Friday, June 18, 2010

MistisFiles Vs SejarahNegaraKedah

MistisFiles Vs SejarahNegaraKedah
srikandi vs anai-anai
Ibnu Rusydi vs Krizalid

credit : MistisFiles

selamat membaca ^_^


Assalamualaikum saudara KriZalid,

Merujuk kepada maklumat no. 14, saya harap saudara dan geng2 saudara tidak sesuka hati menggunapakai nama Wali Songo untuk 'mengesahkan' segala hujah saudara tentang Ayuthia yang dikatakan Islam itu.

Untuk makluman, saya keturunan ke-18 daripada Syeikh Maulana Syarif Hidayatullah, a.k.a Sunan Gunung Jati @ Fatahillah. Salah seorang Wali Songo yang paling utama.

Saya juga pernah menegur Encik Herman Abdullah @ TheMalayPress kerana sesuka hati menyatakan yang Wali Songo ni berasal dari China. Dan mungkin ini digunapakai pula oleh saudara (dan geng anai-anai yang lain) untuk terus menyatakan pula yang kononnya Wali songo ni diutus oleh Ayuthia.

Saya ingin menjelaskan, 'China' yang dirujuk disini adalah Champa. Apatah lagi, ayahanda kepada Syarif Hidayatullah ini adalah Sultan Champa yang bernama Sultan Wan Abu Abdullah. ini samalah sebagaimana orang2 dahulu menggunapakai nama 'Mekah' untuk dirujuk kepada Kelantan ataupun Acheh.

Dan ingin saya tegaskan sekali lagi, Siam yang menyerang negeri2 Melayu di semenanjung adalah bermula di era Ayuthia!!! Apabila saya nyatakan perkara ini kepada anai-anai, dilencongkannya dengan mengatakan yang menyerang adalah puak Sukothai.

Sejujurnya, jika boleh, saya ingin lihat kertas salasilah yang asli,yang sebenar, yang disimpan oleh keturunan Syraif Abu Bakar ini. Dan wasiat sebenar yang diperturunkan, sebelum dibuat cross-check dan sebelum ditokok tambah oleh anak cucunya sekarang. Untuk berlaku adil, berikan kepada pihak ketiga yang benar-benar bebas untuk mengkaji maklumat2 tersebut.

Terlanjur saudara dah ada, ada banyak persoalan yang ingin saya kemukakan. Izinkan saya sedikit masa untuk mengemukakan soalan tersebut. Kerana soalan ini tidak mahu dijawap oleh blogger anai-anai.

Salam hormat,

IBNU RUSYDI

March 21, 2010 5:28 PM

Blogger Ibnu Rusydi said...

Buat saudara KriZalid,

Ini adalah antara beberapa persoalan yang timbul semasa saya mengkaji maklumat2 yang dinyatakan dalam blog Sejarah Nagara Kedah itu. Perlu saya jelaskan, tujuan saya nyatakan di sini adalah untuk mencari KEBENARAN!!! Sejujurnya, pada awal dahulu, saya berusaha mempertahankan maklumat2 yang dinyatakan dengan mencari bukti2 yang dapat menyokong hujah yang diberikan. Namun akhirnya, saya tak mampu lagi untuk menipu diri sendiri mengakui bahawa sebahagian maklumat yang diberikan adalah sekadar rekaan dan tokok tambah. Pada saya, anai-anai ni (termasuk gengnya yang lain) mengalami krisis indentiti, antara untuk mempertahankan kebesaran nenek moyang mereka yang dahulunya merupakan Raja-raja Siam dari Dinasti Ayuthia yang bukan Islam, dengan identiti Melayu mereka pada hari ini bermula daripada pengIslaman Raja Ayuthia yang terakhir iaitu Boromoraja Ekkathat, yang melarikan diri ke Ligor.

1) Merong Mahawangsa dikatakan anak kepada Maharaja Shih Huang Ti Rum Chin Ser Wong, merangkap cucu kepada Maharaja Sai Tee Sung dari Dinasti Tang. Soalan saya, kenapa berbeza benar antara nama datuk, anak, dan cucunya di sini? Masyarakat Cina menggunapakai nama keluarga. Justeru itu, kenapa anak dan cucunya tidak mewarisi nama keluarga ‘Sai’ itu? Saya bagi contoh, semasa era Three kingdom di China dahulu, Raja Cao Cao dari Kerajaan Wei digantikan oleh anaknya, Cao Pi, digantikan oleh Cao Rui, Cao Fang, Cao Mao dan seterusnya. Jika ‘Merong’ ini sekadar gelaran, sila berikan nama Cina sebenar dia supaya cross-check dengan rekod dari China dapat dibuat.

