Wednesday, June 30, 2010

tHe oRiGiNs oF MaLay ( paRt 3)

The House of Bani Jawi









Ibnu Athir.seorang sarjana sejarah yang hidup pada zaman pemerintahan Khilafah Abbasiah telah menuliskan tentang satu kelompok bangsa yang berasal dari keturunan Nabi Ibrahim a.s.Ahli-ahli psikik dan pertubuhan kerohanian Eropah telah lama menuliskan satu bangsa misteri yang berasal dari Tamadun Lemuria dan Mu,yang tenggelam dan bahasa serta budayanya menyebar ke kawasan kepulauan di Lautan Pasifik dan Lautan Hindi.

Siapakah dia Bani Jawi?Pelbagai hipotesis tentang kehadiran kelompok Aryan-Kamboja,raja-raja India,orang Cina,pedagang dan pendakwah Arab,pengembara Parsi,imperial Eropah dan bermacam-macam lagi kaum dan bangsa yang dikatakan adalah percampuran yang menghasilkan apa yang digelar sebagai 'orang Melayu',namun mengapa segala bangsa ini menjadi MELAYU?

Siapakah induk di Nusantara yang MEMELAYUKAN mereka?

Mencari rahsia Kemelayuan ibarat bertarung dengan segala misteri dan rahsia yang telah bersebati dengan angin laut dan kabus pagi.Mencari rahsia Kemelayuan itu bagaikan mencari mutiara terpilih di dasar laut yang kelam di tengah malam di hari mendung pekat kegelapan.


Jika takut dilambung ombak,jangan berumah di tepi pantai...





...................






.............




.........




.....





...





..


..




..




.



.



Dari Batu Bersurat Talang Tua...

Prasasti-prasasti Champa dan ukiran-ukiran pada Angkor Thom.

Dari nisan-nisan sepi yang ditemani bunga kemboja mewangi...

dari puing-puing loji melombong besi Kedah Tua...

Maksud-maksud dari kitab Sulalatus Salatin...

dari Chiang Mai Chronicles,Khmer Chronicles,Mon Chronicles...juga rahsia-rahsia tersembunyi di dalam inskripsi Prasat Khna as Sri Narapativiravarman,inskripsi Ta Praya,Inskripsi Prasat Trapan Run....

juga dokumen-dokumen sulit di dalam bilik kebal Istana Dinasti Chakri...


Dari Kakawin Negarakertagama dan Pararaton...

Dari ukiran kapal dan keris di Borobudur dan Prambanan

Dari ukiran gadis berkebaya di dinding Angkor Wat...

Dari bisik-bisikan para pelaut Bugis,Bajau dan Orang Laut...

Dari gerbang istana Srivijaya,dari catatan I-Tsing dan Atisa pendeta dari Tibet...

Catatan-catatan pengembara Arab seperti Mas'udi dan Dulaf...

Dari Tok Batin di pedalaman yang menyimpan peta ke Kota Gelanggi yang terahsia...

rahsia dari dalam Tasik Chini...

Dan Hutan Belum yang penuh misteri....




dan pusaka Ayahanda Ibrahim hingga kepada Baginda Rasulullah s.a.w...

Bagai sirih pulang ke gagang,pinang pulang ke tampuk




Kami dengan penuh sukacita

Membawakan kepada anda,rahsia dari peti pusaka kepunyaan Melati dan Mala...



ALTER TERAHSIA BANGSA MELAYU



"THE HOUSE OF BANI JAWI"










Menampilkan,



Siri Artikel Pengiring:

-Dilema Melayu dan Siam II
#Analisis dakwaan Teori Siam Islam
#Bayinnaung:Raja atau permaisuri?
#Percanggahan antara Naim Firdausi dan Anai-anai
#Tentera upahan Portugis dan India Muslim di Burma dan Ayutthaya:Pembohongan istilah Portugis Islam
#Rahsia keturunan Syarif Abu Bakar Syah
#Siapa sebenarnya Siam Islam?
#Asal-usul gelaran Nai,Long,Khun dan Luang
#Perbezaan antara Siam,Siam Asli dan Thai
#Perbezaan antara orang Siam Thai yang mencedok budaya Siam Asli dengan orang Siam Asli/Melayu
#Kecelaruan budaya dan bahasa pendokong Siam Islam
#Cabaran Srikandi kepada pendokong Siam Islam supaya menetapkan identiti kaum sendiri
#Dilema perkahwinan campur Melayu dengan kaum asing

-Pelajaran Pertama:Belajar tentang apa itu Malayo-Polinesian dan Austronesian
#subtopik:Belajar apa itu Mon-Khmer dan Tai-Kadai

-Pelajaran Kedua:Belajar tentang hubungan antara kaum di Asia Tenggara
#subtopik:Belajar tentang kerajaan-kerajaan purba Asia Tenggara,menampilkan Dvaravati,Lavo,Thaton,Kedah Tua,Gangga Negara,Champa,Majapahit,Ayutthaya,Kutai dll

-Pelajaran Ketiga:Kedudukan geografi etnik-etnik Malayo-Polinesian

-Pelajaran Keempat:Belajar tentang kelompok pribumi Asia Tenggara
#menampilkan topik khas tentang asal-usul Orang Asli
#Dua kelompok utama Orang Asli Malaysia:Malayan Aborigine dan Aslian Mon-Khmer



Artikel Utama:



"Marjaya Sriwijaya!"





