Fikirkan!!
Dia mengambil contoh Perang Teluk yang baru selesai ketika itu di mana Amerika ‘memperlihatkan’ diri (berdrama) sebagai negara yang menyelamatkan Kuwait daripada serangan Iraq… ia adalah maksud kepada ’Now we can see a new world (dunia baru yang aman) coming into view…. new world order.”
Bagi maksud ucapannya ‘The victory over Iraq was not waged as a war to end all wars.. even the new world order cannot guarantee…’ pula bermaksud kejayaan membedil Iraq bukan bemaksud Amerika telah berjaya menamatkan semua perang di dunia (juga bermaksud Amerika akan terlibat dalam lebih banyak perang untuk mewujudkan keamanan-kononnya. Jelas terbukti dasar mereka dalam pergolakan dunia hari ini iaitu untuk menamatkan ‘keganasan’-kononnya) tetapi dunia juga belum tentu akan aman walaupun dunia sudah memilih jalan terbaik untuk bersatu padu (di bawah kekuasaan Amerika) demi keamanan sejagat. Dunia belum tentu aman walaupun sudah bersatu juga memberi petanda kepada ‘PERANG AKHIR ZAMAN ANTARA ISLAM DENGAN MUSUH-MUSUH ALLAH’, itu adalah intipati niat mereka.
Ucapan itu memberi sedikit gambaran mengenai tujuan New World Order iaitu untuk menjadikan semua negara di dunia tunduk patuh kepada kekuasaan Amerika, keamanan hanya sebagai umpan ilusi kerana mereka jugalah dalang-dalang dan petualang-petualang sebenar dalam melaga-lagakan Iraq dengan Kuwait ketika Perang Teluk. Juga dalang dalam WW2 dan WW1. Perhatikan, Amerika wujud selepas tamat Perang Dunia Pertama (WW1) manakala negara Israel pula wujud selepas WW2. Niat sebenar mewujudkan WW1 adalah untuk menubuhkan negara ahli politik berkiblatkan Zionis iaitu Amerika, strategi diteruskan dengan perancangan-perancangan jangka panjang untuk mencetuskan WW2 lalu menubuhkan Israel. Jika berlaku WW3, apa pula akan berlaku?
Amerika membuat kita berfikir dengan tanggapan termudah seperti..: Iraq serang Kuwait, kemudian Amerika datang bantu Kuwait untuk serang semula Iraq danmembebaskan Kuwait daripada kejahatan Iraq. Kemudian dunia mula berfikir bahawa Iraq itu jahat dan ia menjadi modal untuk anak Bush membunuh Saddam dalam sekuel Perang Teluk 2. Mereka mahu kita berfikir seperti itu, itulah salah satu strategi mereka.. MIND CONTROL!! Menguasai minda dengan mewujudkan ilusi di pentas dunia… bagaimana dengan roh kita pula, turut dikuasai mereka??
Pada 11 September 2001 pula (9-11), bangunan WTC roboh selepas diserang dengan dua pesawat. Anak Bush, Presiden George W.Bush pula tampil mengeluarkan kenyataan bahawa (kononnya) dunia kita diancam masalah keganasan dan serangan 9-11 itu pula kononnya didalangi satu pertubuhan pengganas al-Qaeda yang berpangkalan di Afghanistan dan diketuai Osama Ben Laden. Dan, al-Qaeda pula kononnya tiba-tiba ‘menghantar’ salinan video dan mengaku bertanggungjawab meranapkan WTC.
Bab kajian mengenai WTC yang ranap dalam peristiwa 9-11 akan dibincangkan nanti. Penulis mempunyai sumber yang sangat arif mengenai kejadian itu dan pernah bertemu dengan mereka pada tahun 2006 di Kuala Lumpur, salah seorangnya ialah rakyat Amerika dan seorang lagi adalah rakyat Britain.
