Thursday, July 8, 2010

tHe oRiGiNs oF MaLay ( paRt 6 - the LaNd oF gOdS III ))

Orang Suci Dan Tempat Menyimpan Rahsia


Siapakah orang suci itu?Dalam teks tertua yang menceritakan legenda orang suci yang berkahwin dengan puteri tempatan ini,menyatakan nama orang suci ini adalah BRAHMA.Ini adalah nama dalam bahasa Sanskrit.Variasi nama ini menjadi 'Brahmin' iaitu telah diterjemahkan sebagai golongan pendeta Vedic.Brahma adalah tatabahasa Sanskrit yang diadaptasi dari struktur bahasa Aryan Purba.Kata 'Brahma' berasal dari kata 'ABRAHM' di mana dalam struktur Sanskrit huruf 'a' dihadapan telah dipindahkan ke hujung perkataan.Jadi kata asalnya kemungkinan besar adalah 'Abrahama' namun loghat Sanskrit menyebutkan kata ini dengan menghilangkan 'a' dipangkal kata dan lama kelamaan meringkaskan kata 'Brahama' ini menjadi 'Brahma'.

(Ingat,Sanskrit adalah sekelompok dalam kelompok bahasa Indo-European sekelas dengan bahasa Inggeris,jadi Abraham,Abrahama dan Brahma adalah struktur yang saling berkait.Ini berlainan dengan bahasa Semitik seperti Aramaik,Ibrani dan Arab,contohnya Arab menyebutnya sebagai 'Ibrahim',perhatikan sebutan pada pangkal kata 'i' berbeza dengan 'a' yang dilafazkan dalam bahasa Inggeris yang satu 'keturunan' dengan bahasa Aryan dan Sanskrit)

Dan ini telah disahkan oleh pakar bahasa Sanskrit dan pandit-pandit Hindu.

Anda nampak rahsia ini?

Sampai di sini,jika kita telah ada 'visi' sebagai DARAH KEMELAYUAN,kita akan mengenal siapakah moyang kita ini,walaupun cuba menyorok dalam pelbagai legenda dan nama.Hanya mereka yang punya 'darah naga' sahaja akan menyelinap intuisi yang menyentap.

Hanya yang benar-benar mengalir 'darah naga' di dalam pembuluh darahnya sahaja akan dapat menghidu misteri susurgalurnya yang sebenar.

Yang tidak mempunyainya walaupun mengaku bangsa Naga,bangsa Ular,bangsa Harimau,bangsa Singa mahupun bangsa Monyet dan Beruk...akan terkeliru dan menjadi pencacai kepada sejarah orang lain yang sama ada yang fantasi atau realiti.Tidak sampai seminit seluruh nama bangsa dan jatidirinya menjadi sakibaki dan sisa kekotoran sejarah orang lain yang bukan pun dari rumpunnya.

Namun orang Melayu dengan warisan KeMelayuannya yang agung tidak perlu mengaku sama sekali sama ada mereka dari bangsa haiwan-haiwan di atas.Mereka adalah dari bangsa Manusia yang punya jatidiri dan identiti sendiri.Bukan dari Xian,bukan dari Yunnan...bukan dan bukan.Berfikirlah 10 kali sebelum mengaku anda berasal dari Yunnan kerana sejarah anda tidaklah sefantasi itu jika anda benar-benar berdarah Melayu.Tai,Viet,Burma dan Mon-Khmer telah dibuktikan secara linguistik dipengaruhi budaya dan gaya Sino-Tibetan seperti Kantonis dan Mandarin,TETAPI BUKAN BAHASA MELAYU YANG MISTERI INI.Sebab itu pakar bahasa mengelaskan bahasa Melayu menjadi satu kelas dunia yang tersendiri.Bahasa Melayu adalah salah satu kelas bahasa utama dunia iaitu istilah saintifiknya sebagai MALAYO-POLYNESIAN.Kini ia disebut sebagai Austronesian kerana pengkaji mendapati bahasa asli Taiwan iaitu dipanggil bahasa Formosan rupa-rupanya termasuk dalam laras bahasa Melayu!Adakah orang Melayu Nusantara ini telah belayar hingga ke Taiwan?SUDAH PASTI YA!DAN BUKAN ITU SAHAJA MALAH MEREKA PERNAH SAMPAI KE JEPUN!!

