Monday, February 27, 2012

BANGSA 'MIM' – tak hilang di dunia (siri akhir)


Mari kita imbas kembali apa yang sudah berlaku pada siri-siri yang lepas. Kepada yang baru mengikuti kisah ini, saya cadangkan anda untuk membaca siri-siri lalu kerana mungkin ianya dapat membantu anda dalam perihal yang sedikit sukar untuk di cerna oleh akal dan minda.Apa yang pasti, sebagai orang timur, kita mempunyai amanah dan tanggungjawab yang cukup besar dalam merealisasikan kebangkitan itu kerana itu adalah datangnya dari mulut baginda rasullullah sendiri.

Kisah bermula apabila penciptaan ADAM di dengki oleh AZAZIL di alam 'syurga'. Dek kerana ilmu nama-nama serta 'kesempurnaan' ADAM, maka AZAZIL bertukar menjadi IBLIS
 

demi menyesatkan anak cucu ADAM sehingga tempoh maut mereka tamat bila tiba hari kiamat. Maka turunlah ADAM dan isteri ke bumi yang ketika itu telah di huni oleh pelbagai jenis makhluk tapi masih terumbang ambing tiada khalifah untuk menerajui langit dan bumi. Kedatangan ADAM dan isteri telah membawa kepada satu penyatuan besar-besaran yang di kenali sebagai 'satu umat'.

Nabi ADAM juga telah di bantu oleh anak-anaknya yang bertaraf dewa-dewa. Dewa-dewi ini adalah anak ADAM yang di beri ilmu segala sama seperti ADAM. Dek kerana ilmu itulah
mereka dapat menjadi khalifah langit dan bumi. Tapi, kesesatan telah berlaku di mana ada segolongan manusia mengidolakan mereka sehingga mereka membuat patung-patung untuk di sembah. Terdapat juga penguasaan Nephilim gergasi waris AZAZIL+fallen angle yang mana telah merosakkan segala kesucian 'satu umat'. Terdapat juga Dewa-dewi yang telah belot dalam penyatupaduan umat ini. Meskipun mereka belot tapi mereka tidaklah belot terhadap tuhan dan rasulnya. Mereka ini berperanan untuk menjadikan ERA ADAM menuju ke ERA BARU.


Era baru itu adalah era 'dark and light' yang mana perang telah berluasa dan kebatilan mula menguasai. Pada tika inilah Lemuria dan Atlantis mencapai 'Golden Age'. Akhirnya, mereka semua telah di musnahkan oleh banjir besar NUH. Hanya golongan yang beriman saja yang terselamat. Tidak semua golongan beriman itu menaiki bahtera NUH. Ada antara mereka berada di tempat tinggi atau di gua-gua. Mereka yang terselamat di dalam bahtera itu di asimilasikan lantas menjadi satu golongan yang di namakan MIM atau quraisy kuno. Anak-anak NUH telah di turunkan di suatu tempat yang berasingan bersama pengikut-pengikut mereka. Raja peguasa hanya boleh di lantik dari kalangan keluarga waris NUH sahaja, manakala yang lainnya yakni pengikut haruslah menjalani kehidupan seperti biasa. Waris-waris NUH tahu bahawa tempat yang mereka turun itu bukanlah kampung halaman mereka yang telah musnah. Jadi, di atas wasiat NUH, mereka harus sentiasa bergerak menuju ke tempat asal mereka yakni PENTAS SUNDA.

Di sepanjang perjalanan mereka, ada saja ketamadunan yang hebat di buka. Bersama mereka adalah ilmu mengenai teknologi, sains, matematik, astronomi. pertanian dan maritim. Paling penting bersama mereka ialah 'kisah golongan beriman' untuk di jadikan 'guideline' serta perikatan. Oleh kerana itulah kalau di kaji, ketamadunan dulu kala seakan-akan mempunyai kisah penciptaan, raja-raja dan keagamaan yang hampir sama. Hanya masa merubah sedikit demi sedikit. Bila masa sudah berlalu, waris golongan ini tadi mulai mengamalkan kebatilan dan kesesatan sehinggalah di turunkan para nabi dan rasul.

"Sesungguhnya Allah telah memilih Adam, Nuh, keluarga Ibrahim dan keluarga 'Imran melebihi segala umat"
ayat 33, surah ali-imran


Tapi, terdapat nabi yang mana menjadi 'topik utama' di dalam Quran. Antaranya adalah Nabi Adam, Nabi Nuh, Nabi Ibrahim, Keluarga Ali Imran dan Baginda rasul Muhammad s.a.w. Mereka ini di 'utama'kan bila terdapat surah-surah mengenai mereka untuk kita kaji salasilah mereka. Meskipun terdapat ramai lagi nabi, tapi untuk kaji ini, saya cuma mengambil sedikit sahaja dan semuanya telah terangkum sekaligus.

Era Ibrahim dan tiga isterinya yakni SARAH, HAJAR dan QETURAH atau JAWIYAH ini telah melahirkan pelbagai bangsa di dunia ini. SARAH melahirkan bangsa bani israel dan eropah. HAJAR melahirkan bangsa arab dari keturunan ismael. QETURAH atau JAWIYAH ini pula melahirkan bangsa perkasa seperti cheldea, akkadian, madyan dan sebagainya. Tapi, hanya bangsa MADYAN yang mampu berevolusi kerana telah di satukan oleh CYRUS the great atau di kenali sebagai Iskandar ZUlkarnain. Bangsa MADYAN ini di gabungkan dengan bangsa parsi yang melahirkan bangsa ARYAN. Dari ARYAN membawa kepada KEMBOJA asli yang akhirnya lari ke tanah INDO-CHINA dan membuka empayar FUNAN.

Dari ARYAN juga, mereka menjadi bangsa TIBETAN yang mana membawa diri ke YUNNAN dan akhirnya ke tanah sumatra. TIdak berapa lama kemudian, Bangsa ini bercampur lagi dengan golongan pedagang dari bangsa Arab bersusur galur ahlul bait. Surah Al-imran dan kisah Nabi MUSA juga mempunyai 'kunci' takkala baginda membawa 70 dari pengikutnya yang beriman meuju ke suatu tempat di timur. Ini di buktikan dalam ayat quran yang membawa maksud, baginda dan para pengikut tiba di sutu tempat yang menyembah berhala.
 