2) Isteri kepada Merong Mahawangsa dikatakan bernama Syarifah Maryam “Pinang Tunggal” binti Syed Jamal Al-Jufri. Persoalan saya ini sama dengan soalan yang ditimbulkan oleh saudara Radzi Sapiee, bagaimana keluarga ‘Al-Jefri’ ini boleh muncul seawal tahun 800an Masihi?

3) Hang Tuah dikatakan asalnya bernama Tun Saaban (Mungkin ditulis Saaban untuk membezakannya dengan Bendahara Tun Saban dari Perak). Kemudiannya dilantik sebagai Laksamana Melaka dengan gelaran Hang Tuah, sebelum naik pangkat menjadi Maharaja Ayuthia bernama Narai dan akhir sekali, dilantik menjadi Raja Acheh, mula2 ditulis Sultan Iskandar Muda Tsani, kemudian ditukar menjadi Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam. Soalan saya, jika benar dakwaan ini, tidakkah Hang Tuah ini hidup ratusan tahun? Ada dinyatakan dalam blog tersebut pihak Acheh bersetuju bahawa Sultan Iskandar Mahkota Alam adalah Hang Tuah,tapi boleh nyatakan terperinci maklumat dari Acheh itu? Kerana semasa era pemerintahan Narai, Mubaligh Islam dari Acheh sendiri gagal mengIslamkan Raja Ayuthia tersebut. Narai ini jugalah Raja Siam yang dok tergila-gilakan Puteri Saadong dari Kelantan. Sedangkan keberadaan Hang Tuah di Patani adalah untuk mempertahankan negeri tersebut daripada jatuh ke tangan Siam. Dan Siam ketika era tersebut adalah Ayuthia, bukannya Sukothai ataupun Chakri!!!

4) Uthompon dikatakan sebagai Sultan Muzaffar Syah dari Patani. Soalan saya, mengapa Kerajaan Ayuthia ini menyerang Patani??? Bersungguh-sungguh hingga empat kali serangan dibuat untuk Siam menawan Patani. Logikkah ‘Yang Dipertuan Agong’ menyerang negerinya sendiri selepas menjawat jawatan tersebut? Apa jenis YDPA dia ni???

Cukuplah kalau saudara KriZalid dapat menjawab dahulu keempat2 persoalan tersebut (sebab saya pun ada kerja lain lagi...) Itu belum saya sentuh lagi kedangkalan (atau lebih tepat, penipuan!) blog anai-anai yang menyatakan nama asal Phuket adalah ‘Po-Kheag’ bermaksud ‘Bapa Islam’, dan Songkla bermaksud ‘Hantar Benih’, dan sebagainya. Sedangkan jelas, kedua-duanya berasal daripada nama Melayu warisan dari Srivijaya iaitu Bukit dan Singgora, sebelum di’Siam’kan oleh pihak Thai sendiri!!! Justeru, tidak menghairankan saya ketawa besar apabila blog tersebut marahkan maklumat dalam website Royal Ark apabila menulis Ranong sebagai Rundung, sedangkan itu memang nama asal tempat tersebut! Sebagaimana Tenasserim dalam wilayah Myanmar/Burma berasal dari nama Melayu iaitu Taman Sari!


Anonymous Srikandi said...

Terimakasih kepada Ibnu Rusydi dan lain-lain.Memanglah wali-wali Songo bukan semuanya boleh dikaitkan dengan Cina.Yess...saya setuju dengan kata-kata kadang-kadang orang Melayu Cham dikatakan orang Cina sebab gelaran diraja mereka pun jika kita baca di dalam Sulalatus Salatin adalah bergelar 'Pau'/'Po'.Inilah akibatnya apabila sesama rumpun Melayu pun tidak kenal atau minda sudah disetkan bahawa Melayu itu hanya ada di semenanjung sahaja.

