Wednesday, July 21, 2010

hiKaYaT haNg tUaH

Nama Hang Tuah


Ketika Dang Merduwati dan Hang Mahmud iaitu ibu dan ayah kepada Hang Tuah menunggu ketibaan hari ke 7 untuk ketanggalan tali pusat hang tuah yg ketika itu berusia 6 hari, mereka telah didatangi oleh seorang tua yg berkata "Hang ini sungguh ber 'tuah' mendapat anak ini." Lalu, orang tua itu hilang dari pandangan mata mereka. setelah kejadian itu, mereka memberi nama Tuah kepada beliau.

Waktu kejadian itu, ibu dan ayahnya tinggal di Kampung Sungai Duyung Bintan. Hang Tuah tinggal disitu sehinggalah beliau remaja kemudian pindah ke tapak baru iaitu Sungai Kumbang Naga lalu ditukar namanya kepada Sungai Duyung sempena nama Sungai Duyung di Bintan.



Paku Dulang
























-keris paku dulang adalah keris warisan hang tuah yang berasal dari kerajaan melayu seriwijaya,palembang.keris ini di miliki oleh tun jaya alam.(datuk panglima ngah alam)iaitu datuk kepada hang tuah.kemudian turun kepada hang mahmud.(datuk muara)duyong yang bermakam di pulau nangka,melaka sehingga hari ini.

-ketika hang tuah tamat ilmu persilatannya di pulau perca hang mahmud telah menyerahkan keris tersebut khusus untuk mempertahankan diri hang tuah.maka beliau berbaktilah kepada kerajaan melaka sehingga mendapat hadiah dari raja majapahit,keris taming sari..dan.mendapat fitnah dari pembesar2 melaka dan di hukum bunuh.

-tapi bendahara menyembunyikan di hulu melaka.(kawasan manchap)hang tuah belajar agama dgn sheik al mansor.(makam hingga hari ini di machap)selepas melaka bergolak akibat hang jebat .hang tuah di bawa pulang oleh bendahara dan sultan melaka(sultan mansor shah)dan memberi arahan untuk membunuh hang jebat.ketika itu keris paku dulang dan keris2 yang lain tidak boleh menikam jebat kerana keris taming sari terlalu keras dan permakainya akan kebal..

-lalu sultan memberi keris pusaka beliau iaitu keris parong sari..tetapi tidak juga dapat membunuh atau melukakannya.keris parong sari yang berasal dari kerajaan melayu,seriwijaya..dengan cara menukar keris dalam pertempuran hang tuah dapat semula taming sari lalu dgn pantas menyilang ke arah rusuk kanan hang jebat...hang jebat dapat membalut lukanya.hang tuah lalu pulang ke rumahnya di kampong duyong.hang jebat terus mengejar hang tuah kerana inggin memberi amanah...

-dan pesanan penting,tetapi tiba di satu kawasan orang2 kampong mengata2kan sesuatu yang membuat hang jebat amuk..dan ramai mengatakan hang jebat itu simabok darah.kerana ramai orang yang jebat sudah bunuh di kawasan tersebut sehingga hari ini kampong itu di sebut orang kampong semabok bersepadan kampong duyong.



Makam-Makam Pembesar Melaka/Bintan



Makam Tun Lekiu bin Tun Matang di Kampung Rekuh, Telok Bintan


Makam Tun Lekir bin Tun Baharu di kampung Rekuh, Telok Bintan

Makam Tun Jebat bin Tun Mansur negeri Melaka

Makam Tun Khoja Hassan Bin Tun Tuah @ Laksmana Tun Khoja Hassan @ Laksamana Pantar di Gunung Bintan


Makam Tun Kasturi bin Tun Katil di negeri Melaka


Makam Tun Muhydeen @ Tun Mai Ulat Bulu @ Temenggong Seri Udana bersama 40 pengikutnya gugur menentang Portugis pada tahun 1526 di Kota Kara dan dimakamkan di Pulau Pengujan, Bintan


Hikayat hang tuah adalah karya penting bangsa melayu.oleh yang demikian kita dapat menemukannya di perpustakaan Negara Malaysia,museum pusat Indonesia,di beberapa perpustakaan di England,termasuk british library,perpustakaan school of oriental and African studies,dan perpustakaan university leiden.

Pusat manuskrip melayu,perpustakaan Negara Malaysia,memiliki dua buah manuskrip hikayat hang tuah.(mss 1713.mss1658)Mss.1713

Manuskrip ini adalah sebuah hasil tulisan tanggan yang baik dan teliti,bertarikh sanat 1282 bersamaan dengan 1865.karya ini di perolehi daripada seorang bangsawan Kelantan dan kemungkinan besar di miliki istana,memandangkan bentuk dan tulisannya yang professional.

Namun begitu dapat di kesan lebih daripada tiga jenis tulisan,yang menandakan sekurang-kurangnya tiga orang terlibat dalam penulisan,pembetulan,dan mengantikan

Halaman yang hilang dalam teks ini.

