuk mengkaji serta menyelesaikan masalah dan menghasilkan teknologi. Allah telah mensyariatkan Islam kepada manusia bermula dari Adam a.s.

Sebelum saya paparkan pada anda artikel yang ditulis, ada baiknya saya sertakan di sini mafhum firman Allah yang menyentuh kisah kejadian Adam a.s. Saya harap anda dapat meneliti ayat-ayat ini untuk memahami mengapa dikatakan bahawa tidak mustahil ada humanoid di bumi ini sebelum Adam a.s. 'diturunkan' dan mungkin humanoid itu suka berperang dan bertumpah darah.

Walau apa pun, saya harap anda semua dapat menerima catatan nation_kingdom sebagai 'pembuka fikiran' kita semua dan sebagai penggalak agar bijak pandai Islam mengkaji dengan lebih serius untuk memecahkan persoalan 'manusia' sebelum Adam. Namun satu perkara sudah jelas: Kita semua adalah dari keturunan Adam a.s. dan Adam a.s. bukan berasal dari beruk sebagaimana pendapat Darwin, para pengikutnya serta pendokong Neo-Darwinism. Pada pendapat saya, Adam a.s. dan keturunannya tiada pertalian darah langsung dengan 'humanoid' sebelum Adam a.s. Adam dijadikan khalifah (pemimpin atau pengganti) kepada sesiapa yang pernah menghuni dan menguasai planet bumi sebelum itu.

'Dialah (Allah) yang menjadikan untuk kamu segala yang ada di bumi, kemudian Dia menuju dengan kehendakNya ke arah (bahan-bahan) langit, lalu dijadikannya tujuh langit dengan sempurna dan Dia Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi. Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?. Tuhan berfirman: Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya'. (Surah Al-Baqarah 2: Ayat 29-30).
Sebagai umat Islam, adalah menjadi rukun kepada kita untuk mempercayai bahawa moyang kita yang pertama adalah Nabi Adam A.S. dan isterinya Siti Hawa. Namun timbul keraguan kepada saya yang jahil ini; adakah benar Adam itu adalah manusia pertama yang berjalan di muka bumi ini. Persoalan ini timbul adalah berdasarkan pengamatan saya selama 9 tahun yang menjurus kepada penemuan akan beberapa klu-klu penting. Adalah ditegaskan tegaskan di sini bahawa saya sama sekali tidak menafikan bahawa salasilah sekalian manusia yang ada di dunia ini bermula daripada seorang manusia sempurna bernama Adam A.S. Selain agama Islam, ia juga adalah pegangan penganut agama Kristian dan Yahudi.

Dalam artikel ini, saya mengistilahkan manusia awal yakni sebelum Nabi Adam diturunkan ke dunia sebagai humanoid demi untuk mengelakkan sebarang kontroversi yang mungkin timbul berikutan pegangan kita sekarang bahawa tiada manusia sebelum Adam. Saya juga bukanlah ahli di dalam lapangan ketamadunan manusia; mahupun pakar kitab. Namun saya dengan sedaya-upaya cuba menyampaikan pemikiran saya melalui susunan kata-kata di dalam artikel ini supaya mudah diterima orang kerana saya percaya sudah tentu ada orang yang yang amat berminat dengan paradigma baru ini; terutama individu yang sering diburu persoalan-persoalan akan sejarah kehidupan manusia yang mengelirukan.

Sepanjang kajian dan pengamatan saya, terdapat empat klu utama yang mendorong saya untuk mempercayai bahawa terdapat humanoid-humanoid yang wujud lama sebelum Nabi Adam A.S. dan Siti Hawa diturunkan ke bumi.

Klu 1: Ketandusan Ilmu Manusia Awal

Sebagai seorang nabi sudah tentunya Allah Taala mengurniakan kapadanya ilmu yang selayaknya bagi seorang manusia untuk menjalankan tigasnya sebagai khalifah di muka bumi. Fakta ini telahpun termaktub di dalam Surah al-Baqarah, ayat 31-33 yang bermaksud;

Dan Ia telah mengajarkan Nabi Adam, akan segala nama benda-benda dan gunanya, kemudian ditunjukkannya kepada malaikat lalu Ia berfirman; 'Terangkanlah kepada-Ku nama benda-benda ini semuanya, jika kamu golongan yang benar'. Malaikat itu menjawab; 'Maha Suci Engkau (ya Allah)! Kami tidak mempunyai pengetahuan selain apa yang Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkau jualah Yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana'. Allah berfirman; Wahai Adam! Terangkanlah nama benda-benda ini semua kepada mereka.

Allah Taala juga telah mengurniakan api untuk kegunaan manusia melalui Adam. Riwayat menceritakan bahawa api yang ada di bumi sekarang ini hanyalah percikkan bunga api neraka yang sebesar zarah. Malaikat Jibril-lah yang telah diperintahkan untuk mengambilnya daripada malaikat Zabaniah. Oleh sebab kepanasan yang keterlaluan, api neraka sebesar zarah itu terpaksa disejukan dengan mencelupnya ke dalam 70 batang sungai di syurga dan 70 celupan di setiap batang sungai (70X70). Kemudian Jibril A.S. pun membawa api itu turun ke dunia dan diletakan di atas sebuah bukit yang tinggi. Tetapi sejurus setelah diletakan, tiba-tiba bukit itu terus meleleh cair; maka cepat-cepat jibril mengambil semula api tersebut dan dihantar semula ke neraka. Maka, hanya sisa-sisanya sahajalah yang kita gunakan pada hari ini. Konklusi, peristiwa ini jelas menerangkan kepada kita bahawa umat manusia yang pertama berada di muka bumi iaitu Adam sudah awal-awal lagi menggunakan api untuk kehidupan seharian.

Walaupun begitu, ahli sarjana arkeologi barat telah mendedahkan bahawa selama beberapa kurun, humanoid yang dianggap sebagai manusia pertama selama ini tidak tahu menggunakan api baik untuk memasak, memanaskan badan, mahupun sebagai pertahanan diri. Kehadiran humanoid ini dapat dikesan di Hadar, Ethopia; Olduvai Gorge an Laetoli, Tanzania; Timur Turkana, Kenya; dan di sekitar Afrika Timur. Tapak-tapak arkeologi ini mengandungi bukti kewujudan spesis bipedal (bejalan tegak dengan dua kaki). Mereka hanya tahu menggunakan api 3 juta tahun kemudian (1.4 juta S.M). Adalah dipercayai penemu api yang pertama ialah spesis Homo erectus di gua Zhoukoudian, China.
Gua tersebut suatu masa dahulu (sepertimana juga hari ini) bukan sahaja dihuni oleh humanoid malah burung hantu dan juga kelawar. Longgokkan najis kelawar di dalam gua yang kaya dengan potassium nitrate mungkin terbakar akibat suhu tinggi ataupun oleh percikan elektrik statik. Walaupun begitu, pendapat utama bagaimana humanoid primitif mendapat api adalah daripada kebakaran hutan akibat panahan petir. Mereka mula makan makanan yang masak apabila tiada pilihan lain selain daripada memakan haiwan yang mati terbakar dalam kebakaran, dan secara kebetulan rasanya lebih enak daripada dimakan mentah.