-Siapakah Srivijaya?
-Dari mana kita tahu tentang Srivijaya?
-Pelbagai hipotesis tentang Srivijaya
-Siapakah Maharaja Zabag?
-catatan Mas'udi
-Siapakah Sribhoja?
-Dari mana asal-usul Srivijaya?








The Federation of Maritime Powers and Seaports







-Srivijaya sebagai sebuah empayar
-Penakluk Segala Pelabuhan
-"Maharaja Seluruh Kepulauan"
-The Guardian of Malacca Straits
-Srivijaya sebagai pengasas hegemoni perdagangan
-Monopoli dan prestij Srivijaya
-Siapakah orang Bugis,Bajau Laut,Orang Laut dan Sulu?
-Profesion purba Bangsa Melayu
-'The Eastern Norsemen and Phoenicia'
-Dari Madagaskar sehingga ke Hawaii





Maulimalaraja dan Sri Dharmaraja






-Keturunan Srivijaya
-Sejarah bangsa Melayu di Indochina
-Bayangan salasilah Melayu di istana Angkor
-Siapa Suryavarman?
-Bahasa Melayu di istana Angkor?
-Siapa Raja-raja Mala (Malaraja)?
-Adityavarman,raja Minangkabau,atau raja Angkor?
-Hubungan kerabat diraja Melayu dan Khmer
-Hubungan Funan dan Chenla



Sri Kambu dan Kambojaraja







-Sejarah Khmer dan Kemboja
-Kaitan orang Khmer dengan Mon
-Kaitan orang Mon dengan Melayu Kedah
-Bahasa Melayu Tua dan Mon Purba
-Adakah Mon itu berasal dari sukukaum Melayu?
-Raja-raja Mon dan Melayu
-Keharmonian kerajaan purba Melayu dan Mon



The Sailendras






-Apa itu dinasti Sailendra?
-Dari mana asal-usul Keluarga Diraja Sailendra?
-Mengapa dinasti Sailendra menuliskan prasasti dalam Bahasa Melayu?
-Borobudur dan kejuruteraan senibina Melayu Sailendra
-Sailendra dan Srivijaya
-Sailendra dan Indochina
-Sailendra dan Melayu



The Srivijayan







-Raja-raja Srivijaya
-Wau Bulan Teraju Tiga
-Dewa Laut
-Batu Bersurat Keduka Bukit
-Perjanjian Sang Sapurba dan Demang Lebar Daun
-"Srivichai"
-Hikayat Thai Purba tentang raja-raja Melayu Srivijaya
-Apakah yang berlaku kepada orang Melayu 500 tahun Sebelum Masehi?






Mahidhara Court and Ketomala Dynasty





-Salasilah Suryavarman I dan II
-Siapakah Jayavarman II?
-Kaitan orang Khmer dengan Sailendra
-Kaitan raja-raja Khmer dan Mon dengan Melayu Srivijaya
-Siapa Samala dan Vimala?
-Kerajaan Dvaravati dan Pegu
-Kerajaan Gelanggi,Kedah Tua dan Gangga Negara
-Siapakah Temagi?Mon atau Thai?
-Siapakah Dewasura?Mon atau Thai?
-Siapakah yang dimaksudkan sebagai 'SIAM ASLI' dalam kitab Sejarah Melayu?
-Orang Mon dan Negeri Reman




Champapura and Langkasuka







-Hubungan Kedah Tua dengan Langkasuka
-Hubungan Srivijaya dan Langkasuka
-Siapakah orang Cham?
-Orang Champa berbahasa apa?
-"Urang Chempa"
-Raja-raja Champa
-Che Bonga 'The Red King'
-Syair Siti Zubaidah dan legenda Kembayat Negara
-Hubungan Champa dengan Chenla
-Hubungan Champa dengan Funan
-The Javanese and The Kelantanese

-Wayang kulit Jawa dan wayang kulit Kelantan
-Batik Jawa dan batik Kelantan
-Kerajaan Majapahit Timur
-Hubungan orang Aceh dengan orang Cham


Empayar Chermin dan Majapahit Timur








-Betara Majapahit Timur
-Siapa Raja Mandalika?
-Misteri Batu Bersurat Terengganu
-Pendakwah dari Champa,bukan dari China
-Kelantan Serambi Makkah
-Kaitan Wali Songo dengan sejarah Jawa dan Kelantan
-Po Khun RamaKhamkhaeng,Raja Sukhotai yang dibunuh oleh Ratu Tanah Serendah Sekebun Bunga




