Sambungan dari http://ceritasatumalam.blogspot.com/2010/11/pelajaran-iikedudukan-geografi-orang.html :
Pelajaran 3: Belajar pengaruh kebudayaan tinggi,Teori Klimaks dan Teori Penyusutan.
Saya ingin beritahu kepada anak-anak Melayu sekalian bahawa ramai 'orang yang terancam' akan cuba 'downgrade' sejarah agung kita.Tidak kira dari luar mahupun dalam.Orang luar mahupun sesama 'adik-beradik' kita.Saya namakan sindrom ini sebagai "Kiasu-Sejarah".Orang luar sebab mereka terancam dengan konsep Ketuanan Melayu walaupun secara rambangnya orang Melayu bukanlah benar-benar 'tuan' di sini.Sebab satu lagi kerana tujuan politik.Mereka mahukan kuasa dan tanah orang Melayu KERANA KUASA DAN TANAH ORANG MELAYU MASIH BERTAHAN KERANA FAKTOR SEJARAH.Tidak percaya?Saya beritahu.
Orang Melayu bukanlah benar-benar 'tuan' di sini.Kek ekonomi negara dilahap dan 'dimentekedarah' oleh kaum-kaum lain (tidak perlu saya beritahu).Sasaran 30% kek ekonomi semasa era DEB tidak pernah tercapai.Bayangkan hanya mengemis 30% sahaja dari kekayaan ekonomi tetapi tidak pernah tertunai.Namun ada orang masih terancam dengan nama 'DEB'.Walaupun mereka tahu DEB tidak begitu berjaya (hanya berjaya melahirkan korporat Melayu yang kedekut dan kontraktor subsidi) namun mereka masih tidak berpuashati.Nama 'DEB' itu masih jadi sumpahan kepada keturunan mereka.
Jadi orang Melayu bukanlah benar-benar 'tuan' di sini.Bila-bila masa 'orang itu' boleh beli Malaysia.Pemimpin kita sudah lama dibeli mereka.Lihat isu judi bola.Sekejap boleh sekejap dimansuhkan.Siapa yang beli pemimpin UMNO supaya kata 'boleh'?Padahal jika pemimpin UMNO ikut agama,sudah tentu tahu JUDI ITU HARAM.Ini terlampau 'basic' dalam hukum agama.Budak-budak sekolah agama rakyat pun tahu.Saya mahu beritahu anda bahawa pemimpin UMNO tidak ikut agama mereka.Mereka ikut siapa yang 'membeli' mereka.Bukan semua tetapi majoriti.Jadi kesimpulannya,politik moden tidak benar-benar mampu menyelamatkan survival orang Melayu.Apa yang mempertahankan orang Melayu setakat ini?
-Hak Keistimewaan Orang Melayu
-Sistem Raja-raja Melayu
-Islam
Tiga benda ini,jika saya adalah golongan 'yang terancam' itu...saya akan hapuskan serta-merta jika saya naik memerintah Malaysia atau berjaya membeli pemimpin UMNO.Tiga benda ini kalau terhapus,maka orang Melayu Malaysia akan merempat sepenuhnya di atas muka bumi ini.Saya letakkan Islam di akhir kerana jika hak keistimewaan Melayu dan sistem raja-raja Melayu hancur sekalipun,orang Melayu tetap boleh bertahan jika bersatu atas nama agama.Namun jika orang Melayu tidak ikut agama,maka you are TOTALLY OUT!
Islam adalah benteng terakhir yang paling ampuh.Islam menyebabkan orang Cina Muslim dan India Muslim ('mamak' dalam panggilan mesra orang Melayu) merasa kasihan melihat saudara mereka dari kalangan Melayu.Ketika Islamlah,orang Cina dan India lebih nampak mengapa orang Melayu bermati-matian mahu pertahankan tanah tumpah darah mereka.
Saya boleh katakan,orang Melayu bertahan secara teknikalnya (abaikan faktor Islam) kerana faktor sejarah.Pertama,kerana kita adalah 'pribumi' (istilah UMNO 'bumiputra').Hak Keistimewaan orang Melayu tegak atas premis ini.Tanah Rizab Melayu tegak atas premis ini.SEJARAH MENGATAKAN ORANG MELAYU ADALAH PRIBUMI MALAYSIA.JIka kita bukan pribumi maka tiadalah Hak Keistimewaan Melayu.Apa yang membuatkan Melayu layak dapat 'special rights'?
SEJARAH
Sebab itu caranya ialah putarbelit sejarah sehingga mengatakan ORANG MELAYU ADALAH PENDATANG.'Simple' tak taktik ini?Sebab itu saya katakan sejarah juga penting.
