Saturday, April 9, 2011

SOCRATES oR LuQmaN


Causa Prima

Kejadian alam bermula secara terhitung daripada Penyebab Utama yang mana ‘kewujudan  Penyebab Utama’ itu pula tiada lagi penyebab lain (yang lebih berkuasa untuk mencipta Penyebab Utama itu) dan (kewujudan Penyebab Utama itu pula) tiada disebabkan oleh apa jua sebab.” – Socrates.


SOCRATES yang pernah hidup pada 470SM hingga 399SM adalah satu nama besar dalam sejarah peradaban Yunani (Greek). Dia bagaimanapun dihukum mati dengan cara menelan racun pada 399SM selepas didapati menyebarkan ajaran baru yang bertentangan dengan kepercayaan pagan yang dianuti rakyat Athenspada ketika itu.

Ahli falsafah terkenal Yunani itu juga menganggap pengikut-pengikutnya sebagai anak-anaknya sendiri dan sentiasa mengajar mereka mengenai fahaman agama monotheism (penyembahan terhadap Tuhan yang satu) yang sangat bertentangan dengan fahaman pagan.

Menurut catatan pengikutnya (Plato) dalam teks falsafah Yunani yang terkenal iaitu Phaedo, Socrates diberi tempoh selama satu hari untuk menelan racun yang diberikan pembesar Yunani. Jika enggan, dia akan dihukum mati dengan cara yang lebih kejam hanya kerana membawa ajaran monotheism yang begitu bercanggah dengan fahaman politeism.

Timbul persoalan di sini ialah status Socrates sebagai seorang yang berpegang teguh kepada kepercayaannya mengenai Tuhan itu satu dan sanggup mati demi mempertahankan kepercayaannya itu meskipun pernah diumpan dengan segala kemewahan jika meninggalkan kepercayaan itu.

Konsep Causa Prima yang dicatatkan pengikutnya meninggalkan banyak petunjuk dalam mengenali siapa Socrates yang sebenarnya.

Ia termasuk pengakuan Socrates mengenai kebimbangannya untuk bertemu Tuhan yang satu selepas dia mati dengan cara menelan racun yang sama keadaannya seperti membunuh diri. Dia bimbang tidak diterima oleh Tuhannya jika dia berbuat demikian hanya kerana untuk mempertahankan kepercayannya.

Menurut catatan, Socrates sebelum teguh dengan kepercayaan monotheism selalu bersendirian bagi mencari jawapan terhadap penciptaan alam. Dia suka memerhati bintang-bintang dan langit luas untuk memikirkan mengenai Kuasa yang menciptakan semua kejadian.

Akhirnya, dia menemui jawapan bahawa alam ini tidak dicipta oleh tuhan yang banyak, melainkan oleh Satu Kuasa yang menjadi penyebab kepada semua kejadian. Kepercayaan Socrates menghampiri kepercayaan Tauhid meskipun dia tidak tahu apakah nama Tuhan yang satu itu. Namun, dia tetap yakin dengan teguh bahawa Tuhan yang menjadikan setiap kejadian hanya satu. Dia hanya mahu menyembah Tuhan itu meskipun tidak mengetahui nama-Nya. Demi kepercayaan itu, Socrates sanggup mati.

Selepas kematian Socrates, para pengikutnya kemudian berpecah demi keselamatan, termasuklah Plato dan Aristotle. Aristotle ketika melarikan diri kemudian dipelawa oleh Alexander The Great untuk mengajarnya mengenai falsafah dan pada masa yang sama melakukan ekspedisi ke timur dan barat.

Meskipun Alexander dari keturunan elit istana dan mengetahui bahawa Aristotle itu adalah pengikut Socrates, dia bagaimanapun tidak menghukum Aristotle. Sebaliknya, dia melantik Aristotle sebagai penasihat dan guru peribadi untuk membantunya melakukan ekspedisi ke timur dan barat.

Aristotle adalah salah seorang murid Socrates yang terbaik. Secara langsung, dia juga berpegang kepada kepercayaan terhadap Tuhan yang satu sebagaimana yang dipercaya oleh gurunya. Oleh sebab itu, Aristotle melarikan diri daripada pembesar-pembesar Yunani untuk menyelamatkan kepercayaannya.

Secara tidak langsung juga, kepercayaan yang dipegang oleh Aristotle perlahan-lahan mempengaruhi muridnya, Alexander. Timbul persoalan besar iaitu adakah Tuhan yang satu seperti kepercayaan yang dipegang Socrates itu merujuk kepada Allah?  Siapakah Socrates? Siapakah pula Alexander yang menjadi generasi ketiga murid Socrates melalui Aristotle?

Socrates mati selepas menelan racun yang diberikan kepadanya hanya kerana mahu mempertahankan kepercayaannya terhadap tuhan yang satu. Kata kerja ‘menelan’ juga sama maksudnya dengan perkataan Arab iaitu ‘luqman’.



Jadi, siapakah Socrates yang sebenarnya?
Siapakah pula Alexander?

MaKhLuK sElePaS aDaM A.S

Tenggelam & Tumbuh Semula


Tiada penjelasan kukuh dalam menerangkan usia bumi yang sebenar. Bumi mungkin sudah berusia jutaan tahun atau mungkin sahaja bilion tahun. Namun tempoh masa antara manusia pertama, Adam hingga Nuh tidak juga dapat dipastikan tempoh masa yang diambil.

Berdasarkan Biblical Arkeologi, tempoh tahun antara Adam hingga Nuh dikatakan bermula 5000 SM (Sebelum Masihi) hingga 3005 SM, juga namun terdapat banyak versi Biblical dalam menjelaskan perkiraan tarikh yang sebenar. Berpandukan Biblical Arkeologi juga dianggarkan tempoh masa yang diambil adalah kira-kira 1000 tahun lebih. Pun begitu, tempoh masa masih tidak dapat dipastikan dengan jelas.


Menurut fakta geologi, usia batu yang paling tua di bumi ialah berusia kira-kira 3.9 bilion tahun manakala batu mineral (contoh: dari kelompok natrium) tertua pula dianggarkan berusia kira-kira 4.2 bilion tahun. Usia bumi ketika tanpa manusia sehingga Adam diturunkan ke dunia pula tidak dapat dipastikan.

-

Abad ke-20 Selepas Adam

Maka, jarak antara tempoh Adam hingga Nuh kita simpulkan dengan perkiraan mudah iaitu mengambil masa kira-kira 1995 tahun. Jarak masa antara Adam hingga Nuh, 1995 tahun atau bersamaan kira-kira 20 abad.

Jika dilihat dari satu sisi lain, jarak masa antara permulaan tahun Masihi hingga tahun 1995 Masihi menyaksikan pertumbuhan tamadun manusia menjadi semakin canggih dari segi pencapaian teknologi, itu tidak termasuk masalah moral. Pada tahun 1995 Masihi, internet sudah mula digunakan secara meluas di Amerika dan Eropah. Sistem perhubungan radio pula semakin berkembang dalam rentak pantas, manakala hiburan televisyen dan budaya popular serta budaya jalanan dan juga hedonism pula semakin galak bertumbuh. Kesimpulan minor di sini ialah, perjalanan sejarah manusia selama 20 abad Masihi telah menyaksikan pertumbuhan tamadun yang sangat maju. Premis.


Manusia dan naluri ingin maju

Adam diciptakan dengan dibekalkan akal yang sempurna oleh Allah. Akal yang dibekalkan itu pula disusuli dengan diberikan pengetahuan, manakala pengetahuan itu pula adalah pengetahuan tulen dari syurga. Adam menerima ilmu daripada Allah. Maka, Adam adalah manusia bijak dan tidak bodoh. Setuju?