Satu puak Asli Jepun yang ditemui di sebuah kawasan tasik telah dikaji oleh para penyelidik Jepun dan Barat dan mereka mendapati terdapat beberapa perkataan mereka yang sama dengan bahasa Melayu seperti 'mata' dan 'batu'.Dan ingat sebelum migrasi bangsa Yamato (bangsa asas Nippon atau Jepun moden pada hari ini) ke pulau-pulau Jepun,para penyelidik sudah dapat 'menghidu' gaya budaya bangsa asal kepulauan Jepun yang menyerupai kaum-kaum Malayo-Polynesian.

Satu daripada puak asli Jepun yang dikenali ialah puak Ainu.Puak Ainu ini amat misteri kewujudannya.Sebelum ini ramai pengkaji menyangka mereka adalah dari keturunan Eropah,namun kajian genetik mendapati mereka mempunyai kaitan dengan puak-puak Eskimo dan Alaska.Dan jika mengkaji tentang orang Eskimo,hanya dua bangsa di dunia ini diketahui mempunyai 'penyakit' genetik LATAH,iaitu Melayu dan Eskimo!

Dari Afrika (Madagaskar) hingga ke Tanah Kanaan dan Babilon,ke India,Sri Lanka hingga ke Taiwan dan mencapai Jepun.Dari sini ke pulau-pulau Pasifik sejauh Hawaii dan mencapai pantai Amerika (?).Sebab itu anak kapal Magellan terpaksa 'memaksa' Hitam a.k.a Enrique menjadi kapten mereka supaya membawa mereka pulang ke Sepanyol.Jika Hitam tidak bersetuju,sudah pasti anak-anak kapal Sepanyol yang masih tersadai ini turut dibunuh oleh Humabon dan Lapu-Lapu;puak-puak Malayo-Polynesian Filipina yang tengah mabuk darah ketika itu yang sebelum itu telah membunuh Magellan.Hitam telah memandu kapal-kapal Magellan pulang ke Eropah merentasi Lautan Pasifik dan Benua Amerika.Begitu indahnya masa silam orang Melayu.Begitu gigih mereka pada ketika itu.Jauh perjalanan luas pemandangan.Moyang kita rupanya minat mengembara dan belayar.Ombak laut dan lambaian pohon nyiur bagaikan kanvas bisu yang melukiskan pahit manis sejarah kehidupan mereka.

'Darah naga' hanyalah istilah raja-raja sahaja.Darah ULAR BESAR atau NAGA ini tercantum dalam peribahasa lama Melayu,"Tidakkan hilang bisa ular yang menyusur akar".

Orang yang benar-benar Melayu tidak akan hilang bisa Kemelayuannya walaupun merentasi waktu beribu tahun.Mereka tidak akan tiba-tiba berubah menjadi Siam,Cina atau kaum lain secara tiba-tiba,kecuali menjadi seperti 'Tipah Tertipu' yang diperdaya oleh orang lain yang ada agenda sendiri.Mereka yang tidak punya kesedaran identiti ini akan hilang bisa Melayunya bersalin kulit menjadi Siam-Islam,Siam Perut Hijau,Cina Yunnan,Cina Xian atau apa sahaja termasuk menjadi 'Mat Salleh'.

Berbalik kepada kisah orang suci tadi,kita tahu sebahagian rahsia dia.Kita tahu kisah cintanya.Tidak perlu malu dan segan dengan anak cucu.Anak cucu akan korek rahsia moyang habis-habisan!

Mari kita siasat.Dalam hikayat raja-raja Melayu dalam Sulatus Salatin,ada diceritakan tentang keturunan raja-raja Melayu yang berasal dari Sang Sapurba,satu watak agung dalam sejarah Melayu yang berasal dari kisah tiga orang putera luar yang bertemu dengan dua orang gadis petani iaitu Wan Empuk dan Wan Malini.Dua putera raja itu akhirnya berkahwin dengan Wan Empuk dan Wan Malini manakala yang bongsu yang bernama Nila Utama yang bergelar Sang Sapurba (versi A.Samad Ahmad mengatakan Nila Pahlawan bergelar Sang Sapurba) berkahwin dengan Wan Sendari iaitu anak kepada Demang Lebar Daun,penguasa tempatan.Kita tinggalkan pihak di sebelah Demang Lebar Daun,Wan Empuk-Wan Malini dan Wan Sendari (perhatikan pangkal nama Wan ini telah digunakan di Sumatera,kaji kaitannya dengan keturunan Wan di Perak dan Kelantan hari ini).Ini adalah keturunan Nusantara asli.Yang ingin kita sentuh ialah 'raja-raja' luar itu.