'Adik-beradik' kita pula dijangkiti sindrom ini kerana mahu 'upgrade' sukukaum sendiri.Dari sukukaum kepada satu bangsa yang hebat sehingga Melayu pun terbalik jadi sukukaum mereka.Saya tidak mahu ulas panjang tentang ini.
Kelebihan bangsa Melayu pada masa dahulu ialah mereka menakluk kebanyakan wilayah pada masa silam BUKAN SEPENUHNYA MENGGUNAKAN KUASA TENTERA.Mereka menggunakan 3 faktor ini untuk mengembangkan empayar.
-Kelas memerintah (ruling class)
-Hegemoni perdagangan
-Prestij kebudayaan
Ok,para pelajar sekalian,buka buku nota.Anak-anak Melayu jangan malas belajar sejarah sendiri nanti kena buli orang luar,tanah kena rampas macam Pulau Batu Putih atau jadi hamba sahaya Sultan Siam.
Pengaruh Kebudayaan Tinggi
Kekurangan fakta tentang sejarah Melayu menyebabkan ramai orang tidak faham mengapa orang Melayu masih wujud dan bahasanya paling tersebar luas berbanding bahasa Siam Pendang (contohnya).Ketika Empayar Sriwijaya mendominasi perdagangan antarabangsa di Asia Tenggara,orang 'English' masih beridentitikan Angles dan Saxons,dua kaum Jerman Kuno yang berhijrah dari Jerman moden ke kepulauan British.Bayangkan ketika itu telah ada satu kerajaan yang bernama Melayu di Sumatera,kaya dengan emas.Ketika itu juga tiada kerajaan bernama 'China' atau 'India'.Orang Melayu tahu tentang 'China' dari panggilan para pedagang Parsi 'Che-na'.Orang dari India orang Melayu mengenalnya sebagai 'Keling' berasal dari Kalinga,satu kerajaan kuno di India.Tetapi nama 'Melayu' itu memang ada sebagai sebuah kerajaan yang menjalankan perdagangan emas!
Kebudayaan orang Melayu mencapai kemuncaknya ketika zaman Sriwijaya dan Kesultanan Melaka.Kostum,bahasa dan budayanya menjadi standard kepada semua ras Melayu seluruh Asia Tenggara.Jika mahu lihat budaya Melayu Sriwijaya yang tertinggal,lihat budaya selatan Thai dan Filipina.Di Filipina,bahasa Sriwijaya iaitu bahasa Melayu kuno masih tertinggal pada bahasa-bahasa puak di sana!
Bayangkan kebudayaan Melayu telah sampai ke kemuncaknya pada abad ke 7 Masehi.Ini bermakna untuk sampai ke tahap itu orang Melayu telah bina rangkaian perdagangannya beratus tahun sebelum itu.Dan sudah tentu orang Melayu telah wujud lebih lama dari itu!Mengapa terjadi demikian?Hari ini cikgu nak bagitahu para pelajar sekalian tentang maksud kebudayaan tinggi.
Kebudayaan tinggi adalah kebudayaan yang mencapai tahap klimaks dan mengekalkan ciri-cirinya yang unik dan prestij.Ketika orang Melayu mencapai klimaks kebudayaan,budayanya dan bahasanya telah menyebar ke seluruh pelusuk Asia Tenggara.Kebudayaan klimaks ini akan diikuti oleh sub-sub budaya yang lain.Klimaks kebudayaan ini juga dipengaruhi oleh ciri-ciri yang unik dan prestij berpunca dari kreativiti sesuatu bangsa.
Contohnya ketika dinasti-dinasti Melayu memerintah Indochina,mereka telah meninggalkan klimaks kebudayaan yang tinggi dan diikuti oleh orang Khmer dan Thai.Jayavarman II yang mengasaskan Angkor adalah Senapati Sriwijaya (gabenor) yang membawa corak pemerintahan dinasti Melayu,budaya dan seni ke dalam masyarakat Khmer di Kemboja.Ketika dinasti Melayu memerintah Jawa (melalui dinasti Sailendra),mereka telah membawa seni dan budaya Melayu ke dalam masyarakat pribumi Jawa.Kita masih dalam kajian sejak berapa lama dinasti Sailendra sudah bertapak di Jawa.Sebab itu ada budaya keris dalam masyarakat Jawa.Contohnya dalam sejarah raja-raja Bali,salasilahnya dimulai oleh raja dari dinasti Melayu.Begitu juga dalam salasilah raja-raja Kemboja.