Selepas Adam diturunkan ke dunia, manusia pertama itu kemudian membina kehidupan fana untuk terus maju dan terus hidup sepanjang hayatnya. Mudahnya, manusia berakal (apatah lagi pengetahuan Adam dibekalkan oleh Penciptanya) sudah pasti Adam gigih membina peradaban atau tamadun. Dengan itu, tamadun asas yang dibina Adam sudah pasti mengalami perkembangan dan kemajuan secara berperingkat-peringkat apabila keturunannya mula mengisi populasi bumi ketika itu.

Dalam tempoh 1000 tahun pula, tamadun itu terus berkembang maju dengan menyaksikan kemampuan manusia mencipta pelbagai teknologi asas atau pra-moden (belum sampai peringkat moden)  bagi meneruskan kelangsungan hidup. Teknologi asas seperti pertanian, penternakan dan pengairan mungkin sahaja menjadi sentuhan penting dalam membina tamadun. Aspek-aspek teknologi itu juga adalah asas dalam pembinaan sesuatu tamadun yang bersistem.

Kemampuan akal manusia dalam melakukan inovasi terhadap teknologi asas pula terus berlangsung bagi menjadikan sesuatu teknologi itu semakin memudahkan kerja harian manusia. Sistem pengairan asas dimajukan dengan sistem perparitan, paip, pembentungan dan sebagainya yang semakin canggih mengikut peredaran masa dan zaman. Pertanian yang dimajukan secara bersistem mengikut jenis tanaman pula terus berkembang dengan teknologi yang lebih memudahkan. Segala jenis teknologi pada ketika itu pula mengalami inovasi secara berperingkat-peringkat, sesuai dengan kemampuan akal manusia dalam merekacipta sesuatu peralatan bagi memudahkan kerja harian.

Tempoh 1000 tahun berikutnya pula tidak mustahil menyaksikan perkembangan teknologi yang menghampiri kemuncak, ia juga tidak mustahil memperlihatkan kemampuan manusia mencipta lebih banyak teknologi canggih menggunakan segala sumber yang ada di muka bumi.

Kemajuan itu pula mencakupi penerokaan bidang-bidang baru, juga sesuai dengan kemampuan akal manusia dan kemampuan manusia membina tamadun. Ia tidak berlaku sekelip mata, ia berlaku secara berperingkat. Ia termasuk kemampuan manusia sebelum Banjir Besar sudah bijak menggunakan teknologi nuklear.

Sisa reaktor nuklear berusia 2 bilion tahun

Pada 1970-an (tahun Masihi),  sekumpulan pengkaji menemui sebuah reaktor nuklear di Afrika. Reaktor itu dipercayai berusia 2 bilion tahun dan mengandungi sisa uranium fisil dan uranium karbon yang lazim digunakan sebagai penjana elektrik serta senjata perang seperti yang lazim digunakan pada hari ini. Ujian karbon digunakan dalam menentukan usia reaktor itu, peratus ketepatannya ialah 97.99 peratus atau hampir tepat.

Dengan penemuan itu, kita wajar berfikir sekali lagi iaitu pada lingkungan kurun Sebelum Masihi bilakah Adam mula hidup di bumi? Adakah sekitar 5000 SM seperti dalam Biblical Arkeologi atau lebih awal daripada itu seperti bukti-bukti penemuan terkini? Itu semua kurang penting, paling penting di sini ialah fakta penemuan semasa bahawa manusia pada 2 bilion tahun lalu sudah mampu dan tahu menggunakan teknologi nuklear. Belum cukup majukah manusia pada 2 bilion tahun lalu kerana sudah menggunakan teknologi nuklear? Belum cukup canggihkah manusia pada 2 bilion tahun lalu?

Bateri pra-sejarah berusia jutaan tahun

Sisi relevan, pengkaji sejarah yang juga pakar kejuruteraan elektrik Christopher Dunn dalam bukunya Giza Power Plant: Technologies of The Ancients (1998) menjelaskan, piramid Giza mampu menghasilkan getaran melalui bongkah-bongkah kristal yang ditempatkan di dalam struktur piramid, ia dimanfaatkan bagi menjana kapasiti elektrik yang tidak terbatas.

“Great Pyramid possibly created a harmonic resonance with the Earth, allowing this crystal edifice to convert the Earth's vibrational energies into an unlimited supply of electricity..” – Dunn, C (1998).

Jika manusia (orang Mesir purba) yang kira-kira 1300 tahun selepas zaman Nuh sudah mampu mencipta penjana elektrik dengan memanfaatkan teknologi kejuruteraan elektrik piramid, apatah lagi kemampuan manusia yang mula membina tamadun sejak zaman Adam hingga Nuh dan mengambil masa kira-kira 1995 tahun? Dalam tempoh 1300 tahun selepas Banjir Besar, manusia (Mesir) sudah menemui elektrik. Dalam tempoh 20 abad sebelum Banjir Besar pula, tidak mustahilkah manusia mencapai pencapaian tamadun yang maju?


Manusia yang mula berkembang sejak awal tahun permulaan Masihi sudah mencapai kemajuan tidak terhingga seperti kecanggihan yang ada pada hari ini. Memasuki abad ke-20 Masihi, pelbagai teknologi baru (baru atau diperbaharui?) mula mengisi tamadun manusia moden. Manusia (zaman Masihi) mampu berkembang moden dalam hanya mengambil masa selama 20 abad. Manakala tempoh anggaran (Sebelum Masihi) antara Adam hingga Nuh juga diandaikan mengambil masa selama 20 abad. Dalam tempoh 20 abad, tidak mustahilkah manusia (umat Nuh) sudah berada di puncak kecanggihan teknologi? Tidak mustahil kerana manusia dibekalkan naluri untuk maju.

Manusia (era Masihi) mengambil masa 20 abad untuk mencapai pencapaian teknologi seperti yang ada pada masa kini. Dalam tempoh 20 abad juga, manusia mampu melakukan pelbagai perubahan teknologi dan pada masa yang sama nilai moral terhakis secara perlahan, sudah tidak mengenal Pencipta, perlahan-lahan lupa kepada Pemilik alam semesta, diri dikuasai nafsu sehingga hilang pertimbangan, seterusnya menjadi manusia derhaka yang menunggu kemurkaan Allah.

Begitulah juga yang dilalui manusia sejak bermulanya Adam sehingga peristiwa Banjir Besar yang turut mengambil masa kira-kira 20 abad. Manusia sebelum Banjir Besar juga tidak mustahil sudah berada di kemuncak peradaban dan pencapaian teknologi. Tempoh 20 abad sudah cukup untuk manusia memajukan tamadun dan teknologi, tidak kira sama ada umat manusia sebelum banjir atau umat manusia selepas banjir, manusia mempunyai cukup masa untuk maju dalam tempoh 20 abad.


Kemuncak pencapaian manusia sebelum banjir

Seseorang manusia yang mampu membuat sampan yang tidak tenggelam semasa belayar adalah manusia yang mempunyai pengetahuan yang cukup. Walaupun hanya membina sampan kecil, ia tetap memerlukan pengetahuan dan kepakaran. Apatah lagi untuk membina sebuah kapal atau bahtera yang sangat besar. Nabi Nuh juga tidak mungkin dapat membina kapal besar tanpa pengetahuan dan kepakaran yang tinggi sehingga membolehkan bahtera itu berlayar untuk satu tempoh yang lama.