Jika kita hayati keturunan Sang Sapurba ini,mungkin kita akan amat-amat keliru dengan campuran keturunan yang pelbagai seperti yang didakwa oleh Krisyna Pendita,Nila Pahlawan dan Nila Utama itu.Perhatikan petikan dari Sulalatus Salatin dalam Cetera Kedua:

"Adapun nama kami dan bangsa kami bukannya daripada bangsa jin dan peri.Bahwa kami ini bangsa manusia;asal kami daripada anak cucu Raja Iskandar Zulkarnain,nisab kami daripada Raja Nursyirwan Adil,raja masyrik dan maghrib,dan pancar kami daripada Raja Sulaiman alahissalam..."


Jika kita selidiki,Zulkarnain adalah gelaran kepada kepada Raja Cyrus The Great dan ada yang merujuk kepada Alexander The Great.Dalam Sulatus Salatin diceritakan Raja Iskandar telah menakluk Raja Kinda Hindi.Dalam sejarah penaklukan Alexander The Great,kita tahu bahawa raja itu pernah menyerang utara India.Namun Cyrus The Great juga pernah menawan wilayah India seperti Gandhara (di Pakistan kini).Raja Nursyirwan Adil kemungkinan raja-raja Parsi.Salah seorang anak raja Suran dirajakan di Amdan Nagara dan ini merupakan nama Melayu kepada Hamadan di Iran kini.

Raja Suran adalah keturunan Raja Iskandar Zulkarnain.Raja Suran ini seringkali disamakan dengan Raja Chola yang menyerang pelabuhan-pelabuhan Srivijaya.Raja Zulkarnain ini pula dikatakan berbangsa Rum dari negeri Makaduniah (Makaduniya adalah Macedon di Greek sekarang).Terdapat kepincangan maklumat dari segi kronologi sejarah dan genetik di sini.Dan ini membuka tembelang sebenar para penyelenggara teks-teks Sulalatus Salatin yang terdiri dari para orientalis Inggeris.

Jadi adakah Raja Chola ini berketurunan dari Alexander The Great?Ini adalah amat menghairankan dan setengah melucukan kerana kita tahu Raja Rajendra Chola adalah dari dinasti pemerintah selatan India.Chola adalah dari puak Dravidian.Pengaruh Hellenestik atau Seleucid dari Empayar Alexander ini tidak sampai sejauh selatan India.Pengaruhnya cuma negeri-negeri utara India,Afghanistan dan Iran.Selepas itu ada pula nama Raja Sulaiman alahissalam.Ini sudah tentu Nabi Sulaiman a.s yang juga Raja Israel Raya (961-922 Sebelum Masehi) yang mewarisi penyatuan Israel dan Judah oleh bapanya Daud a.s.Sulaiman a.s adalah anak kepada Daud a.s dan Bathsheba.Mereka adalah keturunan Bani Israel.

Jadi bagaimana ini?Nampaknya Sang Sapurba ini punya darah campuran Hindi,Greek,Parsi dan Yahudi (bani Israel)!Benarkah begitu?Kita perlu meneliti semua petunjuk ini satu persatu.Jangan pula jadi sesetengah pihak yang mendakwa Zulkarnain itu berbangsa Siam dari Xian di China pula.Siam adalah etnik baru wujud sebagaimana Tai ketika migrasi mereka ke Indochina.Terma 'Siam' ini dipopularkan oleh kerajaan Ayutthaya.Sebelum kewujudan Ayutthaya,tiada etnik Siam ini.Siam adalah Ayutthaya,Ayutthaya adalah Siam.Siam adalah istilah sosio-politik kepada Ayutthaya dan negeri-negeri naungannya.Siam juga lebih kepada nama dinasti Ayutthaya,sebab itu dinasti yang merampas Ayutthaya membuang nama Siam ini dan menggantikan kepada Thai sebagai contoh 'Thailand'.Jangan terperangkap dengan dalih bahawa sejarah kita kononnya khayalan dan terpaksa menerima sejarah orang lain yang juga rupanya sengaja direka-reka malah bertahap superkhayalan.KITA KENA BERHENTI SEJENAK DAN KAJI DAHULU.FIKIR DAHULU.Jangan gelojoh terburu-buru menjadi pencacai sejarah orang lain.