Kebudayaan tinggi menyebabkan sub-subbangsa lain akan mengadaptasi kebudayaan tinggi ini ke dalam kebudayaan tradisional mereka.Contohnya kaum Sulu.Mereka mengadaptasi keris dan pengaruh bahasa sejak zaman-berzaman hasil hegemoni Sriwijaya ke atas kepulauan Sulu dan Filipina.Dengan kata lain apabila tiba klimaks kebudayaan bangsa Melayu,maka budaya Melayu mempengaruhi kaum-kaum Austronesia yang lain.
Bagaimana proses pengaruh ini berlaku?
Ok,kalau anda mengkaji sejarah Asia Tenggara sedalam-dalamnya melalui sumber-sumber primer (bukan ulasan atau olahan nasionalis) seperti prasasti,riwayat (chronicles),manuskrip dan catatan sejarah,anda akan dapat gambaran besar tentang aktiviti 'Malay ruling class' dalam banyak kronologi sejarah Asia Tenggara.Orang Melayu sifat dia suka buka kerajaan.Kalau ada 4 adik beradik maka mereka kalau boleh tak nak bersatu buat satu kerajaan,tetapi buat 4 kerajaan berbeza.Sampai rela berperang sesama sendiri.Dalam sejarah Melayu yang masih dikesan setakat ini,terdapat dua era sahaja di mana orang Melayu bersatu dalam satu empayar iaitu era Sriwijaya dan Kesultanan Melaka.
'Malay ruling class' adalah kunci kepada sejarah Kemboja dan Thailand.Dinasti-dinasti Melayu yang terkenal adalah seperti dinasti Mala,dinasti Soma dan sudah pasti dinasti Sailendra.Sejarah Melayu penuh dengan suka duka 'Malay city-states'.Sebab itu ketika hegemoni Sriwijaya,negarakota-negarakota Melayu ini tetap wujud dan popular.Saya akan sentuh banyak lagi tentang rahsia 'Malay ruling class' ini pada artikel utama.
Hegomoni perdagangan tidak perlu saya ulas panjang.Maharaja Sriwijaya dari dinasti-dinasti Melayu ini telah membuka aktiviti perdagangan di Selat Melaka dan Laut China Selatan dan ini telah disambut dengan baik oleh suku-suku Austronesia yang lain.Bayangkan betapa kaum-kaum Austronesia mengenang keagungan zaman kegemilangan perdagangan laut Asia Tenggara,menyebabkan Maharaja Sriwijaya menggunakan matawang emas,raja-raja Jawa dan Melayu menjadi pemerintah terkaya "in all the Indies".Datu-datu di Laut Sulu dan Filipina mampu menyimpan emas yang banyak hasil perdagangan emas dan cukai.Bugis,suku-suku Makasar,Sulu,Bajau,Orang Laut dan lain-lain mendapat manfaat berkhidmat dengan raja-raja dan bangsawan Melayu dalam arena perdagangan laut.Kerancakan perdagangan laut ini terakam kemas pada 'wonders' Sriwijaya iaitu Borobudur yang dilambangkan dengan ukiran kapal pada bas-relief.
Bangsa yang punya peradaban tinggi akan tetap 'survive' walaupun ketika imperialisme.Bangsa Melayu adalah payung kepada semua kaum-kaum Austronesia ketika mereka memasuki era imperialisme supaya tidak terus pupus.Kemerdekaan Malaysia memberikan harapan kepada sukukaum lain supaya membebaskan diri dari pengaruh Barat.Lebih baik merdeka di bawah adik-beradik Austronesia yang lain dari dicabut jatidiri oleh orang luar yang 100% berbeza adat budaya.Lihat kaum Sulu/Filipina yang ada di Luzon.Mereka lebih 'sepanyol' dari orang Sepanyol atau Amerika Selatan sendiri.Lihat orang Sulu yang berdekatan Sabah.
Prestij kebudayaan adalah sebab mengapa sukukaum-sukukaum Austronesia yang lain tertarik untuk mencedok ciri-ciri budaya Melayu.Anda sudah belajar tentang sebutan nombor-nombor di kalangan bahasa-bahasa Austronesia adalah mirip nombor-nombor dalam bahasa Melayu.Ini kerana bangsa Melayu adalah bangsa Austronesia yang paling ke hadapan tamadun dan prestij kebudayaannya.Orang Aztek dan Maya hebat ilmu sains dan teknologi bangunannya tetapi siapa yang mahu meniru cara berpakaian mereka?Orang Aztek ini bagaikan watak Predator dalam franchaisi filem Predator.Predator nampak hebat dengan segala teknologi persenjataan yang canggih tetapi penampilannya tetap haiwan seperti katak yang hodoh.Orang Aztek dan Maya amat canggih sistem astronomi,kalendar dan ilmu sains mereka tetapi berpakaian seperti orang Penan.
