Wednesday, September 7, 2011

haK kauM Cina yG tiDak diTuNaikaN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Hari Raya adalah antara nostalgia yang kental di dalam hati setiap sanubari orang Melayu di Malaysia khususnya.Bila teringat Hari raya,kita pasti teringat tentang kuih raya,baju raya atau lagu-lagu raya.Anehnya,lagu-lagu raya dibikin dalam mood yang begitu menggamit kenangan (kecuali lagu raya moden yang tak menjadi).

Hari Raya adalah perayaan agama.Ia bukan perayaan adat bangsa Melayu.Hari Raya disambut selepas habis bulan Ramadhan dan di hari ini (1 Syawal) kita diharamkan berpuasa.Hari ini Hari Raya telah menjadi darah daging kita orang Melayu.Ia telah menjadi adat dan budaya.Ia telah menjadi ritual yang wajib dilaksanakan,jika tidak kita bukanlah benar-benar 'true' berhari raya.Mengapa saya katakan begitu?Sebab di hari inilah orang yang jarang bersolat akan datang bersolat Hari Raya dengan penuh megah dan semangat,dengan baju yang cantik berwarna warni.Semoga solat sunat Hari Raya yang 2 rakaaat ini akan menjadi asbab hidayat kepada mereka yang selalu mengabaikan solat yang fardhu 5 kali sehari semalam.

Islam telah memberikan nikmat tidak terhingga kepada orang-orang Melayu.Betapa bijaknya nenek moyang kita dahulu kerana meninggalkan agama animisme,Hindu dan Buddha yang menyembah patung bikinan sendiri atau agama pagan,dengan berbondong-bondong masuk ke dalam hidayat Allah s.w.t tanpa banyak mengambil masa dan berfikir panjang.Orang Melayu bukan sahaja menikmati hidayat Allah s.w.t ini sendiri,malah keluar mengajak kaum-kaum Austronesia lain seperti Jawa,Bugis,Sulu dan lain-lain supaya masuk ke dalam rahmat Allah s.w.t.Ketika orang Melayu mempunyai Kesultanan Islam sendiri iaitu Kesultanan Melaka,Majapahit sebagai entiti politik orang Jawa masih menganut fahaman Hindu,dan hasil kerjasama orang Melayu Champa dan Kelantan berserta para pendakwah dari Arab dan Parsi maka wujudlah era 'Wali Songo' yang menyaksikan kebangkitan kerajaan Demak dan pengislaman beramai-ramai saudara kita dari kalangan orang Jawa.

Minat kepada agama Islam telah awal dikesan dalam surat Maharaja Sriwijaya,Indravarman kepada Khalifah Umar Bin Abdul Aziz,yang meminta khalifah terkenal itu mengajarnya tentang Islam.

Hari ini kita di Malaysia hidup bersama-sama kaum-kaum lain seperti orang Cina dan India.Kaum Cina contohnya telah mula masuk ke Tanah Melayu ketika era pemerintahan British untuk mengusahakan lombong-lombong bijih timah atau membuka perniagaan.Kaum Cina adalah kaum yang bijak berniaga dan rajin berusaha.Di bandar-bandar di negara kita sememangnya kaum ini mendominasi kedai-kedai dan pusat perniagaan.Ekonomi Malaysia banyak disumbang oleh kaum ini yang sama-sama berganding bahu dengan orang Melayu dan India untuk memakmurkan bumi Malaysia tercinta ini.Sedar tak sedar,ekonomi Malaysia banyak dipacu oleh kaum ini,dan kita,orang-orang Melayu beragama Islam sedar tak sedar begitu bertuah,dengan tinggal di laluan strategik antarabangsa,banyak sumber mineral,aman damai,tidak ada gempa bumi atau gunung berapi,dan ditambah dengan orang lain yang 'membantu' kita menaikkan ekonomi Malaysia tanpa perlu kita bersusah payah,sebagaimana Vietnam atau Kemboja yang 'tidak pandai' memanfaatkan kelebihan kaum Cina ini.

Boleh dikatakan kemajuan orang Cina,juga memajukan orang Melayu.Apabila orang Cina membuka pusat perniagaan,maka ini membuka peluang orang Melayu mencari rezeki.Sebab itu kita tidak mendengar orang Melayu kita berhijrah beramai-ramai mencari pekerjaan di luar negara.Anak-anak muda kita bebas memilih kilang mana atau kedai mana untuk bekerja menambah duit poket.Sedar tak sedar orang Cina ADALAH RAHMAT ALLAH TAALA YANG DIANUGERAHKAN KEPADA KITA ORANG MELAYU.Kehadiran orang Cina adalah semata-mata untuk ikram orang Melayu Malaysia.Kita telah masuk agama Islam dan bawa agama kepada kaum-kaum lain maka Allah hantar satu kaum lain yang bekerja untuk kita memajukan ekonomi orang Melayu.Jangan lihat kenyataan ini dari sudut mikro (seperti survival bisnes orang Melayu atau agihan kek ekonomi) tetapi pandanglah dari sidut makro,betapa Malaysia naik mendadak tidak sampai 50 tahun dengan sebahagiannya dipercepatkan oleh kaum Cina ini (selain pentadbiran politik orang Melayu yang 'tenang').

Selepas orang Cina sedikit sebanyak membantu kita memajukan diri,apakah sumbangan atau balasan kita kepada orang Cina?Kita mesti membalas jasa orang Cina kerana mereka banyak berjasa mengubah wajah Malaysia dari imej selepas kolonial kepada negara antara paling produktif di Asia.Mereka telah berjasa menghiasi rumah kita ini dengan pembangunan dan kemajuan,dan rata-rata kita orang Melayu hidup selesa di bumi bertuah ini.Kita dapat berhari raya dengan gembira.Ekonomi baik dan suasana aman makmur.Kita orang Melayu perlu rapat dengan mereka dan belajar bersungguh-sungguh ilmu berniaga dengan mereka supaya duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan mereka.Bukannya bila mereka berdiri,kita masih duduk bergoyang kaki.

Jadi tuan-tuan,kita MESTI MEMBALAS pengorbanan kaum Cina memajukan Malaysia,tanahair kita.Kita tidak perlu marah kepada mereka,walaupun ada di antara mereka yang amat pekat sikap rasis dan kauvinis mereka.Apa yang kita lakukan ialah kita balas dengan kebaikan,lama-lama sikap rasis dan sombong mereka akan hilang serta-merta dengan izin Allah.Apa yang berlaku hanya dengan izin Allah.

Kita MESTI balas segala kebaikan mereka tuan-tuan.Mereka telah didatangkan oleh Allah s.w.t untuk membantu orang Melayu meningkatkan taraf hidup mereka.Mungkin tanpa mereka kita akan membangun juga,tetapi lambat,seperti yang terjadi di Vietnam,Burma atau Laos.Kita masih pegang politik dan mengawal mereka,tetapi mereka bekerja memajukan ekonomi!Bukankah ini satu simbiosis yang menguntungkan orang Melayu?Jadi terasa tidak adil jika kita tidak membalas jasa-jasa kaum Cina ini.

Bagaimana mahu membalas jasa-jasa mereka?Kita tunaikan hak mereka YANG SEBENAR.Tunaikan sahaja tanpa prejudis.Jangan berdolak-dalik atau dimenyuaratkan berminggu-minggu.Ini HAK MEREKA yang sekian lama kita tidak tunaikan.Kita biarkan mereka terlonta-lonta tanpa pembelaan.Kita biarkan anak-anak mereka tidak mendapat HAK ISTIMEWA ini.Adakah adil kita orang Melayu sahaja yang dapat HAK ISTIMEWA,mereka kaum Cina didiskrimasikan?Mereka bukan haiwan yang tidak dipertanggungjawabkan,mereka manusia juga seperti kita.Adilkah kita sebagai orang Melayu yang mengaku Islam,membiarkan kaum Cina tidak mendapat hak-hak mereka yang sebenar,anak-anak mereka yang tidak tahu masa depan mereka bagaimana...adilkah kita?Adilkah?

Kita tahu kebenaran,tetapi kita biarkan mereka yang banyak berjasa kepada kita,terlonta-lonta kegelapan tanpa menikmati 'special rights' yang dinikmati kita sejak zaman-berzaman.