Klu pertama ini membuktikan bahawa humanoid-humanoid primitif ini tidak sealiran darah dengan Nabi Adam A.S. Ini adalah kerana dalam paradigma sejarah sekarang, masa yang berlalu telah menyaksikan kemajuan demi kemajuan manusia dalam bidang teknologi; dan bukannya kemunduran (walaupun terdapat kemelesetan dari segi moral mahupun ekonomi). Jika spesis humanoid primitif ini adalah berketurunan Adam, maka zaman-zaman yang telah berlalu menjadi saksi kepada kemunduran yang teruk kepada sesuatu bangsa bersasal daripada sekumpulan manusia yang berilmu dan senonoh; kemudiannya beransur-ansur berkembang kepada makhluk yang tak bertamadun, bodoh, kotor, makan haiwan mentah, dan bogel; sama seperti yang anda dapat saksikan dalam buku-buku rujukan arkeologi sekarang.

Idea utama yang ada dalam fikiran saya ialah; bumi sekali lagi telah mengalami proses penseterilan selepas yang pertama menyebabkan kepupusan spesis dinasor. Malangnya saya tidak dapat membincangkan tentang apa atau bagaimana penseterilan kedua tersebut terjadi kerana hal tersebut bukanlah dalam lingkungan pengetahuan, sebaliknya ia harus dikaji oleh pakar di dalam lapangan tersebut. Namun apa yang pasti, kesan kejadian tersebut telah menyebabkan kepupusan spesis-spesis manusia awal yang hidup pada zaman ais, zaman baru, dan zaman logam. Kesemua golongan manusia ini tidak mempunyai sistem tulisan sebuah elemen tamadun yang terpenting. Namun apa yang ada hanyalah klu-klu melalui lukisan pada dinding-dinding gua yang memberitahu sedikit-sebanyak tentang kehidupan mereka sehari-harian.

Klu 2: Kalendar Adam

Pada dasarnya, Kalendar Adam adalah setara dengan Kalendar Gregorian (Masihi) tetapi dengan offset pada permulaan. Tahun masihi diukur bermula daripada kelahiran Nabi Isa A.S. dan tahun-tahun sebelumnya disebut sebagai sebelum masihi (S.M). Kalendar Adam pula diukur bermula daripada hari peristiwa Nabi Adam A.S diturunkan ke muka bumi. Idea kalendar Adam ini telah dicetuskan oleh En. Mohd Fadhil Hassan bertujuan untuk memudahkan pengiraan detik-detik peristiwa sejarah terutama sekali yang berlaku dalam tahun-tahun sebelum masihi. Kalendar ini pernah diketengahkan dalam majalah Mastika, Januari 2006.

Kalendar Adam dihasilkan melalui pengamatan dan kajian Fadhil selama 10 tahun. Walaupun begitu, beliau menyatakan bahawa kalendar tersebut masih terbuka kepada pembetulan dan kajian yang lebih mendalam. Beberapa penemuan fakta penting yang beliau dapati ialah:

1. Nabi Adam A.S. dan Siti Hawa dikurniakan dengan ramai anak. Setetengah pendapat menyatakan ramainya adalah 120 orang, manakala ada juga yang berpendapat 80 orang. Manusia sempurna inilah yang telah mencetuskan ketamadunan manusia.
2. Nabi Ibrahim A.S. berpindah ke Mesir pada 1900 S.M. ketika berumur 40 tahun. Ini bermakna Nabi Ibrahim lahir pada tahun 1940 S.M.
3. Selang masa di antara Nabi Nuh dengan Nabi Ibrahim ialah 2140 tahun. Ini bermakna Nabi Nuh wafat pada tahun 4080 S.M.
4. Nabi Nuh dikatakan mempunyai umur yang panjang iaitu 950 tahun. Ini bermakna Nabi Nuh Lahir pada tahun 5030 S.M.
5. Selang masa antara Nabi Adam dengan Nabi Nuh adalah 2000 tahun. Ertinya Nabi Adam wafat pada 7030 S.M.
6. Nabi Adam mempunyai umur yang paling panjang, iaitu 1000 tahun. Maka Nabi adam di turunkan ke dunia pada tahun 8030 S.M. Pada detik ini juga bermulanya Kalendar Adam.


Daripada fakta-fakta di atas maka dapatlah disimpulkan bahawa sekarang (tahun 2006) adalah bersamaan dengan 10036 Tahun Adam (T.A). Alangkah mudanya ketemadunan manusia ini jika hendak dibandingkan dengan apa yang dipanggil selama ini oleh sains arkeologi sebagai permulaan manusia pertama yang wujud 4.4 juta tahun yang lalu!

Seandainya segala output daripada segala kajian yang di buat oleh En. Fadhil tepat, maka terbuktilah bahawa segala makhluk yang berbentuk seperti manusia (humanoid) yang wujud sebelum 10036 tahun yang lalu tiada pertalian darah dengan manusia selepas Adam, lalu tidak layak untuk dipanggil sebagai manusia. Namun adalah diluar pengetahuan samada spesis tersebut telah dipupuskan oleh Allah Taala secara keseluruhannya, ataupun masih wujud segelintir darinya sehingga zaman sekarang. Mungkin inilah mahkhluk misteri yang sekarang dianggap orang sebagai Big Foot yang membuatkan manusia melakukan pelbagai andaian tentangnya.

Timeline yang kedua ini telah dihasilkan oleh saintis yang berpegang kepada
teori evolusi Charles Darwin manusia berasal daripada monyet. Jikalau dahulu saya memang menentang teori ini bulat-bulat kerana ia bercanggah dengan asas agama Islam. Namun sekarang saya tidak begitu mengambil peduli kerana mungkin ada benarnya pendapat itu. Rupabentuk manusia awal sebelum Adam mungkin seperti beruk yang berbulu lebat. Tak siapa tahu tentang hal ini kerana tinggalan mereka yang ada kini hanyalah tulang-temulang, jauh sekali cebisan-cebisan kulit atau rambut. Alangkah baiknya sekiranya terdapat antara humanoid-hominid ini terfosil di dalam ais (seperti yang terjadi pada gajah mammoth); maka bolehlah kita lihat bagaimana sebenar-benarnya rupa mereka.

Walaupun begitu, ternya kelas mereka lebih tinggi daripada hidup-hidupan lain yang terdapat pada zaman tersebut itu kerana mereka berupaya menghasilkan peralatan daripada batu dan melukis pada dinding-dinding gua. Anda mungkin pernah didedahkan dengan haiwan-haiwan primitif yang seperti dinasor, gajah mamonth, pepatung gergasi, nyamuk gergasi, dan burung pra-sejarah. Tetapi pernahkah anda tahu akan monyet-monyet pra-sejarah yang hidup bersama-sama manusia primitif? Nampaknya telah berlaku kesilapan sangat besar dalam sistem kategori spesis-spesis primat primitif ini. Kesemua spesis primat yang ada pada zaman sebelum Adam telah digolongkan dan dilebelkan sebagai manusia awal (tidak kira yang berakal atau tidak) bermula seja zaman ais lagi. Ini adalah kerana pengelasan spesis-spesis tersebut dilakukan oleh ahli-ahli sains yang menganuti Teori Evolusi Charles Darwin kesemua manusia dan monyet yang ada di dunia ini bermoyangkan sejenis monyet (common ancestor).

Klu 3: Tiada Ketamadunan sebelum 10000 tahun lalu.

