Sunday, July 17, 2011

bERsiHkan UMNO & PAS


Bersihkan UMNO, PAS.


KESAN DARI PERISTIWA BERSIH 2.0 

Ambil alih tempat UMNO di Putrajaya, Peluang terbaik untuk PAS bukannya PKR. 



Peristiwa 9 Julai adalah sesuatu yang mengaibkan negara pada mata dunia, namun haruslah ia dilihat dalam perspektif yang lebih meluas supaya adil kepada semua pihak. PAS yang menjadi seteru UMNO sejak negara mencapai kemerdekaan harus mendapat pujian kerana berjaya menjadi tulang belakang demonstrasi BERSIH ini baik pada tahun 2007 ataupun yang baru berlangsung pada 9 Hb Julai, 2011 lalu.


Kedudukan ini tidak dapat dinafikan dimana ribuan penyokong PAS telah membanjiri Kuala Lumpur bertindak berani mengingkari arahan pasukan keserlamatan yang berulangkali memberi amaran agar rakyat negara ini tidak menyertainya kerana ia adalah perhimpunan haram. Mereka bertekad untuk mati syahid menentang "pemerintah zalim" yang diterajui musuh tradisi mereka, UMNO. Mereka memperjudikan nasib mereka pada masa demonstrasi berlansung dengan harapan semua rakyat bangun bersama mereka menyuarakan kemarahan disaluti kebencian terhadap pemerintah. Keberanian mereka sememangnya luar biasa berbanding rakan-rakan mereka. Tidak keterlaluanlah jika sekalungan tahniah wajar diberikan kepada penyokong-penyokong PAS ini.

Walaupun pemimpin PAS bukanlah penganjur utama perhimpunan, pengikut merekalah yang paling ramai turun gelanggang merempuh barisan polis untuk menuju ke Stadium Merdeka. Dapat disifatkan para penyokong PAS amat komited dan berani memperjuangkan agenda yang kelihatan hanya menguntungkan PKR dan DAP. Mereka patuh kepada gesaan Timbalan President mereka yang bergaya sebagai seorang Jeneral,  Satu fenomena yang agak ganjil. Dimanakah pengikut PKR dan DAP yang sebelum ini begitu riuh membuat kempen untuk menjayakan siri kedua bersih ini? 

Ambiga, Kit Siang dan Anwar adalah wajah paling menonjol di dada akhbar dan media eletronik sebelum perhimpunan ini berlangsung, isu demi isu dibangkitkan sebagai pencetus semangat dan juga untuk meransang para penyokong mereka membanjiri KL pada hari tersebut. Dimanakah ahli mereka terutama DAP? Terakam hanya gambar-gambar manusia berkopiah dan bertudung di sana sini. 

Kita lupakan dahulu perkara yang sudah hampir basi ini, walaupun ada ura-ura BERSIH 3.0 sedang dirancang untuk dilaksanakan sebelum PRU nanti (mengesahkan BERSIH ini dicipta sebagai "alat" untuk pilihanraya) semua rakyat Malaysia sudah tahu perihalnya.  

Kita beralih kepada skop yang lebih luas. Petunjuk yang ada membayangkan pengaruh PAS semakin kuat sekurang-kurangnya masih bertahan pada tahap yang meyakinkankan berbanding dengan PKR. Pengaruh PKR terus menerus merosot. hanya tampak hebat dari segi penampilan dan ketokohan pemimpin nombor satu mereka. PKR hanya berpaut pada satu dahan sahaja, mereka tiada dasar perjuangan yang jitu. Bila-bila masa sahaja mereka akan rebah terutama apabila pemimpin utama mereka tiada lagi di puncak kuasa.

PAS cukup gah. Penyokongnya tegar dan liat bersetia terhadap khalifah (jika ingin di sebut sedemikian). Oleh itu PAS sepatutnya lebih dominan dalam mengetuai Pakatan Rakyat bukannya PKR atau DAP. Wajarlah PAS mengkaji kedudukan ini untuk memaksimakan peluang, perlu pandai menilai keupayaan mereka hasil dari peristiwa tersebut dan mula mengatur langkah untuk memperkasa diri dalam kelompok yang selama ini hanya memperlakukan mereka sebagai penyokong semata-mata (rangking terakhir).