Apakah HAK-HAK ISTIMEWA yang perlu kita beri pada mereka itu?Tanah?Bukan tuan-tuan...tanah dan bumi Malaysia ini tidak memadai untuk mereka.Satu hari,Malaysia berserta planet Bumi ini akan musnah.Tetapi HAK ISTIMEWA ini kekal abadi selama-lamanya.Buka sekolah-sekolah Cina banyak-banyak?Bukan tuan-tuan,jika semua sekolah di Malaysia ini ditukarkan menjadi SRJK (C) sekalipun,hak mereka tidak akan tertunai.Itu bukan caranya.Beri mereka kuasa politik Malaysia,mansuhkan sultan-sultan,jadikan Malaysia republik macam Singapura.Oooo....itu lagi bukan cara yang betul malah akan menambahkan masalah.Bukan sahaja hak-hak istimewa mereka tidak tertunai,malah 'hak-hak istimewa' kita pun hancur lebur.Itu bukan hak-hak istimewa mereka tuan-tuan,bukan.Ada hak istimewa mereka yang kita selalu abaikan dan ini adalah SEBENAR-BENAR DAN SEBESAR-BESAR HAK-HAK ISTIMEWA KAUM CINA.

Apa dia?HAK UNTUK MENDAPATKAN NIKMAT IMAN DAN ISLAM.Kita orang-orang Melayu perlu ada rasa tanggungjawab untuk ajak orang Cina untuk mendekati Islam.Kita orang Melayu dapat iman secara percuma.Lahir sahaja ke dunia,automatik telah dapat pakej Islam.Bagaimana dengan kaum Cina?Sejak dari kecil diajar sembah colok,asap,patung bikinan tangan sendiri dan dewa-dewa perang (ada yang diambil dari kisah The Romance of Three Kingdoms).Mengapa mereka tidak mendapat hak mengenal Tuhan pencipta mereka sendiri secara percuma seperti kita?Mereka nak dapat iman dan Islam perlu bersusah payah,perlu mendapat cemuhan keluarga dan usaha yang tidak sedikit untuk belajar tentang Islam.Kita?Ibu dan ayah yang ajarkan,kemudian ustaz dan ustazah.Semuanya percuma dan amat mudah.Islam kita Islam 'free'.

Jadi sempena Hari Raya Aidilfitri ini,marilah kita azam untuk lebih banyak membaiki diri sebagai orang Islam supaya dengan dengan itu dapat memberi imej yang baik di mata orang Cina dan menarik minat mereka untuk dekat kepada Islam.Jika kita bekerja di bawah mereka,kita tonjolkan ketepatan masa,kita solat tepat pada waktunya dan selepas itu bekerja bersungguh-sungguh.Percayalah,orang Cina biasanya tidak halang kita solat.Malah jika kita selalu jaga solat,apabila azan berkumandang,orang Cina itu akan mengingatkan kita untuk solat secara tiba-tiba seperti pengalaman rakan saya apabila bosnya berkata,"You tak semayangkah?Itu Tuhan you sudah panggil," ketika dia terleka membuat kerja.

Ramadhan yang berlalu banyak mematangkan diri kita.Kita baiki diri kita perlahan-lahan,dan kita azam untuk tonjolkan kehidupan kita selari dengan kehidupan Rasulullah s.a.w dengan moga-moga dengan itu Allah s.w.t jadikan asbab hidayat kepada bukan sahaja kaum Cina malah kaum India juga supaya meninggalkan patung-patung tak bernyawa kepada menyembah kepada pencipta mereka sendiri,kembali ke pangkuan Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang.

Sunday, August 14, 2011

dEmOkRaSi yG gaGaL


Demokrasi Sudah Terbukti Gagal Sejak Zaman Yunani Kuno



Baru-baru ini seorang aktifis dakwah melahirkan perasaan geram. Facebook miliknya dipenuhi dengan kritik pedas terhadap demokrasi. Ternyata kegusaran aktivis dakwah tersebut tidak kesaorangan. Puluhan komentar susul menyusul menyatakan hal serupa, hingga salah seorang melayangkan pertanyaan dari mana konsep tata negara demokrasi ini muncul.

Sejarah Demokrasi Awal: Idea Penuh Kritik
Demokrasi, rasanya sudah tidak lagi asing terdengar di telinga kita. Hampir dsetiap waktu pada abad 20, demokrasi menjadi sistem paling laris di pasaran dunia. Banyak negara mengadopsi demokrasi sebagai teras dalam konstitusi kenegaraan mereka, termasuk negara majoriti muslim seperti Indonesia dan Malaysia.

Demokrasi awalnya dinilai sebagai sistem terbaik karena menekankan sebuah sistem yang mementingkan kesejahteraan rakyat sekaligus membuka pintu kepada aspirasi rakyat. Kononnya ia mengacu kepada pemerintahan yang dibentuk dari rakyat, oleh rakyat, dan untuk rakyat pada zaman Yunani kuno. Bagi pengusung idea demokrasi, hal ini memungkinkan kerana secara etimologi demokrasi berasal dari dua kata demos, yakni rakyat dan kratia yang berarti pemerintahan.

Namun berkaca dengan kondisi negara-negara dunia yang menerapkan demokrasi, ternyata sistem ini justru mengalami kegagalan waktu demi waktu. Aspirasi rakyat yang tadinya menjadi “tuhan” kini hanya menjadi marhein dan juga mangsa kepada para penghisap darah.

Di Amerika, misalnya, pendapat ini dikeluarkan oleh Gallup dan menunjukkan bahwa sokongan rakyat AS terhadap Kongres menurun dari 23 persen menjadi 18 persen pada Februari lalu. Dukungan publik terhadap Kongres dilaporkan telah menurun lebih rendah daripada 20 persen untuk pertama kalinya sejak Tea Party dan GOP (Grand Old Party, atau sebutan untuk Parti Republik), tahun ini. Bahkan golongan berkecuali (bebas) yang mendukungi Kongres turut turun dari 23 persen pada Februari menjadi 15 persen sahaja.

Walaupun demikian, para pengusung demokrasi tetap mengeliat (menafikan), menurut mereka keburukan sistem demokrasi selama ini disebabkan perilaku individu, dan bukan sistemya. Mungkin kerana mereka lupa bahwa demokrasi memliki basis (asas) kapitalisme dan liberalism sehingga maksud "rakyat" telah menjadi kabur.

Ahli Tata Negara, Robert Dahl, seperti dilapor oleh Riza Sihbudi dalam bukunya, “Menyandera Timur Tengah” (2005), menyatakan bahwa sebenarnya kata "rakyat" dalam demokrasi berbeza sekali dengan apa yang kita fahami pada masat ini. Dalam konteks Yunani Kuno pada masa itu, kata “rakyat “ tidak lebih sekumpulan manusia dari sebuah "polis" atau kota kecil. Hal tersebut membawa konsekuensi logis bahwa apa yang disebut sebagai demokrasi dalam pengertian aslinya sudah pun berbeza dengan demokrasi dalam pemahaman kontemporari. Dalam pandangan Yunani Kuno (awal abad ke 6 sampai ke 3 SM), demokrasi harus memenuhi enam syarat:

1. Warga Negara harus cukup serasi dalam kepentingan mereka
2. Mereka harus padu dan hommogeni
3. Jumlah warga Negara harus kecil (bahkan kurang dari 40.000)
4. Warga Negara harus dapat berkumpul dan secara langsung memutuskan legislasi
5. Warga Negara juga berpartisipasi aktif dalam pemerintah dan,
6. Negara kota sepenuhnya otonomi.

Kesemuanya itu jelas tidak boleh dipenuhi oleh demokrasi moden sama ada dalam praktikal mahu pun teori, lanjut Dahl.lagi, kewarganegaran harus ekslusif dan bukan inklusif seperti yang terdapat dalam demokrasi moden. Demokrasi model ini saja sudah pun mendapat kritikan tajam oleh Aristotle (348-322 SM) dengan menyebut demokrasi sebagai Mobocracy atau the rule of the mob.

Ia menggambarkan demokrasi sebagai sebuah sistem yang hodoh, karena sebagai pemerintahan yang dilakukan oleh massa, demokrasi tidak  akan lebih baik dari anarkisme, dan sangat sulit dibayangkan adanya suatu kelompok yang besar (majoriti) memimpin kelompok yang jumlahnya lebih kecil (minoriti).

Menurut Aristotle bila negara dipegang oleh banyak orang (lewat perwakilan legislatif) akan berbuah petaka. Dalam bukunya ‘Politics’, Aristotle menyebut Demokrasi sebagai bentuk negara yang buruk (bad state). Menurutnya negara Demokrasi memiliki sistem pemerintahan oleh orang banyak, dimana satu sama lain memiliki perbezaan (atau pertentangan) kepentingan, perbedaan latar belakang sosial ekonomi, dan perbezaan tingkat pendidikan.

Pemerintahan yang dilakukan oleh sekelompok minoriti di dewan perwakilan yang mewakili kelompok majoriti penduduk itu akan mudah berubah menjadi pemerintahan anarkis, menjadi tapak pertempuran konflik kepentingan berbagai kelompok sosial dan pertarungan elit kekuasaan.

Perbezaan-perbezaan tersebut menjadi penghalang kepada terwujudnya pemerintahan yang baik. Konsensus sulit dicapai dan konflik mudah terjadi. Apa kata Aristotle ternyata mirip dengan kondisi di Indonesia saat ini, dimana kepentingan para penguasa dan telah menjadi tayangan yang kita saksikan akhir-akhir ini.