Hang Tuah dari Cina?Saya tidak akan bumbu anda sebab saya faham betapa anak-anak muda kini tidak begitu ambil berat tentang sejarah bangsa mereka.'Hang' bukanlah sama dengan 'hang' iaitu perkataan loghat utara.'Hang' di sini adalah semacam gelaran di era Kesultanan Melaka sepertimana 'Tun'.Adakah hanya ada Hang Tuah,Hang Jebat dan lain-lain?Bagaimana dengan Hang Nadim?Hang Isap?Hang Siak?Bagaimana dengan Hang Hassan dan Hang Hussin ,pahlawan-pahlawan yang dipilih Sultan Melaka,begitu juga dengan Hang Iskandar dan Hang Ali?Hang Tuah direka-reka sebagai 'Hang Too Ah'.Bagaimana dengan Hang Iskandar atau Hang Ali?Apa jalan untuk 'mencinakan mereka'? ;D

Adakah orang Cina juga?Bacalah sejarah bangsa anda sebelum anda semua disejarahkan oleh orang luar.

Hang Tuah adalah dari keturunan Orang Laut atau setidaknya orang Bugis dari Pulau Duyung.Kedua-duanya rumpun Melayu.Tujuan mereka mencinakan pahlawan-pahlawan legenda ini adalah untuk mencabut rasa bangga (pride) kepada ikon-ikon sejarah dari dada-dada anak-anak Melayu seterusnya menghina orang-orang Melayu kerana tiada ikon sejarah.Seterusnya jika anak-anak Melayu percaya,mereka akan kata Melayu itu tiada sejarah dan pendatang entah dari mana.

Kemudian anak-anak Melayu mengangguk lagi.Kemudian seluruh maruah,jatidiri,tanahair diserahkan kepada orang luar yang hanya memutarbelit sejarah.Yang tinggal pada anak-anak Melayu hanya #%@&! sahaja.

Opps!Saya dah terbumbu saudara-saudara ke?Maafkan saya.

;)

Apa pun terimakasih kerana membaca ATBM.


~Srikandi


Anonymous Srikandi said...

Fairuz Azian Bin Ismail,

Pertamanya terima kasih kerana memberikan kritikan membina.Saya tertunggu-tunggu Krizalid,namun beliau 'sibuk' nampaknya ;D

quote dari anda:
"Tetapi sedikit terkilan apabila Srikiandi seolah2 menggunakan serangan peribadi keatas anai anai secara teran-terangan"

balas saya:
Saya tidak menyerang secara peribadi,saya serang ideanya sahaja tentang asal-usul Melayu,sila baca kembali pendirian saya.Jika saya ingin serang Anai-anai secara peribadi,saya akan pertikaikan salasilahnya,keturunannya dan dakwaannya.Saya akan katakan dakwaannya palsu.Tapi saya tidak berbuat begitu.Jadi fikir dahulu sebelum mengomen.

quote:
"dan apa yang saya kagum mereka berani mengeluarkan salasilah serta tahun berkaitan empayar Merong Mahawangsa"

balas:
Kalau begitu anda pasti kagum dengan dakwaan Raja Noor Jan yang mendakwa sebagai waris Sultan Melaka.Beliau juga ada keluarkan salasilah ;D

Anai-anai bijak menggabungkan sejarah Kedah dan Ayutthaya dengan versi sejarahnya.Sejarah Kedah dan Merong Mahawangsa diselitkan dengan ceritanya.Saya tidak katakan beliau salah.Tetapi pemikiran atau mantik saudara Fairuz tidak mampu membuat perbezaan.Jika A adalah benar,maka Anai-anai menyelitkan B menjadi AB.Kemudian saudara Fairuz pun berfikir B juga benar kerana A adalah benar.Boleh faham maksud saya :D

Sejarah Kedah dan segala bukti arkeologinya apabila disarungkan kepada dakwaan Anai-anai tentang sejarah versinya tidak semestinya membuktikan ceritanya benar.Sejarah Kedah,sejarah Kedah lah.Ayutthaya adalah cerita lain.Boleh faham?