Seseorang penternak tidak mungkin akan berjaya sekiranya tiada cukup pengetahuan untuk menjaga semua ternakannya supaya sihat dan terus membiak. Ia memerlukan pengetahuan. Nabi Nuh juga tidak mungkin akan mampu menguruskan semua haiwan di dalam bahtera semasa pelayaran sekiranya baginda tidak mempunyai cukup pengetahuan mengenai haiwan.

Seseorang nakhoda atau kapten kapal juga tidak mungkin mampu belayar meredah lautan sekiranya tidak punya cukup pengetahuan pelayaran. Seseorang pakar pemakanan atau pakar kesihatan dan pakar perubatan juga tidak mungkin akan mampu memikirkan cara terbaik bagi memastikan kelangsungan spesies supaya terus sihat dan membiak meskipun dalam keadaan kekurangan sumber makanan.

Semua pengetahuan itu sangat diperlukan dalam memastikan kelangsungan hidup. Pengetahuan dan kepakaran adalah survival kit yang mesti dimiliki untuk memastikan kelangsungan hidup sesuatu spesies.

Spesies-spesies yang dibawa belayar itu akhirnya selamat mendarat sebaik sahaja banjir beransur surut. Semua itu tidak akan berhasil tanpa pengetahuan yang tinggi, pengetahuan adalah asas kelangsungan hidup. Ia juga memerlukan berkat dan keredhaan dari Maha Penyayang.

Kemampuan Nuh memastikan semua penumpang bahtera (termasuk haiwan) berada dalam keadaan sihat dan selamat adalah sesuatu yang tidak mustahil. Nabi Nuh sudah pastinya seorang manusia yang sangat pakar dalam banyak cabang pengetahuan. Ia mencakupi kejuruteraan pelayaran, zoologi, perubatan dan maritim.

Maka, dari mana pengetahuan itu diperolehi oleh Nuh. Antara jawapannya ialah, pengetahuan itu datang dari Maha Bijaksana dan disampaikan kepada Nuh melalui wahyu.

Jawapan lain pula ialah, umat manusia ketika zaman Nuh sudah berada di tahap tamadun paling tinggi dengan pencapaian pengetahuan dan teknologi yang membanggakan. Dengan itu, Nuh juga manusia bijak dan berpengetahuan kerana baginda hidup dalam persekitaran tamadun yang sangat maju dan berteknologi canggih. Melalui pengetahuan itu juga, Nuh mampu membina bahtera yang sangat besar, menguruskan haiwan-haiwan semasa pelayaran, mengemudi bahtera serta memastikan semua penumpang berada dalam keadaan sihat dan selamat. Nuh hidup dalam persekitaran tamadun canggih. Ia canggih sebagaimana menyamai kecanggihan pada hari ini.

Jika semua itu hanya andaian, bagaimana pula kita mahu menjelaskan mengenai penemuan peralatan berteknologi seperti bateri dan loji nuklear yang disahkan berusia billion tahun? Tidak canggihkah jika manusia pada berbilion tahun lalu sudah mampu menikmati elektrik, bateri dan nuklear?


Kutub

Reaktor nuklear mampu meningkatkan suhu persekitaran jika pelepasan sisanya tidak diuruskan dengan baik. Kita andaikan reaktor nuklear pra-sejarah itu wujud dalam period yang hampir dengan zaman Nuh. Maka apabila suhu bumi mula meningkat, ia akhirnya mengakibatkan kemarau di beberapa kawasan.

Udara panas hasil pemanasan reaktor nuklear pula akan bergerak sekitar bumi dan memanaskan kawasan-kawasan lain termasuk Kutub Utara dan Kutub Selatan. Seterusnya mencairkan bongkah-bongkah ais di kawasan kutub yang akhirnya mengakibatkan paras laut semakin meningkat. Kemudian melimpah, lalu banjir.


Para pengkaji Artik dan Antartik (2004) berpendapat, bongkah ais di kedua-dua kutub bumi pernah mencair sepenuhnya pada tempoh kira-kira 5.5 bilion hingga 55 juta tahun SM lalu. Satu tempoh yang cukup lama. Hal itu juga dilaporkan dalam Nature Magazine terbitan tahun 2004M.  Kumpulan pengkaji itu juga mengkaji sejarah pembekuan, pencairan dan pembekuan semula kutub-kutub bumi.

Kumpulan pengkaji itu juga mendapati, pencairan kutub itu berpunca daripada perubahan suhu yang meningkat secara luar biasa dan bukan disebabkan faktor alam semulajadi semata-mata. Ia bermaksud, ada punca lain yang selain daripada faktor proses alam. Ia berkaitan kehendak Maha Berkehendaki dan perbuatan manusia zaman silam.

Penemuan para pengkaji itu sesuai dipadankan dengan reaktor nuklear pra-sejarah yang juga berusia kira-kira 2 bilion tahun lalu. Tempoh 2 bilion tahun lalu itu berada dalam lingkungan tempoh pencairan kutub antara 5.5 bilion tahun hingga 55 juta tahun. Maka, salah satu punca Banjir Besar juga bolehlah dikatakan berpunca daripada suhu loji nuklear pada zaman Nuh.

Suhu bumi yang panas sehingga menyebabkan kemarau panjang sudah tentulah menjadikan pembinaan bahtera besar oleh Nabi Nuh tidak boleh diterima oleh akal umatnya. Umat Nuh mungkin sekali berfikir bahawa satu perbuatan yang sia-sia untuk membina kapal besar ketika cuaca kering dan kemarau kerana mustahil untuk banjir. Namun, banjir itu berlaku disebabkan kehendak dan kekuasaan Allah.

Tambahan pula, bahtera Nabi Nuh dibina menggunakan kayu-kayuan dan bukan daripada besi serta tidak mengikut spesifikasi kecanggihan teknologi ada ketika itu. Lalu, Nuh diperlekehkan oleh kaumnya kerana membina kapal ‘tradisional’.

Bahtera Nabi Nuh juga mungkin sekali kapal laut terbesar yang pernah dibina pada zaman itu serta tidak karam meskipun dilambung semua gelombang besar setinggi beratus-ratus kaki. Kapal Nuh adalah jauh lebih besar daripada semua kapal yang wujud di seluruh dunia pada ketika itu. Kapal Nuh yang dibina mengikut spesifikasi ‘tradisional’ itu juga mungkin lebih sempurna daripada semua kapal berteknologi tinggi pada ketika itu. Kapal Nuh lebih besar, lebih teguh dan lebih sempurna meskipun tradisional dan dibina dalam tempoh singkat.
Tiada kapal yang selamat jika dibadai sebegini ketika berlayar

Mungkin juga ada manusia kufur di luar kawasan tempat tinggal Nuh yang cubamenyelamatkan diri dengan kapal-kapal kecil mereka, namun kapal-kapal mereka (lebih kecil dari bahtera Nuh) tidak mampu menahan gelombang besar dan angin kencang ketika banjir, lalu karam dan dibinasakan sebagai balasan kekufuran.Ada juga yang menyelamatkan diri dengan pesawat terbang, namun terhempas dibadai angin kencang ketika mencari tempat mendarat, sesungguhnya tiada tempat mendarat kerana semua tenggelam disebabkan banjir.


Selepas banjir

Sesudah banjir, apa lagi yang tinggal?
Tamadun canggih habis ditelan bumi, yang tinggal cuma kemusnahan...