Strategi 9-11 lebih bijak daripada strategi Perang Teluk. Dunia bukan sahaja diberi ilusi pembohongan mengenai keganasan yang didalangi sebuah pertubuhan yang mempunyai nama dalam sebutan Arab (niat lebih menjurus tuduhan kepada Islam), malah masyarakat dunia juga dipermainkan mengenai kewujudan al-Qaeda itu sendiri, tidak pernah ada apa-apa cerita mengenai al-Qaeda sebelum itu dan dunia juga tidak tahu apakah pertubuhan itu. Namun al-Qaeda tiba-tiba wujud selepas 9-11, bersama watak Osama yang tiba-tiba wujud serentak, Afghanistan pula dipertanggungjawabkan.
Bagi mendapat restu dunia untuk menyerang Afghanistan, al-Qaeda dikaitkan dengan Taliban iaitu puak yang memerintah Afghanistan. Sesudah berjaya menembusi Afghanistan, masyarakat Afghanistan yang sebelum ini sangat patuh kepada ajaran Islam dirosakkan perlahan-lahan dengan membawa masuk majalah Playboy, hiburan video lucah, menjual kondom dan lain-lain elemen negatif. Osama yang diburu masih belum ditemui. Wujudkah watak Osama si ketua al-Qaeda yang dimaksudkan? Siapakah Osama, apa kaitan Osama dengan operasi rahsia yang dilabel dengan kod Tim Osman yang pernah dikendalikan CIA satu ketika dahulu?
Osama hanya satu lagi watak ilusi yang hanya wujud dalam rakaman kamera video (seperti kita lihat dalam siaran berita di TV) Osama adalah alat untuk menabur fitnah kepada Islam dan menyemai Islamophobia di kalangan masyarakat Eropah dan dunia seluruhnya supaya membenci agama Allah. Dunia nampaknya makin bersatu menentang Islam dan motif New World Order semakin menunjukkan hasil di dunia Barat.
Peristiwa 9-11 adalah ilusi yang terhebat dalam sejarah dunia yang pernah dilakukan Illuminati ini. Jika benar Osama wujud, di mana dia sekarang dan jika benar dia seorang Muslim yang lantang mengancam Amerika (seperti yang kita tengok dalam TV terutama rakaman Osama memberi amaran kepada USA dan Israel), Jika Osama itu wujud sebagai Muslim yang pendirian tegas seperti itu, sudah tentu dia bersama angkatannya akan membedil Israel semasa peristiwa serangan Gaza pada pertengahan 2009 lalu.
Osama juga mungkin ‘orang mereka’ yang penting dalam perancangan ini, tetapi bermain ‘di sebalik tabir’ dan masih belum ‘diarahkan’ keluar oleh pemimpin Illuminati untuk ‘berlakon dalam filem perang’ di luar. Jadi, siapa pula yang meranapkan WTC sekiranya al-Qaeda dan Osama hanya sebagai watak ilusi? Rancangan meranapkan WTC sudah dibuat pada 10 tahun sebelum kejadian, lihat semula ucapan George H.W Bush (bapak kepada George W.Bush) pada 11 September 1991 ketika berucap dalam persidangan Kongres!!!! Ucapan tersebut adalah isyarat kepada maksud ucapan ‘even the new world order cannot guarantee an era of perpetual peace..’ walaupun kononnya dunia sudah bersatu (tunduk) di bawah kekuasaan Amerika, namun dunia tetap belum menemui keamanaan yang sebenar kerana diancam pula ancaman baru iaitu keganasan (mereka maksudkan Islam)… itulah maksud kepada perancangan untuk memburukkan imej Islam melalui ilusi ‘drama keganasan’ yang sangat hebat dan bertaraf Hollywood.