Ketamadunan yang pertama hanya bermula kira-kira 3000 tahun selepas Adam diturunkan (menurut kalendar Adam) ke dunia apabila pertanian jagung bermula di Mexico iaitu pada 5000 S.M. Dunia seterusnya menyaksikan tumbuhnya kerajaan-kerajaan silam yang tersohor (sebelum masihi) bermula dengan kerajaan Sumeria (3400 S.M), dinasti pertama kerajaan Mesir (2350 S.M.), empayar Akkadian atau Mesopotamia (2205 S.M), dinasti Xiao di China (1600 S.M.), tamadun Minoan (1380 S.M.), Babylon (597 S.M), Republik Rom (509 S.M), dan berakhir dengan empayar Roman (27 S.M.). Selain daripada itu, banyak lagi ciptaan manusia yang mengkagumkan seperti pembinaan Tembok Besar China yang siap pada tahun 27 S.M.

Secara kesimpulannya ketamadunan manusia berkembang dengan pesat selepas 3000 tahun turunnya Adam ke dunia, dan selepas ramainya keturunan Adam di bumi ini. Inilah bukti yang kukuh bahawa peningkatan kehidupan manusia yang pesat hanya boleh dilakukan oleh manusia yang sempurna keturunan Nabi Adam dan Siti Hawa. Manusia yang terdahulu daripada Nabi Adam tidak mempunyai apa-apa teknologi selain daripada peralatan batu, tanah liat dan logam yang ringkas, sedangkan mereka sudah wujud sejak berjuta-juta tahun (tanpa sebarang pembaharuan teknologi yang nyata). Sesungguhnya mereka tidak boleh dibandingkan dengan keturunan Nabi Adam yang boleh membuat pembaharuan yang drastik dalam jangkamasa hanya 10000 tahun!

Klu 4: Keengganan Bumi

Pada suatu ketika, Allah SWT menitahkan kepada malaikat Jibril supaya turun ke bumi untuk mengambil sebahagian tanahnya untuk mencipta Adam, manusia pertama. Akan tetapi apabila Jibril sampai ke bumi, bumi enggan membenarkan tanahnya diambil untuk dijadikan Adam, kerana bumi khuatir Adam jadi maksiat kepada Allah. Lalu Jibril kembali ke hadrat Tuhan, kerana ia tidak dapat berbuat apa-apa, setelah mendengar sumpah bumi. Seterusnya, Allah memerintah malaikat Mikail, jawapan bumi masih sama dan selepas itu Allah memerintahkan malaikat Israfil, tetapi malangnya jawapan bumi masih tidak berganjak, dan masing-masing kembali dengan tangan kosong.

Lalu yang terakhir, Allah menyuruh malaikat Izrail turun ke bumi. Firman Allah, Hai Izrail, engkaulah kini yang aku tugaskan mengambil tanah. Meskipun bumi bersumpah-sumpah dengan ucapan, bagaimanapun jangan engkau mundur. Katakan bahawa kerjakan atas perintah dan atas namaKu. Apabila Izrail turun ke bumi dan menyampaikan perintah Allah kepada bumi, maka akhirnya barulah bumi mengizinkan akan tanahnya itu diambil.

Setelah Izrail mengambil beberapa jenis tanah, kembalilah dia ke hadrat Allah.Lalu Allah berfirman; Ya Izrail, pertama engkau yang Ku-tugaskan mengambil tanah, dan kemudian di belakang hari kelak akan kutugaskan engkau mencabut roh manusia. Maka Izrail khuatir kerana bimbang dibenci oleh umat manusia kelak. Lalu Allah berfirman lagi; Tidak, mereka tidak akan memusuhi kamu, Aku yang mengaturnya, dan Aku jadikan kematian mereka itu bersebab, terbunuh, terbakar, sakit dan sebagainya.

* * * * * * * * * * * * * * *
Berikut merupakan riwayat yang menceritakan tentang proses awal penciptaan Adam; pengambilan tanah daripada bumi. Persoalan utama daripada riwayat ini adalah keenganan bumi untuk diambil tanahnya. Kebimbangan bumi bukanlah kerana takut tanahnya kurang, atau takut rupanya berlubang-lubang, tetapi bumi khuatir seandainya Adam itu menjadi maksiat kepada Allah. Tidakkah itu bermakna bumi telah menyaksikan kerosakan yang dilakukan oleh manusia terdahulu di muka bumi ini? Mengapa tiada riwayat yang menceritakan akan keengganan bumi apabila Allah S.W.T hendak menciptakan gajah, lembu, atau unta? Ini jelas menjukkan hanya spesis humanoid sebelum Adam telah melakukan perbuatan-perbuatan yang tidak disukai oleh bumi.

Banyak antara kerosakan ini dapat dibuktikan di benua Autralia. Australia dianggap sebagai pusat kajian yang terpenting kerana ia dikelilingi oleh lautan dan susananya bebas dari humanoid sehinggalah 50000 tahun yang lalu. Kajian yang dijalankan di sini berupaya untuk menunjukkan perbezaan sesuatu kawasan sebelum dan selepas kehadiran humanoid.

Menurut kajian yang dijalankan oleh Nicolle Rager Fuller (2005) dari National Science Foundation; Ujian isotop karbon fosil-fosil telur spesis burung yang tidak terbang di Australia mendapati humanoid telah menggunakan api secara melampau. Hal ini telah membawa perubahan yang drastik kepada ekosistem yang menyebabkan kepupusan secara besar-besaran sejumlah spesis haiwan di kepulauan tersebut 50000 tahun yang lalu tahun yang sama dengan ketibaan humanoid. Diet yang tetap selama 140000 tahun untuk spesis burung tersebut telah bertukar (terjejas apabila humanoid tiba di kepulauan tersebut.) daripada rumpai yang bernutrien (padi, gandum, atau beri) kepada sampah gurun (desert scrub).

Gangguan pada ekosistem ini juga telah menggugat kewujudan mamalia-mamalia besar di Australia, yang juga mengalami kepupusan sejurus kehadiran humanoid. Profesor Gifford Miller (2005) dari CU-Boulder's Institute of Arctic and Alpine Research menafikan kepupusan tersebut adalah kerana perubahan suasana iklim kerana kajian menunjukkan tiada bukti perubahan iklim yang nyata yang disepanjang tempoh tersebut yang boleh menyokong pendapat ini. Berikutan itu, ramai ahli sains percaya bahawa manusialah yang menyebabkan kepupusan tersebut samada melalui pemburuan melampau, penularan wabak, atau pembakaran habitat-habitat semulajadi. Kajian isotopik (ujian karbon) terhadap fosil-fosil telur burung emu dan genyornis (bersaiz seperti burung unta moden) mendedahkan bahawa ekosistem flora juga mengalami perubahan sejak ketibaan humanoid.

Selain burung, mamalia-mamalia besar juga pernah wujud seiringan dengan humanoid suatu ketika dahulu di Australia seperti gajah mammoth, mastodons, saber-toothed tiger, singa marsupial (Thylacoleo carnifex marsupial terbesar pernah wujud) dan kuda asli Amerika. Kepupusan spesis ini berlaku pada lewat zaman Pleistocene (lihat timeline). Pendapat bahawa perubahan iklim global menjadi faktor penyumbang kepupusan juga tidak boleh disangkal. Akan tetapi, perubahan iklim tidak menghapuskan spesis-spesis tersebut secara drastik tetapi dengan lebih perlahan. Kepupusan drastik hanya terjadi sejah wujudnya aktiviti pemburuan melampau oleh humanoid; yang membawa kepada kepupusan dalam jangkamasa maksimum 1500 tahun. Pemburuan secara blitzkrieg, dikatakan berupaya menumbangkan kewujudan sesuatu spesis fauna dalam jangkamasa kurang daripada 500 tahun!

