Thursday, July 8, 2010

tHe oRiGiNs oF MaLay ( paRt 7 - the LaNd oF gOdS FiNaL )

Pembukaan Kepada Rahsia 'Darah Naga'








Cerita tentang 'Darah Naga' memakan ruang yang besar jika dihuraikan satu-persatu.Ini kerana ia berhubungkait dengan pelbagai mitos yang dikongsi oleh Tamadun China,Firaun Mesir dan Kabbalah Yahudi.Sebagaimana legenda Ibrahim (Brahmin) dan Keturah (Puteri Mayang Mengurai/Puteri wangi-wangian) yang dikongsi oleh budaya Mon-Khmer dan Cham,kisah 'Darah Naga' ini terdapat dalam kesusasteraan Mesir Purba,mitos masyarakat China dan kultus-kultus mistik Kabbalah!

Dan rahsia 'Darah Naga' ini tidak boleh dibuka sewenang-wenangnya.IA ADALAH RAHSIA DALAM RAHSIA.

Shriners bertahap 33rd degree pun tidak mengetahui asal-usul 'Darah Naga' ini.

Sebelum rahsia dibuka,kami ingin beritahu buat kesekian kalinya,BAHAWA MELAYU ITU BUKAN YAHUDI ATAU DARI BANI ISRAEL.Tetapi jika ada golongan Bani Israel yang datang ke sini,mereka telah terserap menjadi Melayu sepertimana orang India (keturunan Pakistan,Benggali,Urdu,Hindi,Tamil dll) yang berkahwin dengan orang Melayu cenderung menjadi Melayu di Nusantara ini (menjadi satu lagi cabang Melayu iaitu golongan Mamak atau Mamu dan Mami).Melayu (Jawi) dan Yahudi (Israel) adalah dari berlainan keturunan tetapi ada hubungan jauh.Dan ada dua 'jenis Melayu'.Satu adalah Melayu hasil perkahwinan Abrahama (Ibrahim a.s) dan Keturah (Orang Yahudi menggelarkan beliau sebagai Wangi-wangian,Khmer menggelarnya sebagai puteri naga,tradisi Melayu Cham menggelarnya MAYANG MENGURAI),dan satu lagi adalah Melayu Kuno Nusantara,yang dahulunya bergelar 'Darah Naga'.Ia adalah dari keturunan sebelah ibu Melayu Moden,Siti Keturah (Melati/Damar Wangi/Ye Ye/Mayang Mengurai).

Tradisi Yahudi Kuno menyebutnya sebagai Leviathan ( L’V’Th’N),Ular Besar yang berenang di Laut Merah (Giant Serpent).Ia adalah raksasa laut atau digelar sebagai Draken.Kod Warna untuk menggambarkan legenda ini adalah hitam dan merah.Ini adalah warna di atas Aziluth dalam mistik Kabbalah Tree of Life "Pohon Kehidupan".Ia adalah Sacred of Binah.Bermula dari warisan The Giant Serpent ini muncullah pelbagai kepercayaan karut Kabbalah,sehingga sampai penyembahan kepada Pentagram dan Sabbatical Goat;Baphomet.

Terdapat satu ritual yang dinamakan Rite of Vampire.Semuanya berkaitan Dragon Blood sebagai 'The Royal Blood of Kings'.Namun tradisi Kabbalah Yahudi membuatkannya menjadi ramuan kepada mistik sesat yang menyeramkan.

Menariknya Kabbalah Yahudi menggunakan mantera-mantera dalam bahasa Mesir Kuno untuk menjalankan ritual paling gelap dan terahsia mereka.Contohnya,mantera untuk membangkitkan 'MIND'S EYE' dalam tubuh menggunakan mantera:


"Ti Ah Maat!"


Mantera ini dizikirkan (chanting) sehingga kuasa itu bangkit menyelubungi diri.Ketika para rahib Kabbalah sedang bertafakur di hadapan berhala Ular Besar mereka,mari kita perhatikan rahsia dalam mantera ini.