Sulalatus Salatin telah disunting oleh orientalis seperti Shallabear,Winsted,Dulaurier dan Maxwell.Tidak dinafikan mereka telah 'menambahbaik' kitab purba orang Melayu ini.Antara penambahbaikan mereka ialah kata 'Makaduniah'.Ini terjadi ketika proses suntingan, mereka menyangka Raja Zulkarnain yang menyerang India itu mungkin Alexander The Great dari Macedon.Jadi dinyatakan Raja Iskandar Zulkarnain dari Makaduniah.Walhal Cyrus The Great pernah menyerang sehingga ke Gandhara dan dari sini mereka menyebarkan budaya,bahasa dan tulisan Aryan seperti Brahmi dan kesusasteraan Sanskrit ke Benua India (Sulalatus Salatin menyebutnya sebagai Benua Keling).Ada istilah 'Rum' dalam kitab ini.Sebenarnya orang Melayu dahulukala menyebutkan sama ada budaya keParsian,Hellenistik (Greek) atau budaya Empayar Rom sebagai 'RUM' sahaja.Jadi kita boleh buang 'Greek' dari senarai keturunan campuran Sang Sapurba.Tinggal Parsi,Hindi dan Yahudi.Parsi dan Hindi adalah petunjuk kepada budaya Vedic.Ingat,dalam ATBM II,kita telah belajar tentang kaitan nama Mala-Yu dengan budaya Avestan-Vedic.Suffix -Yu adalah tambahan bagi kesusasteraan Avestan-Assyria kepada cara berfikir atau jenis budaya.Bangsa Media (Ingat kisah Nabi Syuaib dan kaum Madyan?),salah satu bangsa asas bangsa Iran telah digelar sebagai 'Mada-Yu' dalam kesusasteraan Avestan-Assyria dari kata asal 'Mada'.Perkataan 'Mala' itu sendiri ada dalam kosakata bahasa Ibrani (Ancient Hebrew)!Dalam Ibrani,'Mala' bermaksud 'memenuhi','menyelesaikan' atau 'mengabulkan'.Bukan itu sahaja,terdapat Mala lelaki (Male of Mala) dan Mala perempuan (female of Mala).Jantina perempuan bagi Mala dinamakan Malayah (Meleah) dalam Ibrani Kuno!

Mari kita susun kembali semua 'puzzle' ini!

Tiga bangsa campuran Sang Sapurba,yang datang ke Nusantara dan mengahwini Wan Sendari,anak Demang Lebar Daun.

1-Hindi

2-Parsi

3-Bani Israel


Hindi dan Parsi adalah katakunci kepada budaya Vedic di mana terdapat ajaran Veda dan Avesta.Bahasa Sanskrit (bahasa suci ajaran Veda) adalah saduran dari bahasa Avesta dan Agatha (ajaran Zoroester Aryan).Ajaran Veda ini mengandungi tinggalan agama Ibrahim (Ingat,agama berhala Hindu amat jauh dan berbeza dari makna-makna tersirat dalam ajaran Veda yang suci dari tangan-tangan penyembah berhala).Brahma adalah Ibrahim dan Saras (juga digelar Saraswati di mana 'wati' adalah suffix) adalah Siti Sarah!Ini dijelaskan oleh sarjana Sanskrit iaitu Vidyarthy (seorang maulana muslim yang pakar dalam kitab Veda) dan beliau pernah berdebat dengan golongan elit Brahmin Hindu yang bergelar Pandit dari aliran Brahma Samaj tentang rahsia kitab-kitab Veda ini.Akhirnya para Pandit ini meminta maulana ini meneruskan penggalian rahsia Veda yang mereka sendiri tidak tahu selama ini!!

Jadi ini membawa kita kepada bayang-bayang Ibrahim a.s!

Jadi apa kaitan dengan Bani Israel?