Di bahagian Amerika utara pula; Woolly mammoths, giant armadillos and tiga spesies unta adalah sebahagian daripada lebih 30 mamalia yang diburu sehingga kepupusan oleh humanoid di Amerika Utara 13000-12000 tahun lampau (akhir zaman Pleistocene). Kajian ini telah dijalankan oleh John Alroy (2001, University of California) dengan menggunakan sistem ecosystem modelling yang paling sofistikated dan realistik pada ketika itu. Lebih daripada setengah jumlah spesis mamalia tewas diancam oleh humanoid-humanoid pada akhir zaman Pleistocene. Perkara ini merupakan sesuatu malapetaka yang besar dalam sejarah dunia yang mana kesemua humanoid di seantero planet ini seolah-olah bersatu hati untuk melakukan kerosakan ekosistem secara besar-besaran.

Ternyata sekali masalah kepupusan yang disebabkan oleh manusia bukanlah perkara baru di bumi ini, malah telah dilakukan oleh manusia sebelum Adam lagi. Memanglah patut bumi khuatir dan tidak enggan menyerahkan tanahnya kepada malaikat untuk dijadikan manusia. Bumi sememangnya mengetahui akan sifat-sifat manusia yang terdahulu tamak dan memusnahkan. Kekhuatiran bumi adalah cukup berasas kerana dewasa ini kita mengulangi semula kerosakan demi kerosakan yang pernah dilakukan oleh manusia terdahulu. Bukan sahaja pemusnahan spesis haiwan, bahkan lebih teruk; pembunuhan sesama manusia melalui peperangan, penggunaan senjata pemusnah besar-besaran, dan sengketa nuklear. Gejala sosial dalam masyarakat pula kian menjadi-jadi penagihan dadah, pelacuran, jenayah rogol, merompak, dan haruan makan anak telah menjadi berita-berita yang biasa dan seolah-olah tidak lagi memanaskan hati masyarakat kita pada hari ini.



. Namun setelah beberapa lama mencungkil mencari, di sini dapatlah dikumpulkan beberapa dalil dari al-Quran yang menguatkan pendapat saya tentang kewujudan 'umat terdahulu' sebelum Adam A.S.

Al Ankabuut - Ayat 19
Dan apakah mereka tidak memperhatikan bagaimana Allah menciptakan (manusia) dari permulaannya , kemudian mengulanginya (kembali) . Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.

Al Ankabuut - Ayat 63
Dan sesungguhnya jika kamu menanyakan kepada mereka: Siapakah yang menurunkan air dari langit lalu menghidupkan dengan air itu bumi sesudah matinya? Tentu mereka akan menjawab: Allah , Katakanlah: Segala puji bagi Allah, tetapi kebanyakan mereka tidak memahami(nya).

Note :
Mereka dalam ayat disini adalah ditujukan kepada "hamba-hamba Allah SWT". Dimana mereka-pun adalah hamba-hamba Allah SWT, yang telah mengalami azab murka Allah SWT , sehingga mereka tentu tahu bahwa Allah SWT -lah yang menurunkan air . Dan mereka tahu bahwa bumi dihidupkan kembali dengan air. Mereka tahu semua itu karena memang telah menyaksikan dan mengalami kehancuran bumi mereka tanpa air.

Al Jin - Ayat 8 & 9
dan sesungguhnya kami telah mencoba mengetahui (rahasia) langit , maka kami men-dapatinya penuh dengan penjagaan yang kuat dan panah- panah api,dan sesungguhnya kami dahulu dapat menduduki beberapa tempat di langit itu untuk mendengar-dengarkan (berita-beritanya). Tetapi sekarang barang siapa yang (mencoba) mendengar-dengarkan (seperti itu) tentu akan menjumpai panah api yang mengintai (untuk membakarnya).

Note :
Sekarang tidak lagi diperkenankan hal itu , sebab mereka (jinn) sekarang ini hanya diperbolehkan "menumpang" dibumi manusia . Walaupun manusia secara harfiah dan teknologi , adalah tidak "secanggih" mereka .

Al Anaam - Ayat 6

Apakah mereka tidak memperhatikan berapa banyak generasi yang telah Kami binasakan sebelum mereka, padahal (generasiitu) telah Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi, yaitu keteguhan yang belum pernah Kami berikan kepadamu , dan Kami curahkan hujan yang lebat atas mereka dan Kami jadikan sungai-sungai mengalir di bawah mereka , kemudian . Kami binasakan mereka karena dosa mereka sendiri, dan Kami ciptakan sesudah mereka generasi yang lain.

Note :
Disini dibicarakan mengenai generasi sebelum anak-cucu Adam AS . Bukanlah kebesaran kaum atau kerajaan manusia dizaman dahulu . Sebab berapapun besar dan hebatnya kerajaan zaman dahulu , masih lebih hebat manusia di zaman kini (Ayat ini adalah ayat yang berlaku sepanjang masa , bukan ayat yang hanya ditujukan pada suatu umat dizaman dahulu)

Banyak lagi ayat-ayat yang menekankan dengan berulang kali , bahwa bumi telah dihidupkan kembali (berulang-kali) dari matinya . Dimana matinya itu di sebabkan karena tidak di berikannya air / hujan kepada para pendahulu generasi manusia anak-cucu Adam AS , yang baru berumur 10,00 tahun.

An Nahl - Ayat 65

16:65. Dan Allah menurunkan dari langit air (hujan) dan dengan air itu di-hidupkan-Nya bumi sesudah matinya. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang mendengarkan (pelajaran).

Ar Rum - Ayat 24

30:24. Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya , Dia memper lihatkan kepadamu kilat untuk (menimbulkan) ketakutan dan harapan , dan Dia menurunkan hujan dari langit , lalu menghidupkan bumi dengan air itu sesudah matinya . Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang mempergunakan akal.

Al Hadiid - Ayat 17

57:17. Ketahuilah olehmu bahwa sesungguhnya Allah menghidupkan bumi sesudah matinya . Sesungguhnya Kami telah menjelaskan kepadamu tanda-tanda kebesaran (Kami) supaya kamu memikirkannya.

Nabi Muhammad semasa diangkat ke langit dalam peristiwa IsraQ MikraJ telah diperlihatkan keadaan manusia diazab di neraka walaupun kiamat belum terjadi. maybe(wallahu'alam) tu adalah seksa yg dikenakan kat manusia sebelum Adam(generasi Adam sebelum Adam kita) n Nabi Muhammad saw dan kita adalah pelengkap n penamat  kepada siri Adam2 yg telah diturunkan sebab bumi kita da tua

NOTA:

Kami berharap agar pembaca dapat membaca artikel ini dengan hati yang terbuka. Pendapat penulis ini sepatutnya dikaji lagi oleh para sarjana Islam, tidak hanya menolaknya mentah-mentah. Sesungguhnya banyak perkara yang masih belum diketahui oleh manusia mengenai makhluk-makhluk yang pernah mendiami bumi sebelum Adam a.s. Berikut ada satu ayat buat renungan bersama:






Al-Baqarah 002:30. "Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi. Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?. Tuhan berfirman: Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya."