 
Pada ketika itu, penguasaan firaun amat besar. Jadi, untuk melihat di manakah nabi MUSA telah 'landing', maka kita harus lihat peta zaman dulu di bawah pengaruh Firaun. Kita harus melihat negara manakah yang tidak tergolong dalam penguasaan Firaun dan sekutunya. Kaji di kaji, saya berpendapat mereka mungkin telah sampai ke INDIA atau mungkin ke tanah JAWI yakni SUMATRA atau tanah JAWA. Dek kerana itulah terdapat perbezaan di antara peragai penduduk sumatra/semenanjung dengan kepulauan JAWA yang sedikit gasar (ini kerana mereka telah melayari lautan dan di 'implan'kan sifat kasar dan berjiwa kental.)
 
Para pendatang (kaum muhajirin) ini juga berasimilasi dengan penduduk asal tanah jawi/Nusantara yakni orang asli. Kemudiannya, ketika empayar melaka sedang meningkat naik, asimilasi di teruskan dengan kaum dari china dan india datang berdagang. Takkala perang berlaku, asimilasi di teruskan dengan percampuran dengan bangsa eropah. Kini, hasilnya kita dapat melihat satu bangsa yang cukup-cukup sukar untuk di tafsirkan sebagai 'bangsa'. Jadi, adakah benar Melayu itu bangsa yang tidak akan hilang seolah-olah terlepas dari sunnatullah 'tiap umat ada umurnya'?

.....................................................................


APA ITU MELAYU?


Untuk mengetahui adakah melayu itu adalah bangsa MIM, kita harus mengetahui 'status' MELAYU itu. Di dalam perlembagaan MALAYSIA, di sebut istilah melayu itu adalah; "Orang Melayu yang tinggal di tanah MELAYU, bertutur dalam bahasa MELAYU, Mengamalkan istiadat MELAYU dan beragama islam". Jadi, apakah definisi MELAYU ini sebenarnya. DI dalam perlembagaan di sebut MELAYU itu sebagai ORANG, BAHASA, ADAT dan ISLAM. Jadi, inilah "key point" yang di berikan oleh mereka di era kemerdekaan MALAYSIA. Kalau kita menyebut bangsa cina, kita akan menyatakan seperti ini "Orang cina yang memiliki kulit kuning langsat, mata sedikit sepet, dan berasal dari tanah besar Cina."

Jadi, benarkah orang Melayu itu hanya ada di NUSANTARA sahaja? Di dalam buku teks sejarah pun, kita di dedahkan dengan frasa "MALAY WORLD". Apakah maksud MALAY WORLD itu? JIka di kaji dalam pelbagai buku yang telah di tulis oleh para pengkaji era british dahulu. Dunia melayu di bahagikan kepada 3 kelompok terbesar:-

-Mala Aborigin (berambut kerinting, berkulit gelap, bertubuh pendek)
-Etnik Kejawaan (Sawo matang, tegap, bermata kecil)
-Mali palinesian (Kuning cerah, peramah, kaum tanah tinggi)

Di dalam karya Alfred Russel Wallace, Malay Archipelago, dunia melayu ini terbahagi kepada:-

-Semenanjung tanah melayu
-tenasserim
-nicobar island dan keatas
-kepulauan Filipina
-Kepulauan Solomon dan ketimur

dan jumlah secara keseluruhnnya 'ex-pentas sunda' ini adalah lebih besar dari tanah eropah (britian). Stanford Riffles adalah orang pertama memperkenalkan konsep 'the malayan nation, the malay race' berdasarkan falsafah 'romantik', teori sosial dan biologi eropah. Pada saat inilah konsep 'divide and rule' menjadi 'rasmi'. Takkala itu, tiada lagi empayar nusantara yang di geruni tika dahulu dan sudah tiada lagi negara-negara kota yang berdiri teguh dalam mempertahankan setiap tanah jajahan.

Jadi, dunia melayu adalah dunia nusantara yang besar termasuk sedikit di Australia. Di dalam nusantara itu, wujudnya pelbagai kaum dan bangsa serta ras akibat asimilasi itu tadi. Mereka bertutur dalam pelbagai bahasa dan cara tapi takkala mereka mahu bertutur di antara kaum yang lain, mereka akan gunakan BAHASA MELAYU. Jadi, dari mana pula datangnya bahasa melayu ini sedangkan tiap kaum dan bangsa di nusantara bertutur serta pertahankan bahasa 'kebangsaan' mereka?

Bahasa melayu ini berasal dari bahasa sanskrit yang berasal dari bahasa VEDIC ARYAN. Seperti saya katakan sebelum ini, ARYAN adalah asimilasi bangsa MADYAN dan PARSI. ARYAN bergerak ke tibet dan memperluaskan ilmu ke-IBRAHIM-an yang juga di kenali sebagai AGAMA HANIF. Dek kerana itulah di tanah nusantara ini penuh dengan candi-candi lama dan candi ini bermaksud kota-kota. AGAMA HANIF tidak menyembah berhala seperti sekarang. patung-patung berhala itu adalah hasil idola mereka kepada dewa-dewi anak cucu nabi ADAM. Sekali lagi kesesatan telah berlaku. Tapi, di tanah nusantara, para ilmuan mereka di sanjung tinggi dan nusantara di jadikan sebagai 'universiti' dalam pengajian AGAMA HANIF ini. Mereka tidak menyembah selain DIA, tuhan IBRAHIM. Kalau anda seorang yang tahu dalam pembacaan peta, sila selidik bearing candi-candi ini dan anda akan dapati candi-candi ini mengarah ke BAITULMUQADIS, kiblat pertama umat 'islam'.

Bahasa melayu ini di jadikan bahasa pengantar dan kerana itulah di dalam buku teks sekolah, anda akan dapati bahasa melayu pernah menjadi lingua franca pada ketika dulu. Apa itu lingua franca? Ia adalah bahasa dunia! Bayangkan bahasa inggeris yang ada banggakan itu di ganti oleh bahasa melayu ibunda anda. Tidak dapat bayangkan? Memanglah anda tidak dapat bayangkan kerana anda malu dengan bahasa dan bangsa sendiri.

Jadi, definisi Melayu ialah "Bahasa penyatuan yang menyatukan rumpun melayu yang tinggal di sekitar dunia melayu"


.....................................................................


MELAYU ITU BANGSA MIM?