Kebebasan Menghancurkan
Selain Aristotle, Plato (472-347 SM) juga melontarkan kritik tajam. Andai ia masih hidup, rasanya ia sepertI ingin mematahkan buku The End of History and The Last Man (1999) karangan Francis Fukuyama yang mengatakan Demokrasi Liberal adalah pemenangan dari benturan peradaban manusia modern.

Plato justru menekankan bahwa sesungguhnya liberalisasi itulah yang menjadi akar Demokrasi, sekaligus punca bencana mengapa Negara demokrasi akan gagal selama-lamanya.

Dalam pemerintahan demokratis, kepentingan rakyat diperhatikan sedemikian rupa dan kebebasan pun dijamin oleh pemerintah. Semua warga negara adalah orang-orang yang bebas. Kemerdekaan dan kebebasan merupakan prinsip yang paling utama.

Lebih lanjut Plato berstatemen:
.......they are free men; the city is full of freedom and liberty of speech, and men in it may do what they like. (Republic, page: 11)

......mereka adalah orang-orang yang merdeka, negara penuh dengan kemerdekaan dan kebebasan berbicara, dan orang-orang di dalamnya boleh melakukan apa yang disukainya.

Dan orang-orang semakin mengejar kemerdekaan dan kebebasan yang tidak terbatas. Akibatnya ialah bencana bagi negara dan juga bagi para warganya sendiri. Setiap orang ingin mengatur diri sendiri dan berbuat sesuka hatinya sehingga timbullah berbagai kerusuhan yang disebabkan oleh berbagai tindakan kekerasan (violence), ketidak tertiban atau kekacauan (anarchy), perlakuan tidak bermoral (licentiousness) dan ketidak sopanan (immodesty).

Menurut Plato, pada masa itu citra negara benar-benar telah rosak. Ia pun menyaksikan betapa negara menjadi rosak dan buruk akibat penguasa yang korup. Karena Demokrasi terlalu mendewa-dewakan (kebebasan) individu yang berlebihan sehingga membawa bencana bagi negara, yakni anarki (kebrutalan), dari sini muncul tirani (kezaliman).

Banyak orang yang (kala itu) melakuan hal yang tidak senonoh, anak-anak kehilangan rasa hormat terhadap orang tua, murid merendahkan guru, dan hancurnya moralitas.

Oleh karena itu, dalam era perkembangan Yunani, intrik para raja dan rakyat banyak sekali terjadi. Hak-hak rakyat tercampakkan. Korupsi merajalela, dan demokrasi tidak mampu memberikan keamanan bagi rakyatnya. Jika di Yunani saja, Demokrasi telah gagal, kenapa banyak Umat Muslim mengikutinya?

Pembuatan undang-undang dalam negara Islam yang menjadikan kitabullah sebagai sandaran, tidak semata-mata pada tujuan kesejahteraan, tapi juga sebahagian dari tauhid menjalankan perintah Allah SWT.

“Dan jika kamu mengikuti kebanyakan orang di muka bumi ini, niscaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Mereka tidak lain hanyalah mengikuti prasangka belaka, dan mereka tidak lain membuat kebohongan(Al-An’aam: 116)”

“Dan Kami tidak mendapati kebanyakan mereka memenuhi janji. Sesungguhnya Kami mendapati majoriti mereka orang-orang yang fasik.”(Al-A’raaf: 102)

“Sesungguhnya Kami benar-benar telah membawa kebenaran kepada kalian, tetapi kebanyakan dari kalian membenci kebenaran itu.” (Az-Zukhruf: 78) (pz/dari berbagai sumber)

Dipetik dari blog Indonesia dan dibuat sedikit ubahsuai untuk memudah faham pembaca Malaysia. Satu nukilan yang baik untuk renungan pencinta demokrasai. Ia juga dapat dijadikan pedoman yang berguna bagi memahami kedudukan sebenar "demokrasi" tersebut. Dari sini umat Islam haruslah mencari ikhtiar meninggalkan sistem ini jika benar-benar mengharapkan keadilan kembali semula atas muka bumi

pROksi maSoN Di aLaM mELaYu


Proksi Mason di Alam Melayu

Berduyun turun menguasai Tanah Melayu

BERDASARKAN dokumen-dokumen politik ketika zaman era revolusi industri di Eropah, beberapa tanah dan gugusan kepulauan di Asia Tenggara telah mula dimasuki puak Mason ketika itu. Namun, dokumen-dokumen itu tidak pula menyebut Mason dalam butir yang jelas. Puak-puak Mason masuk ke wilayah ini dengan pelbagai tugasan sulit. Mereka datang dalam banyak kumpulan dan berlainan pula tugasan.

Puak dari Sepanyol dan Portugis datang dengan misi pencerobohan untuk membuka jalan bagi mendapat habuan daripada puak-puak lain, Britain dan Belanda pula datang dengan beberapa puak mereka lagi.




asas bendera Malaya/Malaysia



Puak-puak dari London membawa politik penjajahan dan agenda ekonomi komanwel, manakala puak-puak dari Syarikat Hindia Timur Inggeris datang bersama tentera-tentera bantuan untuk memperkuat tampuk politik Inggeris di Tanah Melayu dan Singapura, puak-puak Inggeris dari sekitar jajahan mereka dari sekitar Tanah Arab pula datang bersama agenda missionary.

Masing-masing puak datang bersama tugasan masing-masing.Orang putih (orang Inggeris) yang tiba di gugusan ini membuat rencana yang hebat untuk kelangsungan budaya dan tatacara pemikiran mereka yang mereka bawa kepada generasi kita yang sebelum ini.

Sejak kemasukan puak-puak Mason melalui penjajahan orang putih, pelbagai cara dilakukan bagi menyekat kemarahan orang Melayu. Ia termasuklah dengan melantik proksi-proksi dari kalangan orang Melayu sendiri untuk mengawal orang Melayu. Proksi yang dilantik itu pula bukan seperti kempeitai yang dilantik oleh Jepun di kalangan orang Melayu.

Proksi-proksi yang dilantik Inggeris itu ada yang dilantik secara rasmi dan ada pula yang dilantik secara tidak rasmi oleh Residen-residen Inggeris. Namun, kebanyakan mereka adalah dari kalangan pembesar Melayu yang berpengaruh. Nama-nama mereka pula tidak penting untuk disebutkan dalam konteks ini.

Setelah lebih 300 tahun dalam kelambu penjajahan Inggeris, pemikiran orang Melayu berada pada tahap kebergantungan yang tinggi terhadap Inggeris. Malah, ada orang Melayu pada waktu itu yang mempercayai bahawa hanya orang Inggeris sahaja yang mampu menjaga mereka.




MANGSA



Melayu pada ketika itu tidak ambil kisah dengan kehadiran imigran asing dari tanah besar China dan benua kecil India ke negeri mereka, ia kerana orang Melayu ketika itu berasa cukup selesa dalam ‘jagaan’ orang Inggeris.

Semasa zaman pendudukan Jepun, ada juga sebilangan besar orang Melayu yang sangat berharap supaya Inggeris segera kembali ke Malaya untuk menyelamatkan mereka daripada kekejaman Jepun. Dalam minda orang Melayu ketika itu hanya berkisar mengenai orang Inggeris itu lebih baik daripada orang Jepun. Juga berfikiran bahawa hanya orang Inggeris yang tahu bagaimana cara untuk menjaga mereka dengan baik. Kalau tidak percaya, tanyalah kepada datuk-nenek dan moyang anda yang masih hidup.

Jika mengikut kepada perjanjian beberapa negeri Melayu Bersekutu dengan Inggeris sebelum kemasukan Jepun, ia mensyaratkan bahawa Inggeris akan menjalankan urusan pentadbiran di negeri-negeri Melayu dan menjaganya selagi ada bulan dan matahari.

Namun, selepas kemasukan Jepun yang berjaya mengusir Inggeris, perjanjian itu secara termanya sudah terbatal dengan sendiri kerana Inggeris tidak menjaga negeri-negeri Melayu sebagaimana yang dipersetujui dalam perjanjiannya dengan raja-raja Melayu di negeri-negeri Bersekutu. Perjanjian terbatal kerana Inggeris gagal menjaga negeri-negeri Melayu daripada ancaman Jepun.

Disebabkan ada proksi-proksi yang dilantik Inggeris di kalangan orang Melayu, maka sentiment kebergantungan terhadap Inggeris berjalan rapi meskipun Jepun sedang menjajah Malaya ketika itu. Ia ibarat bernikah dengan orang lain (Jepun) tetapi hati mencintai orang lain (Inggeris), itulah yang dialami sebilangan orang Melayu semasa Jepun menduduki Malaya.