36 comments:

  1. Best juga, tapi aku cadangkan ko letak gamba teori Darwin supaya orang faham Proses yang dipercayai penyokong Darwin tu. Jadi boleh bezakan dgn yang ko cadangkan ni supaya org faham apa beza ko dgn penyokong teori Darwin. Tapi ada byk benda yang boleh dipertikaikan, harap maaf. nanti aku reply dalam blog aku. Bukan bergaduh, tapi percanggahan pendapat. Nanti ko tengok apa yang aku reply dari blog ko ni.

    ReplyDelete
  2. aku mls nk letak darwin sbb nti or yg jnis bce skip2 pas2 nti tros ckp penyokong teori darwin..haru jdnyer..

    yup pndapat diperlukan utk mengupgrade ininya krna ini2 ini sume msih xckup aku rse..

    ReplyDelete
  3. Salam, pandangan yg baik, namun sebaiknya sila rujuk ayat2 Al-Quran yg tuan gunakan kpda ulama2 muktabar yg ahli pda babnya. elakkan menggunakan/mentafsir Al-Quran secara akal fikiran yg terhad ini. mentafsir Al-Quran ini kena ada dsplin ilmunya.. permainan iblis dlm meragukan kita memikirkan alam ini amatlah halus dan licik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekadar berkongsi, walaupun setinggi mana ilmu ulama muktabar tu, mereka juga menggunakan akal fikiran. Jika anda baca ayat ayat di atas, bukankah Allah mahu kita berfikir? Tak gitu.

      Delete
    2. ulama2 dlu guna akal fikiran dgn ilmu, brfikir yg Allah suruh bkn ikut sedap nafsu atau kepala hotak kita tapi juga dgn ilmu. tingginya ilmu ulama2 tu sbb bljr mcm2 disiplin ilmu bru mereka brijtihad, bkn main hentam kromo je. nk guna ayat2 Alquran utk jadikn nas n dalil mereka bljr ilmu Alquran, ilmu tafsir,nahu arab n sirah turun ayat tu..bkn main pakai trjemahan mcm kita sekrg ni. islam tu mmg mudah tp bkn kita prmudahkn ikut sedap kita. jadi kalau nk pakai ayat2 Alquran utk sokong ijtihad kita bjlr disiplin2 ilmu mcm ulama2 muktabar telah brsusah pyh bljr dlu. bacalah sirah2 imam abu hanifah, imam malik,imam syafie, imam ahmad hanbal, imam ghazali dll betapa mereka guna akal fikiran mencari ilmu bkn guna akal tnpa ilmu.

      Delete
  4. salam anon july 19,

    sperti semua teori,ada ulama y menyokong ada yg membangkang...teori ini bukanla crite bru krana ia telah dibahaskan 10thun lepas di al-azhar,

    sy menyiarkan ini pn krana hndak mengajak bersama2 berfikir...

    teori ini bukanla sy hamba yg hina ini memikirkan sndri krana suda ternyata topik ini adlh sgt berat dan bsr..anda bole semak pnyokong2 dan pembangkang teori in..rsenyer kalo cri di internet juga ada..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betoi tu, tak salah kita kongsi maklumat. org sebut sebagai kajian dan teori. setengah org mudah takut dan sensitif, padahai kita dok crita zaman sebelum islam nuu..tak lari akidah pun aihh..

      -anon lain

      Delete
    2. sapa kata tk lari aqidah pun aihh..? kalau duk percaya kajian oleh ilmuan barat dr apa yg trmaktub dlm Alquran..apa makna dia tu? jgn duk buat pandai sgt aihh..

      Delete
  5. persoalan yang menarik.
    kita mempunyai pandangan yg sama.

    ReplyDelete
  6. pandangan kte pun same juge....aku tau citer nie dulu bru cri kat tenet...bkan total fact from internet....

    ReplyDelete
  7. Assalamu'alaikum...

    persoalan yg amat menarik.. sejak dulu lg sy ada tanya beberapa guru/ilmuwan perkaitan antara kehidupan manusia paleolitik/mesolitik/neolitik dgn kehidupan nabi adam yg sudah mempunyai beberapa asas hidup spt berpakaian... spt x jumpa tali perkaitannya... cuma terguran sy harap2 dpt sertakan sumber beberapa ulasan di atas.. kelihatan di ambil dr beberapa tmpt.. kalo dr intenet letakkan link pun jd la... sng nk cross reference..

    sepanjang pembacaan ada beberapa perkara yg sy x berapa setuju.. maaf tp ini cuma apa yg bermain dr fikiran sy..

    1st berkaitan peristiwa Isra' mikraj yg mana Rasulullah dibawa ke langit utk berjumpa Allah secara roh dan jasad.. mmg Rasulullah melihat sndiri azab seksa umat2 akhir zaman.. yg akibat dr dosa yg x penah wujud di zaman Rasulullah... perlu diingat carakerja tempoh/waktu alam akhirat x sama dgn cara tempoh/waktu alam dunia... alam dunia memerlukan sesuatu itu dr mula smpai akhir.. sedangkan akhirat tiada awal n akhir... jd adakah mustahil suatu perkara yg di dunia ini belum lg berlaku tp sudah ada di alam akhirat?? ilmu Allah sgt luas x terjangkau oleh akal logik manusia...

    2nd berkaitan isu manusia purba/humanoid ini amat primitif iaitu tidak tahu menggunakan api, tidak berpakaian, tidak membuat rumah etc.. setelah nabi adam diturunkan.. anak2/keturunannya berselerakan di bumi... sama juga setelah banjir besar nabi nuh... anak2nya iaitu sam, ham n yafits berserakan mendiami kawasan dan mewujudkan pelbagai keturunan manusia hari ni... maka semasa proses tersebut x mustahil manusia yg terpisah jauh dr induknya akan hilang panduan... bergerak dr generasi ke generasi... bayangkan jika kita terpisah/terasing dlm hutan/tempat terpencil jauh dr peradaban manusia... mcm2 perkara boleh berlaku demi kelangsungan hidup...

    3rd berkaitan kenyataan teknologi manusia akan sentiasa berkembang.. pd sy x semestinya.. akan tiba 1 masa generasi manusia slps itu tidak tahu akan teknologi sblmnya.. kerana sudah pupus... buktinya adakah manusia hr ni tau secara tepat bagaimana piramid dibina?? bagaimana membuat sudut utk penerimaan cahaya, peredaran udara dlm piramid supaya mumia akan segar... bagaimana membawa batu2 binaan yg jauh ke tapak pembinaan piramid?? ia tidak ajaib sbb zaman itu sudah ada teknologi utk berbuat perkara sedemikian yg manusia hr ni msh x tau... bagaimana pula dgn kisah nabi sulaiman yg mana salah sorang rakyatnya mampu memindahkan istana ratu balqis dgn sekelip mata.. jin ifrit yg mula2 tawarkan diri pun kalah.. teknologi apakah itu?? teleportation?? adakah manusia hr ni tau bagaimana caranya?? ada jgk penemuan akan zaman dulu penah wujud kapal terbang dan letupan nuklear... kitab2 kuno menggambarkan besi yg terbang di udara (lbh kurang cmtu)... pernah dgr teori zaman akan dtg peperangan kembali menggunakan pedang dan tombak?? jd teknologi/peradaban manusia bkn sentiasa berkembang... akan tiba waktunya akan musnah/pupus.. mgkn disebabkan bala bencana, peperangan etc... kemudian berkembang semula... sedangkan perang iraq-amerika pun amat byk khazanah ilmu peradaban manusia zaman berzaman dimusnahkan bila muzium n perpustakaan di baghdad hangus..

    berkaitan terjemahan ayat al-Quran sy rs ada beberapa ayat yg bkn spt itu maksudnya... maaf sy bkn ahli tafsir tp sy rasa surah al-Anaam ayat 6 tu lbh menjurus kpd umat2 sblm Rasulullah spt kaum tsamud, 'ad n mcm2 lg yg mana dimusnahkan oleh Allah akibat dosa mereka utk pengajaran generasi/umat slpsnya...

    apapun timeline tu amat menarik skali... walaupun persoalan2 spt ini sentiasa bermain di fikiran tp sy msh berpegang kpd pendapat tiada manusia sblm nabi Adam a.s kecuali mahkluk2 Allah yg lain spt jin, haiwan etc...