Nabi Ibrahim a.s digelar Bapa Kepada Segala Bangsa.Nabi Ibrahim menurunkan tiga bangsa;Bani Israel (The House of Israel),Bani Ismail (The House of Ishmael) dan bangsa misteri ini,Bani Jawi (The House of Jawi).

Inilah pembayang kepada bangsa-bangsa dalam perlambangan Sang Sapurba!

Dalam hikayat Melayu ini kita dapati Sang Sapurba telah mengahwini puteri tempatan,Wan Sendari.Raja Suran pula mengahwini Dara Segangga,seorang kerabat diraja Gangga Negara (kerajaan ini dikesan terdapat di sekitar Dinding dan Beruas dan melangkaui pengaruhnya sejauh Bidor di Perak) dan Onang Kiu,seorang puteri kerajaan purba orang Mon (Gelanggi adalah nama Melayu bagi Klang Kio,sebuah kota orang Mon.Ada pendapat mengatakan ia terdapat di Johor.Namun ada bukti mengatakan ia terletak di Pahang).Tinggalan saki-baki orang Mon ini adalah puak-puak Orang Asli seperti Senoi dan Jahai.Ingat,ini bukan kerajaan Siam Ayutthaya atau Tai Ramkhamhaeng.Ini adalah kerajaan purba orang Mon.Orang Mon dan Melayu hidup secara harmoni pada zaman purba,jauh sebelum kewujudan kaum Tai versi Ramkhamhaeng dan Siam versi Ayutthaya.Perhatikan kostum orang Mon yang mirip Melayu.Mereka ibarat 'Baba dan Nyonya' pada zaman purbakala.Mereka pandai menyerap budaya Malayo-Polynesian.


*Kanak-kanak Mon dengan pakaian tradisi mereka

Terlanjur bercakap tentang puak-puak Orang Asli di Malaysia,kita kena faham terdapat dua kategori dalam masyarakat Orang Asli berdasarkan bahasa mereka.Pertamanya kategori Aborogine Malay,di mana bahasa mereka lebih dekat dengan bahasa-bahasa Malayo-Polynesian.Contohnya Jakun,Temuan,Orang Kanaq,Orang Kuala dan Seletar.Kedua,kategori Aslian,di mana bahasa mereka lebih dekat dengan laras bahasa Mon-Khmer.Puak-puak Orang Asli dalam kelompok ini ialah seperti Temiar,Senoi,Jahai,Mah Meri,Semang dan Jahut.Jadi FIKIRKAN,BAGAIMANA BAHASA ORANG SENOI DAN TEMIAR INI MEMPUNYAI PERSAMAAN DENGAN KELOMPOK BAHASA MON-KHMER?



Jawapannya,mereka pernah datang sejauh tanah semenanjung ini.Bukan sekadar di Indochina sahaja (kini majoriti orang Mon terdapat di Burma dan ada yang menetap di luar negara).Namun nasib baik orang Jakun dan Temuan berbahasa Malayo-Polynesian,nanti jika semua Orang Asli Malaysia berbahasa Mon-Khmer,sudah tentu para Rasis-Komunis-Chauvinis akan mengatakan orang Melayu benar-benar pendatang dan merampas Malaysia dari tangan orang Mon.Jadi tugas Jabatan Hal Ehwal Orang Asli yang amat penting ialah menjaga orang Jakun,Temuan,Seletar dan seumpamanya sebagai bukti terdapatnya aborigine Melayu yang punya hubungan linguistik dan budaya dengan Melayu-Melayu lain yang lebih terbuka sifatnya seperti Kedah,Johor,Jawa,Minang,Bugis dan sebagainya.Jadi mereka tidak boleh 'menghalau' orang Melayu begitu sahaja dan mendakwa bumiputra sebenar ialah Orang Asli.Orang Jakun ini nak campak mana?Sebab itu dakwaan mereka ini bersifat rasis dan tidak berpelajaran.

Orang Han dan Monggol boleh menghalau orang Tai dan Dai-Viet dari wilayah-wilayah mereka sehingga berebutkan tanah-tanah yang asalnya milik kaum-kaum Malayo-Polynesian.Tetapi mereka tidak boleh menghalau orang Melayu begitu sahaja dari bumi tanah tumpah darah ini pada hari ini.Ideologi komunis mereka tidak boleh terpakai di sini.Jika golongan komunis ini masih berkokok,baik buang mereka semua ini ke Thailand dan merasa di'Thai'kan oleh Raja Thai yang memang menyimpan dendam dengan orang Han yang menghalau kaum mereka dahulu dari wilayah Xian,tempat asal etnik Tai.