Inggeris sedar secara teknikal bahawa perjanjian itu telah terbatal dengan sendirinya sebaik sahaja mereka gagal mempertahankan Malaya daripada kemasukan Jepun. Pelbagai taktik digunakan untuk menjadikan orang Melayu kembali bergantung harap secara serius terhadap Inggeris termasuk berusaha membuat perjanjian yang baru dan mencipta ancaman-ancaman baru kepada orang Melayu.

Perjanjian yang baru itu ialah Malayan Union bagi memastikan seluruh Malaya berada di bawah kekuasaan Buckingham secara total melainkan hanya Melayu dan Islam sahaja yang berada di bawah subjek raja-raja Melayu.

Selain itu, ideologi komunis tiba-tiba mengganas di Malaya sehingga orang Melayu buntu memikirkan bagaiman acara untuk mengekang kekejaman komunis. Mahu tidak mahu, Melayu perlu bergantung harap kepada Inggeris untuk memerangi komunis.

Adakah komunis itu ditaja Inggeris bagi memastikan orang Melayu terus bergantung harap kepada Inggeris dan demi menjayakan Malayan Union?Kebarangkalian itu sangat hampir kerana communist internationale juga lahir dari idea seorang Mason. Komunis digunakan untuk mencapai cita-cita demokrasi dunia. Apabila komunisme ditolak, maka kapitalisme dan demokrasi akan dipilih. Mereka menawarkan ubat kepada Melayu. Ubat itu adalah demokrasi.

Kita sibuk menentang Malayan Union dan juga sibuk memerangi komunis, di sebalik kesibukan itu, negara haram Zionis dibina di Palestin tatkala kita sedang sibuk memerdekakan tanah air. Ketika itu jugalah, proksi-proksi baru ramai dilantik di kalangan komunis dan di kalangan orang Melayu. Malaysia juga terus sibuk menyelesaikan ancaman komunis sehingga 1989.

Proksi-proksi itu terus dilantik dan dijaga oleh Mason sehingga hari ini, dan berhubungan rapat pula dengan entiti-entiti Mason seperti National Endowment for Democracy dan sebagainya yang dipantau oleh pertubuhan-pertubuhan Masonic.

Demikian adalah rentetan ringkas bagaimana Mason merencanakan huru hara di Malaya dan sehingga Malaysia kini. Mereka mahu kita bergantung kepada mereka melalui proksi-proksi mereka. Proksi komunis masih ada di Malaysia, begitu juga dengan proksi Mason. Andai komunis sekali lagi mencetus huru hara, kita mungkin akan jatuh ke kancah kebergantungan mengharapkan bantuan seperti separuh abad yang lalu.

Kini, Masons berbangga kerana mempunyai seorang proksi terbaik di Malaysia. Proksi yang memiliki jumlah pengikut yang sangat taksub terhadapnya sehingga menolak segala kewarasan demi perjuangan yang dinamakan politik baru yang diperbaharui. Biarpun datang pelbagai petunjuk daripada Allah, petunjuk kebenaran itu tetap dinafikan oleh para pengikut taksub sang proksi ini.


New Politics, New Order, New World.








credit :abatasa ii

Sunday, July 17, 2011

bERsiHkan UMNO & PAS


Bersihkan UMNO, PAS.


KESAN DARI PERISTIWA BERSIH 2.0 

Ambil alih tempat UMNO di Putrajaya, Peluang terbaik untuk PAS bukannya PKR. 



Peristiwa 9 Julai adalah sesuatu yang mengaibkan negara pada mata dunia, namun haruslah ia dilihat dalam perspektif yang lebih meluas supaya adil kepada semua pihak. PAS yang menjadi seteru UMNO sejak negara mencapai kemerdekaan harus mendapat pujian kerana berjaya menjadi tulang belakang demonstrasi BERSIH ini baik pada tahun 2007 ataupun yang baru berlangsung pada 9 Hb Julai, 2011 lalu.


Kedudukan ini tidak dapat dinafikan dimana ribuan penyokong PAS telah membanjiri Kuala Lumpur bertindak berani mengingkari arahan pasukan keserlamatan yang berulangkali memberi amaran agar rakyat negara ini tidak menyertainya kerana ia adalah perhimpunan haram. Mereka bertekad untuk mati syahid menentang "pemerintah zalim" yang diterajui musuh tradisi mereka, UMNO. Mereka memperjudikan nasib mereka pada masa demonstrasi berlansung dengan harapan semua rakyat bangun bersama mereka menyuarakan kemarahan disaluti kebencian terhadap pemerintah. Keberanian mereka sememangnya luar biasa berbanding rakan-rakan mereka. Tidak keterlaluanlah jika sekalungan tahniah wajar diberikan kepada penyokong-penyokong PAS ini.

Walaupun pemimpin PAS bukanlah penganjur utama perhimpunan, pengikut merekalah yang paling ramai turun gelanggang merempuh barisan polis untuk menuju ke Stadium Merdeka. Dapat disifatkan para penyokong PAS amat komited dan berani memperjuangkan agenda yang kelihatan hanya menguntungkan PKR dan DAP. Mereka patuh kepada gesaan Timbalan President mereka yang bergaya sebagai seorang Jeneral,  Satu fenomena yang agak ganjil. Dimanakah pengikut PKR dan DAP yang sebelum ini begitu riuh membuat kempen untuk menjayakan siri kedua bersih ini? 

Ambiga, Kit Siang dan Anwar adalah wajah paling menonjol di dada akhbar dan media eletronik sebelum perhimpunan ini berlangsung, isu demi isu dibangkitkan sebagai pencetus semangat dan juga untuk meransang para penyokong mereka membanjiri KL pada hari tersebut. Dimanakah ahli mereka terutama DAP? Terakam hanya gambar-gambar manusia berkopiah dan bertudung di sana sini. 

Kita lupakan dahulu perkara yang sudah hampir basi ini, walaupun ada ura-ura BERSIH 3.0 sedang dirancang untuk dilaksanakan sebelum PRU nanti (mengesahkan BERSIH ini dicipta sebagai "alat" untuk pilihanraya) semua rakyat Malaysia sudah tahu perihalnya.  

Kita beralih kepada skop yang lebih luas. Petunjuk yang ada membayangkan pengaruh PAS semakin kuat sekurang-kurangnya masih bertahan pada tahap yang meyakinkankan berbanding dengan PKR. Pengaruh PKR terus menerus merosot. hanya tampak hebat dari segi penampilan dan ketokohan pemimpin nombor satu mereka. PKR hanya berpaut pada satu dahan sahaja, mereka tiada dasar perjuangan yang jitu. Bila-bila masa sahaja mereka akan rebah terutama apabila pemimpin utama mereka tiada lagi di puncak kuasa.

PAS cukup gah. Penyokongnya tegar dan liat bersetia terhadap khalifah (jika ingin di sebut sedemikian). Oleh itu PAS sepatutnya lebih dominan dalam mengetuai Pakatan Rakyat bukannya PKR atau DAP. Wajarlah PAS mengkaji kedudukan ini untuk memaksimakan peluang, perlu pandai menilai keupayaan mereka hasil dari peristiwa tersebut dan mula mengatur langkah untuk memperkasa diri dalam kelompok yang selama ini hanya memperlakukan mereka sebagai penyokong semata-mata (rangking terakhir).

PAS perlu keluar dari bayang-bayang sebagai "pengikut setia" yang menjadi pakaian mereka dan mula melakar pentas untuk menobatkan diri sebagai "ketua" kumpulan yang dihormati. PKR pasti terpaksa akur, apa lagi DAP yang selama ini hidup hasil kerja berbentuk oportunis. PKR dan DAP cuma menumpang tuah PAS, itulah kenyataannya. Lupakanlah gertakan Karpal Singh dan wayang Lim KS anak beranak. Anwar pula harus bergerak sebagai "penyokong" kepada PAS yang lebih berupaya dalam mewalili orang Melayu dan Islam seluruhnya. PAS kukuh berpegang kepada perinsip Daulah Islamiah. Anwar perlu menghormatinya dengan jujur jika beliau seorang yang ikhlas dan berjuang kerana Allah dan RasulNya. Bersama-sama bangunkan PAS dalam wajah baru yang lebih bertenaga sebagai kumpulan pendesak yang juga berpeluang memerintah negara menggantikan UMNO.

Jika ingin bermain permainan dalam sekularisma, lenggok dan langkah PAS harus seiring dengan temanya. Jangan pula menghayun langkah bagai anak degil tegar yang kurang cerdik sehingga dipandang sinis dan boleh persenda. Walau bagaimanapun, PAS tidak boleh menggadai maruah dan wajib mempertahankan prinsip yang selama ini dilaungkan.