Tetapi orang Melayu yang membina Borobudur dan negarakota-negarakota pesisir pantai Asia Tenggara segak memakai tanjak dan kostum yang kemas.Terutamanya ketika Kesultanan Melaka,kostum era ini menjadi model kepada kostum raja-raja Melayu sehingga ke hari ini.Maharaja Sriwijaya pula memakai mahkota yang diperbuat dari emas tulen.Sungguh indah bila mengenang kegemilangan bangsa Melayu yang hilang ketika dulu.
Apabila sampai kepada klimaks,setiap tamadun pasti ada penyusutan.Namun adakah penyusutan itu menjahanamkan terus bangsa itu atau meminimumkan jumlah atau kewujudannya?Tamadun Babilon,Phoenicia dan Assyria pernah mencapai tahap klimaks ketamadunan dan kebudayaan,tetapi apabila sampai ke titik penyusutan,maka mereka terus pupus dengan teruknya.Ketika peperangan dengan Babilon,Medes dan Scythia,ibukota Empayar Assyria ditakluki dan hancur namun anehnya bangsa Assyria ikut jatuh dan pupus dengan teruknya.Ini penyusutan yang drastik.Tetapi bangsa Melayu ketika empayarnya hancur,mereka degil bina kerajaan di tempat-tempat lain!
Sriwijaya bina ibukotanya di merata tempat sampai ahli sejarah sukar menetapkan lokasi sebenar.Apa tujuannya?SURVIVAL.
Raja Rejendra Chola dari dinasti Chola terpaksa menyerang negarakota-negarakota pesisir pantai di bawah hegemoni Sriwijaya untuk menjatuhkan Sriwijaya namun gagal.Jika Rajendra Chola hanya menyerang Palembang,Maharaja boleh memerintah dari Kedah atau Borneo.Maka caranya serang semua pelabuhan Sriwijaya.Tetapi Raja Chola masih belum berjaya.Sriwijaya cuma lemah namun tidak jatuh sepenuhnya.Ketika Empayar Chola jatuh pada abad ke-13 di bawah Pandyan,Sriwijaya masih wujud lagi dan malah ada menghantar duta ke China.Anda nampak strategi politik Maharaja Sriwijaya ini?
Apabila hegemoni Sriwijaya jatuh sepenuhnya apabila nama 'Sriwijaya' itu sendiri dengan rasminya tidak terpakai lagi sebagai sebuah empayar,dinasti Sriwijaya masih memerintah lagi!Dimana?Di Sumatera,iaitu tepatnya di Kerajaan Melayu yang pernah ditakluki Sriwijaya dahulu.Dari situ muncul kerajaan Dharmasraya,menyambung warisan Sriwijaya.Lihat,Sriwijaya punya 'base' yang kebal dari kepupusan.Apabila dikatakan Majapahit mahu menyerang kerajaan Melayu ini dalam ekspedisi Pamalayu,tidak kedengaran dalam rekod sejarah pembunuhan beramai-ramai orang Melayu tetapi apa yang terjadi ialah orang Jawa Majapahit menghadiahkan tugu besar kepada Kerajaan Melayu dan mengambil dua puteri Melayu untuk dipermaisurikan di istana Majapahit,juga menjemput ramai artisan dan tukang-tukang Melayu membangunkan Majapahit.Teka siapa Gajah Mada?Orang Melayu!
Cuba teka apabila Sriwijaya jatuh,apa yang orang Melayu buat?
Bina kerajaan Dharmasraya!Bina Empayar Chermin-Kelantan!
Cuba teka apabila Dharmasraya makin terdesak oleh hegemoni Majapahit,apa orang Melayu buat?
Bina Kesultanan Melaka!
Cuba teka apabila Kesultanan Melaka jatuh diserang Portugis?
Bina Empayar Johor-Riau!Hantar anak raja dan bangsawan Melayu ke Perak,Pahang dan Terengganu!
INILAH KUASA SURVIVAL.
Tanpa kemahiran ini jangan mengaku anak Melayu.Jika pengecut dan jual tanahair sendiri kepada orang luar,jangan dakwa diri anak Melayu.Jika rela sejarah sendiri dirompak dan diputarbelit orang lain,jangan mengaku Melayu!
No comments:
Post a Comment