    ReplyDelete
  8. salam bro...tahniah atas pemikiran saudara.sesungghnya hamba juga ada mempunyai pemikiran dan persoalan seperti saudara.Malangnya hamba tidaklah sehebat seperti saudara yg banyak mengkaji.Persoalan2 tersebut tidaklah hamba fikirkan kerana bimbang akidah boleh rosak.Syabas juga hamba ucapkan atas blog saudara yg meletakkan banyak bahan2 ilmiah dan pemikiran yg dalam berbanding meletakkan perkara yang tidak berguna seperti kebanyakan blog2 lain.Terima kasih juga hamba ucapkan kerana saudara sebenarnya banyak membantu hamba dalam pemikiran hamba yang tidak terjawab...Sekiranya diberikan peluang gembira rasanya jika kita dapat berkenalan kerana mempunyai minat yang sama iaitu sejarah demi bangsa dan agama.SAlam

    ReplyDelete
  9. saya sgt2 bersetuju dgn pndapat KALAMHIJAU...erm pastuh ayt2 AQ yg sedara guna tk wapa tpat la nk gmbarkan bukti2 sdara tu..

    ReplyDelete
  10. sy mnerima pape kritikan..sy juge sperti sedara2 skali..sedang mencari~~

    ape yg ditulis diatas bukanlah pegangan sy tp sy sediakan sbgai salah satu cara utk menarik or membuka jalan kpd perbincangan~

    trima ksih ats komen anda skalian

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa yg ditulis bknlah pegangan sy....., tp apa yg sedara tulis kt atas tu lain plak bunyinya.
      'Jikalau dahulu saya memang menentang teori ini bulat-bulat kerana ia bercanggah dengan asas agama Islam. Namun sekarang saya tidak begitu mengambil peduli kerana mungkin ada benarnya pendapat itu.'ulasan anda tntg teori charles darwin manusia berasal dr beruk. apa yg anda nk buktikn sebenarnya?

      Delete
  11. saya sangat bersetuju dengan kalamhijau tiada manusia lain sebelum nabi Adam....
    jika penulis blog ini membuat spekulasi seperti ini amat membimbangkan kerana ia boleh menyebabkan syirik berlaku.....

    ReplyDelete
  12. salam, saya setuju dgn kalamhijau. Surah ana'am merujuk kpd kemusnahan seseuatu umat dan dgantikan dgn umat yg lain. Contohnya apabila sesuatu umat yg x mahukan lg agama Allah dan ingkar maka Allah menghapuskan mereka dan digantikan dgn kaum yg lain. Contoh dahulu yahudi merupakan bangsa yg mulia sbb itu nabi2 banyak drpd keturunan yahudi ttp org yahudi ingkar maka akhirnya Allah menggantikan kaum yahudi dgn kaum arab(iaitu zaman nabi muhammad).

    kemudian boleh tahu dari mana saudara dpt fakta jarak masa antara rasul tersebut? ingat ye kalau buat research sumber internet adalah sumber paling kurang boleh dipercayai x kisahlah dalam research science mahupun agama(report study reference internet adalah sumber terakhir). Seboleh2nya cari sumber buku dan statekan sumbernya. Saya x pasti macam mana saudara boleh cari tahun itu, tap jumlah rasul ada 300++ sedangkan nabi beribu(boleh tanya ustaz mahupun yg pakar shj). kalau gap antara rasul 1000 tahun, kurang2 jarak muhammad saw dan adam as adalah 300 000 tahun macam mana saudara dapat 10 000?

    lagi satu kalau letak ayat quran sila rujuk tafsir alquran bukannya terjemahan alquran. terjemahan yg sebuku tu(terjemah ayat semata) manakala tafsir sngt tebal sehingga berbuku-buku seperti tafsir ibn kathir, fi zilalil quran , etc.sbb apa tebal sebab dia tafsir alquran terperinci.

    Setahu saya,bumi ini dihuni oleh jin kemudian Allah mencipta adam. ingat tempat adam sebenar di syurga bukan bumi kerana bumi ini tempat jin ttp adam diturunkan ke bumi sbgi hukuman kerana ingkar arahan Allah. Kenapa Malaikat kata Allah nak menjdkn bumi tmpt pertumpahan darah dgn menciptakan manusia. kerana ketika itu bumi telah pon dihuni oleh jin yg hidup dgn cara sedemikian. Seingat apa yang saya pernah baca(x ingat buku apa)jin sendiri meminta Allah agar dia boleh lihat manusia ttp manusia tidak boleh melihat jin.

    mengenai teknologi yg mcm kalamhijau cakap, saya nak tambah lagi, contoh petra jordan yg mana kaum itu dapat mengukir batu menjadi bangunan dan bandar. Ada org hari ini mampu buat sedemikian? Orang china lama mampu buat great wall of china dan teracota. org kemboja lama mampu buat angkor wat yg dikelilingi air. tgk bagaimana org britain lama dpt buat stonedge yg mana batu itu dtg dr scotland. bagaimana org aztec dulu dapat buat piramid. lihat bagaimana org arab di zaman umaiyah mampu buat air pancut di alhambra yg keluar dengan sendiri ketika waktu azan tanpa ada pam. Sendangkan kita yang yg beza sekadar 1000 tahun ini x mampu nak buat.ini yg dimaksudkan dalam ayat"..yaitu keteguhan yang belum pernah Kami berikan kepadamu.." ana'am ayat 6. menunjukkan generasi sblm ini sbnrnya lebih maju drpd manusia hr ttp telah dimusnahkan kerana dosa mereka. contoh paling dekat kaum nabi lut yg totally lenyap. kaum nabi nuh kecuali yg naik bahtera totally lenyap.etc

    * bagus kerana membuat lontaran pendapat. ia x salah tetapi penulis kurang merujuk kepada bahan tulis(buku) dan tidak ada sumber yg dinyatakan dengan statement yg dinyatakan.