PAS perlu keluar dari bayang-bayang sebagai "pengikut setia" yang menjadi pakaian mereka dan mula melakar pentas untuk menobatkan diri sebagai "ketua" kumpulan yang dihormati. PKR pasti terpaksa akur, apa lagi DAP yang selama ini hidup hasil kerja berbentuk oportunis. PKR dan DAP cuma menumpang tuah PAS, itulah kenyataannya. Lupakanlah gertakan Karpal Singh dan wayang Lim KS anak beranak. Anwar pula harus bergerak sebagai "penyokong" kepada PAS yang lebih berupaya dalam mewalili orang Melayu dan Islam seluruhnya. PAS kukuh berpegang kepada perinsip Daulah Islamiah. Anwar perlu menghormatinya dengan jujur jika beliau seorang yang ikhlas dan berjuang kerana Allah dan RasulNya. Bersama-sama bangunkan PAS dalam wajah baru yang lebih bertenaga sebagai kumpulan pendesak yang juga berpeluang memerintah negara menggantikan UMNO.

Jika ingin bermain permainan dalam sekularisma, lenggok dan langkah PAS harus seiring dengan temanya. Jangan pula menghayun langkah bagai anak degil tegar yang kurang cerdik sehingga dipandang sinis dan boleh persenda. Walau bagaimanapun, PAS tidak boleh menggadai maruah dan wajib mempertahankan prinsip yang selama ini dilaungkan.

Memandangkan PKR dan DAP bernada serupa dalam bayang sekularisma dan kapitalisma,  amat sukat untuk mereka diBERSIHkan sebagaimana PAS, jadi kita lupakan sahaja mereka buat seketika. Harus diingat, sebahagian rakyat Malaysia kecuali di Sabah dan Sarawak masih sayangkan PAS. Masih berharap PAS akan berupaya menjadi alternatif kepada orang Islam menggantikan UMNO. 

Jika ditinjau secara rawak, sememangnya PAS lebih kuat dan mendapat sokongan menyeluruh. Kita berpandu kepada gambaran yang ada di hadapan kita sekarang. Andai kata PAS tidak berada dalam Pakatan dan bertindak meletakkan calon disemua kawasan pilihan raya, PAS pasti memperolehi kerusi yang lebih berbanding PKR dan mungkin dapat merampas sebahagian dari kerusi UMNO. Kedudukan PKR agak tenat. Sokongan untuk mereka merosot dengan teruk, mereka juga tahu hal ini.

Kebanyakan penyokong PKR sudah mulai muak dengan kemelut dalaman parti itu ditambah pelbagai skandal yang mula terserlah. Ingatlah sebahagian besar penyokong mereka asalnya adalah penyokong UMNO juga. Mereka rata-rata masih lagi sangsi untuk kembali mengundi UMNO walaupun tidak berminat kepada PKR, jika PAS mampu berdikari pastinya undi mereka ini semua akan menjadi kepunyaan PAS. PAS boleh bersaing dengan PKR di mana sahaja, pastinya PAS akan mendapat lebih banyak sokongan.

Undi simpati dari pengundi atas pagar juga penting. Orang Islam tidak sudi mengangkat DAP yang sekian lama menjadi duri dalam daging orang Islam itu mendapat kuasa. Orang Islam masih bimbang kes Lina JOY akan berulang, peristiwa mempermainkan nama Allah dan tindakan keterlaluan penganut kristian juga tidak disukai oleh sebahagian besar orang Islam. PAS sendiri maklum siapakah dibelakang semua peristiwa ini dan selama ini PAS hanya bersandiwara sahaja mengiayakan permintaan mereka demi menjaga hati dan tidak salah pula jika dikatakan bimbang kehilangan kuasa di negeri Kedah. 

Jika PAS masih bersekongkol dengan mereka, pengundi bebas ini akan memilih UMNO walaupun berat hati. Mereka masih bersimpati dengan perjuangan PAS, namun halangannya ialah DAP, perhatikan betul-betul tindak tanduk mereka. Jika PAS menjadi dominan, parti pembangkang lain akan akur dan tiada pilihan terpaksa mengangkat PAS sebagai pemimpin yang akan memerintah negara. Itu adalah peluang terbaik untuk PAS berbanding dengan situasi semasa. Secara tidak langsung maruah agama akan terpelihara dan pastinya direstui Allah SWT.