'Ti Ah Maat' di mana 'Maat' bermaksud 'Mata' (ingat petunjuk dalam The Egyptian Book of The Dead).Mantera ini adalah untuk membangkitkan 'penglihatan minda'.Ini dinamakan nama sfera:Kether.Terdapat nama sfera lain yang aneh,iaitu Daath.Daath adalah bererti 'royal edict' iaitu 'gelar diraja' dalam bahasa Ibrani Kuno (ingat Darth Vader?Setiap gelaran Darth dalam filem Starwars merujuk kepada gelaran elit golongan Darkside Force,Darth di dalam filem ini diambil dari kata Daath/Dath dalam bahasa Ibrani/Hebrew).Perhatikan persamaan kata 'Datu/Dato' dalam budaya Melayu dengan 'Daath (disebut 'Dat') dalam budaya Ibrani Kuno.Perhatikan kata 'Maat' (disebut 'Mat') dalam bahasa Mesir Purba dengan 'Mata' dalam bahasa Melayu.Dalam tatabahasa Ibrani huruf 'u' dihujung 'Datu' hilang dan mereka menyebutkan sebagai 'Dat' sahaja.Mesir Purba pula menghilangkan huruf 'a' dihujung kata 'Mata' dan menjadi 'Maat' (sebutan 'Mat').Cuba anda sebut 'MatHeru' berulangkali.Rasakan persamaannya dengan kata 'Matahari' (Heru adalah nama asal dalam bahasa Mesir Purba manakala orang Barat menyebutnya sebagai Horus).

Maat Heru=Mata Heru=Mata Horus=Mata Hari.

Mengapa Kabbalah Yahudi menyebutkan mantera agama sihir mereka di dalam bahasa Mesir Purba??INI KERANA BAHASA MESIR PURBA ADALAH BAHASA SUCI AGAMA SIHIR KABBALAH!


Dan bahasa suci ini dipengaruhi 'BAHASA NENEK MOYANG DI THE LAND OF GODS,PUNT!

Tanah Punt digelar sebagai 'Sun God Land'.Ini kerana kedudukannya yang menerima cahaya matahari sepanjang tahun.Ini adalah ciri-ciri iklim Khatulistiwa!Dalam bahasa Mesir Purba ia disebut sebagai 'Ta netjer'.Heru (tradisi Greek menyebutnya sebagai Horus) adalah seorang raja di 'Sun God Land' ini.Tradisi Mu (nama lama Nusantara mengikut mistik Barat) menghormati raja ini yang memerintah dengan saksama seperti cahaya mentari,memberikan cahaya kesejahteraan kepada rakyat.Dari sini muncul simbolisme 'Mata Heru' atau 'Matahari';kesan raja ini yang masih tertinggal ada bahasa Mu/Punt yang masih bertahan sehingga ke hari ini!

(Ingat,kebiasaan kaum pagan menganggap raja-raja yang berkarisma sebagai dewa/tuhan dan ini bertentangan dengan fikiran sihat yang dianjurkan oleh Islam)

Punt pada mulanya dianggap terletak di Afrika tetapi penemuan bentuk badak sumbu di relief pada kuil di Luxor yang mempunyai hanya satu sumbu adalah menunjukkan ciri-ciri badak Asia,bukan badak Afrika!Ketika ekspedisi Hatshepsut pada kurun 15 Sebelum Masehi,dicatatkan pada relief pada tembok kuil bahawa Nehesi telah mengetuai ekspedisi ke Punt mewakili Ratu Hatshepsut.Ketika itu Punt diperintah oleh Raja Perehu (King Parahu) dan Permaisuri Hati (Queen Ati).




Rahsia Gelaran Pharaoh (Firaun) dan Kunci Sulit Amun-Ra di Kamar Raja-Raja




Para penyelidik telah mengkaji sejak bilakah gelaran 'Pharaoh' digunakan.Perkataan 'Pharaoh' sebenarnya berasal dari sebutan Mesir Purba 'Prao' atau 'Prau'.Kemudian dicedok oleh Greek Purba (Yunani) dan Latin menjadi 'Pharao'.Kemudian orang Inggeris menuliskannya sebagai 'Pharaoh' sehingga ke hari ini.Pada awalnya,maksud 'Prau' ini bukanlah menunjukkan gelaran diraja tetapi tempat atau istana raja.

SOALANNYA SEKARANG,APAKAH SEBENARNYA 'PRAU' INI??

Nanti dulu,kita lihat dahulu sejak bilakah perkataan 'Prau/Prao' ini dipakai dalam budaya Mesir Purba.