Banjir Besar dalam tempoh yang lama akan menghakis gunung ganang apabila ombak membadai tebing-tebing tepian gunung semasa angin menghembus permukaan air. Tanah-tanih gunung pula akan menjadi lebih lembut apabila air menyerap masuk ke liang-liang tanah dan seterusnya runtuh sedikit demi sedikit.

Runtuhan itu pula perlahan-lahan menimbuskan dasar-dasar (penempatan tamadun) lalu tertimbus dan hilang. Tempoh banjir yang lama menjadikan lebih banyak tanah runtuh menimbusi penempatan-penempatan tamadun yang tenggelam sehingga beratus-ratus kaki.

Sesudah banjir surut, penempatan tamadun yang dahulunya megah telah tertimbus beratus-ratus kaki di bawah tanah. Lalu, menjadi kota yang hilang. Adajuga kota-kota yang terus tenggelam di dasar lautan, juga hilang dari pandangan.

Bumi pula sesudah banjir menjadi padang jarak, kosong. Tamadun perlu dibina semula berbekalkan pengetahuan. Anak-anak Nuh dan pengikut-pengikutnya dari kalangan golongan miskin dan tidak berpelajaran tinggi kemudian mendarat di kawasan-kawasan masing-masing. Ada yang mendarat di Eropah, ada juga di Afrika, Asia dan Timur Tengah. Lalu menjadi suku-suku bangsa pasca-banjir, membiak dan membina tamadun masing-masing.

Pengikut Nuh bukanlah dari kalangan golongan kaya dan bukan juga dari kalangan berpelajaran tinggi. Pengetahuan yang mereka miliki hanya sekadar ilmu asas untuk meneruskan kelangsungan hidup. Pun begitu, mereka menjejakkan kaki ke tanah semula sesudah banjir untuk terus hidup dan membina komuniti.

Akidah tauhid terus menjadi pegangan pengikut-pengikut dan anak-anak Nabi Nuh. Namun, lama-kelamaan akidah itu perlahan-lahan dirosakkan oleh bisikan dan godaan syaitan, lalu sesat semula.

Maka, timbullah ajaran politeism dan paganism yang menyembah berhala serta patung-patung tidak bernyawa. Kisah-kisah kejayaan tamadun sebelum banjir seperti pesawat terbang sebagaimana suatu ketika terus bertukar menjadi ‘dewa-dewi terbang di langit’ akibat diputar belit oleh bisikan syaitan. Manusia generasi seterusnya kembali sesat ketika sedang cuba membina semula tamadun yang hebat, ia berlaku selepas manusia mula lupa terhadap keghairahan kenikmatan dunia.


Kesimpulan

Tempoh 20 abad sudah cukup untuk mengubah manusia dalam membina tamadunnya. Jarak masa antara Adam hingga Nuh yang mengambil masa 20 abad juga tidak dapat lari daripada pencapaian tamadun yang canggih.

Kehidupan manusia selama 20 abad sepanjang Masihi (zaman kita) sudah membuktikannya. Maka, tidak mustahil umat manusia ketika zaman Nuh juga sudah menikmati kecanggihan yang sama dengan kita pada hari ini.

Manusia semakin disesatkan pada setiap detik, kemurkaan Allah pula sedang menanti di setiap sudut apabila Dia berkehendakkan azab ke atas manusia. Tidak mustahil semua itu akan berulang dan dunia juga semakin meningkat suhu. Dunia terus berputar..berpusing mengikut pusingan dan giliran. Kita pula sedang berada dalam kecanggihan, kekalkah semua ini?












MaKhLuK sEBeLuM aDaM A.S paRt2

dr sambungan



DUNIA menyimpan banyak misteri yang tidak terungkai meskipun penyelidikan dijalankan tanpa henti bagi menemui jawapan terhadap pelbagai persoalan. Teori Big Bang menjelaskan alam semesta tercipta daripada satu letusan berapi universal yang menjadikan jutaan galaksi terbentuk bertaburan di angkasa raya. Proses pengembangan galaksi terus berkembang tanpa henti hingga hari ini. Di gugusan galaksi Bima Sakti, perubahan dan pencantuman atom yang berselerak di angkasa raya memberikan keputusan terhadap satu planet (Bumi) yang terus berkembang apabila atom hidrogen bercantum dengan atom oksigen menghasilkan satu unsur baru yang diformulasikan menjadi H2O iaitu air. Asas hidupan biologi di bumi. Allah menjadikan bumi dengan kuasa yang sangat dahsyat.

Melalui penyelidikan sains juga, didapati bahawa semua hidupan biologi di bumi tercipta daripada hidupan unisel yang pada awalnya hidup di dalam air. Bermula dengan hidupan unisel, ia terus berkembang menjadi hidupan dwi-sel dan seterusnya multi-sel yang terbina daripada kombinasi jutaan atom membentuk unsur baru, sel dan membentuk jasad-jasad yang lebih teguh dan kompleks. Detik itu juga, pelbagai hidupan mula hidup secara berperingkat di bumi yang makmur dengan kehendak Allah, meskipun ketika sebelum Adam diciptakan. Maka, apakah makhluk yang hidup di planet ini sebelum turunnya Adam memijak tanah dan menjadi khalifah di bumi?

Ada yang berpendapat bahawa spesies haiwan gergasi (dinosaur) wujud di bumi selama berjuta tahun sebelum turunnya Adam. Namun, pendapat itu dibina 100 peratus daripada perkiraan saintifik yang tidak bersandarkan kepada mana-mana kitab suci. Ia adalah pendapat di kalangan para saintis atheis tegar dari Barat yang tidak mempercayai mana-mana kitab agama, malah tidak mempercayai kewujudan ‘The Most Powerful’ iaitu Allah, Tuhan yang Maha Pencipta. Apa benarkah dinosaur itu makhluk tertua yang pernah menghuni bumi sebelum Adam?


(Allah berfirman) “Sesungguhnya, Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi”, mereka (para malaikat)  berkata, “Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di muka bumi itu orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah.” (Quran, al-Baqarah: 30)

Berdasarkan maksud ayat 30 yang dipetik daripada surah al-Baqarah, Allah merakamkan pertuturan-Nya bersama para malaikat mengenai sebelum penciptaan Adam. Melalui ayat itu, malaikat bertanya kepada Allah dengan pertanyaan: “Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di muka bumi itu orang yang akan membuat kerosakan..”

Penekanan terhadap ‘orang yang akan membuat kerosakan’ itu seolah-olah memberi petunjuk (clue) bahawa sudah ada makhluk sebelum manusia yang menghuni bumi, dan makhluk itu pula pernah membuat kerosakan di bumi. Manakala 'orang' itu pula merujuk kepada makhluk yang berakal, tidak semestinya manusia. Keadaan itu menyebabkan para malaikat bimbang dengan ‘siri kerosakan seterusnya’ dan bertanya kepada Allah yang jika dijadikan dalam bentuk ayat mudah, ia mungkin berbunyi seperti: “Kenapa mahu mencipta makluk lain di bumi kerana setiap makhluk yang menghuni bumi hanya akan melakukan kerosakan?” – MAAF JIKA PENDAPAT INI DAIF DAN SALAH.