Mengapa memusuhi Islam, ia kerana mereka masih belum mampu menguasai umat dan negara Islam secara 100 peratus. Agama-agama lain di dunia pula sudah berjaya disesatkan secret society penyembah syaitan sejak zaman tamadun awal lagi. Agama Nasrani bejaya disesatkan konsep ketuhanannya dengan dimasukkan elemen Triniti (Tuhan Bapa-Anak Tuhan-Roh Kudus) dengan perantaraan konco bernama Paulus yang kini dikenali sebagai tokoh penyebar agama itu, agama Yahudi Judaism pula berjaya diselewengkan dengan memecahkan bangsa itu dan memusnahkan teks kitab kalam Allah (Torat, Zaboor) melalui penjajahan dan perhambaan di Babilon, Assyria, Rom dan Greek sehingga bangsa itu hilang identiti Hebrew. Kedatangan Islam untuk menyampaikan Quran bagi menyempurnakan kitab-kitab yang dimusnahkan dicemari penulisannya itu menimbulkan kebimbangan di kalangan golongan ini, kerana Islam akan membawa manusia kembali mengenal Tuhan yang wajib disembah. Agama-agama lain (bukan daripada perintah Allah) terutama polytheistic yang menyembah banyak dewa dan patung pula tidak diganggu oleh Illuminati kerana langsung tidak mengancam perancangan mereka.
Kepercayaan Nasrani adalah bertunjangkan konsep triniti dan salah satu yang menjadi kekeliruan dan masih menjadi bahan perbincangan di kalangan paderi-paderi ialah kesukaran memperjelaskan maksud Roh Kudus (Holy Ghost/Holy Spirit). Ketika di peringkat awal agama ini berkembang, Roh Kudus dimaksudkan sebagai malaikat Jibrail/Gabriel yang menghembuskan roh Allah ke dalam diri Mary/Maryam sehingga menghamilkan Isa/Jesus. Namun, ia belum mampu memperjelaskan Roh Kudus yang sebenarnya. Siapa yang menetapkan konsep Roh Kudus dalam agama ini? Bagi umat Kristian, tiga adalah satu dan satu itu tiga. Tidakkah ia mengelirukan?
Agama Nasrani/Kristian berkembang selepas ketiadaan Jesus dan dikembangkan oleh golongan yang berkomplot menghapuskan Isa. Menurut sejarah agama itu seperti yang terkandung dalam sejarah Paulus, Paulus dikatakan mengejar nabi Isa untuk membunuhnya namun dia telah terjatuh ketika dalam perjalanan. Semasa Paulus terjatuh, dia dikatakan didatangi satu cahaya dan cahaya itu berkata bahawa orang (Isa) yang akan dibunuhnya itu adalah Anak Tuhan. Cahaya itu menyebabkan matanya tidak mampu melihat dan hanya Isa yang boleh menyembuhkannya kembali. Paulus kemudian ‘dalam keadaan insaf’ terus mencari Isa untuk meminta matanya disembuhkan. Apabila dia berhasil bertemu Isa, matanya kemudian disembuhkan. Kemudian Paulus berkata kepada Barnabas (sahabat Isa), bahawa Isa memang benar anak Tuhan dan mahu menyebarkan agama yang dibawa Isa kepada seluruh manusia, sebelum agama ini dikembangkan Isa terjerumus ke kancah fitnah lalu ditangkap dan mahu dihapuskan. Dalam Islam, Isa tidak dibunuh tetapi diangkat ke langit menjadi al-Masih.
Paulus terus menyebarkan fahaman itu sehingga ke Eropah dan gereja pertama didirikan di Antioch sebagai pusat penyebaran pertama Kristian. Paulus juga mengajarkan manusia dengan fahaman yang tidak menurut pesanan Isa bahawa Isa hanyalah seorang nabi yang diutuskan Allah kepada Bani Israel, Isa juga tidak pernah mengaku bahawa dia adalah Anak Tuhan. Bagaimanakah Paulus yang mahu membunuh Isa tiba-tiba dikatakan bertaubat selepas mendapat tahu bahawa Isa itu Anak Tuhan? Kitab-Kitab Gospel terus ditulis oleh tangan-tangan penuyusun kitab Yahudi dengan meletakkan nama-nama sahabat Isa (Markus, Peterus, Matius, dan John atau Nabi Yahya) sebagai penulisnya bagi menjadikan ia autentik, kitab-kitab itu menekankan triniti sebagai akidah yang bertentangan dengan ajaran Isa selepas ketiadaan Isa.