Kini ada kelompok yang mendakwa diri mereka sebagai Siam Ayutthaya ingin pula menghalau orang Melayu ke daerah Xian dan Yunnan.Orang yang masih berdegil membanggakan keturunan dan menghina orang Melayu yang baik hati memberikan tempat tinggal kepada mereka ini patut dicampak ke halaman istana Raja Thai.Silap haribulan Raja Thai (yang tengah berusaha menjaga sejarah fantasi mereka dari terbongkar) ini akan mengarahkan agar mereka ini dipijak-pijak oleh gajah diraja.Ketika ini barulah terkocoh-kocoh mahu bersyukur kepada Ilahi dan terbayangkan saudara-saudara Melayu mereka yang asyik mengalah dengan telatah mereka dan setia mendengar luahan hati mereka diburu Raja Thai pada waktu silam.

Lihat rahsia ini.

Sang Sapurba dan Raja Suran dikatakan datang dari luar dan ada kaitan dengan budaya Vedic.Kedua-dua mereka menjalinkan perkahwinan dengan puteri-puteri Nusantara.

Semak kembali kisah Kaundinya dan Soma!

Kedua-duanya,orang Malayo-Polynesian dan Mon-Khmer punya legenda orang suci dari luar yang mengahwini puteri tempatan.

Dan hikayat-hikayat Melayu menyebutkan kisah yang sama!Bentuk yang sama!'Pattern' yang sama!

APA MAKSUD SEMUA INI??

Biar kami beritahu rahsia ini.Semua kaum-kaum terawal di Nusantara punya legenda atau kisah rakyat tentang perkahwinan orang luar dan puteri tempatan,dan anehnya kesemua mereka punya plot cerita yang sama seterusnya;mengaku hasil dari perkahwinan ini melahirkan keturunan raja-raja mereka!!!

Jadi apakah sebenarnya yang ingin diberitahu oleh legenda ini??

SEBENARNYA MEREKA SEDANG BERCERITA TENTANG PERKAHWINAN IBRAHIM a.s DAN SITI KETURAH DALAM PELBAGAI VERSI CERITA RAKYAT!!

Jadi bukti seterusnya ada tersimpan di tangan Bani Israel,dirakam dan dikenang-kenang di dalam kitab-kitab purba mereka!

"Abraham took another wife, whose name was Keturah.She bore him Zimran, Jokshan, Medan, Midian, Ishbak and Shuah.Jokshan was the father of Sheba and Dedan; the descendants of Dedan were the Asshurites, the Letushites and the Leummites.The sons of Midian were Ephah, Epher, Hanoch, Abida and Eldaah. All these were descendants of Keturah."

(Genesis 25:1-4)
 

"Abraham left everything he owned to Isaac.But while he was still living, he gave gifts to the sons of his wife and sent them away from his son Isaac to the land of the east"


(Genesis 25:5-6)

2 comments:

  1. Induk kpd bangsa mon itu ialah dari empayar funan yg kemudian diserang org khmer, disamping funan kemudian melahirkan kerajaan champa, then champa kalah kepada serangan etnik viet, then champa turun ke selatan membunuh para kumpulan2 etnik negrito atau dipanggil aborigine malay, meninggalkan sedikit sisa2 negrito itu, jgn ingat malay-proti terlalu suci, mereka jg byk menindas kaum2 yg terdahulu sblm mereka dtg ke kwsn yg skrg dipanggil tanah melayu, bukan semua etnik2 malayo-polynesia(skrg panggilan dgn nama austronesia) boleh disebut sbg melayu sebenarnya, sbb melayu pada asasnya ianya adalah sebuah bangsa hybrid,diantara malay-proto atau aborigin malay(negrito) dengan puak2 yg bw pengaruh avestan-vedic, tidak semua etnik2 austronesia menerima direct blood dgn org melayi, kecuali yg sudah berkahwin dgn darah melayu(malay deurtro), dan melayu di kwsn dari madagascar hingga ke kwsn taiwan ke nusantara hingga ke kwsn pasific, easter island ke hawaii, mungkin tidak sampai 50% ada baka melayu, tp ada bau2 bacang dgn melayu sbb melayu jg ada darah malay-proto iaitu yg ada kaitan dgn kaim eskimo yg induknya dari bangsa schytia yg sm dgn induk kaum2 di nusantara(austronesia), melayu tidak lah boleh jd dominan dlm keseluruhan wilayah autronesia@malayo-,polinesia,sbb melayu hanyalah sebuah bangda di dlm kumpulan bangsa2 austronesia, melayu ne bangsa hybrid, tp bukan semua austronesia ne berbangsa melayu, dan bahasa melayu pula ialah bahasa hybrid diantara bahasa asas tuturan austronesia + bahasa avestan-vedic-sanskret, sblm kedatangan org2 dari pengaruh vedic atau induknya dari org2 media/mada/madyan/madayu, di nusantara sudah ada penduduknya iaitu bukan bangsa melayu...