Maka, makhluk apakah yang pernah menghuni bumi sebelum Adam dijadikan khalifah? Untuk menjawab persoalan itu, kita perlu mengumpul fosil-fosil pra-sejarah, kemudian melakukan ujian radio-karbon bagi menentukan usia fosil sebelum membuat kesimpulan. Sebelum itu juga, kita harus membantu akal kita dengan keterangan-keterangan al-Quran dan Hadis supaya kesimpulan yang dibuat itu sentiasa terarah dalam titik yang wajar. Untuk menjangkau transcendence, kita perlu diterangi dengan sebahagian kecil ilmu Allah iaitu al-Quran. Kitab al-Quran hanya sebahagian kecil yang menerangkan ilmu Allah kerana ilmu Allah lebih luas daripada apa yang disampaikan dalam al-Quran. Kita pula hanya mampu menjangkau subjek-subjek yang diterangkan dalam al-Quran sahaja, manakala bagi subjek-subjek yang tidak diterangkan dalam al-Quran pula adalah ilmu Allah secara mutlak dan kita tidak akan mampu menjangkau pengetahuan melebihi tahap transcendence meskipun pada tingkat paling minimum. Kita hanya mampu berada pada tingkat paling minimum dalam lapisan transcendence walaupun sifat ingin tahu yang ada pada diri manusia sememangnya melebihi transcendence, namun akal kita ada batasnya. Batasnya ialah tidak melebihi julat paling minimum dalam skala transcendence. Akal manusia hanya bercahaya dalam nyalaan paling malap, namun kemalapan itu menjadi lebih terang dan berharga apabila disinari iman dan takwa. Segala puji-pujian kepada Allah yang memiliki segala pengetahuan.

Diharap, penyampaian dengan menggunakan bahasa mudah ini akan memudahkan pemahaman semua..kami tidak mahu ada yang keliru dengan penggunaan jargon atau terma yang menyulitkan pemahaman.


BACA DENGAN TENANG & FAHAMI BETUL-BETUL....
--

Bumi pada tarikh 2 juta tahun Sebelum Adam?

Peluang menyertai ekspedisi selaku salah seorang krew jemputan untuk rakaman penerbitan Discovery ke seluruh tapak pra-sejarah pada penghujung 2008 membuka satu lembaran baru terhadap fakta sejarah dunia. Ia berkaitan penemuan yang tidak disangka-sangka dan membuka kepada teori-teori baru yang kontroversi. (Maaf, gambar dan visual penemuan artifak semasa ekspedisi tidak dapat dikongsi sehingga diterbitkan oleh pemilik Hak Cipta Penerbitan 2008 – terms of broadcasting exclusivity) (Atau..mungkin tidak akan diterbitkan jika ada ‘tangan-tangan’ yang mahu menghalang fakta daripada tersebar, maka saya mengambil langkah proaktif dengan melaporkan dahulu sebahagian kecil fakta sebelum ‘tangan-tangan’ itu bertindak).

Berdasarkan keterangan Bible dalam bab Genesis (Kitab Kejadian) dan juga berdasarkan Biblical Arkeologis, kewujudan Adam dianggarkan bermula pada tarikh antara 5095 hingga 4095 Sebelum Masihi atau kira-kira 7,000 tahun dari tarikh hari ini.  Kenyataan dari sudut Bibilical Archeology bagaimanapun tidak selari dengan penemuan semasa, malah bercanggah dengan keterangan forensik sejarah. Bagaimana ia berlaku? Kita perhalusi.

Lakaran 'manusia' memburu mammoth yang wujud hampir dengan zaman dinosaur

 Kita masuk kepada teori kewujudan dinosaur yang dikatakan sudah wujud kira-kira 2,007,000 tahun lalu. Dalam teori dinosaur kontemporari, manusia dikatakan hidup bersama dinosaur. Namun, manusia itu dikatakan tidak memiliki fizikal tulang kerangka yang sama dengan manusia moden, perkembangan kerangka manusia dikatakan berlaku secara evolusi. Siapa yang membangunkan teori itu tidak penting, perkara yang perlu diperhati ialah terhadap pernyataan ‘manusia sudah wujud sejak sezaman dengan dinosaur’.

Sedangkan, kenyataan Biblical Arkeologi pula menegaskan manusia (Adam) hanya wujud kira-kira pada tarikh 5000 Sebelum Masihi (SM). Ia sudah bercanggah iaitu, pernyataan bahawa Adam wujud pada 5000 SM dengan manusia sudah wujud sejak zaman dinosaur pada 2 juta tahun lalu.


Keterangan forensik arkeologi dibuat berdasarkan ujian karbon terhadap fosil-fosil yang ditemui dan ketepatannya pula sekitar 97.89 peratus atau hampir tepat. Maka, keterangan doktrin Bible adalah tidak berasas, Genesis juga tiada asas penjelasan disebabkan gagal menyatakan bukti secara konkrit.

Walaupun maklumat forensik arkeologi menyatakan manusia wujud sejak 2 juta tahun lalu, ia bagaimanapun mengaitkan kewujudan manusia bersama spesies dinosaur dan ia terlanjur pula seakan-akan menyokong teori evolusi Darwinism. Maka sebagai umat Islam, kita sememangnya membantah teori Darwin kerana ia menolak hukum penciptaan Adam sebagai manusia sempurna. Maka, tiada satu pun teori yang boleh kita pakai. Sekarang kita tidak lagi ditemani mana-mana teori, kita perlu berjalan sendirian meneroka lorong-lorong rahsia untuk mencari jalan keluar yang selamat di sepanjang persoalan ini.

Lakaran manusia hidup ketika zaman dinosaur.
Persoalannya, adakah 'manusia' itu dari jurai keturunan Adam?

 Teori Darwin mengatakan bahawa manusia mengalami proses evolusi daripada spesies beruk sebelum berkembang sepenuhnya menjadi fizikal manusia moden. Ia melibatkan perubahan daripada fizikal awal sehingga kepada homosapiens (sekadar menyebut) yang mempunyai susunan tulang kerangka fizikal yang tidak sama dengan manusia moden (kita) terutama dari segi keadaan tengkorak dan tulang rusuk. Teori Darwin juga dibuat bersandarkan persamaan (hampir sama) kerangka primate yang dimiliki spesies manusia dan beruk. Walaupun kita membantah teori Darwin, tapi kita wajar juga melihat maksud sebenar teori itu. Bukan untuk menerima teori itu kerana kita sememangnya membantah, tetapi sekadar menjadikan ia sebagai alat pengukur untuk dijadikan subjek.

Namun menurut teori evolusi, apa sebenarnya homosapiens, homoerectus dan segala macam ‘manusia’ yang dikatakan ‘belum mencapai kesempurnaan’ seperti manusia moden itu? Jika manusia ‘belum cukup akal’ ini dikatakan wujud sezaman dengan dinosaur, maka di mana letaknya pula kedudukan ‘Adam yang diciptakan dengan cukup berakal’? Jika meneliti dua teori itu, kita perlu melihat sisi janggal iaitu… manusia mana yang tercipta di bumi terlebih dahulu..adakah Adam tercipta dahulu atau manusia ‘beruk’ (manusia darwin) yang tercipta dahulu?

apa pula makhluk berdiri dan berkaki dua yang bertanduk itu?

Ada beberapa kontradiksi iaitu.. Jika Adam itu dicipta terlebih dahulu lebih awal daripada manusia ‘darwin-type’, mengapa pula tidak diberitakan dalam al-Quran atau Bible mengenai kehidupan Adam bersama haiwan spesies dinosaur? Walaupun berita mengenai kehidupan Adam bersama isteri serta anak-anaknya di bumi seperti dalam al-Quran dan Bible tidak digambarkan dalam suasana tamadun yang gah sebagaimana zaman Idris, Nuh dan Ibrahim, namun ia masih jelas memberitakan bahawa Adam tidak hidup bersama dinosaur ataupun haiwan raksasa yang lain.