Memandangkan PKR dan DAP bernada serupa dalam bayang sekularisma dan kapitalisma,  amat sukat untuk mereka diBERSIHkan sebagaimana PAS, jadi kita lupakan sahaja mereka buat seketika. Harus diingat, sebahagian rakyat Malaysia kecuali di Sabah dan Sarawak masih sayangkan PAS. Masih berharap PAS akan berupaya menjadi alternatif kepada orang Islam menggantikan UMNO. 

Jika ditinjau secara rawak, sememangnya PAS lebih kuat dan mendapat sokongan menyeluruh. Kita berpandu kepada gambaran yang ada di hadapan kita sekarang. Andai kata PAS tidak berada dalam Pakatan dan bertindak meletakkan calon disemua kawasan pilihan raya, PAS pasti memperolehi kerusi yang lebih berbanding PKR dan mungkin dapat merampas sebahagian dari kerusi UMNO. Kedudukan PKR agak tenat. Sokongan untuk mereka merosot dengan teruk, mereka juga tahu hal ini.

Kebanyakan penyokong PKR sudah mulai muak dengan kemelut dalaman parti itu ditambah pelbagai skandal yang mula terserlah. Ingatlah sebahagian besar penyokong mereka asalnya adalah penyokong UMNO juga. Mereka rata-rata masih lagi sangsi untuk kembali mengundi UMNO walaupun tidak berminat kepada PKR, jika PAS mampu berdikari pastinya undi mereka ini semua akan menjadi kepunyaan PAS. PAS boleh bersaing dengan PKR di mana sahaja, pastinya PAS akan mendapat lebih banyak sokongan.

Undi simpati dari pengundi atas pagar juga penting. Orang Islam tidak sudi mengangkat DAP yang sekian lama menjadi duri dalam daging orang Islam itu mendapat kuasa. Orang Islam masih bimbang kes Lina JOY akan berulang, peristiwa mempermainkan nama Allah dan tindakan keterlaluan penganut kristian juga tidak disukai oleh sebahagian besar orang Islam. PAS sendiri maklum siapakah dibelakang semua peristiwa ini dan selama ini PAS hanya bersandiwara sahaja mengiayakan permintaan mereka demi menjaga hati dan tidak salah pula jika dikatakan bimbang kehilangan kuasa di negeri Kedah. 

Jika PAS masih bersekongkol dengan mereka, pengundi bebas ini akan memilih UMNO walaupun berat hati. Mereka masih bersimpati dengan perjuangan PAS, namun halangannya ialah DAP, perhatikan betul-betul tindak tanduk mereka. Jika PAS menjadi dominan, parti pembangkang lain akan akur dan tiada pilihan terpaksa mengangkat PAS sebagai pemimpin yang akan memerintah negara. Itu adalah peluang terbaik untuk PAS berbanding dengan situasi semasa. Secara tidak langsung maruah agama akan terpelihara dan pastinya direstui Allah SWT.

Secara tidak langsung PAS telah membersihkan dirinya dari daki politik yang sememangnya kotor ini dan mula bergerak ke arah yang betul. Saya percaya akan ada sinar gemerlapan jika pemimpin agama yang bijak diangkat sebagai kemudi perjuangan. Pemimpin lama yang sudah uzur harus redha dengan halatuju baru, memberi laluan kepada kumpulan ulama yang disegani yang selama ini hanya mendiamkan diri atas sikap menghormati ketua. Contoh terbaik ialah Dato Dr Harun Din, yang rata-rata disegani kawan dan lawan. Pemimpin lama tidak dipinggirkan dan diangkat sebagai rakan dailog untuk keharmonian perjuangan. Jauhkan dari pemimpin yang telah dirosakkan oleh pengaruh sekularisma. Aturkan pentadbiran secara sederhana sebagaimana yang dituntut oleh agama. Jika Dr Harun Din diangkat sebagai PM Malaysia, ia satu penghormatan kepada ulama Islam keseluruhannya. Ia juga bakal dinilai oleh rakyat bukan Islam sejauh mana baiknya sistem pemerintahan Islam walaupun masih berbaju sekular.

PAS yang telah bersih dengan sendirinya membuatkan UMNO kelihatan amat comot. Jika UMNO tidak berusaha membersihkan dirinya dari elemen kepentingan diri yang mana selama ini banyak menyusahkan rakyat, pastinya UMNO akan dibersikan dari Putrajaya. Namun begitu, satu perkara yang mesti diingat oleh PAS bahawa jika mereka berada di tempat UMNO sekarang, sukar bagi mereka membendung kekacauan dan protes jalanan. Apa yang PAS lakukan sekarang akan menjadi satu model atau trend terbaru politik sekular ini. Bersedialah menghadapi protes dan demonstrasi dari UMNO dan juaknya pula. Roda pasti berputar, tidak dapat dielakkan.

Bagi UMNO pula, jika mereka bijak, mereka akan mengambil iktibar dari BERSIH 2.0 dan mengambil langkah serupa untuk membersikan organ dalamannya, pastinya mereka akan kembali berjaya sebagai pilihan rakyat jika elemen hitam dapat dibersihkan. Jenayah kolar putih yang telah menjadi darah daging mereka menjadi halangan besar untuk dibersihkan dari hati para pemimpinya, ia menjadi punca mengapa mereka kehilangan kepercayaan rakyat. Budaya ini sebenarnya sebuah aturcara berbentuk tipu daya berasal dari sekularisma yang diajar oleh jenerasi terdahulu dan ia semakin lama semakin parah menular pula kepada para penjawat awam. Untuk itu penyakit ini mesti dibersihkan segera jika masih mahu bertahta selesa.

Islam mesti dijaga dan diangkat sebagai mercu perjuangan bukan lagi bersandarkan bangsa. Sementara itu beberapa pemimpin bawahan yang lemah atau berterusan menjadi liabiliti kepada Islam mesti diketepikan untuk menjadikan parti Melayu ini terus relevan meneraju negara. Mampukah mereka melakukannya? 

Sekiranya mereka masih menyangka mereka berupaya meraih kejayaan melalui nyanyian nada lama, mereka sebenarnya silap. Selama ini mereka hanya mendapat faedah dari arus propaganda membangkitkan gelombang kebencian rakyat kepada pihak lawan. Kaedah ini sudah semakin hambar dan kurang berkesan sekarang. Andai kata pihak lawan telah besih dari kekotoran dan kekejian, UMNO pasti buntu dan hilang arah. Mereka yang berkuasa sekarang sering terlupa bahawa rakyat masa kini bukan lagi serupa dengan manusia zaman kemerdekaan yang sebahagian besarnya masih buta huruf dan mudah dipujuk.

Faktor Anwar Ibrahim, Ambiga dan Kit Siang ini sebenarnya hanyalah satu simbol atau unsur luaran sebagai pencetus bantahan secara terbuka. Mereka adalah manusia hipokrit yang telah diwarnakan oleh musuh agama, musuh Rasulullah saw dan tentunya musuh Allah swt. PAS wajar melarikan diri dari kelompok manusia ini jika tidak mahu terpalit najis yang mereka bawa. Apa pun terserah kepada kebijaksanaan pelakon utama iaitu PAS dan UMNO untuk menyelamatkan maruah agama dan bangsa.

Siapa Ambiga dan apa yang diidamkannya?

Kita imbas kembali sesuatu yang kita lupakan sebelum ini. Siapa sebenarnya Datuk Ambiga Sreenevasan?  Bukan Islam yang berusaha gigih menentang Islam, akhirnya menjadi popular mempelopori BERSIH. Dia telah berjaya mengerah para pemimpin dan ahli  Parti Islam SeMalaya(sia) sebelum ini memusuhinya semasa pemurtadan Lina Joy untuk turun ke jalan raya mengikut telunjuknya (meminta rakyat supaya mengadakan perhimpunan haram pada 9 Julai lalu).

Penganalisis politik berpendapat orang Melayu harus melihat kembali sejarah lama Ambiga yang pernah menimbulkan kemarahan umat Islam, terutama orang Melayu di negara ini sebelum secara membuta tuli mengikut kehendak dan telunjuknya.

Bekas Presiden Majlis Peguam itu adalah orang yang bertanggungjawab menerima memorandum menuntut pelaksanaan Suruhanjaya Antara Agama (IFC) pada 21 Ogos 2001. Majlis Peguam menerima memorandum untuk menuntut pelaksanaan 14 tuntutan IFC yang jelas sekali bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Dalam kes Lina Joy yang murtadAmbiga mempertikaikan pelaksanaan hukum syariah di bawah Perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan dengan menyatakan kebebasan beragama turut termaktub kepada semua penganut agama Islam.

Beliau turut mengadakan forum mengenai memeluk agama Islam pada 9 Ogos 2008 yang membincang dan mempertikaikan secara terbuka Perkara 121 (1A). Biarpun mendapat bantahan orang Islam, Majlis Peguam yang diterajui Ambiga tetap meneruskan forum itu.

