Wednesday, June 16, 2010

tHe iLLuMinaTi - (intro)

Memahami dan Mengenali Pergerakan Rahsia ILLUMINATI

Illuminati berasal daripada perkataan Latin, ‘illuminatus’ yang bermaksud enlightened, diterangi (dengan pengetahuan terahsia). Kewujudannya hari ini adalah kesinambungan daripada Illuminati Bavaria yang ditubuhkan pada 1 Mei 1776, penubuhannya pada tarikh itu merupakan detik kesepakatan semua pertubuhan rahsia di seluruh dunia dalam menjayakan agenda rahsia secara bersama. Ia lebih tepat jika dikatakan semua pertubuhan rahsia bersatu dalam satu pakatan besar untuk menguasai dunia.

Kesepakatan itu dibuat antara pergerakan rahsia seperti Freemason/Masons (YahudiZionis),Skull&Bones Amerika(http://en.wikipedia.org/wiki/Skull_and_Bones)

dan beberapa pertubuhan rahsia yang lain termasuk pertubuhan-pertubuhan rahsia yang tidak mempunyai nama di Eropah. Walaupun sebelum bersatu, mereka telah lama berkongsi cita-cita yang sama dan berkongsi simbol-simbol pengenalan yang sama, serta mengamalkan ritual yang sama.

Pergerakan Illuminati bersatu yang ditubuhkan pada 1776 merupakan idea Adam Weishaupt iaitu seorang yang berfahaman Jesuit dan merupakan professor di Universiti Ingolstadt. Weishaupt secara rahsia mengumpulkan semua ketua pertubuhan rahsia yang berfahaman bebas atau ‘freethinker’ yang tidak mempercayai ketuhanan, yang telah lama wujud dan merosakkan agama sejak zaman berzaman.

Mereka juga dikenali sebagai Illuminati Order, Perfectibilists dan Bavarian Illuminati.

masonic_demonism

Sesetengah penulis sejarah seperti Augustin Barruel dan John Robinson berpendapat, peristiwa Revolusi Perancis (1789-1799)tercetus disebabkan ‘hasil kerja’ pertubuhan rahsia tidak bernama yang wujud di Perancis ketika itu. Pergerakan itu mengambil kesempatan daripada sentimen kebencian rakyat terhadap golongan istana bagi menjatuhkan King Louis XVI dan mewujudkan pemerintahan baru. Alasan seperti faktor kemiskinan rakyat, penindasan rakyat oleh golongan istana dan ke arah mewujudkan Perancis yang lebik baik, menjadi modal dalam mengaut sokongan rakyat Perancis.

Rancangan mewujudkan pemerintahan baru di Perancis itu adalah strategi awal dan terpenting untuk menjayakan agenda penubuhan negara politik berpaksikan Zionis iaitu Amerika. Peristiwa pembunuhan keluarga diraja Perancis membawa kepada peralihan pemerintahan baru yang dianggotai ahli-ahli pertubuhan rahsia dalam tampuk pentadbiran negara.

Pra-Revolusi: National Assembly (1789)

Pada 10 Jun 1789, Mesyuarat Ahli Third Estate diubah kepada nama Mesyuarat Rakyat (Common’s Meeting) dengan menjemput dua lagi ‘estate’ dalam menganggotai mesyuarat itu yang akhirnya berjaya dilaksanakan pada dua hari kemudian dan berakhir pada 17 Jun dan selepas itu mesyuarat berkenaan dikenali sebagai National Assembly. Deklarasi daripada mesyuarat itu meluluskan untuk mengambil langkah radikal bagi mengubah masa depan Perancis dan mereka kemudiannya mengajak dua lagi pertubuhan untuk terlibat sama dalam agenda itu. Agenda menggulingkan King Louis XVI dijalankan secara senyap dengan melibatkan ahli-ahli mesyuarat itu dan seterusnya menjadi lebih berani selepas berjaya meraih sokongan rakyat.

Pada 4 Ogos 1789, National Assembly secara rahsia telah bersetuju menamatkan sistem feudal dan secara terang meluluskan Deklarasi Hak Rakyat (deklarasi ini sama seperti yang diamalkan Amerika hari ini) dengan mengetengahkan prinsip-prinsip hak asasi rakyat yang mempunyai autoriti sama taraf dengan undang-undang (undang-undang yang tidak boleh dipertikaikan termasuk campur tangan raja) dan secara tidak langsung mereka menjadi badan sah yang membuat draf undang-undang. Dalam diam juga, mereka mencatu makanan secara terancang supaya rakyat kebuluran. King Louis XVI yang sedar dengan perkembangan itu kemudian mengambil langkah mengharamkan National Assembly melalui tindakan tegas.