quote:
Srikandi punyai darah Jawa-Melayu, Nai Nai punya darah Siam-Melayu so masing2 ingin mencari identiti salasilah masing2 dan sudah pasti akan wujud sifat mempertahankan identiti

balas:
Saya bukan nak cari identiti sendiri.Saya memang ada identiti.Jangan samakan diri anda dengan saya jika anda tercari-cari identiti sendiri.Jika anda anggap diri anda berasal dari Yunnan,go on...tetapi saya bukan dari Yunnan ;D

quote:
Tidak seperti Srikandi yang seolah2 menceritakan semula buku yang dibaca kepada anak-anak tanpa mengeluarkan fakta tepat dll yg menyokong, hanya istilah2 yang org biasa akan kagum bila membaca tanpa mengetahui perjalanan. Ilmu mantik perlu diterapkan supaya orang2 diluar sana dapat mengapai apa yg ingin disampaikan.

balas:
Sejarah adalah mengikut apa yang anda percaya walaupun salah.Jika anda menganggap anda berasal dari Yunnan,Xian atau orang gua,anda akan menganggap sejarah Melayu yang lain dari kepercayaan adalah 'fairytale' yang dibacakan kepada anak-anak.Sumber sejarah saya ada dinyatakan di artikel.Itu pun jika anda baca semua artikel ATBM.Mana anda tahu kajian saya tidak tepat?;D

Sebab tidak mengikut kehendak anda bukan?Kehendak anda supaya orang Melayu dikatakan lembab,tidak bertamadun dan datang dari China.Kemudian semua kaum dari luar akan menuntut tanahair orang Melayu ini,sebab orang Melayu pun pendatang.Mana orang Melayu mahu lari?


sambung....

March 17, 2010 9:03 AM

Anonymous Srikandi said...

sambung...

quote:
Walaupun saya bukan pakar sejarah dan hanya peminat dan pemerhati blog2 apa yang saya boleh concludekan, dlm soal mengenal identiti bangsa, kita jgn tikam bangsa dari belakang, biarkan teori,hujah dan kajian anda dikongsi dan kemudiannya difikirkan bersama untuk mengenal jatidiri bangsa kita. Jangan kita mengaku pakar sejarah dan menasihat org jgn ulangi kesilapan namum dlm masa sama kita tetap menunjukkan sifat melayu yang mudah melenting,menjatuhkan satu sama lain dan berbangga2.

quote:

Siapa main-main tikam ni ;D
Kami usik-mengusik aje.

wahai Encik Fairuz,
Jangan buat kesimpulan begini,kritiklah tang mana yang salah itu.Nampaknya anda hanya baca blog anai-anai sepintas lalu sahaja.Bacalah blogsejarahnagarakedag sekali,baru seimbang.Baca pulak cara anai-anai jawab komen dan pertanyaan para pengkritiknya.Kaji,kaji dan kaji.Jangan jadi pencacai sejarah rekaan orang lain.Orang suruh anda ke kiri,anda ke kiri,ke kanan anda ke kanan.Jangan jadi lalang wahai Encik Fairuz :D


Walaubagaimanapun,saya menghargai komen anda.Lagi banyak anda kritik lagi bagus.Anda harus rasa bertuah kerana saya mengalu-ngalukan anda kritik saya,anda tidak akan jumpa peluang yang sama jika berkunjung ke blog anai-anai.Komen anda pun boleh ghaib.Apatah lagi kalau anda cuba-cuba kritik beliau.

Kritiklah saya semahu anda,sebab dari kritikan anda saya boleh tahu tahap mana pemikiran dan pengetahuan sejarah anda ;D


~Srikandi


Anonymous Srikandi said...

Itu diaa...dah mai dah...

Terima kasih saudara Krizalid,yess...wira Siam sudah sampai.Saya memang tertunggu-tunggu kritikan dari anda.Sabar ya...awak menjual saya membeli ;D

Quote:
"Untuk mencari alter ego ini, usahlah dijadikan bangsa sebagai penanda aras yg terbaik, rujuklah kita kepada agama yg Syumul. Kerana Islamlah yg memartabatkan Arab, Islamlah yg memartabatkan Parsi, Islamlah yg memartabatkan China, Islamlah yg memartabatkan Eropah dan Islamlah yg memartabatkan Melayu".

balas:
Fuh,selepas berbuih-buih mulut berhujah,akhirnya saudara cepat-cepat ambil 'safety helmet' yang bertampal 'Islam',padahal semua orang tahu disamping Anai-anai selitkan tentang Teori Siam Islam,beliau juga merendah-rendahkan bangsa Melayu sebagai perampas takhta,pengkhianat,talibarut British dan lanun-lanun.Inikah yang dikatakan sebagai "rujuklah kita kepada agama yg Syumul" bak kata saudara Krizalid itu??

