Causa Prima
“Kejadian alam bermula secara terhitung daripada Penyebab Utama yang mana ‘kewujudan Penyebab Utama’ itu pula tiada lagi penyebab lain (yang lebih berkuasa untuk mencipta Penyebab Utama itu) dan (kewujudan Penyebab Utama itu pula) tiada disebabkan oleh apa jua sebab.” – Socrates.
SOCRATES yang pernah hidup pada 470SM hingga 399SM adalah satu nama besar dalam sejarah peradaban Yunani (Greek). Dia bagaimanapun dihukum mati dengan cara menelan racun pada 399SM selepas didapati menyebarkan ajaran baru yang bertentangan dengan kepercayaan pagan yang dianuti rakyat Athens pada ketika itu.
Ahli falsafah terkenal Yunani itu juga menganggap pengikut-pengikutnya sebagai anak-anaknya sendiri dan sentiasa mengajar mereka mengenai fahaman agama monotheism (penyembahan terhadap Tuhan yang satu) yang sangat bertentangan dengan fahaman pagan.
Menurut catatan pengikutnya (Plato) dalam teks falsafah Yunani yang terkenal iaitu Phaedo, Socrates diberi tempoh selama satu hari untuk menelan racun yang diberikan pembesar Yunani. Jika enggan, dia akan dihukum mati dengan cara yang lebih kejam hanya kerana membawa ajaran monotheism yang begitu bercanggah dengan fahaman politeism.
Timbul persoalan di sini ialah status Socrates sebagai seorang yang berpegang teguh kepada kepercayaannya mengenai Tuhan itu satu dan sanggup mati demi mempertahankan kepercayaannya itu meskipun pernah diumpan dengan segala kemewahan jika meninggalkan kepercayaan itu.
Konsep Causa Prima yang dicatatkan pengikutnya meninggalkan banyak petunjuk dalam mengenali siapa Socrates yang sebenarnya.
Ia termasuk pengakuan Socrates mengenai kebimbangannya untuk bertemu Tuhan yang satu selepas dia mati dengan cara menelan racun yang sama keadaannya seperti membunuh diri. Dia bimbang tidak diterima oleh Tuhannya jika dia berbuat demikian hanya kerana untuk mempertahankan kepercayannya.
Menurut catatan, Socrates sebelum teguh dengan kepercayaan monotheism selalu bersendirian bagi mencari jawapan terhadap penciptaan alam. Dia suka memerhati bintang-bintang dan langit luas untuk memikirkan mengenai Kuasa yang menciptakan semua kejadian.
Akhirnya, dia menemui jawapan bahawa alam ini tidak dicipta oleh tuhan yang banyak, melainkan oleh Satu Kuasa yang menjadi penyebab kepada semua kejadian. Kepercayaan Socrates menghampiri kepercayaan Tauhid meskipun dia tidak tahu apakah nama Tuhan yang satu itu. Namun, dia tetap yakin dengan teguh bahawa Tuhan yang menjadikan setiap kejadian hanya satu. Dia hanya mahu menyembah Tuhan itu meskipun tidak mengetahui nama-Nya. Demi kepercayaan itu, Socrates sanggup mati.
Selepas kematian Socrates, para pengikutnya kemudian berpecah demi keselamatan, termasuklah Plato dan Aristotle. Aristotle ketika melarikan diri kemudian dipelawa oleh Alexander The Great untuk mengajarnya mengenai falsafah dan pada masa yang sama melakukan ekspedisi ke timur dan barat.
Meskipun Alexander dari keturunan elit istana dan mengetahui bahawa Aristotle itu adalah pengikut Socrates, dia bagaimanapun tidak menghukum Aristotle. Sebaliknya, dia melantik Aristotle sebagai penasihat dan guru peribadi untuk membantunya melakukan ekspedisi ke timur dan barat.
Aristotle adalah salah seorang murid Socrates yang terbaik. Secara langsung, dia juga berpegang kepada kepercayaan terhadap Tuhan yang satu sebagaimana yang dipercaya oleh gurunya. Oleh sebab itu, Aristotle melarikan diri daripada pembesar-pembesar Yunani untuk menyelamatkan kepercayaannya.