Untuk meringkaskan cerita, bangsa MIM adlah bangsa asimilsi yang sentiasa 'update' waris keturunannya yang telah bermula sejak zaman nabi NUH a.s. Bangsa MIM sememangnya tidak hilang di dunia kerana ia sentiasa 'ke hadapan dalam pencampuran bangsa-bangsa dunia. Boleh di katakan Bangsa MIM adalah bangsa UNIVERSAL atau bangsa dunia secara umumnya. Tapi terdapat syarat-syarat tertentu untuk melayakkan diri menjadi bangsa MIM yang tidak hilang di dunia (sunnatullah - tiap umat ada umur/matinya)
 
 

Kita ketahui bahasa sebelum british membawa masuk CINA dan INDIA, melayu pada masa itu adalah melayu yang tidak lagi berevolusi. Mereka tetap pada campuran yang sama yang bermula sejak zaman melaka lagi. Biarpun begitu, kemasukkan cina dan india oleh british membawa kepada evolusi ini. Meskipun begitu, evolusi kali ini kelihatan sedikit tegang kerana "yang datang tidak di jemput", "yang datang tidak di sambut".
 
 
 
Tiada proses 'give and take' di lakukan. Oleh kerana itulah masing-masing membawa perkauman masing-masing. Mereka saling survival untuk menguasai tanah melayu ini. Para rahib india dan cina tahu mengenai rahsia di bumi melayu ini. Saya pernah terbaca satu artikel secara rahsia mengenai satu saudagar cina yang mana keluarga mereka datang untuk takluki 'chi' pada bangsa yang tidur ini dan seterusnya menjadikan mereka kaya dan terus kaya. Tidak terfikirkah anda kenapa kaum cina terus kaya dan kaya? India pula hanya di ladang-ladang tapi kini telah ramai jadi lawyer dan menguasai aktiviti pengangkutan dan keewangan serta perundangan?
 
 

Tidak lain tidak bukan mereka di bantu oleh mereka yang 'tahu; kerahsiaan' di bumi bertuah ini. Tapi, ini tidka bermakna melayu itu ketinggalan kerana masih terdapat kerahsiaan yang tetap tersembunyi dan akan bangkit bila tiba masanya. insyallah. Berbalik pada MIM tadi, asimilasi terbaru ini juga menghasilkan ras baru yang di gelar sebagai CHINDA yakni INDIA+CINA tapi masih belum masuk islam. Jika sekali imbas, mereka seperti wajah kemelayuan akan tetapi mereka bukan islam. Dek kerana itulah pihak JAWI kadang-kala tersilap menangkap orang di taman-taman gelap. Bila cheak I.C, rupanya bukan muslim.
 
 


Jadi, inilah satu lagi asimilasi tapi masih belum lengkap syaratnya. Tambah pula di awal millenium, asimilasi terbaru bermula di mana bangsa-bangsa seperti Bangladesh, NEPAL, VIETNAM, AFRIKA dan lain-lain mulai bercampur di sini. Akibatnya, bertaburanlah nusa kemelayuan di seluruh dunia. Proses ini berjalan dan terus berjalan. Tapi, merekakah MIM?!


"Salam dan sejahtera, sembah bakti dan segala kebaikan bagi Allah. Salam atasmu wahai Nabi dan rahmat Allah dan keberkatanNya. Demikian pula mudah mudahan dianugerahkan kepada kita dan kepada segenap hamba-hambaNya yang soleh. Aku mengaku bahawa tidak ada Tuhan melainkan Allah. Dan aku mengaku bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah. Ya Allah berilah rahmat dan kesejahteraan kepada junjungan kita Nabi Muhammad dan keluarga Muhammad. Seperti apa yang telah Engkau anugerahkan kesejahteraan kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Dan berkatilah Muhammad dan keluarga Muhammad. Seperti yang Engkau berkati Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Tinggi."
Bacaan Tahyat akhir dalam solat
Itulah kod tersembunyi di dalam solat seharian. Takkala kita membacanya, jari telunjuk kita akan di naikkan dan tahukah anda, ia membentuk apa? Jari telunjuk dan gengaman itu telah membentuk huruf MIM. Ini bermaksud, ahli rumah (ahlul bait) itu harus bersatu dengan waris dari IBRAHIM. Syaratnya KOD RAHSIA INI HARUS DI PEGANG sebagai kad identiti anda. Ianya bukan mainan atau ritual solat, tapi ia di jadikan dengan tidak sia-sia.

.....................................................................

BUKTI - BUKTI LAIN


Bukti penerimaan agama islam di masa dulu amat jelas di mana, jika sesuatu kawasan itu akan di ambil alih oleh sesuatu yang tidak di sukainya, maka peperangan akan berlaku. Tapi, tidak di sini kerana islam telah datang dengan aman. Bagaimana ini boleh berlaku? Seperti saya katakan tadi, para rahib agama hanif di nusantara adalah yang tertinggi pangkat darjatnya. Maka, sudah tentu mereka tahu kedatangan kalki avatar, atau mahamad atau apa saja nama yang telah tertulis di dalam rig VEDA atau kitab lainnya tentang kedatangan nabi akhir ini.
 
 
 
 
Takkala itu berlaku, bangsa beriman berdarah raja ini akan patuh menerima kerana mereka tahu sesuatu di hadapan akan berlaku. Kedatangan islam juga melahirkan wali-wali hebat di tanah melayu seperti wali 9 pertama, wali songo jawa, wali 7 dan sebagainya. Ilmuan mereka tidak dapat di sanggah lagi kerana jelas lagi bersuluh bahawa merekalah bangsawan dan 'sultan' dalam bidang agama dan kepakaran masing-masing. Tapi hairannya, kenapa ulama kini menidakkan wali-wali dahulu serta ajaran mereka. Biar apapun, ini juga berlaku dek kerana sejarah. Kedatangan 'kaum muda' pada lewat 1800-an dulu telah membenamkan para 'kaum tua' dengan bantuan kolonial dan sultan. Apapun, saya tidak mahu mengulas lanjut mengenai itu.



Bukti lain adalah bentuk 'zakar' yang setiasa wujud di muka bumi ini. Jika di lihat peta pentas sunda, kita akan dapat melihat bentuk 'zakar' atau 'tanduk' ini. Selain itu juga,
bentuk yang sama ada di semenanjung arab. Akhirnya, ia jelas kelihatan dan bercantum dengan 'tubuh badan' dan terjadilah tanah melayu. Jadi, apa maksudnya ini? Anda sendiri cari, tapi yang pasti di dalam Al-quran ada menyebut banyak kali tentang 'berfikir' dan melihat tanda-tanda di sekitar kamu. Jadi, fahamilah ia.
 