Secara tidak langsung PAS telah membersihkan dirinya dari daki politik yang sememangnya kotor ini dan mula bergerak ke arah yang betul. Saya percaya akan ada sinar gemerlapan jika pemimpin agama yang bijak diangkat sebagai kemudi perjuangan. Pemimpin lama yang sudah uzur harus redha dengan halatuju baru, memberi laluan kepada kumpulan ulama yang disegani yang selama ini hanya mendiamkan diri atas sikap menghormati ketua. Contoh terbaik ialah Dato Dr Harun Din, yang rata-rata disegani kawan dan lawan. Pemimpin lama tidak dipinggirkan dan diangkat sebagai rakan dailog untuk keharmonian perjuangan. Jauhkan dari pemimpin yang telah dirosakkan oleh pengaruh sekularisma. Aturkan pentadbiran secara sederhana sebagaimana yang dituntut oleh agama. Jika Dr Harun Din diangkat sebagai PM Malaysia, ia satu penghormatan kepada ulama Islam keseluruhannya. Ia juga bakal dinilai oleh rakyat bukan Islam sejauh mana baiknya sistem pemerintahan Islam walaupun masih berbaju sekular.

PAS yang telah bersih dengan sendirinya membuatkan UMNO kelihatan amat comot. Jika UMNO tidak berusaha membersihkan dirinya dari elemen kepentingan diri yang mana selama ini banyak menyusahkan rakyat, pastinya UMNO akan dibersikan dari Putrajaya. Namun begitu, satu perkara yang mesti diingat oleh PAS bahawa jika mereka berada di tempat UMNO sekarang, sukar bagi mereka membendung kekacauan dan protes jalanan. Apa yang PAS lakukan sekarang akan menjadi satu model atau trend terbaru politik sekular ini. Bersedialah menghadapi protes dan demonstrasi dari UMNO dan juaknya pula. Roda pasti berputar, tidak dapat dielakkan.

Bagi UMNO pula, jika mereka bijak, mereka akan mengambil iktibar dari BERSIH 2.0 dan mengambil langkah serupa untuk membersikan organ dalamannya, pastinya mereka akan kembali berjaya sebagai pilihan rakyat jika elemen hitam dapat dibersihkan. Jenayah kolar putih yang telah menjadi darah daging mereka menjadi halangan besar untuk dibersihkan dari hati para pemimpinya, ia menjadi punca mengapa mereka kehilangan kepercayaan rakyat. Budaya ini sebenarnya sebuah aturcara berbentuk tipu daya berasal dari sekularisma yang diajar oleh jenerasi terdahulu dan ia semakin lama semakin parah menular pula kepada para penjawat awam. Untuk itu penyakit ini mesti dibersihkan segera jika masih mahu bertahta selesa.

Islam mesti dijaga dan diangkat sebagai mercu perjuangan bukan lagi bersandarkan bangsa. Sementara itu beberapa pemimpin bawahan yang lemah atau berterusan menjadi liabiliti kepada Islam mesti diketepikan untuk menjadikan parti Melayu ini terus relevan meneraju negara. Mampukah mereka melakukannya? 

Sekiranya mereka masih menyangka mereka berupaya meraih kejayaan melalui nyanyian nada lama, mereka sebenarnya silap. Selama ini mereka hanya mendapat faedah dari arus propaganda membangkitkan gelombang kebencian rakyat kepada pihak lawan. Kaedah ini sudah semakin hambar dan kurang berkesan sekarang. Andai kata pihak lawan telah besih dari kekotoran dan kekejian, UMNO pasti buntu dan hilang arah. Mereka yang berkuasa sekarang sering terlupa bahawa rakyat masa kini bukan lagi serupa dengan manusia zaman kemerdekaan yang sebahagian besarnya masih buta huruf dan mudah dipujuk.

Faktor Anwar Ibrahim, Ambiga dan Kit Siang ini sebenarnya hanyalah satu simbol atau unsur luaran sebagai pencetus bantahan secara terbuka. Mereka adalah manusia hipokrit yang telah diwarnakan oleh musuh agama, musuh Rasulullah saw dan tentunya musuh Allah swt. PAS wajar melarikan diri dari kelompok manusia ini jika tidak mahu terpalit najis yang mereka bawa. Apa pun terserah kepada kebijaksanaan pelakon utama iaitu PAS dan UMNO untuk menyelamatkan maruah agama dan bangsa.

Siapa Ambiga dan apa yang diidamkannya?