Meskipun ada pendapat mengatakan manusia pada zaman Adam memiliki saiz tubuh yang sangat besar berbanding manusia hari ini, ia sebenarnya tidak ada kaitan antara penjelasan fizikal haiwan dinosaur yang wujud sezaman dengan keluarga Adam. Adam tidak hidup di zaman dinosaur, kita terus lompat kepada kesimpulan itu kerana al-Quran tidak menyediakan sebarang clue untuk soalan itu. Jika ada clue, mungkin terlepas pandang. Persoalan Adam bukan tujuan perbincangan ini, tetapi kita lebih tertumpu kepada maksud sebenar ‘manusiadarwin’.

Fosil pelik, juga ada kepala dan tangan seperti manusia

Manakala penemuan tulang rangka fosil ‘manusia darwin’ pula saiz kerangka adalah lebih kurang sama dengan kerangka manusia moden. Siapakah kumpulan ‘manusia’ yang memiliki tulang rangka yang hampir sama dengan manusia moden itu? Dalam teori evolusi, Darwin tidak memaksudkan ‘manusia’. Darwin sebenarnya memaksudkan ‘makhluk lain’ dan pada masa yang sama ‘meminta’ manusia moden menerima teori itu sebagai ‘proses evolusi kematangan fizikal spesies manusia’. Apakah pula ‘makhluk lain’ itu? Ada makhluk lain yang mempunyai fizikal yang hampir menyerupai fizikal manusia? Satu garisan, jika manusia menerima bulat-bulat teori Darwin, maka manusia itu sesat kerana menolak kenyataan al-Quran mengenai penciptaan Adam sebagai manusia sempurna dan berakal. Satu garisan lain, jika pula manusia itu menolak bulat-bulat teori Darwin, ia menutup terus usaha untuk memahami apa jenis ‘manusia’ yang dimaksudkan Darwin. Kita harus meneliti garis halus di tengah ‘antara dua garisan’ atau between the lines. Ingat, ini bukan bermaksud kita menerima teoriDarwin. Kita hanya cuba memahami maksud sebenar Darwin.
--

MEMAHAMI MAKSUD SEBENAR TEORI EVOLUSI DARWIN

Teori Darwin ternyata tidak disokong oleh mana-mana penjelasan penciptaan manusia berpandukan sudut pandang kitab-kitab agama terutama al-Quran. Pun begitu, bagaimana Darwin mendapat ilham untuk menjelaskan teori seperti itu yang sangat licik dan boleh memperdaya akal manusia yang tidak mempunyai pegangan agama?

Fizikal ‘manusia’ dalam teori Darwin mempunyai anggota tubuh seperti sepasang tangan dan kaki, badan dan kepala menyerupai spesies primate. Bermula dengan fizikal membongkok, Darwin mendakwa spesies itu terus berkembang dan mampu berdiri di atas sepasang kaki seperti manusia moden.

Namun, makhluk yang berakal diciptakan Allah dengan memenuhi kriteria sempurna iaitu ada sepasang kaki dan tangan, kepala di atas dan badan di tengah.

Penemuan sisa tulang temulang ‘manusia’ ini menimbulkan pertanyaan mengenai penjelasan sebenar terutama keadaan fizikal lengkap. Tulang temulang tidak cukup membuktikan jalinan otot dan daging yang lengkap diselimuti kulit. Jadi, apa bentuk tulang-temulang itu yang sebenarnya jika diselimuti daging dan kulit? Adakah seperti yang digambarkan sebagaimana dalam lakaran teori Darwin atau sebaliknya?


Meninjau ke simpang-simpang

Sebelum itu, kita masuk ke satu simpang iaitu dengan meneliti teori fizikal makhluk asing sebagai langkah mula. Makhluk asing lazimnya digambarkan mempunyai fizikal seperti makhluk berakal iaitu mempunyai sepasang tangan, sepasang kaki, badan dan kepala. Fizikal itu menyerupai bentuk tangan, kaki dan kepala manusia. Jika dibuang semua daging dan kulit makhluk asing itu, kita akan dapati tulang rangka makhluk asing itu sama seperti tulang rangka manusia.

Lakaran makhluk asing yang mempunyai kepala besar,
tangan, badan dan kaki sebagaimana manusia
yang juga memiliki semua anggota badan itu

Tangan makhluk asing digambarkan mempunyai bentuk yang hampir sama dengan bentuk tangan manusia, maka tulang tangan makhluk asing mesti juga sama seperti tulang tangan manusia. Begitu juga dengan tulang kaki, tengkorak mahupun keseluruhan tulang rangka. Kepala makhluk asing pula digambarkan lebih besar dari saiz ideal, maka begitu juga dengan tengkorak ‘manusia darwin’ yang lebih besar daripada saiz ideal.

Penemuan tulang rangka ‘manusia’ yang dikatakan homosapiens, homoerectus atau neanderthal itu pula mungkin sekali bukan milik manusia. Kita membuat andaian ini kerana kita percaya bahawa Allah menciptakan Adam dalam bentuk yang sempurna termasuk dari segi keadaan tulang rangka seperti manusia moden hari ini, ia berkenaan bentuk tetapi tidak dari segi saiz. Adam bukan dalam keadaan bertulang rangka seperti homosapiens dan sebagainya sebagaimana didakwa Darwin. Adam manusia sempurna, tidak seperti homosapiens atau sebagainya.

Maka dengan itu, adakah tulang rangka yang dikatakan milik homosapiens dan homoerectus dan sebagainya itu adalah milik makhluk asing? Benarkah ia milik makhluk asing? Kita masuk pula kepada penjelasan di simpang lain.


Jelmaan bangsa jin

Kita sedia maklum bahawa bangsa jin mampu menjelma kepada pelbagai bentuk nyata dengan izin Allah. Penjelmaan itu dilakukan sebagai muslihat untuk memperdaya manusia. Makhluk ini menjelma menjadi ular (reptilia), wajah-wajah ngeri dan sebagainya. Maka, tidak mustahil makhluk tidak nyata ini juga menjelma menyerupai makhluk aneh yang nyata dan kita namakan sebagai makhluk asing.

Dari satu sudut apabila makhluk ini menjelma menjadi ular atau sebagainya, ia boleh dibunuh, mati dan menjadi bangkai. Manakala bangkai itu pula akan mereput melalui proses pereputan normal dan meninggalkan tulang yang boleh dilihat manusia. Maka, tulang itu nyata dan boleh dilihat dan disentuh.

Sama juga jika makhluk itu menjelma menjadi makhluk asing atau ‘manusiadarwin’ sebelum Adam diturunkan ke bumi, lalu makhluk jin itu mati dan dikebumikan oleh bangsa-bangsanya, kemudian menjadi tulang temulang yang akhirnya ditemui manusia moden. Lalu, tulang itu dikatakan tulang manusia prasejarah yang hidup sezaman dengan dinosaur.

Lakaran jin (kanan) yang mempunyai fizikal tangan, kepala
dan kaki seperti manusia tetapi badan berbulu seperti beruk.