Catatan terawal di mana kata 'Prao' ini digunakan ialah merujuk kepada pemerintah di dalam surat kepada Amenhotep IV (Akhenaten) ketika pertengahan era Dinasti ke-18 (1550-1292 Sebelum Masehi) di mana disebutkan dengan kata-kata:

"Prao,seluruh kehidupan,kekayaan dan hidup sihat!"

Gelaran 'Prao' ini digunakan selepas era Ratu Hatshepsut iaitu pemerintah sebelum Amenhotep IV ini!Dinasti ke-19 dan seterusnya menjadikan gelaran 'Prao' ini digunakan secara rasmi yang membawa maksud 'Tuanku'.


Dari sini kita dapat menghidu,dari mana orang Mesir ini mencedok kata 'Prao' ini.

PEMBUKAAN RAHSIANYA IALAH,KATA 'PRAO' INI BERASAL DARI NAMA RAJA PUNT,RAJA PEREHU.

Perahu,juga disebut sebagai 'prau' atau 'prao' dalam literasi Sumeria-Mesir-Barat adalah nama sejenis pengangkutan laut orang Melayu.Nama lain bagi perahu adalah sampan.Raja Punt bergelar Raja Perahu menunjukkan penguasaannya ke atas laut dan perdagangan maritim,profesion utama orang Melayu pada zaman purba.Ingat,bilakah ekspedisi Mesir Purba bertemu Raja 'Prao' ini di Punt?

Iaitu KETIKA ERA RATU HATSHEPSUT!!

Patutlah inskripsi terawal yang mencatatkan gelaran 'Pharaoh' ini hanya dikesan selepas era Hatshepsut.Sebab ketika era Hatshepsutlah Raja Kuno Melayu 'King Parahu' memerintah seluruh Nusantara!

Raja Prao dan Permaisuri Ati.Misteri yang tidak tertanggungkan.Sebab itu para Firaun menyebutkan tanah ini sebagai 'Tanah Nenek Moyang'.

INILAH HUBUNGAN TERAHSIA RAJA PEREHU DENGAN PARA FIRAUN.Gelarannya dipakai oleh kerabat diraja Firaun.Tanyalah Tutankhamun dan Nefertiti,siapakah sebenarnya 'Prao' ini?

Mari kita siasat lagi siapakah Raja Prao/Perehu ini.

Di dalam era Dinasti ke-12,perhubungan dengan Punt direkodkan di dalam 'Kisah Pelaut Kapal Karam' yang terkenal dalam kesusasteraan Mesir Purba.Kisah ini menyebutkan:

"...Seorang pelaut telah tiba di satu kawasan kepulauan di mana kapalnya telah karam.Dia cuba berenang untuk mendekati pantai.Sampai di pantai,pelaut itu pun berjalan-jalan di sekitar pulau itu.Tiba-tiba seekor Ular Besar telah menghampirinya.Pelaut itu berasa amat takut.Alangkah terkejutnya pelaut itu apabila Ular Besar tadi berkata-kata dengannya:
 

Akulah Raja Punt.

Aku memerintah pulau-pulau.Aku berkuasa ke atas pulau-pulau ini.
 

Pelaut itu dilayan dengan baik oleh Raja Ular Besar itu.Dia diberi makanan,minuman dan layanan mesra..."


Cerita ini mengandungi separuh mitos,dan separuh kebenaran.Mungkin penulisnya mahu menggunakan teknik perlambangan kepada imej Raja Punt itu.Kemungkinan raja itu memakai topi yang bermotifkan kepala ular atau kostum yang bercorakkan kulit ular.Namun kata Ular Besar (Giant Serpent) itu mengandungi rahsia terdalam orang Melayu.Dan rahsia ini tidak boleh dibuka sewenang-wenangnya SECARA LANGSUNG di dalam blog percuma seperti ini.Ia adalah ALTER TERAHSIA BANGSA MELAYU.

Ini akan membuka rahsia 'Darah Naga' (The Dragon Court of Royal Bloodline).JIka anda masih setia dengan kami,kami akan cuba bukakan sedikit demi sedikit.Selagi potoh NAGA masih tersimpan di dalam simpanan Kesultanan Perak,selagi itu rahsia ini masih ada.Di dalam hikayat Naga Kepala Tujuh,cerita rakyat negeri Perak,disebutkan mahkota anak raja yang dicuri oleh Naga ini dan ini kononnya menjadi sebab Sultan Perak hari ini tiada bermahkota.Tanyalah peristiwa Beting Beras Basah,dan kaji mengapa setiap pertabalan Sultan Perak,mereka mesti membasahkan kaki di Beting Beras Basah ini.