Menurut tokoh pendakwah Islam yang terkenal pada sekitar 1970-an lalu, Sheikh Ahmed Deedat pernah berhujah dalam debatnya dengan ramai paderi Kristian. Ahmed Deedat berkali-kali bertanya kepada setiap paderi Kristian yang didebatnya, pertanyaan itu adalah mengenai di manakah ayat dalam Bible yang mengatakan Isa mengaku bahawa dia adalah Anak Tuhan dan di manakah ayat yang menceritakan bahawa Isa membenarkan triniti? Bahkan, hanya dua ayat yang ditulis dengan tulisan merah dalam Bible disahkan oleh gereja sebagai perkataan yang diucapkan sendiri oleh Isa, mengapa hanya dua sahaja ucapan Isa yang dimuatkan, bagaimana pula dengan ayat-ayat lain dalam keseluruhan Bible? Dua ayat yang disahkan itu pula langsung tidak berkaitan dengan pengakuan Isa bahawa dia adalah Anak Tuhan.
Menurut Gospel Barnabas (gospel ini dikelaskan sebagai gospel yang tidak diiktiraf oleh Vatican), Barnabas memberitahu kepada Paulus bahawa ajaran yang dibawa Isa bukanlah satu agama baru, sebaliknya ajaran Isa hanyalah untuk meluruskan ajaran Taurat yang pernah dibawa Musa kepada Bani Israel kerana ajaran Musa telah banyak diselewengkan. Barnabas juga memberitahu bahawa ajaran Isa hanyalah khas untuk Bani Israel supaya mereka menerima hakikat dan bersedia akan kedatangan seorang nabi terakhir (Muhammad) bagi melengkapkan agama Allah seperti yang terkandung dalam Taurat. Barnabas juga memberitahu Paulus bahawa bangsa Gentiles (bangsa-bangsa bukan Yahudi) tidak boleh diajar dengan ajaran Isa kerana tugas itu akan digalas oleh nabi terakhir yag dimaksudkan bagi melengkapkan mesej Tauhid kepada sekelian manusia.
Menurut Barnabas juga, sahabat-sahabat Isa yang taat dengan ajaran Tauhid terus menjauhkan diri dari Jerusalem kerana bimbang dengan ancaman Rom dan puak Yahudi. Mereka bagaimanapun terus menyebarkan ajaran Isa berlandaskan Tauhid kepada orang-orang Yahudi di kawasa yang tidak jauh dari Jerusalem. Gospel Barnabas juga bukanlah Injeel yang memuatkan perkataan-perkataan Allah, tetapi gospel itu hanya memuatkan ucapan-ucapan Isa sepanjang menyampaikan ajarannya, ia hanyalah himpunan Hadis Isa. Injeel Kalamullah tidak pernah ditulis.
Timbul persoalan di sini, siapa yang menulis Bible dan siapa yang mengasaskan Kristian? Ia adalah kerja-kerja pengikut pertubuhan rahsia yang sentiasa berusaha merosakkan agama-agama yang dibawa nabi terdahulu sebelum Muhammad. Mereka mengubah kepercayaan asal kepada kepercayaan sesat dan mempergunakan agama yang disesatkan itu untuk mereka berlindung sehingga akhir zaman. Dan agama-agama itu pula diselitkan dengan unsur-unsur Tuhan Matahari, The All seeing Eye dan sebagainya tanpa ramai daripada penganut agama-agama itu sedar. Belum percaya? Penulis akan membawa anda bertemu dengan lebih banyak bukti mengenai perkara ini dalam perbincangan akan datang.
No comments:
Post a Comment