 

Lidah paling universal juga adalah gelaran untuk melayu. Meskipun di dalam melayu terdapat rumpun-rumpun yang berbeza dialek, tapi mereka ini dapat bertutur bahasa lainnya dengan cukup fasih. Cuba bandingkan pertuturan bahasa inggeris antara cina, india dan melayu. Siapa lagi fasih. Pada mulanya saya ingatkan cina tapi, bila di teliti balik, cina tidak dapat bertutur elok tapi mereka bijak lantas terjadilah 'sleng' inggeris singapore seperti di dalam sitkom phua chu kang. Anda perasan ia?!
 
 

Bukti yang paling kukuh adalah kepelbagaian warna kulit dan wajah di dalam 'melayu'. Jika anda ke satu tempat, rupa wajahnya seperti orang arab, tapi bila ke tempat yang lain, seolah-olah cina. Jadi, yang mana satu melayu sebenar? Ada juga Mamak yang mengaku 'melayu' tapi berang pula melayu yang lainnya. Jika nada fahami apa maksud melayu, anda akan dapat membentuk prinsip 'menerima dan memberi' di dalam persekutuan melayu ini.
 
 
 

Pergaduhan dalam mengiktiraf melayu mula terjadi-jadi takkala 'divide and rule' berlaku. Ini di tambah pula dengan kepartian politik yang mana frasa bangsa melayu mula di aplikasikan. Sedangkan bangsa Melayu tidak wujud. Yang ada hanyalah melayu.
 
 
 
 Cukup sekadar melayu kerana melayu itu bahasa dan melayu itu perlembagaan persekutuan kaum dan rumpun etnik dalam dunia melayu. Dek kerana itu jugalah Indonesia dan Malaysia tidak reda-reda lagi permasalahannya. Ini belum di tambah dengan masalah singapore dan selatan thailand. Jadi, di manakah silapnya?! Jika seluruh nusantara mengetahu apa itu melayu sudah tentu semangat kemelayuan ini akan bangkit kembali.

.....................................................................

KAITAN DENGAN MASA DEPAN

"Ya Tuhanku! Ampunilah aku, ibu bapakku, orang yang masuk ke rumahku dengan beriman dan semua orang yang beriman laki-laki dan perempuan. Dan janganlah Engkau tambahkan bagi orang-orang yang zalim itu selain kebinasaan".
ayat 28, surah nuh
 
 


Pada era banjir besar dulu, NUH dan anak-anaknya menaiki bantera lantas di gelar 'ahli rumah'. Asimilasi bangsa-bangsa yang sempat di selamatkan dan di bawa ke atas bahtera itu menghasilkan satu bangsa yang satu yang di gelar MIM. Di kalangan mereka adalah waris dari NUH a.s yang harus menjadi raja kerana haqnya. Hal ini seterusnya di bawa hinggalah ke hari ini. \Walaubagaimanapun, ia telah dirampas oleh mereka yang tiada haq. Dek kerana itulah bangsa ini sudah 'tiada daulat' dan islam umpama 'buih-buih di lautan'.

 
 
 
 
 
 
Pernah dengarkah frasa 'masuk jawi'? Frasa ini adalah perlambagaan tentang seseorang yang mengucap dua kalimah syahadah dan di saksikan oleh beberapa orang sambil jari telunjuknya mengangkat lantas membentuk MIM. Jadi, orang dulu telah berpegang pada frasa "masuk islam, masuk melayu". Dek kerana itulah islam utuh di zaman dulu dan tiada permasalah yang terjadi. Tapi kini tidak, semuanya mahu di ikut akal yang boleh mati dan terhad itu. Semuanya harus mengikut logik akal. Semuanya harus menuju permodenan dan barat. kalau nak jadi ulama harus ikut Arab sebab mereka adalah pilihan tuhan. Kegilaan apakah ini? Anda sendiri yang jawab.

Sabda Nabi: “Sesiapa yang menyerupai kaum tertentu, maka dia termasuk dalam kaum itu”

 
 
 
 
 
Allah telah menjadikan pelbagai bangsa untuk saling kenal mengenali. Tiap bangsa ada ketamadunan dan adat istiadat masing-masing. Islam itu pula bersifat universal. Jadi, tidak harus islam itu menjadi sebuah ritual keagamaan berdasarkan pak-pak arab kerana adat di sana dan di sini cukup lain. Yang penting adalah islam itu meresap masuk ke dalam kemelayuan lalu menjadi adat resam kemelayuanislam.
 
 
 
 
Berbalik pada ilmu segala yang telah di punyai oleh waris ADAM, ia tidak lah hilang tapi ia tetap di warisi sehingga kini. Meskipun begitu, hanya beberapa segolongan sahaja yang berhak memdapatkannya kerana amanah yang cukup berat dalam menjadi khalifah. Menjadi khalifah bukan perkara yang senang untuk di cakap-cakap. Anda harus tahu khalifah itu apa?
 
 
 
Khalifah itu wakil ALLAH di bumi dalam memakmurkan langit dan bumi. Untuk menjadi khalifah anda harus mempunyai ilmu yang cukup untuk 'menguasai' yang lainya seperti jin, malaikat dan sebagainya. Jika tidak, anda hanyalah seorang raja semata-mata. Tahukah anda Khalifah itu 'title' yang sangat besar. Khalifah SULAIMAN merupakan antara raja yang dapat menguasai segalanya.
 
 
 

Kita di hujung akhir zaman ini memerlukan seorang khalifah yang tidak terkalah. Ini ada di sebut dalam hadis-hadis nabi yang menyebut mengenai kebangkitan islam nanti. Pemuda bani tamim itu tidak terkalah langsung bahkan hebatnya mereka ini mampu untuk mengoncang dan mendebuhanguskan gunung ganang. Nah, siapakah pemuda bani tamim ini. Biar saya beritahu anda satu rahsia. Meskipun ia rahsia, ia sudah tidak rahsia lagi kerana tinggal beberapa hari saja lagi kita akan melangkah ke akhir fasa kurun hijrah yang mana harus 'seorang pembela islam' akan muncul. Jadi, siapakah pemuda bani tamin itu?

.....................................................................


TA MIM
Tahukah anda bahawa quran di turunkan dengan berbahasa arab dan surah pertama berbunyi iqra'.."bacalah" Bacalah di sini membawa maksud 'break the code'. Agama hanif mengandungi rahsia-rahsia dan rahsia itu di simpan di dalam kitab dan pada dada mereka yang di beri keilmuan. Kajilah dan anda akan jumpai sesuatu.

TA = tanah,
MiM= Melayu
Andalah pemuda-pemuda bani ta mim yang mampu menghancurkan bukit bukau itu.