    ReplyDelete
  13. http://ceritasatumalam.blogspot.com/2011/04/makhluk-sebelum-adam-as-part2.html


    http://ceritasatumalam.blogspot.com/2011/04/makhluk-selepas-adam-as.html

    ReplyDelete
  14. salam.... timeline yang menarik... buat nazrin... teori usia umat manusia telah diperdebatkan oleh banyak ulama-ulama jumhur terdahulu... sebagai contoh ialah imam As Suyuthi (Al Kasyu 'An Mujawazati Hadzihil Ummah Al-Alfa :ms 23-24 yang mana penisbatannya adalah benar-bnar pada imam "As Suyuthi " Jalaluddin yang lahir di Asyuth dari darah Upper Egypt pada tahun 849H, dan beliau meninggal pada 911H. Beliau terkenal dan pakar dalam segala bidang ilmu yang dibuktikan hasil tulisan beliau yang sangat banyak. ) Juga riwayat dari Ibn Abbas yang diriwayatkan dengan sanad yang hasan dari Ahlul Bait yang mengatakan usia umat manusia adalah 6000 tahun (tanpa termasuk hari kiamat) juga terdapat contoh perbahasan umat manusia dari Abi Hurairah yang menjelas kan Nabi Adam dicipta pada hari jumaat (akhirat) dan berlakunya kiamat pada hari jumaat(akhirat). Dengan menngetahui dari jumaat ke jumaat bermakna 7 hari akhirat. Satu hari akhirat bersamaan 1000 tahun dunia. Dapatlah dikirakan 7x1000 = 7000. Riwayat dari Abi Hurairah tersebut mempunyai hukum marfu' (berasal dari Nabi S.A.W). Juga rujuk kepada Al-Haitsami dalam kitab Al Majma, kitabul Ba'tsi bab Khiffatu Yaumil Qiyamah 'Alal Mukminin. Terlalu banyak jika ingin saya letakkan didalam ruang yang tidak seberapa ini. Pokoknya perbahasan ulama-ulama dahulu mengenai usia umat manusia berkisar dari 6000-10000 tahun. Wallahualam.... Jumlah Rasul adalah 300, jumlah nabi+rasul adalah 214000, jumlah rasul yang wajib diketahui ialah 25. dalam sesuatu zaman mungkin terdapat beribu nabi yang hidup sezaman tetapi berada di lain benua. Beza antara nabi dan rasul adalah nabi membawa syariat rasul terdahulu dan rasul pula membawa syariat agama yang baru. Usia nabi Adam adalah 1000 tahun mengikut hadis sahih.

    Buat lolo86,
    Mengenai peristiwa isra mikraj, dimana nabi melihat umat manusia yang diseksa, perlulah dilihat dari permulaan kejadian alam semesta yang bermula dari tiada. Alam semesta terdiri dari ruang dan masa. bermakna dari tiada kepada wujudnya ruang dan masa... Ini bermakna Allah tidak dibatasi dengan ruang dan masa kerana masa itu pun diciptakan oleh Allah. Sedari alam ini dicipta maka telah pun tertulis di loh mahfuz akan penamatnya. Maka apa yang dilihat nabi adalah perkara yang belom berlaku kepada kita tetapi tiada bezanya kepada Allah kerana tidak dibatasi oleh masa. Rujukan Timelessness And The Reality Of Fate By Harun Yahya. Maka kewujudan manusia sebelum Adam A.S masih boleh diperdebatkan kerana diketahui sebelum diciptakan Adam a.s, jin-jin telah pun menetap dibumi dan kekeliruan orientalis yang mengklasifikasikan beruk2 purbakala sebagai moyang manusia. walaupun sifat2nya hampir kepada manusia tetapi ia masih didalam lingkungan dunia haiwan dan bukannya manusia. Dizaman moden ini juga telah dapat dibuktikan bahawa cimpanzi adalah haiwan kelas monyet yang lebih bijak dari yang lain kerana mampu menggunakan alatan sebagai contoh batu untuk memecahkan kulit keras kekacang. Walaupun cimpanzi itu bijak menggunakan tetapi ia masih didalam patut dikelaskan didalam dunia haiwan dan bukannya kelas manusia.... apa pun perbincangan ini tetap menarik...

    -Asmodeus Nebuchadnezzar-

    ReplyDelete
  15. "yang lahir di Asyuth dari darah Upper Egypt pada..."

    ralat;- yang lahir di Asyuth dari daerah Upper Egypt pada.....

    ReplyDelete
  16. trima kaseh tuan-Asmodeus Nebuchadnezzar-
    salam perkenalan sy ucapkan

    ReplyDelete
  17. Salam encik lolo86 ..
    mungkin kupasan dari SHaHi (umat terakhir) lebih senang difahami..
    http://scripters.ning.com/forum/topics/bumi-sebelum-nabi-adam-as

    seperti ada satu konspirasi merahsiakan MANUSIA sebaik baik KEJADIAN ..

    http://wup-forum.com/viewtopic.php?f=71&t=11867&start=40

    ReplyDelete
  18. klo x silap scripters tuh tulisan mber sy dr KSZ

    ReplyDelete
  19. Salam encik lolo86..
    sekadar berkongsi....
    http://scripters.ning.com/forum/topics/kisah-awal-penciptaan-alam-semesta-berserta-segala-isinya

    kitab Syeikh Muhammad bin Ahmad bin Iyas lebih mantap untuk difahami dan benar telah wujudnya makhluk lain sebelum Nabi Adam a.s.

    ReplyDelete
  20. huhuhuhuuh
    gedeguk gedegak hum hum hum

    ReplyDelete
  21. memang wujud manusia sebelum nabi adam,x mustahil bagi allah,adakah anda x mempercayai kekuasaan allah n angap mustahil allah ciptakan manusia sebelum adam,cuma apa yang dibukukan allah dalam al-quran hanya untuk perkara2 yang penting untuk manusia imani,soal2 yang jauh n ringan hanya di kiaskan untuk kta rungkaikan,jadi,jangan mempelecehkan kuasa allah swt...jngan perkecilkan kemampuan allah swt...

    ReplyDelete
  22. Salam tuan tanah dan ahli diskusi. Anon Oct 4, 2012 menulis "memang manusia wujud sebelum nabi Adam, xmustahil bagi Allah, adakah anda x mempercayai kekuasaan Allah......" (saya petik sedikit shj). Ayat itu kelihatan seperti ayat penegas dan kalau boleh anda ingin semua angguk akan pendapat itu. Ayat yang sepatutnya adalah "tidak mustahil bagi Allah swt jika Dia berkehendak untuk menciptakan manusia lain sebelum nabi Adam a.s kerana perkara sebegitu adalah amat mudah bagiNya". Itu adalah lebih elok kerana kita tidak sebenar-benar tahu akan adanya kewujudan manusia sebelum nabi Ada a.s melainkan hanya melalui kajian-kajian para ahli terdahulu yang mengikut pola fikir mereka (tidak terkecuali ahli pengkaji barat yang boleh dipertikaikan kredibliti mereka sehingga merendahkan fitrah diri berketurunan monyet dan mencipta fosil-fosil palsu untuk menyokong teori evolusi mereka). Haaa.. kan semua boleh angguk, betul tak? Eh, anda yang sedang membaca nipun angguk juga? Terbaikk.. Apa? Anda tak angguk? Takpe, saya tak kisahpun.. peace..

    Baik, kita tutup isu di atas kerana saya ingin bertanya akan sesuatu yang baru-baru ini menganjal di dalam kotak fikiran saya (originally from my mind, sebab saya belum terbaca perihal yang seperti ini ataupun ianya ada tetapi saya belum menemuinya).

    - Ada tak d luar sana yang pernah terfikir mengapa dikatakan JAAN (jin pertama dicipta) semasa diciptakan memohon kepada Allah swt untuk dihijabkan pandangan mata kasar manusia kepada kaumnya sedangkan dia tidak langsung berpengetahuan bahawa Allah swt akan menciptakan makhluk intelligent yang lain di mukabumi ini sesudah mereka? Atau adakah itu permintaan khas daripada iblis laknatullah semasa dihumban ke dunia (ingkar perintah Allah swt supaya sujud kepada nabi Adam a.s) untuk memudahkannya menggoda dan menyesatkan umat manusia?. Logiknya bila diperkenankan permohonan itu, ia meliputi untuk bangsa jin dan syaitan keseluruhannya (logik akal saya saja).