Jadi siapakah warisan Raja Naga ini?Ingat lagi Soma atau Puteri Mayang Mengurai yang jatuh cinta dengan ORANG SUCI?Soma adalah keturunan Raja Naga dalam cerita rakyat Khmer.Dalam versi Khmer ini,Brahmin (Preah Thaong) telah sampai ke satu pulau dan menjumpai 'RUMAH PARA NAGA' seterusnya bertemu dengan Neang Neak (Ye Ye atau Mayang Mengurai),anak perempuan kepada Raja Naga (seolah-olah sama dengan kisah pelaut yang bertemu dengan Ular Besar dalam sastera Mesir Purba tadi).Mereka pun berkahwin atas restu Raja Naga,ayah kepada Neang Neak.Raja Naga itu kemudiannya menyedut air di sekitar pulau itu dan menamakan ia sebagai Kampuchea Thipdei atau Raja Kemboja.

Jika mengikutkan hikayat dari mulut orang Mon-Khmer ini,Raja Prao/Perehu itu kemungkinan besar dari keturunan raja Soma (Naga).

Di dalam hikayat Pahang atau hikayat Tasik Chini,ada kisah dua ekor naga,SERI GUMUM DAN SERI KEMBOJA!Dan kononnya di dasar Tasik Chini terdapat puing-puing kota purba Khmer (tepatnya ialah kota orang Mon).Jika dikatakan kota Gelanggi itu di dasar tasik ini,IA MUNGKIN BENAR.


Dan tanyalah kepada Nehesi,wakil angkatan laut Hatshepsut,tentang potoh yang dipakai oleh Raja Prao itu.Jika potoh itu adalah POTOH NAGA sama seperti yang diwarisi oleh Kesultanan Perak,maka tidak hairanlah motif ular dipakai pada mahkota para Firaun.Renunglah topeng emas Tutankhamun yang penuh misteri itu.Perhatikan ukiran ULAR yang melingkar atas mahkota.Jika gelaran Raja Punt diambil oleh para Firaun ini,maka tidak hairanlah kostum dan motif Raja Punt ini,pasti dicontohi oleh mereka.Sebab itu mereka menggelar Punt sebagai,THE LAND OF GODS...Tanah Para Dewa.

Holy Land.

Dan ini Tuan-tuan dan Puan-puan...adalah bukti bahawa rahsia kita masih tersimpan di merata dunia.Mencari jejak sejarah kita memerlukan kita belayar mengelilingi dunia;sepertimana moyang kita dahulu.Sejarah kita direbutkan orang lain,terpecah-pecah,bercaing-caing diambil oleh pelbagai kaum.Kaum yang tidak punya sejarah,terpaksa mencedok sejarah kita dan mengaku ia warisan mereka.Sejarah,budaya dan warisan kita di Indochina dipecah-pecah,direbut dan dikoyak-koyakkan secebis demi secebis kemudian diambil cebis-cebis itu setiap kaum yang dahagakan warisan sejarah agung kita.Srivijaya itu adalah Melayu,Melayu itu adalah Srivijaya maka tanyalah para leluhur bangsa Thai siapakah dia Srivichai itu?Tanya pada nenek moyang Thai apakah dia dinasti Teratai Srivichai itu?Lambang Garuda itu warisan siapa?Perhatikan siapa yang terlampau megah menggunakan lambang Garuda ini,yang kini dikongsi oleh Indonesia dan Thailand.Mengapa orang Khmer mengenal Srivijaya sebagai 'Malayu' sahaja?Kaji tarian Srivichai dan sejarahnya...wahai anak-anak Melayu...kaji...kaji dan kaji sebelum kamu semua menjadi pencacai sejarah orang lain.Sebelum kamu menjadi lembu dicucuk hidung kepada budaya Barat yang juga mencedok budaya Semitik.Sebelum kamu terpaksa menyapu lumpur kekotoran sejarah yang dipaksakan ke muka-muka kamu.