Contohilah saudara Hsalman yang juga mengaku keturunan Siam,tetapi pada masa yang sama mengakui kesilapan Anai-anai dalam penulisannya.

quote:
"Jika you hangin kat anai2 sebab menyentuh bab Melayu yg kamu cintai, apa kurangnya you yg menyentuh bab Siam yg you sendiri tak ketahuan hala".

balas:
Sebab cerita bab Siam geng anda memang tidak ketahuan hala.Bagaimana saya mahu ceritakan bab Siam anda dengan betul,sebab cerita Siam anda pun 'tarak punca'. ;))))

Sebab apa 'tarak punca'.Mari kita tengok.

quote:
"Malayu diperkenalkan oleh SriWijaya dan diglamerkan oleh Melaka. Jawa disebarkan Majapahit. Siam di set oleh Ayuthia (sekadar beberapa contoh). Tapi yg menjadi perdebatan sekrng ialah Siam.. kerana nama suku ni hampir pupus, tetapi bahasanya diserap ke melayu-kedah.
Tak jawab lagi..suku apa depa ni??"

balas:
Manalah saya tahu suku apa depa ini?Mungkin satu suku dengan Dayak Darat dan Jakun sebab awak terlalu berbangga dengan SIAM ASLI itu.Nasib baik TS Lanang sebut Siam Asli,bukan Siam Ayutia,kalau tak lagi kembangla hidung saudara ;))))

Siam Asli bukanlah bermakna betul-betul Siam Ayutia anda.Pergila tanya TS Lanang kalau nak tahu.Buat apa suruh saya tanya.Bukankah awak yang tercari-cari identiti sukukaum awak?Saya Orang Melayu Nusantara.Tidak perlu saya bertanya kepada siapa-siapa.Saya tidak perlukan Hikayat Merong Merapu (maaf,silap taip),Hikayat Merong Mahawangsa atau hikayat-hikayat lain untuk tentukan siapa identiti saya.Tanpa hikayat-hikayat dan binaan-binaan yang hebat-hebat pun,saya tahu asal-usul bangsa saya.Bahasa Austronesia yang berasaskan tatabahasa Melayu yang menjadi lingua franca seluruh Nusantara adalah seluas dari Madagaskar sehingga ke Taiwan dan menganjur ke Pasifik.BAGAIMANA BAHASA SAYA JADI SELUAS INI?MENGAPA BAHASA SIAM AYUTIA TIDAK MAMPU SEHEBAT BAHASA SAYA?

Mengapa prasasti di Ligor(Prasasti Ligor,Thailand),Sumatera(Kedukan Bukit misalnya),Semenanjung(Batu Bersurat Terengganu),Filipina(Keping Tembaga Laguna) sekadar meyebut beberapa contoh ditulis dalam gaya bahasa Melayu Kuno?Tiada istilah Wong Ser,Maha Pudisat,No-San-Ta-ra atau sebagainya.Istilah-istilah itu hanya muncul dalam hikayat-hikayat Melayu pada era terbelakang,YANG ANEHNYA DALAM BAHASA MELAYU JUGA!

SAYA CABAR SAUDARA KRIZALID KELUARKAN HIKAYAT ATAU KITAB YANG DITULIS SEPENUHNYA DALAM BAHASA SIAM AYUTIA.Ada ke takde? ;D

Oh!saya lupa...semua kitab Siam ada disorokkan dalam peti kebal Raja Thai ;D


sambung.....

March 20, 2010 5:23 AM

Anonymous Srikandi said...

sambung...

quote:
"Seperti komen saya sebelum ini, ras bangsa Siam pada mulanya adalah mix (nusantara), ini termasuklah mix melayu-kedah+china+suku indochina. Tetapi apabila Ayuthia membawa Siam ke puncak. Ras ini tidak di pandang lagi. Ia lebih prefer kpd pddk yg mendiami benua Siam. Tak kiralah, India-mughal+melayu @ melayu sendiri"

balas:
Dari mulut Krizalid sendiri nampak betapa samar-samarnya identiti Siam ini.Mula-mula kata Siam ni bangsa mix.Lepas itu era Ayutia pula,bangsa mix Siam ini hilang tiba-tiba,bahkan "tak dipandang lagi" (kasihan),sebab dah merujuk kepada semua penduduk IndoChina (mana pula perginya suku Siam Mix ini?).Jadi takrifan Krizalid ini boleh disimpulkan bahawa,Pyu,Mon,Khmer,Tai,Cham,Viet dan sebagainya dah bertukar menjadi orang Siam,termasuk orang-orang Melayu.MALANGNYA TS LANANG TIDAK MENGAKU PUN ORANG SIAM,BAHKAN SAYA PERCAYA TAR JUGA CENDERUNG MENGAKU MELAYU BERBANDING SIAM.