Secara tidak langsung juga, kepercayaan yang dipegang oleh Aristotle perlahan-lahan mempengaruhi muridnya, Alexander. Timbul persoalan besar iaitu adakah Tuhan yang satu seperti kepercayaan yang dipegang Socrates itu merujuk kepada Allah? Siapakah Socrates? Siapakah pula Alexander yang menjadi generasi ketiga murid Socrates melalui Aristotle?
Socrates mati selepas menelan racun yang diberikan kepadanya hanya kerana mahu mempertahankan kepercayaannya terhadap tuhan yang satu. Kata kerja ‘menelan’ juga sama maksudnya dengan perkataan Arab iaitu ‘luqman’.
Jadi, siapakah Socrates yang sebenarnya?
Siapakah pula Alexander?
mgkinkah socrates tu luqmanul hakim..dan aristotle plak anak dia..sperti yg dicerita dlm surah Luqman tu..???
ReplyDeletewalLahu a'lam..=]
Now I realized how fun history is.
ReplyDeletesgt menarik
ReplyDeleteKata editor PTS, lepas ini Muhammad Alexander akan menerbitkan buku "Socrates adalah Luqman Hakim berkulit Hitam" sempena Pesta Buku Antarbangsa 2013, katanya buku ini akan membongkar misteri Luqman Hakim, dan Socrates memang Luqman sebenar!
ReplyDeleteSocrates adalah org yg sama dgn Luqman Al Hakim. . cuma telah menjadi kebiasaan org tertentu yg suka menukar sejarah spt yg terjadi pd Nabi Isa dan Iskandar Zulqarnain ( Alexander The Great). .
ReplyDeleteAda buku baru dan menarik hati tentang Siapakah Luqman dalam sejarah
ReplyDelete“LUQMANUL HAKIM ADALAH SOCRATEES BERKULIT HITAM” tulisan Muhammad Alexander (Wisnu Sasongko)
Buku ini adalah buku pertama di dunia yang berjaya membongkar misteri sosok Luqmanul Hakim dalam sejarah. Daripada kajian yang dijalankan oleh penulis, ternyata Luqmanul Hakim adalah ahli falsafah Athens, iaitu Socrates (469-366 SM).
Tradisi hadith menyatakan Luqmanul Hakim merupakan lelaki berkulit hitam (keturunan negro) dan bekas hamba sahaya. Tetapi Socrates yang selama ini dikenal sebagai pencetus atau bapa falsafah barat, dipercaya berketurunan kulit putih Eropah. Jelas sekali perkara ini bertentangan dengan fizikal Luqmanul Hakim.
Menerusi kaedah perbandingan Sinkronik-Diakronik, analisis kandungan, analisis bingkai, dan analisis komponen semantik, Muhammad Alexander @ Wisnu Sasongko menemukan adanya dua persamaan:
Pertama – Bentuk fizikal Socrates sama 100% dengan Luqmanul Hakim, iaitu berkulit hitam dan bekas hamba abdi
Kedua – Ajaran falsafah Socrates memiliki tematik sama 100% dengan nasihat Luqmanul Hakim dalam Al-Quran, menerusi surah Luqman.
Kandungan Isi buku:
. Pendahuluan
. Terjemahan Surah Luqman
. Sejarah Hidup Socrates dan Falsafahnya
. Garis Masa Yunani kuno
. Socrates Berkulit Gelap Keturunan Afrika di Yunani
. Socrates adalah Hamba kepada Alcibiades
. Socrates Ahli Hikmah dan Pencari Hikmah
. Socrates Mengajar Manusia supaya Bersyukur kepada Allah dengan Cara Mengenali Diri Sendiri dan Sembahyang
. Nasihat Socrates supaya Tidak Menyekutukan Allah
. Socrates Berpesan supaya Lamprocles (Anaknya) Berbakti kepada Ibu Bapa
. Socrates Percaya Tuhan akan Membalas Semua Perbuatan Manusia
. Socrates Mengajak kepada Kebaikan dan Mencegah Kejahatan
. Kesabaran dan Kawalan Diri Socrates
. Usah Sombong
. Socrates Mengajak Hidup Bersederhana
. Tuhan Memudahkan Segala-Galanya untuk Manusia
. Socrates Dihukum Mati Menelan Racun sehingga Digelar “Luqman”
. Mencari Maksud Kata Nama Socrates dan Luqman
. Menuju Pemurnian Falsafah Socrates
. Kesimpulan: Socrates (469-399 SM) adalah Luqmanul Hakim dalam Sejarah
Buku & versi ebook boleh dibeli di sini: http://pts.com.my/buku/luqmanul-hakim-adalah-socrates-berkulit-hitam/
Secara umumnya, buku ini ditulis oleh Wisnu Sasongko @ Muhammad Alexander berasal daripada Indonesia. Setakat ini beliau telah menulis sebanyak 4 buah buku yang tebalnya sekitar 700 muka surat semua sekali.