Sinar Hidayah di Bumi yang Diberkati







-Sejarah Wali Songo
-Pendakwah Champa
-Pendakwah Arab
-Pendakwah Parsi
-Rahsia Batu Bersurat Terengganu
-Raja Patani dan Champa yang memeluk Islam
-Raja Srivijaya yang memeluk Islam
-Darah Ahli Bait
-Merah Silu dan mimpi bertemu Rasulullah
-Sirih pulang ke gagang;bangsa misteri dan agama Allah





...rahsia sampin dan songkok di dalam majlis 'coronation' para Mason,makna 'preah' dan 'prah',warisan Raja Perahu dan Permaisuri Hati,rahsia tanjak dan sampin dalam upacara ritual para Mormon,lagi kod-kod yang dipecahkan dari hiroglif di Kuil Hatsehepsut,Keturunan Raja Gunung dan Darah Naga,lagi rahsia yang digali dari The Egyptian Book of The Dead tentang rahsia budaya mengawet mayat dan hubungannya dengan 'para dewa' di Nusantara,lagi...lagi...


dan banyak lagi....!






Rahsia Kemelayuan itu ibarat pekat merah darah yang mengalir ngilu di dalam urat kesatria anak-anak bangsa.Mereka yang tidak mahu memahami Melayu adalah mereka yang buta dan tuli kepada sejarah satu bangsa yang hidup begitu bersebati di dunia sebelah sini...hidup dan mati mereka bergalang nyawa di tanah tumpah darah,nusantara... Alam Melayu warisan tradisi.

Sejarah adalah warisan.Sejarah juga adalah sumber kuasa.Sesuatu bangsa itu akan pupus tidak bersisa sekiranya mengabaikan sejarah bangsanya.Bagaimana?Perlahan-lahan dia akan meninggalkan budaya,bahasa dan jatidiri bangsanya kerana terlalu memandang rendah sejarah bangsanya dan mengkagumi sejarah orang lain,bahasa dan budaya mereka.Nama bangsanya hanya akan tersisa di buku-buku sejarah dan pemeran muzium.Hilangnya kedaulatan sesuatu bangsa adalah sejauh mana bangsa itu kental jatidiri dan semangat untuk terus maju.Dan semua itu...bermula dari sejarah sebagai sumber kuasa yang tidak terkalahkan.

Sejarah bukanlah sekadar bacaan hikayat dan nota-nota untuk lulus peperiksaan.SEJARAH ADALAH SUMBER KEKUATAN DAN ROH KEBANGKITAN.Satu cara untuk meruntuhkan estim diri dan jatidiri sesuatu bangsa,ialah menghapus,memperkosa dan merompak sejarah bangsanya.Bangsa yang diperkosa,dihapus atau dirompak sejarahnya...perlahan-lahan akan mengalami perasaan rendah diri dan akhirnya pupus dari peta sejarah dunia.

Sejarah Melayu adalah warisan bangsanya.Orang Melayu tetap wujud kerana berdiri di atas paksi sejarahnya yang tetap dipelihara zaman-berzaman di tengah-tengah imperialisme dan peperangan.Ketika tamadun Maya pupus dari kelangsungan hidup,orang Melayu masih kekal wujud segala bahasa dan budayanya sehingga ke hari ini.Ketika orang Mon dan Pyu,perlahan-lahan pupus dari persaingan kehidupan dunia dan tidak bernegara,orang Melayu masih punya tanahair dan tanah pusaka.Ketika orang lain tidak punya raja-raja atau dihapuskan warisan berajanya,orang Melayu masih mengekalkan sistem monarkinya sejak beribu-ribu tahun lalu...

Menjejak sejarah Melayu...adalah seindah menjejak namanya.Bagai mempelai cantik beradu,budaya dan bahasa Melayu tetap terlestari sejak zaman-berzaman,adalah titis keringat dan lelehan darah para pejuangnya... juga buah fikiran dan usaha para pemikirnya.Segala bangsa datang ke nusantara,mencari-cari apakah dia Melayu itu?Apakah keistimewaan Melayu itu?

Sehingga semua bangsa cair menjadi Melayu...dan beranak cucu,mereka masih tercari-cari sehingga ke akhir hayat,masih tidak mampu menjawab segala misteri,

Siapakah Melayu itu sebenarnya?


Mari kita,sebagai pewaris warisan Kemelayuan,kita cantumkan sejarah ini yang pecah berkeping-keping,kerana pelbagai bangsa di dunia JUGA datang ke sini untuk mencari-cari makna KEMELAYUANitu,bercampurgaul,berkahwin dan tinggal di sini...menjadi Melayu,

Namun,masih mencari-cari dan akhirnya meninggalkan dunia ini tanpa menggapai apa-apa jawapan kepada misteri Kemelayuan dan menjawab pertanyaan,

Mengapa aku mesti menjadi Melayu?

No comments:

Post a Comment