    - Adakah kemungkinan sebelum penciptaan dan penurunan nabi Adam a.s ke dunia, bangsa jin yang selalu berbuat pelbagai kerosakan dan penumpahan darah di muka bumi ini bersifat zahir dan bukan daripada asalnya ghaib? Kita juga tahu penampilan jin begitu pelbagai, hitam putih, merah kuning, panjang pendek, kecil besar dan segala macam yang tidak terfikirkan akal. Dari penemuan tulang yang berusia lanjut itu, pengkaji berimaginasi sehingga dapat menzahirkan penampilan seperti monyet untuk menguatkan lagi teori evolusi darwin bersandarkan teknologi canggih (kononnya) yang mudah dpercayai oleh masyarakat kebanyakan.

    - Persoalan terakhir ini agak penting untuk relate usia tulang yang ditemui. Adakah kemungkinan bahawa tulang temulang yang ditemui itu adalah daripada bangsa jin ini semasa mereka masih berbentuk zahir dan sebahagiannya masih dipelihara Allah swt untuk kita sama-sama renung dan fikirkan? Jangan lupa bangsa ini amat terkenal dengan kelebihan usia panjang mereka sehingga puluhan ribu tahun. DIKATAKAN azazil si iblis laknatullah beribadat selama 20 ribu tahun sebelum diangkat menjadi ketua malaikat di syurga. Beribadat saja sudah 20 ribu tahun(kalau salah sila betulkan), belum dikira tumbesaran daripada kandungan, bayi, kanak-kanak, remaja, ahli ibadah, ketua malaikat, fasa penciptaan nabi Adam a.s lagi, panjang tak panjang usia bangsa ini.

    Jadi kesimpulannya, samada wujud manusia lain sebelum nabi Adam a.s ataupun wujudkah jin secara zahir sebelum era iblis, jom sama-sama fikirkan, kalau tak worth it, lupakan sajalah. Saya pun dah kata, ini semua PENDAPAT SAYA SAHAJA. Terlampau banyak baca, macam nilah jadinya, mengarut sahaja. Atau adakah ianya mengarut?. MasyaAllah, sesungguhnya semua ilmu yang ada di dunia ini hanyalah setitis dari air laut. Itupun masih terlalu amat sangat banyak yang tidak tercapai dek akal. Semakin banyak membaca semakin terasa dungu. Assalamualaikum wbt, semoga semuanya dirahmati Allah swt.

    Ikhlas dari,
    Ibu separuh masak
    (Maksudnya tak tua tak muda)

    ReplyDelete
    Replies
    1. mintak shah komen...
      oops, silap porum. :P

      Delete
  23. Saya teringat tetang satu kisah yg diceritakan mengenai Kisah Abu Yazid Al Bustami dan Paderi Gereja Samaan..

    Kisah mengenai seorang ahli Sufi... Abu Yazid Al Bustami yg bedialog dgn ketua paderi gereja samaan...

    Ditanya si paderi tersebut siapa makhluk sebelum adam dan hawa dan dijawap oleh Abu yazid bahawa SAM dan RAM adalah makhluk yang telah ada sebelum wujud Nabi Adam AS...

    Elok juga sekiranya jawapan dr kisah ini di kaji dan diambil kira....

    SubhanAllah

    ReplyDelete
  24. btul jg sich

    tpi mnurut ane
    MANUSIA PURBA yg mnurut teori darwin adalah nenek moyang manusia
    itu salah

    mnurut ane mereka tuh bukan manusia mlainkan makhluk sjenis binatang
    ato bisa di bilang yg kita sebut MANUSIA PURBA adalah nenek moyang monyet/kera/ato org hutan, tergantung dgn jnis-jnis na.
    sperti hal na SMILODON adalah nenek moyang harimau.

    ReplyDelete
  25. saya berpendapat bahwa dinasour bukan seperti yang diramalkan pengkaji pengkaji fosil. namun dinasour berkemungkinan adalah haiwan yang hidup sebelum zaman nabi nuh yang berkemungkinan seperti haiwan sekarang, cuma dalam saiz yang berbeza kerana nabi adam diturunkan dalam saiz yang amat besar berbanding manusia zaman sekarang. mana mungkin manusia besar makanan sebesar kacang. tidak logik bukan! ada kemungkinan juga terdapat haiwan yang tiada di muka bumi seperti sekarang seperti zaman sekarang. contohnya kuda bersayap. sumber daripada hadis nabi.

    ReplyDelete
  26. Ghafir (82-83)

    Selain dari itu, tidakkah mereka telah berjalan dan mengembara di muka bumi, dengan itu tidakkah mereka memerhatikan bagaimana kesudahan orang-orang yang terdahulu dari mereka (yang telah dibinasakan dengan sebab dosa-dosanya)? Orang-orang itu lebih ramai dari mereka, dan lebih dari mereka tentang kekuatan tenaga dan tentang kesan-kesan usaha pembangunan di muka bumi. Dalam pada itu, apa yang telah diusahakan oleh orang-orang itu, tidak dapat menolongnya sedikitpun.

    Kerana pada masa mereka didatangi oleh Rasul-rasul yang diutus kepada mereka dengan membawa keterangan-keterangan (untuk menyelamatkan mereka, mereka mengejek-ejeknya, dan) mereka bergembira dengan pengetahuan yang ada pada mereka (yang mengenai keduniaan semata-mata); dan dengan yang demikian mereka pun diliputi oleh azab yang mereka ejek-ejek dahulu.

    ReplyDelete
  27. Ghafir-21

    Tidakkah mereka telah berjalan dan mengembara di muka bumi, dengan itu tidakkah mereka memerhatikan bagaimana kesudahan orang-orang yang terdahulu dari mereka? Orang-orang itu adalah orang-orang yang lebih dari mereka tentang kekuatan tenaga dan tentang kesan-kesan usaha pembangunan di muka bumi. Maka sekalipun demikian, Allah binasakan mereka dengan sebab dosa-dosa mereka, dan tiadalah bagi mereka sesiapapun yang dapat menyelamatkan mereka dari azab Allah.

    ReplyDelete
  28. Saba-45

    Dan (ketahuilah bahawa) umat-umat yang terdahulu sebelum mereka telah juga mendustakan (Rasul-rasulnya), sedang mereka (yang mendustakanmu) itu tidak: mencapai satu persepuluh (dari kekayaan, kepandaian dan kekuatan) yang Kami beri kepada umat-umat yang terdahulu itu; setelah umat-umat itu mendustakan Rasul-rasulKu (mereka pun dibinasakan). Dengan yang demikian perhatikanlah bagaimana buruknya akibat kemurkaanKu (menimpa mereka).

    ReplyDelete
  29. Kita jangan sahaja berfikir tentang penghuni bumi tapi kita juga kena lihat teori sains tentang usia bumi dari batu menjadi tanah akibat humidity kesan dari hujan dan panas.padan tak usia dan proses ini untuk tuhan menghunikan manusia di muka bumi.

    ReplyDelete
  30. Apapun kita adalah makhluk terbaik ciptaan allah mengatasi yg lain.janganlqh merosakkwn bumi yg tlwh sebati dgn kita.jagalah kebersihan dn jangan membuang sampah merata.kekalkan kehijauan bumi dan kitar semula.heheh.

    ReplyDelete