Kenapa tanah melayu saja?
Anda harus tahu di mana sudut geografi tanah melayu ini. Seperti saya sebutkan di atas, Dunia melayu yang saiznya sebesar eropah ini adalahsecara keseluruhannya di gelar tanah melayu. Tapi, sebenar-benar TANAH itu adalah 'tanduk'/'Zakar'/'jantung' bumi ini.

Jadi, berbaik sangkalah sesama rumpun dan teruskan persatuan agar MIM itu mekar berdiri di hujung zaman. Kita juga tahu bahawa, keturunan di raja adalah dari keturunan iskandar zulkarnain.
 
 
 
Jika di katakan iskandar itulah cyrus the great, maka kita tahulah iskandar itu datangnya dari parsi dan membawa bangsa aryan bersama ke sini. Tapi, harus di ingat kesultanan haruslah tahu tentang ilmu agama, ilmu kebatinan, ilmu perubatan, ilmu sains teknologi, ilmu kesaktian dan berbagai lagi demi bergelar sultan. Jika tidak, anda hanyalah sultan pada nama. \Ddirect to the point bukan?!
 
 
 
Ini di tambah lagi dengan kesetiaan bangsa asli (orang asli/pribumi) yang tinggal di sini dan di merata dunia. Mereka tidak akan mengambil tahta bahkan mereka akan membantu untuk membangun demi kesejahteraan bersama. Orang asli ini adalah mereka yang terselamat di dalam banjir besar itu. Mereka tinggal di gua-gua. Bukti arkeologi seperti Perak Man adalah bukti tentang wujudnya komuniti orang asli ini yang telah tinggal di gua-gua selepas tamat era banjir besar. Kemudiannya, mereka merantau dan menuju ke segenap pelusuk dunia demi penerusan survival.
 
 
 
Yang tinggal kini adalah saki baki penduduk asal tanah sunda yan tidak lagi mahukan kehebatan kerana cukuplah dengan bencana yang pernah berlaku dulu. Kenapa itu terjadi? Ini kerana di sinilah bermulanya ketamadunan pertama dunia. Tidak dapat terima hakikat ini?

Terdapat faktor-faktor Orang asli yang merantau ke seluruh dunia (asalnya dari sini) dan terselamat dari banjir besar oleh Peter Bellwood dalam buku the Austronesian:-

-berdasarkan rantaian makanan
-berdasarkan pengangkutan (perkapalan adalah teknologi paling 'advance' di tanah melayu)
-berdasarkan daya mengelak dari suhu sejuk (bila banjir surut, suhu jadi sejuk)
-berdasarkan explorasi peta sekitar
-berdasarkan pembiakan waris
-berdasarkan material kegunaan

Berdasarkan teori ini, orang asli ini membuka penempatan di seluruh dunia kerana mereka pada masa itu cukup 'advance; tapi kenapa kini kita melihat mereka bercawat dan ketinggalan zaman. Ini kerana mereka tidak mahu lagi keberadaan kerana keberadaan atau kekayaan nenek moyang mereka dululah menyebabkan mereka hampir lupus di muka bumi.
 
 
 
 
MEREKALAH SATU-SATU BANGSA YANG MASIH 'HIDUP' BERSAMA BANGSA MIM. Walaubagaimanapun, proses asimilasi juga berlaku di kalangan mereka dan 'pendatang' dari waris NUH. Maka terlahirlah Mala-aborigin, Austranesian dan sebagainya. Apa yang penting adalah, mereka ini cukup taat pada sultan yang di pilih setelah anak raja itu mengalami proses pembelajaran 3,5,7 dan 9.
 
 


Apakah proses itu 3,5, 7, 9?
Proses ini adalah proses pembelajaran anak-anak raja demi menjadi raja-raja agung. Pada usia kecil mereka akan di dedahkan dengan adat-adat yang di pegang oleh kewalian 3, seterusnya belajar silat dari kewalian 5, seterusnya belajar agama dari kewalian 7 dan akhirnya belajar tentang kehidupan dari kewalian 9. Mereka di dedahkan demi mecncapai syariat,hakikat makrifat dunia dan akhirat. Akhirnya tahulah mereka apakah itu ILMU SEGALA.
 
 

Ilmu segala yang telah di turunkan pada yang haq adalah lesen mengenai siapakah mereka-mereka ini. Jika mereka mampu menyebut nama-nama ilmu dalam titisan lautan keilmuan ALLAH, makanya, dialah waris ADAM, NUH, IBRAHIM dan MUHAMMAD yang bertubuh manusia berjiwa dewa.

 
 
 
 
Melayu tidak harus tinggalkan adat dan ilmu lama kerana itu adalah haq melayu (sebagaimana bangsa lain, mereka juga di beri haq keilmuan masing-masing). Islam pula adalah agama universal yang dapat menyatupadukan umat di seluruh dunia. Tapi, sedihnya saya tidak dapat melihat itu di zaman ini kerana masing-masing mahu menunjukkan siapa lebih islam.
 
 
 
 
Bagaimana mereka nyatakan mereka islam sedangkan hati mereka tidak pun islam/selamat = tenang. Mereka melihat tubuh badan orang lain sedangkan ALLAH lebih dekat pada urat leher pada diri sendiri. Ini adalah kegilaan apa? Ini adalah bahana penyakit cinta dunia takut mati yang sudah merasuk kedalam tubuh badan umat islam itu.


Akhir kata, ISLAM itu UNIVERSAL,bertemu MELAYU bersifat UNIVERSAL, di tanah bekas UNIVERSAL.

Ajaibnya, inilah metafora syariat+hakikat+makrifat. Syariat=islam, Hakikat=kerahsian melayu universal, Makrifat=bekas pentas sunda syurga dunia. Sekali lagi saya ingatkan anda bahawa anda harus faham apa itu melayu dan buangkan kebangsaan melayu buatan politik.
 
 
 
Jika tidak anda tidak mampu untuk menafsir apa yang sedang dan akan berlaku. Jika sesuatu berlaku, mereka yang tidak ketahui tadi akan sengsara dan merana lantas datanglah dajjal cuba menipu sedaya upaya dengan hakikat makrifat yang menipu yang bersandarkan pada firaun. Meskipun benar, tapi ia bukanlah kebenaran sebenar.

Dek kerana itulah takkala munculnya pak Dajjal ini, segala tok-tok imam akan masuk geng dia. Ini kerana Dajjal mengetahui kerahsiaan hakikat dan makrifat. Melalui itulah juga dia akan membelit kita semua. Mula-mula mengaku sebagai penyelamat, kemudiannya sebagai nabi dan seterusnya menjadi tuhan, sama seperti firaun lakukan. Pada era firaun dulu, para firaun ini mengetahu hakikat yang cukup tinggi yang mana sebarang kata mereka pasti jadi.
 