    ReplyDelete
  2. ... tp nenek moyang kpd melayu sebelah ibunda induk melayu, ibunda yg digelar keturah/kenturah itu bukan melayu tp bangsa timur jauh berkemungkinan aborigine malay/negrito nusantara atau yg ala2 eskimo atau kira saudara eskimo dari cabang schytian people atau pengikut2 noh a.s yg mula2 turun ke asia tenggara selepas banjir besar,melayu bukanlah sebuah bangsa yg dominan di wilayah austronesia, melayu hanyalah part of it, lebih baik gelar kumpulan bangsa2 austronesian ini sbg the nusantarian, melayu ada sejarah kejamnya jg terhadap penduduk2 nusantara yg lainnya,sehingga byk yg masuk ke pedalaman2 utk memisahkan diri dgn penaklukan bangsa hybrid baru kerana di kwsn2 terutamanya persisiran pantai,contohnya penduduk asli spt group of aborigine malay atau negrito, manakala group of malay proto yg ada bau2 bacang dgn induk schytian atau barat panggil bangsa2 yg berdarah mongoloid byk yg berasimilasi dgn malay-deutro(bangsa hybrid baru) melalui perkahwinan darah2 raja2 atau perdagangan atau melalui penakhlukan,di borneo, byk yg berdarah mongoloid atau malay proto utk borneo lari ke pedalaman utk mengasingkan diri dgn melayu, tp ada pula yg berasimilasi dgn melayu dan kemudian melahirkan etnik hyrid baru lg spt brunei n banjar, once again, melayu bukanlah bangsa dominan utk austronesia, sbb bukan semua austronesian dimelayukan, melayu bukannya induk kpd bangsa2 austronesia, tp melayu ada bau2 bacang dgn kaum2 lain austronesia sbb mempunyai nenek moyang yg sm sebelah side, pengaruh bahasa melayu hanya berlegar2 di kawasan bekas jajahan srivijaya sahaja kerana tujuan centralizes language utk perdagangan dan perhubungan bahasa diantara kwsn2 jajahan, org maori dan dayak tidak berbahasa melayu, sedangkan bahasa melayu itulah yg dipengaruhi oleh bahasa2 spt bahasa org maori dan dayak(sbg contoh) dan malay-proto yg lainnya yg ada kesamaan dgn induk bahasa asli austronesia spt di taiwan, borneo, madagascar, polynesian islands, mungkin termasuk bahasa org ainu di jepun, once again bahasa melayu ialah diambil dari bahasa induk austronesian asli bercampur dgn bahasa avestan-sanskit-vedic, ianya bahasa hybrid dan dipertuturkan oleh org2 yg berada dlm kwsn bekas jajahan empayar srivijaya hingga skrg, itu sbb kenapa bahasa bangsa austronesia lain mempunyai bunyi2 yg sm dgn bahasa melayu sbb bahasa melayu lah yg dipengaruhi oleh bahasa austronesia yg asli, bahasa melayu lahir kemudian, so jgn samakan melayu dgn semua kaum2 austronesia yg lain, ada yg tiada pengaruh melayu pun, melayu yg lahir kemudian, bukannya membenci melayu, sya jg sygkan melayu sbb melayu adalah saudara mara bg kaum2 austronesia yg lain, tp jgn jadikan sejarah yg songsang utk tujuan memperkukuhkan kuasa "malay power", klu jd gitu, apa bezanya dgn "white power" atau "zionist"?

    ReplyDelete