Lihat,Krizalid mengaku bangsa Siam adalah bangsa mix(campuran),jadi jelaslah bahawa DENGAN PENGAKUAN INI SEBENARNYA TIADA PUN APA YANG DINAMAKAN BANGSA SIAM.Saya orang Melayu:saya berbahasa Melayu,menulis dalam bahasa Melayu dan berbudaya Melayu.Memang ada orang-orang yang disebut Melayu ASli seperti orang Kelantan,Riau dan Padang.Sebahagian bangsa Melayu pada hari ini tidak dinafikan mempunyai keturunan campuran.NAMUN AWAL-AWAL LAGI SAUDARA KRIZALID MENGAKU "ras bangsa Siam pada mulanya adalah mix..."

;(


Apa yang "mix" itu?Nyatakan struktur "mix" bangsa Siam itu.Adakah berasal dari campuran Melayu dan Cina?Atau Melayu dan Tai?JIka demikian tiadalah bangsa Siam itu sebenarnya.Kesimpulannya SIAM ADALAH BANGSA BARU MUNCUL AKIBAT CAMPURAN ORANG-ORANG MELAYU DENGAN KAUM-KAUM LAIN TERUTAMANYA ETNIK KECINAAN.Ada bangkangan?Sebab itu Anai-anai mengaku keturunannya berasal dari Xian dan Yunnan.

Quote:
"Sebenarnya siam tidak menunjukkan spesifik bangsa @ suku, ia lebih glemer merujuk kepada pdd yg mendiami benuanya @ tanah jajahannya, lebih2 lagi Indochina"


balas:
;)))))) Saya begitu gelihati melihat karangan awak yang sebiji tok guru awak.Kerap bertukar identiti.Tadi kata ada ras/bangsa Siam kemudian mengaku "Sebenarnya siam tidak menunjukkan spesifik bangsa @ suku".Lucu...lucu sekali.Sekejap itu sekejap ini.Saling tak tumpah macam tulisan Anai-anai.INI TULISAN ORANG YANG TERCARI-CARI INDENTITI SENDIRI.Bahkan sanggup kata ia adalah nama "glamer" penduduk Benua Siam.Hello,hello...encik Krizalid...kita di sini bukan hendak membicarakan bangsa khayalan yang berpaksikan nama-nama glamer.INI MASALAH JATIDIRI DAN IDENTITI.Kalau saudara hendak glamer,baik jadi artis,masuk Akademi Fantasia.Memang glamer.Saya akan afundi awak ;)))))))


Quote:
"TS Lanang merumuskan bahawa semua suku yg berasal dr Benua Siam adalah Siam, sebab apa? Sebab bahasanya. Pada masa itu Siam mewakili semua, Mon, Champa, Khamer dan banyak lagi"


balas:
hai,tak habis-habis jual nama TS Lanang,padahal beliau sendiri pun tidak mengaku Siam.SEbab bahasa?Biar betul saudara Krizalid ini.Adakah orang Cham serumpun dengan Tai dan Khmer?Orang Cham berbahasa Malayo-Polinesian,Khmer dalam kelompok Mon-Khmer.Hendak berhujah biarlah saintifik sedikit.Tidak mainlah berhujah menggunakan hikayat garuda bercakap dengan manusia ;))))) Berhujah kena ada asas-asas realiti.Bukan khayalan.

sambung...