Halaman pertama dan kedua serta kolofon berwarna warni dan indah.warna yang di gunakan ialah biru,hijau,merah dan kuning dalam jalur lembut.pada halaman pertama dan kedua terdapat ruang tengah berbentuk potongan wajik,yang di khususkan untuk teks,sementara keempat-empat segitiga dihiasi dengan salur bakung yang berjalinan di antara satu dengan yang lainnya.seperti dalam hiasan jenis melayu.kedua-dua halaman ini di bingkai oleh hiasan halus.oleh yang demikian,halaman permulaan ini menemui pembaca secara dramatis dan riang,dan sementara itu juga halus,sesuai dengan karya epic besar ini.

Baris permulaan terkenal ini berbunyi separti berikut.

Ini hikayat hang tuah yang amat setiawan pada tuannya dan terlalu
Sangat berbuat kebaktian kepada tuannya.

Dua muka terakhir menceritakan perperangan terakhir melayu melawan peringgi: Bendahara tun mat dan temenggung tun karim dan laksamana tun kadim dengan segala menteri pegawai orang besar besar Melaka itu takkala sudah selesai daripada lari musuh peringgi itu maka ia pun mengarahkan rakyat barang yang ada itu di bawanya berjalan itu lantas ke hujung tanah,bernama johor.

Mereka sampai di bentan dan mengadu kepada sultan hamad ,tetapi di perintah kembali ke hujung tanah,duduk di sana hingga kerjasama johor-belanda menyerang negeri Melaka.

Mss 1658

Manuskrip ini tidak seindah manuskrip mss1713.kertas dan tulisannya tidak istimewa,malah di tulis dalam sebuah buku lejar,tetapi di salin oleh seorang penyalin saja dengan satu gaya tulisan tanggan.namun begitu manuskrip hikayat hang tuah ini amat menarik kerana pada halaman pertama di tampal sehelai kertas yang mengatakan bahawa hikayat ini di karang oleh tun kula kulah(k.w.l.h)sepupu(laksamana tun tuah)sebelum beliau mati berperang dengan portugis.di makamkan di duyong,lama karangan ini 400 tahun.di tambah pula maklumat bahawa kitab ini,,di turunkan kepada cucunda Muhammad yaakob bin Abdullah di duyong,Melaka.1933.

Bahasanya lebih lancar dan dekat kepada bahasaabad ke -20.dan beberapa penyesuaian telah di buat terhadap teks aslinya.bahasa penyalin sendiri telah di gunakan,yang sering berlainan daripada versi yang lebih awal,termasuk mss 1713.

Permulaannya berbunyi (sila bandingkan dengan permulaan mss 1713)

Inilah hikayat peri mengatakan hang tuah yang terlalu amat indah ceteranya dan terlalu amat bijaksana yang terlalulah pula besyar kebaktian kepada tuannya,.tiadalah berbanding pada zaman itu .demikianlah bunyinya.

Ceritanya berakhir dengan portugis belayar untuk menyerang Melaka.tebal 308 halaman.

Manuskrip ini tidak bertarikh,walaupun kertas tambahan mengatakan bahawa manuskrip itu di turunkan kepada Muhammad yaakop bin Abdullah di duyong pada tahun 1933.muhammad yaakop menulis..ini cerita nenda kami laksamana hang tuah duyong.disertakan secara berasingan sebuah salasilah keturunan hang tuah.kemungkinan besar karya ini di salin pada abad ke-19 atau awal -20.

Seterusnya terdapat beberapa catatan oleh datuk kepada Muhammad yaakopAbdullah,yang memberikan hikayat ini kepadanya.,catatan tentang tun kula,dan juga datuk syahbandar yang pulang ke Melaka-tapi akhirnya di tipu oleh portugis bersama anak buahnya.

Banyak bahagian yang rosak dan tidak dapat di baca oleh kerana di makan dakwat.Karya ini berbentuk folio,dan telah diperbaiki dan di beri berkulit.di kulit terdapat cetakan timbul dengan corak emas.seperempat hujungnya rosak,tetapi masih terdapat sebuah kolofon.

6 comments:

  1. best la bce blog ko nih...penuh informasi..

    ReplyDelete
  2. betul...saya tengah ketagih ni..dari lepas subuh ag belek blog ni..smpai skrg..huhu..

    ReplyDelete
  3. heheheh jgn cm2

    kna restkan minda gk

    tkot nti jd mixed-up

    lgi haru!!

    ReplyDelete
  4. Maafkan saya ingin bertanya..... Saya ingin benar melihat gambar pada tulisan ini tetapi sepertinya sudah di padamkan. Boleh bantu? Kerana saya ingin melihatnya.

    ReplyDelete
  5. Kubur Hang Tuah Di Tg.Keling Melaka ada rekaan sahaja Hang Tuah meninggal di Kpgnya iaitu Kpg Duyung Bintan.

    ReplyDelete