Justeru penganalisis politik berpendapat tindak tanduk Ambiga memperlihatkan diri beliau sebagai seorang yang tidak menghormati undang-undang dan Perlembagaan dan dengan itu orang Melayu terutamanya harus memikirkan semula hasrat untuk menyertai apa-apa agenda yang cuba di bawa atau diketuainya termasuk siri BERSIH berikutnya jika terlaksana.

Penganalisis politik bebas berkata, sebagai seorang peguam, Ambiga sudah tentu arif mengenai undang-undang dan Perlembagaan negara. Sewajarnya tidak melakukan sesuatu yang berlawanan dengan undang-undang.

Keperluan untuk menganjurkan perhimpunan haram itu yang diketuai Ambiga ini juga tidak jelas (kabur) kerana jika penganjur ingin menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), mereka boleh menggunakan saluran sedia ada seperti membuat kenyataan di surat khabar dan media elektronik, bukannya mengadakan demonstrasi jalanan. Tambahan pula ia untuk kepentingan parti politik pembangkang. Mereka terlampau mengikut perasaan dan terpengaruh kepada gesaan parti politik tertentu yang memperjuangkan ideologi politik masing-masing sedangkan mereka sendiri pun tidak ’bersih’.

Matlamat Ambiga dan para penyokongnya ialah menggegarkan negara dengan protes demi protes sehingga berlakunya sengketa yang meruntuhkan perpaduan umat Islam negara ini. Sekiranya mereka berhajat kepada pertambahan sokongan kepada penentang kerajaan, lebih baik Ambiga dan JK BERSIH menganjurkan tunjuk perasaan melalui parti politik dan bukan berselindung di sebalik NGO. Penglibatan NGO dalam tuntutan ini tidak menepati tujuan akhirnya. Ia adalah alat Ambiga semata-mata.

Matlamat pemimpin politik pula ialah untuk menutup kepincangan dalaman parti mereka dari diketahui oleh orang awam. PKR yang terbukti tidak bersih dalam pemilihan barisan pemimpinnya, DAP yang autokratik dan berbau chauvinis sementara PAS pula cuba mengelak dari dituduh meninggalkan dasar perjuangan asal mereka,” 

Kecelaruan ini wajar di "bersih" kan terlebih dahulu sebelum cuba membersihkan orang lain.

Saya bukanlah seorang yang pakar dalam hal siasah, kini tidak lagi memihak kepada mana-mana kelompok parti tidak kira kerajaan mahupun pembangkang. Saya juga tidak mengingini sistem demokrasi yang sedia ada ini membawa perpecahan umat Islam di negara ini. Diharap pembaca menilainya sebagai satu pandangan terbuka dari kumpulan pemerhati yang sayangkan Agama, Bangsa dan Tanah Air kita. Semoga semua ini membuahkan kebaikan, insyaAllah.




Monday, May 23, 2011

~tHe stOrY beGiNs...aGaiN!!~



pada tahun 1980-an dahulu,beberapa pengkaji telah menjumpai satu kaum yang tinggal di tepi sebuah tasik di pedalaman Jepun.Kaum ini begitu jauh dari pembangunan dan masih mengamalkan cara hidup tradisional.Bahasa kaum ini tidak mampu difahami oleh para pengkaji tersebut dan bahasa mereka tidak pula punya persamaan dengan bahasa Jepun mahupun bahasa-bahasa sekitar.Namun anehnya,para pengkaji tersebut mengesan tiga perkataan yang memungkinkan hubungan mereka dengan satu bangsa lain.Perkataan itu adalah:mata,batu dan air.

Di laut sekitar Okinawa,berdekatan Pulau Yonaguni,telah dijumpai sebuah struktur piramid menyerupai ziggurat di dasar laut!Piramid ini terletak kira-kira 100 kaki ke dalam laut dan mempunyai gerbang,tangga dan jalan berturap batu.Pakar mengatakan usia piramid ini berdasarkan ujian radiokarbon ialah kira-kira 8000 tahun Sebelum Masehi,dan peradaban Jepun ketika itu hanyalah berdasarkan cara hidup memburu binatang dan mengumpul makanan untuk sara diri.Peradaban piramid di Mesir bermula kira-kira 5000 tahun selepas itu!Siapakah yang membina piramid ini?Satu penemuan yang masih dirahsiakan oleh para pengkaji ialah:tulisan mirip tulisan Rencong telah ditemui di barat daya struktur itu terukir di 'hall chamber' di sebelah dalam piramid,yang merupakan 'access denied' atas sebab-sebab yang tidak munasabah oleh pihak-pihak tertentu.







Jim Mower,seorang ahli arkeologi di Universiti College London telah menimbulkan pandangan bahawa sekurang-kurangnya usia peradaban dasar laut Okinawa itu menjangkau 10,000 tahun dan peradaban ini kalau tidak melebihi sudah pasti setaraf dengan peradaban Mesopotamia dan Lembah Indus.Ahli arkeologi itu juga mengatakan bahawa "ini telah mengubah banyak pandangan tentang peradaban Asia Tenggara".Perhatikan,beliau tidak berkata tentang 'peradaban Asia Timur'.




Saya merasakan semua orang sudah tahu tentang satu keris purba yang ditemui di sebuah kuil purba di Okinawa.Ya...Okinawa lagi.

Sebab itulah,tidak berapa lama dahulu beberapa penyelidik di Mistis Organization telah berusaha menghubungi seorang gadis yang juga seorang prodigi senyap dalam bidang sejarah di Malaysia.Gadis ini memiliki ciri-ciri kehidupan seperti beberapa prodigi terkenal dari gen bangsa misteri ini;Adiputra,Sufiah Yusuf (kedua-duanya prodigi matematik ketika kanak-kanak) atau Ainan Celeste Cawley (prodigi kimia) sekadar menamakan beberapa contoh popular.Di Singapura,telah acapkali lahir prodogi-prodigi Melayu seperti di Nanyang Technological University,dan kisah seorang pemuda Melayu yang mendapat cGPA 4.00 dalam Fizik di Eropah.

Kita telah melihat bagaimana beratus-ratus prodigi Melayu yang menunjukkan pencapaian luar biasa ketika kecil,mula menyusut bakat luarbiasa mereka apabila dewasa.Ingatkah saudara saudari akan Mohd. Shukri Hadafi,ketika kecilnya pada usia tiga tahun sudah mampu membaca suratkhabar!Mohd. Shukri Hadafi pernah menjadi anak angkat Prof. Diraja Ungku Aziz dan muncul dalam filem Menanti Hari Esok arahan Jins Samsuddin pada tahun 1977.Namun kehidupannya selepas itu menempuh hari-hari gelap dan akhirnya menjadi seorang penagih dadah.

Perlukah selepas ini saya menceritakan kepada anda,tentang Sufiah Yusuf?

Biar kami beritahu anda satu rahsia,sebagai pembukaan dari saya,.Ada sekumpulan pemikir di sebelah Barat telah mengkaji kemungkinan kacukan gen Melayu dengan mana-mana bangsa akan memudahkan lahirnya prodigi-prodigi luarbiasa bertaraf dunia!Mereka telah mula menyedari bahawa kacukan gen Melayu dan gen bangsa lain adalah kunci kepada 'manusia-manusia mutan' masa hadapan.Mereka telah mula memilih beberapa anak-anak muda dan melatih mereka serta menghantar mereka untuk cuba memikat gadis-gadis Melayu.

Mengapa gadis Melayu?Kerana percubaan sebelum ini menghantar gadis-gadis mereka untuk membuat hubungan dengan lelaki Melayu menemui kegagalan,ada diantara gadis-gadis mereka 'dipaksa' mempelajari agama Islam dan ini berakhir dengan kes perebutan anak atau penceraian.Anda tahu pada era mana terdapat kekerapan kes-kes lelaki Melayu menghadapi kes perebutan anak dengan wanita asing bukan?Ya,dan saya ingin tekankan tentang 'sebab-sebab wanita-wanita asing itu begitu degil untuk mengambil anaknya dari gen Melayu itu,lari ke negaranya'.Saya boleh terima alasan ini;kasih sayang seorang ibu.Namun biar saya simpan rahsia lain.

Dan gen yang terhasil dari kacukan ini akan dimanipulasikan untuk tujuan-tujuan tertentu.Jika saya bercakap tentang 'Universal Soldier' pada masa depan,saya akan bercakap tentang 'tentera-tentera prodigy' ini.Saya ingin bertanya,adakah filem Hollywood yang telah membikin satu filem tentang kanak-kanak prodigi yang diculik dan dilatih untuk misi-misi rahsia?

Sebab itu apabila gadis ini dapat membaca kod-kod rahsia di dalam Diari Lodgekeeper pada suatu hari dan menterjemahkannya kepada kami...ya...kami pasti dialah orangnya.