March 20, 2010 5:36 AM

Anonymous Srikandi said...

sambung...

quote:
Dlm HMM sapa yg membuka Siam? Kenapa perkampungan melayu-Kedah terdpt di selatan Burma (Myanmar) dan beberapa tempat diThailand, khususnya di sekitar pantai barat Segenting Kra? Tetapi kenapa beliau melebih-lebihkan Siam? Kerana kata nama Siam membawa kita ke puncak, seperti Kedah Tua membawa Lagkasuka..."


balas:
Hikayat Merong Merapu lagi (maaf,silap taip lagi).Tidak habis-habis mahu menulis sejarah bangsa menggunakan hikayat-hikayat.Baguslah ada orang Melayu di Burma.Tetapi KENAPA TIADA ORANG SIAM DI JOHOR?DI INDONESIA?Takkanlah "Empayar Siam Ayutia" yang "amat besar" itu tidak meninggalkan saki-baki penduduk Siam di sana-sini?Portugis dari jauh pun boleh tingggalkan perkampungan Portugis di Melaka.NAMUN ORANG SIAM HANYA MUNCUL KEDAH ATAU UTARA SEMENANJUNG SAHAJA.Ini realiti Krizalid...realiti...

Siapa yang karang HMM?Kita kena kaji sejujurnya.Siapa karang UUK?Marhum Kota Kayang pada abad ke-16.Kaji,kaji dan kaji lagi.Saya tidak nafikan pengaruh Ayuthia,SEBAB ITU ADA PENGARUH BAHASA SIAM DALAM HIKAYAT MELAYU.


Oleh kerana Krizalid meleret-leret merendah-rendahkan Empayar Melayu Srivijaya tanpa bersebab (seperti tabiat merendah-rendahkan Melayu),saya ulas sedikit tentang ini.

Nak bandingkan Srivijaya dengan Ayuthia?Sori sikit saudara,sebab empayar ini berdiri lebih 600 tahun (jika diambil dari masa I-Tsing melawat Srivijaya) sekurang-kurangnya,walaupun sebenarnya lebih 1000 tahun.Sebenarnya,serangan Chola itu masih menjadi perdebatan antara sarjana kerana SEBENARNYA SRIVIJAYA BERSAHABAT BAIK DENGAN DINASTI CHOLA malah telah membina prasasti dan bangunan biara di India.Terdapat satu bukti bahawa Raja Srivijaya meminta bantuan dari Chola untuk menyerang pelabuhan Kedah kerana faktor pemberontakan politik.Biasala,setiap empayar mesti ada naik surutnya,termasuklah Srivijaya,kenapa nak hairankan?Saya nak tanya KENAPA 'EMPAYAR AYUTTHAYA' JATUH MELEPEK DAHULU?Kalau gagah sangat,kenapa tidak kekal?Kenapa orang Siam versi Krizalid tidak 'bernegara' hari ini ;))))
Kenapa negeri-negeri Melayu masih wujud berserta dengan raja-rajanya sekali?FIKIR KRIZALID...FIKIR....

Fikirkan wahai Krizalid,warisan raja Siam telah pupus.Raja Kedah hari ini adalah raja Melayu bukan Siam.Raja Chola pun sudah pupus habis tidak bersisa.NAMUN WARISAN SRIVIJAYA MASIH HIDUP SEGAR SEHINGGA KE HARI INI.Kesultanan Perak,Johor dan Pahang adalah warisan Srivijaya.

hai,panjang ni...mahu saja saya buka satu artikel khas untuk jawab soalan Krizalid ini.Ini bagus sekali,pada masa yang sama boleh menjelaskan lagi kepincangan teori Melayu oleh Krizalid.

Yang lain itu tak payah la balas.Nantilah kalau saya rajin saya bukak satu artikel khas untuk encik Krizalid kita ini.Kan dia ni suka yang glamer-glamer.Nah saya kasi glamer sikit.Macam 'bangsa mix Siam' yang glamer itu

;))))))))))))


Jangan marah...





~Srikandi



14 comments:

  1. dengan baca bahas depa ni pon kita dapat tengok dengan jelas sapa berhujah berdasarkan fakta yg kukuh dengan yg berhujah dengan ayaq lioq basi...hahahah

    ReplyDelete
  2. aku ni bukanlah pakar sejarah. baru sekarang nak berjinak2. bagi aku sejarah perlu dikaji dengan apa cara sekalipun.contohnya manuskrip lama seperti UUK perlu dibuat ujian kimia untuk membuktikan ianya betul2 lama. sebab apa yang aku baca, UUK baru sahaja dipulangkan oleh british. katanya British berusaha menghapuskan sejarah kita. kenapa sekarang nak pulangkan bukti sejarah?