 Satu sisi lain, ada sesetengah pendapat daripada para ilmuwan mengatakan bangsa jin itu sebenarnya memiliki bentuk badan yang hampir sama dengan manusia iaitu mempunyai sepasang tangan, kaki, badan dan kepala. Yang membezakan antara manusia dan jin ialah, manusia dari tanah itu makhluk nyata manakala jin dari api itu pula tidak nyata (ghaib) namun mampu menjelma menjadi nyata (jasad). Malah melalui pendapat yang sama, jin juga dikatakan boleh mati semasa menjelma menjadi bentuk nyata. Bagaimana bentuk jin dalam keadaan berselimut kulit dan warna kulit mereka, itu tidak penting. Kita melihat hanya kepada tulang yang tertinggal apabila jin itu mati dalam bentuk nyata. Fokus itu dibuat kerana kita hanya melihat kepada bukti tulang temulang homosapiens dalam kategori ‘manusia Darwin’.

Jin boleh mati, jin hanya memohon daripada Allah supaya dipanjangkan umur serta diberi tempoh. Iblis yang diberi tempoh hidup hingga kiamat (immortality) pula hanya melibatkan golongan iblis yang bersumpah di hadapan Allah untuk menyesatkan manusia. Jin dan syaitan lain pula tidak terkecuali daripada undangan ajal. – maaf jika pendapat ini salah dan sila betulkan jika ada penjelasan melalui dalil lain yang sahih mengenai perkara ajal golongan jin.
--
  
Kaitan antara penemuan tulang ‘manusia’ dengan ‘tulang’ jin

Para pengkaji barat (golongan gereja) yang meneliti teks Genesis berpendapat, ‘manusia’ (sebenarnya bukan manusia) telah menghuni bumi sebelum ketibaan Adam. Namun ‘manusia’ dari ‘jenis yang tidak solid’ ini tidak mengalami proses pembiakan sebagaimana manusia dari keturunan Adam. Melalui pendapat yang sama, dikatakan ‘manusia’ berkenaan juga cuba membina tamadun tetapi tidak berjaya sebagaimana kejayaan tamadun-tamadun manusia dari keturunan Adam.

Tulang 'manusia' pra-sejarah? Beruk atau manusia?

Menurut pendapat yang sama, ‘manusia’ tersebut telah mengalami perubahan dari segi cara hidup yang akhirnya membawa kepada pertelingkahan ketika berada di bumi. Pertelingkahan itu juga mungkin membawa maksud berperang sesama sendiri sehingga menyebabkan kerosakan di muka bumi. Ia akhirnya membawa kepada ‘kepupusan hak’ golongan ‘manusia’ itu sebelum digantikan dengan manusia nyata dari keturunan Adam. Pendapat sedemikian sedikit berbeza dengan doktrin asal Bible dan agak selari dengan teori evolusi namun pendefinisian ‘manusia’ itu tidak merujuk kepada spesies manusia dari keturunan Adam. Demikian sedikit pendapat yang dipetik dari kalangan pengkaji barat dari golongan gereja.

Dari sudut pandangan Islam melalui penjelasan al-Quran, Adam sememangnya diciptakan untuk menjadi khalifah di bumi. Kita tidak mengatakan ‘manusia’ sebelum Adam itu adalah manusia secara terma konkrit di sini. Ini kerana, hanya keturunan Adam disebut sebagai manusia di sisi Allah.

Selain keturunan Adam, meskipun ‘mereka’ sudah hidup di dunia sebelum Adam, ‘mereka’ itu sebenarnya bukan manusia meskipun (tulang yang ditemui) kelihatan seakan manusia. Adam dan Hawa adalah manusia pertama yang sebenar-benarnya manusia dari segi terma bahasa. Pasangan itu adalah manusia paling awal hidup di bumi subur ini. Adam dan Hawa adalah manusia yang menepati definisi manusia, bukan ‘manusia’ yang sebelum manusia.

Golongan jin itu dilabel sebagai ‘manusia’ bukan kerana jin itu manusia, tetapi berdasarkan kedudukan status tulang yang ditemui itu tidak menepati ciri-ciri kesempurnaan sepertimana tulang-tulang manusia sempurna. Tulang-tulang itu pula hanya sekadar hampir menyerupai tulang manusia, bukan berketepatan sifat seperti tulang manusia, maka ia disebut ‘manusia’ yang bertanda ‘pengikat kata’ sebagai tanda perbandingan. Jin adalah jin, tidak pernah sama definisinya dengan manusia.


Pra-kesimpulan

Adam dan Hawa bukan makhluk pertama yang hidup di bumi. Pasangan dari syurga itu lebih tepat dikatakan manusia (yang menepati definisi manusia) pertama yang hidup di muka bumi. Makhluk yang paling awal hidup di bumi sudah tentu sekali bukan manusia. Namun, makhluk-makhluk itu tidak diciptakan sebagai khalifah di bumi meskipun sudah lama menghuni bumi sebelum era Adam.

Makhluk-makhluk itu tidak dipilih sebagai khalifah di bumi, ia berlaku sedemikian kerana ketetapan manusia sebagai khalifah sudah tertakluk di bawah kehendak Allah, manusia dipilih sebagai khalifah, bukan jin, juga bukan malaikat.

Kita wajar kembali meneliti teks al-Quran sebelum membuat kesimpulan kerana al-Quran menyematkan jawapan yang bersesuaian dengan akidah kita. Manakala pendapat-pendapat selain al-Quran pula hanya digunakan sebagai lorong-lorong untuk mencari lokasi kedudukan kompas. Setelah menemui titik yang sesuai, barulah kita meletakkan kompas supaya arah yang ditunjukkan itu menghala ke arah jawapan atau sekurang-kurangnya boleh diterima sebagai jawapan. Namun, jawapan yang konkrit adalah tertakluk di bawah pengetahuan Maha Pencipta.

Kita imbas semula pernyataan sebelum ini. Bible mendakwa bahawa manusia (Adam) wujud di bumi pada kira-kira 5000 tahun Sebelum Masihi atau 7000 tahun dari tarikh hari ini. Manakala penjelasan forensic sejarah pula menjelaskan manusia sudah wujud kira-kira 2 juta tahun Sebelum Masihi. Ia menimbulkan kontradiksi tarikh yang sangat jauh. Persoalan juga mula timbul apabila membandingkan sifat tulang rangka manusia (termasuk Adam) sebagai manusia sempurna dari segi tulang rangka mahupun anatomi.

Adam dan keturunannya diciptakan sebagai sebaik-baik makhluk. Maksud sebaik-baik makhluk itu pula mencakupi tugas dan tanggungjawab sebagai khalifah, bentuk fizikal termasuk kesempurnaan tulang rangka dan sebagainya.



Manakala tulang rangka ‘manusia’ yang ditemui dan dilabel sebagai ‘manusia pra-sejarah’ itu pula tidak sempurna dari segi saiz tengkorak yang ideal dengan skala rangka tubuh sebagaimana manusia yang menepati definisi manusia. Saiz tengkorak ‘manusia’ itu pula lebih besar jika dibandingkan dengan skala ideal bagi keseluruhan tulang rangka. Dari segi saiz tengkorak sahaja sudah tidak menepati skala saiz yang tepat seperti manusia sempurna. Jadi, ia tidak sempurna sebagaimana skala saiz tulang rangka manusia. Di sini, kita menyentuh mengenai skala tulang rangka. Bukan berbincang mengenai saiz manusia dahulu kala yang dikatakan bersaiz gergasi. Skala dan saiz secara konkrit tidak sama meskipun kedengaran saling berkait.


Apa maksud yang disampaikan Darwin? Mungkin, mungkin dan mungkin?

Darwin cuba menyogok pemikiran manusia tanpa pegangan agama supaya mempercayai bahawa manusia moden yang wujud hari ini adalah hasil proses evolusi yang mengambil masa jutaan tahun. Menurut teori itu, manusia didakwa berkembang daripada spesies monyet sebelum berubah menjadi bentuk primate yang sempura.