Gadis ini mampu membaca sejarah Sriwijaya 500 tahun sebelum Masehi dan menterjemah tulisan-tulisan Mesir Purba dan maksud-maksud di dalam The Egyptian Book of The Dead,The Black Book dan The Golden Book of Scarab Ankh.Untuk mengetahui sejarah Melayu lebih 1000 tahun sebelum Masehi,terpaksa mencarinya di dalam kitab-kitab paling misteri di dunia The Mummy dan piramid yang menakjubkan!

Jika orang Melayu yang dungu berusaha memadamkan sejarah bangsanya sendiri,saya nasihatkan anda akan menemui kegagalan paling pahit kerana orang Mesir Purba,Phoenicia,Assyria,Babilon dan sejauh Viking di utara Eropah...mereka ada menyimpan jejak sejarah Kemelayuan yang paling misteri.JIka anak-anak Melayu yang bingung dan orang lain yang cemburu cuba membakar 'Sejarah Melayu'...

malangnya 'Sejarah Melayu' telah di'fotostat' banyak-banyak dan diberi kepada bangsa-bangsa lain!Sepertimana Maharaja Sriwijaya telah menghantar keturunannya untuk membina berpuluh-puluh negarakota untuk mengekalkan survival dan hegemoni,maka sejarah Kemelayuan telah disimpan kemas dalam lipatan sejarah bangsa-bangsa lain untuk tujuan yang sama.




Sebab itu apabila gadis ini meminta kami menghantarnya ke Kemboja dan Vietnam untuk membaca riwayat Melayu yang tersembunyi di sana,kami sudah tahu tentang kenyataan bahawa...moyang kita dahulu telah menyembunyikan banyak kod-kod rahsia di merata tempat di dunia...untuk kita mencarinya adalah ternyata benar!

Induk-induk Melayu pada masa purba telah menuliskan riwayat mereka pada pelbagai bahasa selain bahasa ibunda dalam pelbagai tulisan.Selepas mereka mengukirkan huruf terakhir,dengan penuh harapan...bahawa...suatu hari nanti ada anak Melayu yang dapat membaca riwayat terahsia ini.

...dan gadis ini,dengan aura penuh misteri dan bakat prodiginya dalam bidang yang dianugerahkan Tuhan kepadanya...akan membawa kami dan anda semua ke alam epik riwayat terahsia,jauh ke dasar laut Okinawa.... sehangat padang pasir Sahara.

she is
~the SriKandi~
defender oF malay history



~aPa aDa pD oRg aSLi~


Pelajaran 4:Mengenal kategori Orang Asli 


Sekarang kita belajar memahami petunjuk dalam kajian bahasa dan budaya masyarakat Orang Asli Malaysia.Dari sini nanti kita akan faham bahawa orang Melayu sebenarnya pribumi mutlak Malaysia sekaligus Asia Tenggara.Sejarah Melayu adalah istimewa sebab terdapat konsep proto dan deutro.Melayu Proto adalah pribumi asal sebelum terdapat Melayu Proto lain yang menerima peningkatan tamadun dan peradaban tinggi menjadi Melayu Deutro,sementara Melayu Proto ini tetap mengamalkan cara hidup lama turun temurun.

Dahulu bila bercakap tentang Orang Asli,kita akan memikirkan tentang satu kaum yang mundur yang tidak maju tinggal di hutan-hutan.Kita memikirkan bahawa,orang Melayu dan Orang Asli ini adalah dua entiti yang tiada kaitan LANGSUNG antara satu sama lain.Sebenarnya Orang Asli inilah ASET ORANG MELAYU yang paling penting dan sebenarnya ANUGERAH yang amat-amat bernilai!

Sebab ada pihak yang kebingungan mengatakan bahawa Orang Asli ini adalah bumiputra sebenar dan orang Melayu adalah pendatang.

Tetapi bila kita bertanya kepada mereka,sejak bilakah orang Melayu mula MENDATANGI Malaysia atau Asia Tenggara?Adakah sama seperti imigran-imigran zaman British dahulu?Apabila pakar sejarah Thailand mengakui bahawa sebelum kedatangan orang Thai ke Indochina,Thailand diduduki oleh lebih awal oleh etnik-etnik Malayan (selain Mon),bagaimana kita boleh 'gayat' sedikit dengan kewujudan kita di sini?

Mereka pun tidak tahu bila orang Melayu mula 'datang' ke Malaysia.Sebab apa tidak tahu?SEBAB MEMANG KITA PRIBUMI MALAYSIA!

Tetapi Orang Asli bagaimana?

Mereka boleh menipu orang Melayu yang dungu dan pemimpin Umno,juga sesetengah pemimpin Pas yang percaya Hang Tuah adalah orang Cina.Tetapi mereka tidak boleh menipu sejarah.

Biar saya beritahu anda SIAPAKAH SEBENARNYA ORANG ASLI DI MALAYSIA.

Orang Asli di Malaysia terbahagi kepada dua berdasarkan bahasa:

1-Aborigine Malay
2-Aslian

Aborigine Malay memiliki bahasa mirip bahasa Melayu.Contoh Aborigine Malay adalah orang Jakun dan Temuan.Aslian pula memiliki bahasa mirip bahasa-bahasa dalam kelompok Mon-Khmer.Contohnya orang Semai dan Mah Meri.

Aborigine Malay adalah Proto Mala.Mereka adalah kelompok kaum-kaum Austronesian yang tidak menerima anjakan tamadun.Cuba bandingkan orang Jakun dengan orang Hawaii atau Papua (kaum Austronesia yang lain).Lebih kurang sama sahaja.Proto Mala yang lebih maju (kerana tinggal di pesisir pantai dan terdedah kepada pergaulan antarabangsa) lama kelamaan menolak Proto Mala yang hidupnya berasaskan pertanian dan buruan binatang lebih jauh ke pedalaman.

Proto Mala yang tinggal di pesisir pantai dan menjalankan perdagangan maritim lama kelamaan berubah menjadi Deutro Mala.Mereka kemudiannya menubuhkan kerajaan dan negarakota dan mengaku bangsa mereka sebagai 'Malayu'.

Proto Mala yang menjalankan kehidupan sara diri dengan pertanian dan berburu binatang bercampur dengan orang Mon yang datang dari utara.Orang Mon memang kaum yang berasaskan agraria (pertanian).Orang Mon memang ada kerajaan-kerajaan negarakota di Thailand Tengah dan Burma.Orang Mon dan Melayu bina negarakota bersama-sama di Thailand Tengah sehingga ke Segenting Kra.Sebab itu budaya orang Mon seakan sama seperti orang Melayu.Cuba lihat 'kebaya' Mon bagaimana.

Salah satu kerajaan orang Mon yang terkenal adalah Dvaravati.Budaya kerajaan kuno ini ditafsirkan sebagai pakar sejarah dunia sebagai 'gabungan orang Mon dan Malayan'.

Orang Mon bermigrasi ke Burma disebabkan kerajaan mereka di Thailand Tengah diserbu oleh tentera Sukhotai.Selebihnya turun ke Kedah dan lain-lain kawasan di semenanjung dan berasimilasi menjadi orang Melayu hasil perkahwinan campur.

Sebab itu bahasa orang Senoi seakan-akan bahasa dalam kelompok Mon-Khmer.Sebab itu saya sudah menjelaskan bahawa sudah menjadi perkara biasa pada zaman silam apabila rajanya seorang Melayu,rakyatnya tidak semestinya semua Melayu.Macam hari inilah.Katakan kita ambil kerajaan Gangga Negara di Perak sekarang.Rajanya Melayu tetapi rakyatnya bercampur antara Melayu,Mon,Khmer dan sebagainya.Kerajaan Angkor pernah diperintah oleh kerabat Melayu dari kerajaan Nagara Sri Dharmaraja.Dahulu orang Melayu Indochina berbesan dengan orang Khmer atau Mon.Kahwin campur antara satu sama lain.Sebab itu timbulnya istilah 'orang Siam'.

Orang Kuala atau orang Kanaq sepertimana orang Jakun adalah Melayu Proto merupakan tipikal kaum-kaum Austronesia di Asia Tenggara dan Pasifik.Lihat wajah orang Hawaii atau Samoa.Sebab orang Melayu pandai berniaga,ramah,pandai bertolak ansur dengan orang luar dan tahan lasak (survive) maka mereka lebih ke hadapan dari kaum-kaum Austronesia yang lain seperti Hawaii,Samoa,Tonga,Papua dan sebagainya serta membantu kaum-kaum yang lain rapat dengan orang Melayu supaya lebih maju bersama-sama,contohnya orang Jawa,Bugis,Batak dan sebagainya.