 
 
 Dari situ timbul bongkak dan akhirnya dia bertemu seteru yang sama taraf dengannya yakni MUSA dan HARUN. Dua orang nabi di hantar untuk menumpaskan firaun tapi akhirnya firaun tumpas di 'makan' lautan. Apatah lagi tika dajjal ini keluar. Anda mampu menanganinya?! Apapun, saya hanyalah seorang murid dan sedang belajar dari anda juga.
 
 
Takkala ini, saya melihat ramai yang cuba untuk meng-arab-kan adat serta jalan dakwah. Dek kerana itulah terjadinya 'perang' di antara umat islam di seluruh dunia. Dakwah harus kreatif dan berdasarkan kesuaian adat dan istiadat sesuatu kaum itu. Sekarang ini masih ramai yang melihat serban dan janggut berbanding kain pelikat serta orang tua bertongkat. Kita jarang melihat keilmuan di dalam diri seseorang itu.
 
 
 
Kita sering saja menyerang seseorang tanpa sebab lalu berdabik dada mengatakan 'ilmu aku cukup kerana aku pernah belajar di al-azhar atau telah mendapat PHD dalam sekian-sekian jurusan". Persoalannya, adakah golongan ini yang akan membangkitkan sesuatu dari timur.


Apa yang saya lihat, golongan ini semakin menyemarakkan api perselisihan dan pertelingkahan lastas membunuh saudara seislam dengan label-label tertentu. Belum lagi di tambah dengan frasa politik dan polimek. Islam dan melayu kelihatannya seperti sarkas. Alif wau mim..sarkas.

.....................................................................

PENGAKHIRANNYA

Apa yang saya beritahu ini hanyalah kajian, pendapat dan soal selidik saya selama ini dalam membongkar rahsia kemelayuan yang sering saja di salah ertikan. Ini ditambah pula dengan mainan para pembelot bangsa serta musuh-musuh di sekeliling kita tanpa kita sedari.
Tidaklah saya menyuburkan perkauman di sini tapi cukup sekadar saya memberitahu apa makna MELAYU sebenarnya.

Ada pemimpin tahu akan rahsia MIM ini tapi mereka masukkan pula unsur politik, terus jadi rojak. Jika anda ke UiTM Shah Alam, anda akan dapat lihat dari jauh di bangunan chanselori, satu replika MIM yang berbentuk keris di letakkan atas bukit. APA MAKNANYA INI? Di tambah pula dengan sentimen politik pada tahun lepas di mana UiTM menyiarkan slogan "UiTM benteng melayu terakhir".
 
 
 
Fahamkah mereka apa yang mereka war-warkan itu? Replika di atas bukit itu bermaksud bahawa bangsa melayu ini datangnya dari bangsa-bangsa gunung (Pentas sunda yang tenggelam, Tibetan, Aryan dan lain-lain).

Pergabungan ini akhirnya menjadikan Malaysia seolah-olah satu-satunya negara yang mempertahankan kemelayuan?! Apakah indonesia tidak begitu? Apakah Thailand lebih-lebih lagi selatan thai tidak mempertahankan kemelayuan?
 
 
 
 Apa yang pasti mereka semua mempertahankannya tapi tidak langsung bergabung atau bersatu akibat politik, ketenteraan, keselamatan dan perbezaan pendapat serta kepentingan sosio-ekonomi. Ternyata ketidaksatupaduan ini telah meremuk secara halus kemelayuan sedikit demi sedikit. Mungkin lagi 10 tahun, kita tidak lagi akan di gelar melayu tapi sebagai satu negara bangsa. Negara bangsa Malaysia, negara bangsa indonesia, filipina, Thailanda dan sebagainya.
 
 
 
 Manakala sisa-sisa kota-kota lama akan di ubah mengikut siapa yang memegang tampuk penguasaan itu. Jika di situ budhaa yang pegang, maka candi tadi akan di nyatakan sebagai candi budhaa 1000 tahun lalu!!! Kalau hindu pula, mereka nyatakan candi itu milik hindu dan sebagainya. Akibatnya anak cucu tidak lagi dapat melihat asal usul bangsa ini. Jadi, jika ini terjadi, selamat tinggal bangsa Melayu, kerana kalian telah pun membangsakan MIM itu dan kalian termaktub dalam sunnatullah tentang penghapusan bangsa-bangsa seperti di dalam Al-quran. Maka, tunggulah bencana yang bakal menimpa.


"Tiap-tiap umat mempunyai batas waktu ; maka apabila telah datang waktunya mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaatpun dan tidak dapat memajukannya"
ayat 34 surah al-araf



Ini ada sedikit lagi klue yang harus saya berikan. Antaranya ialah:-

-Waris Ibrahim adalah tanda pemegang ekonomi. Pada zaman dulu, waris Hajar yakni bangsa arab memegang ekonomi dunia (tika empayar khalifah bermula). Kemudian, di susuli dengan ekonomi para yahudi dan campurannya (yakni zaman sekarang). Maka, masa depan adalah hak milik waris dari Qeturah/Jawiyah ini pula. Tapi bagaimana pula ianya bangkit. Itu anda sendiri yang jawab.

-Bunian adalah sebangsa dengan puteri Balqis yang berkahwin dengan Nabi Sulaiman. Maka, dari situ lahirlah suatu bangsa 'jin tak jin, manusia tak manusia'...Hanya alam melayu banyak perkara perihal bunian selalu terjadi. Anda percaya?!

-Ketua Pemuda Bani Ta MIM ini adalah Syuib Salleh. Untuk mengetahui kuncinya, carilah mengenai nabi Syuib (kaum Madyan) dan Nabi Salleh (kisah unta)

-1435 Hijrah adalah tarikh 'akhir' seorang reformer atau mujaddid harus 'muncul. Sekarang menghampiri 1431, jadi di mana beliau?

-Melayu hebat kerana keilmuannya bukan kerana sifat badannya yang berketul-ketul seperti puak-puak rom sana. Jika seorang melayu yang berbadan kecil berlawan dengan seorang 'fighter' berbadan tegap dari u.s, saya rasa fighter tadi akan kalah dulu. Ini kerana akalnya melayu itu ligat dan cepat. Tapi kenapa sekarang sudah tidak ligat dan cepat? Anda jawab!!!