‘Manusia’ yang dimaksudkan Darwin itu pula tidak memiliki sifat tulang rangka yang sempurna dari segi skala. Berdasarkan maklumat dari sumber Freemason,Darwin dikatakan seorang ahli pertubuhan rahsia yang ditugaskan mencipta teori kewujudan manusia dan pada masa yang sama menidakkan keterangan dalam kitab-kitab agama terutama al-Quran. Boleh disimpulkan bahawa Darwin cubamenyesatkan akidah manusia selepas diberi pengetahuan oleh para iblis yang menjadi tuannya. Itu maksud secara terang dan nyata.

Namun, penemuan arkeologi pula menunjukkan memang wujud tulang rangka yang menepati teori Darwin. Bagaimana pula itu?

Kita perhalusi lagi, tulang-tulang ‘manusia’ yang menepati teori Darwin ditemui dalam sifat yang tidak sesempurna tulang manusia seperti kita. Ia mungkin sebenarnya memang tulang beruk yang menepati definisi beruk, namun dikatakan sebagai ‘manusia awal’ oleh Darwin. Atau ia mungkin bukan tulang rangka beruk, tetapi makhluk lain yang pernah mendiami bumi ketika zaman dinosaur sebelum Adam. Makhluk-makhluk itu kemudian mati, lalu dikebumikan oleh bangsa mereka dan menjadi tulang temulang seperti yang ditemui oleh pencari gali arkeologi.

Bateri pra-sejarah?

Pada masa itu, mungkin makhluk-makhluk itu hidup dan mati seperti manusia hari ini. Namun diberikan umur yang panjang selepas memohon kelebihan itu daripada Allah dan kemudian dilaknat oleh Allah. Kita hanya mampu berkata MUNGKIN.. kerana kita sememangnya tidak tahu semua rahsia. Kita hanya mampu membuat andaian dan perlu dipastikan andaian itu tidak tergelincir. Tidak kurang juga mungkin makhluk itu juga pernah membina monumen sebagai tanda pencapaian tamadun mereka.

Kehidupan makhluk-makhluk itu di bumi pula mungkin telah membina tamadun-tamadun mereka yang tersendiri. Proses pembinaan tamadun pula menyaksikan berlaku penerokaan bumi sehingga mengakibatkan kerosakan. Mereka juga mungkin telah hidup selama jutaan tahun sebelum Adam, membina lapisan masyarakat, hidup berpuak dan berkomuniti serta berlaku pertelingkahan.

Juga mungkin, ketua makhluk itu (iblis) dan golongan malaikat dipanggil oleh Allah selepas diciptakan Adam. Iblis mungkin naik ke syurga melalui laluan langit di tapak Kaabah (belum dibina pada masa itu) untuk menemui Allah di syurga semasa Adam dibangkitkan dan ditiupkan roh.

Catatan maklumat graviti pada batu?

Iblis bagaimanapun menderhaka ketika Allah memerintahkannya supaya sujud kepada Adam, lalu iblis dilaknat dan dihukum kafir. Mungkin juga seluruh isi alam bergegar saat kemurkaan Allah terhadap iblis yang enggan sujud kepada Adam, bumi juga tidak terkecuali daripada gegaran itu. Semua makhluk di bumi tiada satu yang hidup termasuk dinosaur yang hidup sezaman dengan jin pada masa itu.

Mungkin seluruh isi alam bergegar ketika sebelum iblis meminta dipanjangkan umur, lalu semua bangsa jin yang berada di bumi ketika itu ada yang mati disebabkan tidak mampu bertahan dengan gegaran yang sangat kuat. Lalu mati menjadi tulang-tulang. Semua itu berlaku mungkin sebelum iblis meminta dipanjangkan umur dan menjadi ghaib. Tahap keimanan jin-jin yang mati itu pula tidak dapat dipastikan. Ini hanya andaian.

Hanya Allah lebih mengetahui.
 -- 

Kesimpulan

Darwin mungkin sekali memaksudkan ‘manusia’ mengikut teorinya itu sebagai bangsa jin yang pernah hidup di bumi ketika zaman dinosaur. Darwin berbuat demikian bagi menjauhkan manusia daripada kenyataan bahawa manusia itu sebenarnya diciptakan dalam keadaan yang cukup sempurna termasuklah dari segi susunan tulang rangka.

Quran menjelaskan pasangan Adam iaitu wanita pertama diciptakan daripada sebahagian dirinya. Adam dijadikan sebagai asas terhadap penciptaan Hawa. Maka apabila Adam dijadikan sebagai asas untuk mencipta Hawa, maka ternyata bahawa sifat (fizikal) Adam sudah cukup sempurna sehingga Allah menciptakan Hawa juga dengan mengambil sebahagian daripada diri Adam sendiri. Sudah tentu Adam sempurna sebagai manusia secara fizikalnya. Lalu, Adam menjadi asas terhadap penciptaan wanita yang ditakdirkan hidup bersamanya di syurga dan bumi.

Kita ambil contoh mudah ini untuk membuat perbandingan. Teknologi klon dibuat dengan mengambil sebahagian daripada produk induk yang sempurna dan lazimnya DNA (deoksiribonukleik asid). Induk dipilih berdasarkan sifatnya yang sempurna supaya dapat menghasilkan klon yang sempurna. Induk yang sempurna juga menjamin penghasilan klon yang sempurna dan peratus kejayaannya juga tinggi. Maka dari contoh mudah itu, bukankah jelas untuk ‘menghasilkan sesuatu daripada produk sesuatu’ memerlukan induk itu memiliki sifat yang sempurna supaya proses penghasilan klon berjaya?

Bahkan, teknologi klon juga tercipta selepas manusia mengkaji penjelasan kitab-kitab termasuk Quran dan Bible mengenai penciptaan Hawa. Maka, bukankah jelas bahawa Adam juga manusia sempurna yang menjadi asas kepada penciptaan Hawa?

Dengan itu, di mana kredibiliti Darwin dalam mengatakan manusia itu bermula dengan sifat tidak sempurna (asal beruk) dan beransur berubah menjadi sempurna (manusia)? Teknologi klon sendiri menidakkan teori Darwin, walhal teknologi klon itu tercipta selepas para saintis meneliti keterangan dalam kitab-kitab agama. Adam dan pasangannya selaku manusia pertama yang hidup di bumi dan memiliki sifat-sifat sempurna.

Oleh itu, apa maksud Darwin melalui teorinya dan kepada siapa ‘manusia beruk’ itu dirujuk jika tidak lain dan tidak bukan merujuk kepada keturunan ‘tuannya’iaitu syaitan dan jin yang pernah menghuni bumi sebelum Adam diciptakan? Tulang rangka ‘beruk’ itu pula tidak sesempurna seperti manusia, dan sudah tentu ia bukan manusia. Maka, jin itu sifatnya sedikit hampir seperti beruk dan hampir kepada seakan-akan sifat fizikal manusia?

Dari sudut biologi spesies primate, manusia boleh menghasilkan hybrid jika benih sperma dan ovum disatukan sesama spesies menerusi bioteknologi klon. Andai jin juga memiliki sifat fizikal yang hampir sama dengan manusia, maka tidak mustahil juga bangsa itu boleh menghasilkan hybrid jika bersetubuh dengan manusia. Maka siapa pula manusia hybrid itu?


Mohon maaf jika pendapat ini salah. Kita hanya mampu membuat andaian dan ia bukan bermaksud jawapan. -