    ReplyDelete
  3. bkn mreka pulangkan tp ahli sjarah dr malaysia meminta dan menggunakan undang2 untuk membawa kluar sjarah kita dr peti besi arkib ngara sperti england n us

    ReplyDelete
  4. SAYA SUDAH LAMA MENGIKUTI KEDUA-DUA LAMAN BLOG INI,TETAPI TIDAK PERNAH MEMBUAT SEBARANG KOMEN.APA YANG SAYA LIHAT HUJAH DARI PIHAK SRIKANDI LEBIH KONSISTEN,MANTAP&BERASAS.

    ReplyDelete
  5. Salam ziarah dari laman sanggar http://jejakmihrabmimbar.com

    ReplyDelete
  6. Salam Srikandi,

    Semoga sentiasa dalam keadaan sihat walafiat dan sejahtera hendaknya. Aku memang dah lama mengikuti perkembangan Blog Sejarah Nagara Kedah tu. Dah pernah juga ajak saudara Anai-Anai dan sahabat-sahabatnya berjumpa untuk bentang hujah, tetapi semuanya terbantut tak kesampaian sehingga ke hari ini..

    Melalui pembacaan artikel ini, memang aku dapati bahawasanya memang layaklah menggunakan nama 'Srikandi' itu kerana sifat mempertahankan fakta yang haq menentang yang bathil.

    Selama aku mengkaji sejarah, memang akan ada golongan yang tenggelam dalam dunia sejarah fantasi / hikayat / dongeng ciptaan mereka. Semoga kita semua dijauhkan dari hakikat ini..

    Teruskan perjuangan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yah.. teruskan mengorek sejarah melayu

      Delete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. Saya lebih lebih banyak setuju pandangan Srikandi. Tentang kecelaruan dalam blog 'sejarahnegarakedah'. Tapi ada satu yang saya kurang setuju, iaitu bila beliau menyatakan tidak ada peninggalan Siam di Johor. Sebetulnya ada, lihat dulu siapa yang Parameswara bunuh di Temasik? Bukanya beliau membunuh Temagi, wakil kerajaan Siam di Singapura? Kisah ini ada diceritakan dalam Sejarah Melayu. Dan diceritakan juga nama kota 'Klangkio' di hulu Sungai Johor, katanya dari nama Siam yang bermaksud 'Perbendaharan Permata' dalam bahasa Melayu. (Sekarang masih lekat nama itu di kawasan yang sama, tapi terpleset jadi Linggiu)

    ReplyDelete
  9. Bernas hujah srikandi.teruskan perjuangan anda srikandi

    ReplyDelete
  10. Bernas hujah srikandi.teruskan perjuangan anda srikandi

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum,pertamanya diucapkan tahniah kepada pihak Srikandi yang dapat membentangkan hujah dan bukti yang meyakinkan. Insya Allah yang benar akan berpihak pada yang haq. Saya dah memeriksa susur galur Kesultanan Kedah,dan banyak fakta yang tidak benar ditambah. Saya tidak mahu berbicara panjang,teruskan perjuangan.

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum,pertamanya diucapkan tahniah kepada pihak Srikandi yang dapat membentangkan hujah dan bukti yang meyakinkan. Insya Allah yang benar akan berpihak pada yang haq. Saya dah memeriksa susur galur Kesultanan Kedah,dan banyak fakta yang tidak benar ditambah. Saya tidak mahu berbicara panjang,teruskan perjuangan.

    ReplyDelete
  13. Teruskan pjuang meyatukan sesama islam,tak perlu mnunjuk siapa lebih hebat siapa lebih pandai,brhujah brsama fakta itu benar tpi adakah benar fakta yg dihujah,blum tntu 1 fakta itu benar,sulalatus salatin atau hikayat2 yg sdia ada tidak boleh pnduan tntang bangsa Melayu sbab trlalu bnyk crita berfantasi dri realiti,sperti filemsupermen blh trbang ksana dia suka,blum tntu sjarah sedia ada itu sjarah benar krna sjarah kita bnyk yg dicipta pnjajah,tpi ada 1 sjarah yg benar iaitu sjarah bangsa Melayu dijajah bratus2 thn,sbb dijajah kita xnak bersatu kita nk tnjuk sapa lbih hebat,sma sperti skrng sbenarnya dlm diam kita masih dijajah,bersatu lah wahai bangsa Melayu,tak perlu lah kita tunjuk siapa lebih hebat.

    ReplyDelete