ReplyDeleteSecara zahirnya, buku ini ada tiga bahagian. Bahagian pertama bertajuk 'Mengenali Socrates' yang mengandungi 5 bab. Bahagian kedua bertajuk 'Hikmah Socrates' yang mengandungi 10 bab. Dan bahagian ketiga bertajuk 'Kematian Socrates' yang mengandungi 3 bab dengan 1 bab Kesimpulan.
Secara ringkasan isinya, buku ini mencari siapakah di sebalik Luqman al-Hakim yang Allah SWT bicarakan dalam al-Qur'an. Penulis yakni Wisnu Sasongko meletakkan calon Luqman iaitulah Socrates. Umum mengetahui bahawa Socrates adalah ahli falsafah Yunani silam yang hidup sekitar 400-300 SM. Banyak penulis Barat menyifatkan beliau sebagai seorang yang berkulit putih seperti bangsa-bangsa Yunani yang lain. Malah, beliau juga dikaitkan dengan tuduhan sebagai seorang lelaki yang melawan tabiinya dan beragama paganisme (politeisme) seperti anutan bagsa Yunani ketika itu. Namun, Wisnu Sasongko berusaha mengemukakan hujahnya bahawa Socrates bukanlah seperti yang disifatkan penulis Barat, malah beliaulah calon Luqman al-Hakim dalam al-Qur'an. Buktinya diutarakan dalam dua sudut. Pertama, sudut fizikal sebenar Socrates; dan kedua, kaedah Socrates berfalsafah.
1. Socrates adalah lelaki berkulit hitam, berbibir tebal, berhidung kemek, anak kepada seorang hamba dan seorang hamba abdi. Dalam bahasa mudah beliau berketurunan Negro.
Hal ini dilihat dalam sebuah Hadith Rasulullah SAW bahawa Luqman al-Hakim yang hidup di zaman Nabi Daud adalah seorang yang berkulit hitam. Memang terdapat khilaf antara ulama Hadith tentang kesahihan Hadith tersebut. Namun, WS menyatakan bahawa Hadith tersebut adalah sahih. Sebagai bukti, sila Google imej Socrates dan anda akan dapati wajahnya berbeza dengan Plato, Aristotle dll.
2. Socrates adalah seorang ahli falsafah yang suka menyampaikan kebenaran atau persoalan ketuhanan melalui kaedah soal-jawab atau kaedah dialektik.
Hal ini dilihat dengan keselarasan antara isi kandungan al-Qur'an dengan hikmah-hikmah yang disampaikan (didakwah) oleh Socrates kepada anak-anak muda Athens. Ucapan-ucapan ini dibukukan semula oleh beberapa orang muridnya antaranya Plato dan Xenophon. Kesemua nasihatnya dilihat selari dengan isi kandungan al-Qur'an.
Persoalannya, bagaimanakah Socrates dikatakan seorang penganut paganisme? Mengapakah beliau dituduh sebagai lelaki berperilaku luar tabii? Dari manakah Socrates mendapat ilmu ketuhanan sekiranya benar dia seorang monotheisme? Apakah sebab utama penulis Barat menyembunyikan identiti beliau seorang berkulit hitam? Malah di akhir hayatnya dia dihukum bunuh oleh pemerintah Athens, mengapakah ia berlaku? Untuk menjawab persoalan-persoalan ini, silalah beli dan baca sendiri buku ini. Wisnu Sasongko buat buku ini agar kalian beli dan membacanya, insha-Allah tak rugi.