Mereka menyebar berita bahawa King Loius XVI adalah syaitan untuk membakar kebencian rakyat, padahal merekalah penyembah syaitan yang merancang segala peristiwa.

Atas dasar hak asasi manusia, golongan ini secara rahsia menyebarkan propaganda mengenai keperluan mewujudkan negara Perancis yang baru dan telah berjaya menghasut para wanita terutama kaum ibu dan surirumah di Perancis supaya memberontak. Kemudian pada 5 Oktober 1789, kumpulan wanita yang menjadi mangsa kebuluran ini berkumpul di sekitar Paris dengan melaungkan pembaharuan segera dan meminta istana mengembalikan kuasa National Assembly yang lebih sensitif terhadap keperluan rakyat.

Kumpulan protes yang dianggotai kaum wanita itu kemudian meningkat kepada lebih 8,000 orang dalam masa singkat dan bergerak ke Versailles (bandar diraja Perancis ketika itu) dengan lebih radikal, membawa meriam, senjata api dan senjata tajam. Akibat tekanan itu, keluarga diraja berpindah ke Paris.

Kesan bunga-bunga revolusi turut memberi tekanan terhadap kuasa gereja dan golongan pemimpin revolusi (ahli pertubuhan rahsia) ini bertindak mencampuri urusan gereja katolik kerana pihak gereja merupakan institusi yang memiliki tanah dengan keluasan terbesar di negara itu. Pada 1790, undang-undang baru diluluskan supaya gereja tidak lagi mempunyai hak ke atas hasil pertanian dan rakyat diberi hak untuk mengusahakan sendiri tanah-tanah pertanian. Sokongan rakyat terhadap mereka menjadi semakin kuat.

Strategi demi strategi tersebut dijayakan dengan sempurna sehingga berlaku rusuhan hampir setiap hari dan berterusan sehingga revolusi mencapai ‘objektif pertama’ (ia bukan objektif utama) iaitu menjatuhkan hukuman mati terhadap keluarga diraja Perancis pada 21 Januari 1799 di satu lokasi (salah satu lokasi ritual satanism) di Place de La Concorde.

Keamanan tidak terus wujud dan masih berlaku rusuhan di kalangan rakyat yang mahu melihat pembaharuan dilakukan segera oleh pemerintahan baru walaupun selepas meraikan kejayaan menamatkan sistem beraja. Mereka terus merancang dan merancang untuk menyempurnakan agenda memiliki Perancis secara total.

Pada 9 November 1799, Napoleon Bonaparte dilantik sebagai ketua negara dan digelar Maharaja yang akhirnya menyempurnakan Revolusi. Pemerintahan Bonaparte menjadi titik mula kepada pemerintahan Perancis yang lebih radikal dan memperluas rancangan untuk mencetus ilusi peperangan yang lebih besar dan seterusnya menubuhkan Amerika. (Perancis menghadiahkan Statue of Liberty kepada Amerika sebagai tanda persahabatan dan tanda memori indah kepada pemimpin-pemimpin Amerika terhadap ‘petualangan’ Illuminati Perancis dalam merancang penubuhan Amerika, rahsia ada di sebalik peristiwa Revolusi Perancis).

SIMBOL-SIMBOL ILLUMINATI

Sebelum kita pergi lebih jauh, adalah lebih baik jika kita mengenali simbol-simbol yang digunakan oleh Illuminati bagi memudahkan anda mengikuti perbincangan ini.

2009_nwo_obv_detail_400

The All Seeing Eye, Satu Mata bercahaya seperti matahari yang terapung di atas Unfinished Pyramid.

Tambahan: perhatikan perkataan One Troy Ounce 99.9% fine silver di sebelah kanan gambar, 99.9 atau 999 akan menjadi 666 iaitu nombor kod penyembahan syaitan jika diterbalikkan.


Isyarat tangan: Devil’s Horn

occult-washingtondc_03

Pentagram di tengah bandar Washington, ia boleh dilihat dengan memerhati struktur jalan di Washington, bucu paling bawah ialah terletaknya White House

masonic_structure

Structure of Power

occult-washingtondc_04

Star of David, ia boleh dilihat dengan memerhati struktur jalan di Washington, bucu paling bawah dalam segi enam ialah terletaknya White House

1 comment:

  1. bukti illuminati sedang mempersiap perang besar

    http://drnoproblem.blogspot.com/2010/09/bukti-illuminati-mempersiap-perang_22.html#comments

    ReplyDelete