Dan ini Tuan-tuan dan Puan-puan...adalah seroja pelangi dan aurora lazuardi yang disapu oleh mendung pembohongan dan buta sejarah oleh kita sendiri.Sampai bila kita mahu merendah diri tak bertempat dan mengiyakan pembohongan orang lain terhadap permata dan emas sejarah agung kita.Cukup-cukuplah Inggeris menipu kita,mengapa kita sanggup menjilat pula pembohongan warisan kemelayuan oleh pihak-pihak yang juga berharap merampas warisan kita (rujuk Teori Memelayukan Siam oleh Siam Ayutthaya).Sudahlah Raja Thai berusaha mencipta pelbagai fantasi mahu menThaikan semua warisan Melayu kita,inikan pula 'satu rumpun mereka' yang lain mahu menSiamkan sisa-sisa sejarah yang ditinggalkan pada kita.Mengapa mereka kurang selesa dengan nama 'Melayu'?Sebab mereka tahu,SEBENARNYA MEREKALAH PENCACAI SEJARAH DAN WARIsAN AGUNG KITA,jadi apa yang perlu dibuat ialah menukarkan semua sisa-sisa sejarah yang ada menjadi warisan Siam yang sebenarnya hanyalah dongeng di zaman moden.Tiada lagi warisan Melayu selepas itu...tiada lagi ayahanda Ibrahim dan bonda Mayang Mengurai.Yang ada selepas itu adalah Siam Ayutthaya Traikolanat Watpapat Sikulipat Siapa Cepat Dia Dapat!Akhirnya yang kecewa adalah kita sendiri yang tergadai semua sejarah agung dan warisan zaman-berzaman.Ingat!Tiada bukti pun orang Siam pernah membina kota purba di sini.Gelanggi bukan kota Siam Ayutthaya atau Thai.


Sungguh!Cubalah wahai pakar psikik dan channeling Malaysia 'tengok-tengok'kan kota purba ini jika semua ahli sejarah dan pakar arkeologi Malaysia sudah mengalah sebelum berjuang...sesungguhnya kota ini adalah kota bersama orang Melayu Kuno dan orang Mon.Tanyalah orang Temiar dan Jahai,bagaimana mereka boleh sesat ke hutan-hutan Malaysia.Bahasa mereka adalah bahasa MON PURBA!!Wahai anak-anak Melayu...kaji...kaji dan kaji sebelum kamu termuntah berkahak-kahak kerana mual dengan daki kekotoran sejarah fantasi orang lain.Orang Mon dan Melayu Gelanggi inilah Siam Asli yang sebenar...tiada orang Siam Anai-anai yang berbahasa Siam Kedah atau Tai Ramkhamhaeng yang tertinggal di hutan-hutan MalaysiaMENJADI ABORIGINE SEBAGAI BUKTI KEWUJUDAN MEREKA TERHADAP HAK KOTA GELANGGI YANG DIREBUT SETENGAH MATI OLEH TAI RAMKHAMHAENG ADULYADEH DAN SIAM AYUTTHAYA ANAI-ANAI.Tiada...memang tiada.

YANG ADA ADALAH ABORIGINE MALAY SEPERTI JAKUN DAN TEMUAN SERTA ASLIAN MON PURBA SEPERTI MAH MERI DAN JAHUT.




Jika dikatakan istilah 'Siam' itu hak orang Mon,YA INI MUNGKIN BENAR kerana merekalah etnik selatan China yang terawal berhubung dengan kaum-kaum Malayo-Polynesian.Ketika Tai Ramkhamhaeng terpisat-pisat 'membina' kerajaan gerila di utara Indochina...orang Mon telah ada pagoda-pagoda emas dan negara-negarakota mewah.Ketika Siam celup versi Ayutthaya baru membuka negeri di Sungai Chao Phraya,sejarah manis orang Mon ini telah menjadi muzium sejarah sebagaimana sejarah orang Melayu Funan dan Cham yang 'established' menjadi legenda yang dikenang-kenang oleh orang Khmer sama ada diukir di kuil-kuil atau istana mereka.

5 comments:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  2. http://riwayatmelayu.blogspot.com/2011/04/alter-terahsia-bangsa-melayu-xiii.html

    ReplyDelete
  3. Nk tnye admin,,,betulkah ayuthaya itu salah satu kerajaan islam di bawah naungan kerajaan kedah tua

    ReplyDelete