-Orang sekarang sudah tidak menganggap melayu itu islam. Kerana islam itu adalah islam, kenapa pula harus melayu. Memang benar pernyataan tersebut. Tapi, jika anda seorang 'melayu', tidakkah anda juga seorang islam. Zaman sekarang ini saja baru muncul Melayu kristian atau Melayu hindu. Ini semua akibat 'kebebasan beragama'. Maka taniah saya ucapkan. Lagi cepat bencana yang akan turun.

-Bencana yang selalu berlaku sering kali di anggap kebetulan atau bencana akibat alam. Tapi bila di herdik mengenai islam, terus melatah dan keluarkan hujah Al-quran dan hadis, tapi bila sebut bencana-bencana ini tidak pula mereka kata itu adalah 'amaran' dari ALLAH. Tidakkah mereka berfikir?!

-Kebangkitan adalah dengan perang? tak de benda lain ke? atau muslim dah buntu mencari jalan demi kebangkitan islamiyah?!

Apa yang pasti, seorang 'melayu' itu tidak harus tinggalkan keilmuan kemelayuannya, juga tidak harus tinggalkan spiritualnya kerana nenek moyang kita adalah orang baik-baik. Seorang Melayu itu juga harus hidup berlandaskan syariat islamiyah serta mengadaptasikan IHSAN kedalam diri.

IHSAN adalah 'engkau menyembah Allah dengan cara seakan-akan engkau melihat-Nya. dan, jika engkau tidak melihat-Nya, maka ketahuilah bahwa Dia melihatmu.". Senang kata IHSAN itulah TARIQAT yang membawa kepada HAKIKAT dan menuju ke MAKRIFAT. Bila ini berlaku, syariat tadi menjadi cukup utuh sehinggakan jika datang musuh untuk memusnahkan kita, seorang 'melayu islam' itu akan dapat menghapuskan 1000 daripadanya.
 
 
 
Inilah IKHWAN YANG TIDAK TERKALAH ITU. Walaubagaimanapun, seorang melayu itu haruslah bersopan santun kerana moyang kita adalah seorang penyantun serta tidak terpegaruh dengan pemakaian untuk di tonjolkan. Hal ini berlaku sehinggakan kita tidak akan tahu siapa mereka-mereka ini tapi jika musibah berlaku, ramai yang akan datang tampil sebagai pendekar, bukannya pesilat.

"Sesungguhnya Ibrahim itu benar-benar seorang yang penyantun lagi penghiba dan suka kembali kepada Allah."
Surah Hud ayat 75

.....................................................................


AKHIR KATA


Syukur Alhamdulilah akhirnya telah selesai amanah yang harus saya sampaikan. Ia cukup-cukup membebankan dan selagi saya tidak menyampaikan, ia akan memberatkan saya.

Definisi yang harus anda faham adalah:-

Bangsa MIM adalah asimilasi kepelbagaian bangsa lantas menjadi satu identiti tapi masih mengekalkan ada istiadat sesuatu kaum yang asal.

Melayu pula adalah bahasa penyatuan yang menyatupadukan rumpun-rumpun kemelayuan di dunia melayu.

Dunia melayu adalah geografik tempat tinggalnya rumpun-rumpun melayu yang mana adalah bekas pentas sunda yang tenggelam dan ia merangkumi semenanjung tanah melayu, kepulauan jawa, sumatra, borneo, sulawesi, filipina, kepulauan polynesia, utara australia dan indo-china.

Keilmuan Melayu adalah ilmu yang berasal dari nenek moyang (mungkin dari jurai kenabian) yang mana merangkumi spiritual, fizikal, sains, kimia kuno dan astronomi serta maritim. Ia juga merangkumi ilmu keagamaan islam serta sedikit dari agama hanif Ibrahim.

MIM adalah huruf hijayiah/arab/jawi yang bermaksud Muhammad rasullulah serta bersimbolkan anak kunci kepada sesuatu pintu.

Definisi yang saya ingin berikan mengenai bangsa mim+melayu islam di nusantara ini adalah seperti berikut:-

"Bangsa asimilasi berjuraikan kenabian, berdarah para dewa dan raja agung, dari tanah-tanah tinggi yang berasal dari tanah sunda tertinggi yang mengamalkan syariat islamiyah serta hidup berserumpun bersandarkan bahasa melayu sebagai bahasa penantara"


Sekali lagi kita imbas untuk kali terakhir:-

"Nabi ADAM di beri ilmu segala dan di wariskan kepada anak cucunya untuk menjadi khalifah di muka bumi ini. Kerana hebatnya ilmu itu, skala kekhalifahan itu merangkumi langit dan bumi. Akibat dari kehebatan mereka itu, para manusia ini mengidolakan mereka sehingga membuat patung-patung lalu di sembah. Dek kerana itulah ada para dewa ini menetap terus di 'langit-langit' dan tidak lagi mahu turun sehinggalah pintu kayangan itu di tutup sepenuhnya tika kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. Pintu itu tidak akan terbuka lagi tapi hanya yang berhaq atau di beri ilmu warisan ini saja yang dapat berhubung dengan para kayangan di 'atas' sana. Di muka bumi pula, kekufuran telah berlaku dan berluasa sehinggalah banjir besar terjadi. Banjir besar itu telah menenggelamkan PENTAS SUNDA si tanah paling tinggi bergelar syurga dunia itu sehingga hanya puncak-puncak paling tinggi yang kelihatan. Di puncak inilah kita diami sekarang.

Bahtera NUH itu di penuhi dengan pelbagai ras kaum dan bangsa. Besarnya Bahtera itu tidak di jangkau akal sehinggakan di gelar 'rumah' pada tika itu. Proses asimilasi berlaku di dalam 'rumah' itu dan menwujudkan bangsa MIM atau Quraisy kuno. Dari susur galur NUH ini terbitnya bangsa-bangsa kini. Tapi, ada juga bangsa di musnahkan kerana kesesatan yang nyata mereka bawa akibar dari penyembahan sesama makhluk.Waris yang di beri ilmu segala ini seterusnya harus mengajar dan mendidik kaum dan bangsa mereka. Ada yang di musnahkan dan orang yang beriman dari kalangan bangsa musnah itulah yang seterusnya menerbitkan bangsa baru sehinggalah membawa kepada generasi kita.