Kita imbas kembali sesuatu yang kita lupakan sebelum ini. Siapa sebenarnya Datuk Ambiga Sreenevasan?  Bukan Islam yang berusaha gigih menentang Islam, akhirnya menjadi popular mempelopori BERSIH. Dia telah berjaya mengerah para pemimpin dan ahli  Parti Islam SeMalaya(sia) sebelum ini memusuhinya semasa pemurtadan Lina Joy untuk turun ke jalan raya mengikut telunjuknya (meminta rakyat supaya mengadakan perhimpunan haram pada 9 Julai lalu).

Penganalisis politik berpendapat orang Melayu harus melihat kembali sejarah lama Ambiga yang pernah menimbulkan kemarahan umat Islam, terutama orang Melayu di negara ini sebelum secara membuta tuli mengikut kehendak dan telunjuknya.

Bekas Presiden Majlis Peguam itu adalah orang yang bertanggungjawab menerima memorandum menuntut pelaksanaan Suruhanjaya Antara Agama (IFC) pada 21 Ogos 2001. Majlis Peguam menerima memorandum untuk menuntut pelaksanaan 14 tuntutan IFC yang jelas sekali bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Dalam kes Lina Joy yang murtadAmbiga mempertikaikan pelaksanaan hukum syariah di bawah Perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan dengan menyatakan kebebasan beragama turut termaktub kepada semua penganut agama Islam.

Beliau turut mengadakan forum mengenai memeluk agama Islam pada 9 Ogos 2008 yang membincang dan mempertikaikan secara terbuka Perkara 121 (1A). Biarpun mendapat bantahan orang Islam, Majlis Peguam yang diterajui Ambiga tetap meneruskan forum itu.

Justeru penganalisis politik berpendapat tindak tanduk Ambiga memperlihatkan diri beliau sebagai seorang yang tidak menghormati undang-undang dan Perlembagaan dan dengan itu orang Melayu terutamanya harus memikirkan semula hasrat untuk menyertai apa-apa agenda yang cuba di bawa atau diketuainya termasuk siri BERSIH berikutnya jika terlaksana.

Penganalisis politik bebas berkata, sebagai seorang peguam, Ambiga sudah tentu arif mengenai undang-undang dan Perlembagaan negara. Sewajarnya tidak melakukan sesuatu yang berlawanan dengan undang-undang.

Keperluan untuk menganjurkan perhimpunan haram itu yang diketuai Ambiga ini juga tidak jelas (kabur) kerana jika penganjur ingin menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), mereka boleh menggunakan saluran sedia ada seperti membuat kenyataan di surat khabar dan media elektronik, bukannya mengadakan demonstrasi jalanan. Tambahan pula ia untuk kepentingan parti politik pembangkang. Mereka terlampau mengikut perasaan dan terpengaruh kepada gesaan parti politik tertentu yang memperjuangkan ideologi politik masing-masing sedangkan mereka sendiri pun tidak ’bersih’.

Matlamat Ambiga dan para penyokongnya ialah menggegarkan negara dengan protes demi protes sehingga berlakunya sengketa yang meruntuhkan perpaduan umat Islam negara ini. Sekiranya mereka berhajat kepada pertambahan sokongan kepada penentang kerajaan, lebih baik Ambiga dan JK BERSIH menganjurkan tunjuk perasaan melalui parti politik dan bukan berselindung di sebalik NGO. Penglibatan NGO dalam tuntutan ini tidak menepati tujuan akhirnya. Ia adalah alat Ambiga semata-mata.

Matlamat pemimpin politik pula ialah untuk menutup kepincangan dalaman parti mereka dari diketahui oleh orang awam. PKR yang terbukti tidak bersih dalam pemilihan barisan pemimpinnya, DAP yang autokratik dan berbau chauvinis sementara PAS pula cuba mengelak dari dituduh meninggalkan dasar perjuangan asal mereka,” 

Kecelaruan ini wajar di "bersih" kan terlebih dahulu sebelum cuba membersihkan orang lain.

Saya bukanlah seorang yang pakar dalam hal siasah, kini tidak lagi memihak kepada mana-mana kelompok parti tidak kira kerajaan mahupun pembangkang. Saya juga tidak mengingini sistem demokrasi yang sedia ada ini membawa perpecahan umat Islam di negara ini. Diharap pembaca menilainya sebagai satu pandangan terbuka dari kumpulan pemerhati yang sayangkan Agama, Bangsa dan Tanah Air kita. Semoga semua ini membuahkan kebaikan, insyaAllah.