Era Ibrahim adalah era di mana ketentuan di 'takdirkan demi masa depan'. Hajar menerbitkan arab. Sarah menerbitkan Bani israel dan Qeturah atau jawiyah ini menerbitkan madyan dan lain-lain yang mana menerbitkan bangsa aryan lalu di bawa kemari waris itu oleh para pelarian kemboja asli. Lalu di asimilasikan dengan penduduk asal di tanah bekas pentas sunda yang tenggelam ini yakni orang asli yang telah terselamat dan tinggal di gua-gua. Seterusnya hasil dari pedagangan china dan arab membawa kembali salasilah Ibrahim dari susur galur HAJAR. Salasilah SARAH pula di bawa secara rahsia oleh NABI MUSA lantas di kenali sebagai the lost tribe. Kerana 'lost'nya tribe ini, maka ia tidak dapat di jumpai sehinggalah kini ia di buka sendiri oleh para pengkaji eropah serta cendikiawan dari sini.

Ketamadunan dari jurai kenabian ini telah di pegang oleh raja yang harus mengetahui ilmu dunia dan akhirat. Jika tidak, atas nama saja sultan itu berkuasa dan daulat itu tiada. Daulat itu adalah tanda adanya haq pada mereka dan takkala daulat itu di sanggah, terimalah dikau akan balasan kerana yang di pilih bukan kerana makhluk tapi keranaNYA. Jika tiada haq, pasti bala akan terima dan akibatnya Melaka jatuh ketangan portugis dan seterusnya pergaduhan sesama kesultanan terjadi. Maka, lahirlah negara bangsa seperti sekarang ini. Tapi sudah pasti mereka yang amat logikal akalnya akan berkata 'ahh..itu cuma kebetulan'. Kebetulan kepala hotakkau berjambul kata P.ramlee. Apakah dunia ini juga di cipta kerana kebetulan dan kebetulan pula kita sebagai manusia?! Anda yang jawab.

Kerahsiaan bangsa MIM baru atau di gelar MELAYU ini akhirnya di buka dengan kerahsiaan demi kebangkitan kali kedua ISLAM. Jika bukan kerana ISLAM, melayu takkan bangkit kerana ISLAM adalah penyebab Melayu harus bangkit. Jika tidak, selamanyalah melayu itu me-layu dan tidur di tendang-tendang oleh musuh-musuh di sekeliling. SANG NAG SEDANG TIDUR, MARI KITA BUNUH DIA. Tapi, sekali naga bangkit, bukan saja musuh malah bumi pun gentar. Ini termaktub dalam hadis nabi yang mana kebangkitan adalah dari timur. Tapi, ramai orang beranggapan timur itu di Asia tengah timur sikit, akibatnya perang tak sudah di nyalakan di sana. Tak puas dengan itu, nusantara pun terkena biasnya. Ekonomi meruntuh tapi nak runtuhkan bagaimana jika 'giliran perekonomian IBRAHIM' itu sedang berlangsung.

Kita lihat saja dalam masa terdekat, mungkin 1-2 tahun ini, sistem kapitalis atau ekonomi yang di pegang oleh yahudi dan para campurannya akan mendesup jatuh tanpa di selamatkan lagi. Tiba-tiba, muncul pula ramai orang kaya di sekitar nusantara. Nanti anda saksikanlah ia."

Realiti ini amat jelas jika kita melihat di sana sini orang mulai mencari spiritual dan kekuatan tenaga alam semesta. Realiti itu sehinggakan di pawagam ada saja Hollywood menayangkan cerita-cerita 'superpower' seperti x-man dan sebagainya agar bila orang menceritakan perkara itu, lantas mereka akan memotong lalu berkata "kau banyak tengok movie ni".
 
 
Apakah ALLAH itu lemah dalam memberikan sesuatu yang di luar adat manusia. Adat manusia kini saja yang tidak mempercayai kekuatan spiritual sedangkan ianya adalah kebiasaan pada zaman dulu kala. Maka, fikirkanlah. Apapun, sekali lagi saya katakan bahawa siri-siri bangsa MIM ini adalah kajian, pendapat, hasil pengumpulan data dan cerita orang lama. Maka, ianya hanyalah 'tool' untuk anda untuk mempercayai bahawa kisah kebangkitan akhir zaman bukanlah satu dogengan atau cerita bertaraf 'Harry Potter'.

Oleh itu, di tangan andalah ianya akan di luaskan. Jika anda sayangkan Islam dan Melayu, maka sebarkanlah ia dengan kreativiti anda sendiri. Jangan pula taklid pada ilmu saya kerana ilmu saya masih cetek. Kaji dan analisalah klue dan 'tools' yang saya berikan ini agar kebangkitan islam kedua akan menjadi realiti. Insyallah ianya akan menjadi realiti. Akhir kata dari saya, ampun maaf jika ada salah silap dalam karya ini dan semoga ianya dapat membantu kita dalam menjalani kehidupan seharian. Dunia adalah permaian dan gurauan tapi AKU tidak bermain dengannya.

”Barangsiapa Yang Mengamalkan Ilmu Yang Ia Ketahui Maka Allah Akan Memberikan Kepadanya Ilmu Yang Belum Ia Ketahui”. (HR Imam Ahmad)

“Apabila jiwa manusia benar-benar berjanji akan meninggalkan semua dosa, nescaya akan terbang dia ke alam malakut (di langit), kemudian kembali membawa berbagai ilmu hikmah tanpa berhajat pada guru”. (HR Imam Ahmad)

Allah berfirman kepada Isa: “Aku akan mengirimkan satu umat setelahmu (ummat Muhammad Saw.), yang jika Aku murah hati pada mereka, mereka bersyukur dan bertahmid, dan jika Aku menahan diri, mereka sabar dan tawakal tanpa [harus] mempunyai hilm (kemurahan hati) dan ‘ilm [ilmu].” Isa bertanya: “Bagaimana mereka bisa seperti itu ya Allah, tanpa hilm dan ‘ilm?” Allah menjawab: “Aku memberikan mereka sebagian dari hilmKu dan ‘ilmKu.”(Hadis Qudsi; Futuh Mishr wa Akhbaruha)
"TAKKAN MELAYU HILANG DI DUNIA"
Hang Tuah

Anda fahaminya sekarang?!


.....................................................................



rujukan:-

-Al-QURAN dan hadis
-EDEN in the east, STEPEHN OPPENHEIMER
-ATLANTIS; FINALY FOUND, Prof Arysio Santos
-Hikayat Inderapura
-Hikayat Merongmahwangsa
-Hikayat Sejarah Melayu
-cerita-cerita orang tua



3 comments:

  1. ALLAHU AKBAR ALLAHU AKBAR ALLAHU AKBAR ~ Semoga bangkit sekelian bangsa TAMIM ini dari lamunan mimpi buruk

    ReplyDelete