Kaum-kaum Austronesia Timur ini (Hawaii,Tonga,Papua,Samoa dll) tinggal begitu jauh dari orang Melayu menyebabkan mereka kurang mendapat anjakan tamadun manakala kaum-kaum Austronesia Barat seperti Jawa,Bugis,Orang Laut,Bajau,Sulu dan sebagainya mendapat manfaat dari peranan dan keterampilan yang dimainkan oleh raja-raja Melayu dan orang Melayu dalam perdagangan maritim.Siapa duduk rapat dengan orang berilmu,maka dia pun berilmu.Siapa berkawan dengan mat rempit maka dia pun merempit.

Golongan Utrakiasu memang tidak boleh faham semua kronologi dan riwayat Melayu.Sebab mereka memang tidak mahu faham punyerr.

Ini bukan semudah masalah kebanjiran orang Han ke Taiwan(terutamanya ketika Parti Kaomintang kalah dengan Parti Komunis China sehingga menyebabkan pribumi Taiwan makin terdesak ke pedalaman).Ingat,pribumi Taiwan seperti kaum Utsul adalah kaum Austronesia yang bahasanya mirip bahasa Melayu!

Jadi orang Han di Taiwan memang pendatang dan tarikh kedatangan mereka memang boleh dibuktikan sepertimana kedatangan imigran British ke Malaya!

Tetapi bilakah TARIKH KEDATANGAN ORANG MELAYU KE MALAYSIA?Ketika Kesultanan Melaka?Masalahnya Batu Bersurat Terengganu berbahasa Melayu ditulis lama sebelum Kesultanan Melaka naik.Okla,zaman Sriwijaya katakan abad ke 7 Masehi.

Tidak tepat sebab ada prasasti Cham berusia abad ke 2 Masehi yang berbahasa Melayu suku Cham!

Okla...okla...mungkin zaman Funan abad pertama Masehi.

Tidak tepat saudara saudari sebab orang Melayu berbahasa dalam kelompok Austronesia.Jika ingin letak label 'pendatang' kepada Melayu maka kena letak label pendatang kepada orang Hawaii,orang Samoa atau orang Papua juga supaya mereka semua ini adalah pendatang di rantau Asia Tenggara dan Pasifik!

Orang Serani di Melaka contohnya (ada contoh lain yang lebih baik sebenarnya) memang sudah ada di Malaysia zaman-berzaman,tetapi adakah orang Serani di Sulawesi atau Sumatera yang punya bahasa dan budaya sama?Sudah tentu tiada sebab orang Serani di Melaka adalah keturunan Portugis.Maksudnya mereka bukan pribumi.

Jadi sejak bila wujudnya kaum Austronesia dan bahasa Austronesia?

BERIBU-RIBU TAHUN DAHULU!



                    XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX


Petunjuk Rahsia Pada Orang Asli


Sekarang saya mahu beritahu saudara satu lagi bukti orang Melayu adalah pribumi.Saya tinggalkan perkataan ini.

Orang Asli.

Jika saya katakan bahawa orang Jakun atau Temuan itu adalah Proto Melayu atau asal-usul Melayu,mungkin ada yang membantah dan tuduh saya merendah-rendahkan orang Melayu.Tetapi sabar saudara sebab apa yang anda sangka KELEMAHAN ITU SEBENARNYA KEKUATAN YANG PALING AMPUH!

Apa bangsa di dunia yang masih punya bentuk protonya?Suku Arab asli seperti Jurhum sudah pupus.Itu pun bukan zaman Paleolitik.Adakah ada orang proto-Han yang masih hidup dan masih punya komuniti sendiri?Jika ada,adakah bahasanya dapat dikesan mirip bahasa orang Han?Adakah lagi kaum-kaum Anglo,Saxon atau Viking (asal-usul orang Inggeris) yang masih mengekalkan gaya hidup Paleolitik atau zaman purba dahulu?TIADA!

Tetapi orang Melayu bertuah sebab ketika semua bentuk proto bangsa-bangsa di dunia sudah pupus,orang Melayu masih punya bentuk protonya yang asli!

Saya ada melihat foto-foto dalam satu blog yang kelihatan merendah-rendahkan orang Melayu dengan menyamakan orang Melayu dengan orang Asli (digambarkan selekeh dan tidak bertamadun) untuk membuktikan bahawa keturunan merekalah yang 'mentamadunkan' Melayu (mereka mendakwa raja Siam Sam-sam mentamadunkan Melayu).Bagi saya biarlah,sebab saya ada BUKTI KUKUH KEWUJUDAN BANGSA SAYA dari foto-foto itu.Dari mana keturunan Siam Sam-sam datang?Dari planet Zargus?

Hello,kawan...setiap bangsa di dunia MESTI MELALUI ERA PROTO.Proto bermaksud bentuk awal sesuatu bangsa itu seperti era Paleolitik.Senang cakap,mesti jadi ORANG GUA dahulu baru capai tamadun sikit-sikit sampai bina peradaban.

Mana ada bangsa di dunia TIBA-TIBA ZASSSSS! jadi raja-raja bina empayar besar.Bina istana.

Nabi Adam dan Siti Hawa pun turun ke dunia sehelai sepinggang.Terpaksa tutup tubuh dengan pucuk-pucuk kayu.Nabi Adam terpaksa melalui ERA ORANG GUA dahulu sebelum berdikit-dikit maju.Tuhan tidak turunkan Nabi Adam dan Siti Hawa bersama-sama istana syurga dan para pelayannya!

Jadi sekali lagi saya tegaskan setiap bangsa di dunia mesti lalui era PROTO dahulu.

Tetapi bertuahnya ORANG MELAYU MASIH ADA BENTUK PROTONYA KETIKA ERA TEKNOLOGI MAKLUMAT,NANO DAN NUKLEAR!

Jadi jangan fikir Orang Asli tiada kaitan dengan kita.Jabatan Hal Ehwal Orang Asli perlu jaga betul-betul mereka sebab 'mereka sanggup mengekalkan kehidupan masa lalu kita' dan jadi bukti kewujudan orang Melayu sebagai salah satu kelompok Austronesia yang tersohor.

Jika kita malu sebab rupa ingatlah bangsa Viking atau suku Jerman Kuno (proto-English) dahulu tidak secantik Keira Knightley atau sekacak Jude Law iaitu orang Inggeris sekarang.Orang Inggeris yang rupawan akibat kahwin campur dengan orang dari Iberia (Sepanyol,Portugis) atau dengan orang Frank (Perancis) dan Itali.

Lebih penting kita ada bukti bahawa kita pribumi Asia Tenggara dari sebab rupa yang remeh-temeh itu.

Ok,sekarang Srikandi mahu rumuskan keempat-empat pelajaran kita dan apa kepentingannya.


RUMUSAN

Dalam pelajaran pertama saya sudah ajar anda bahawa terdapat satu kelompok bahasa yang amat besar merangkumi Madagaskar hingga ke Pasifik termasuk Asia Tenggara.Dan bahasa Melayu adalah dalam kelompok itu.Ini menjelaskan bahawa KITA BUKANLAH BERSENDIRIAN.Kita ada pengaruh bahasa dan budaya yang AMAT BESAR.Sebab itu jangan berfikir tentang Melayu sesempit GEOGRAFI DARI PERLIS SEHINGGA KE SABAH.Jangan sesekali.Jangan jadi macam pemimpin UMNO.Kita bukan bangsa UMNO.Kita bangsa Melayu!

Bagaimana kelompok bahasa kita punya pengaruh geografi yang besar?Sebab kita dari bangsa yang BESAR.Sebab kita punya PENGARUH YANG BESAR.

SEBAB KITA ADALAH DARI INDUK MANUSIA YANG BESAR!

Induk yang masih mengekalkan kewujudannya.

Kita,bangsa Melayu,bukan seperti Siam Sam-sam yang terhasil dari perkahwinan campur atau 'diMelayukan' akibat akulterasi budaya dan asimilasi secara paksaan atau bukan paksaan.Kita bangsa yang berdiri di atas jatidiri dan konkrit sejarah yang teramat kukuh!

Sebab itu bahasa Siam Pendang (contohnya) tidak punya geografi seluas bahasa Austronesia (yang punya pengaruh Melayu).Bahasa Siam Pendang hanya difahami oleh orang Siam Malaysia sahaja.Orang Mon,Burma atau Thai tidak begitu faham bahasa Siam Pendang ini.Mengapa?SEBAB ITU ADALAH BAHASA SUKU YANG MENCEDOK DAN MENGUBAHSUAI DARI BAHASA-BAHASA BANGSA SEKELILINGNYA!Bahasa Siam Pendang ada campuran perkataan Mon,Khmer,Thai dan Melayu.

Dalam pelajaran kedua,saya jelaskan tentang orang Melayu yang banyak tinggal di pesisir pantai pada zaman dahulu.Ini menjelaskan mengapa di pedalaman Malaysia ada suku Asli yang berbahasa mirip bahasa Mon-Khmer.Bukan sebab Melayu pendatang tetapi ORANG MELAYU MEMANG SUKA DUDUK DI TEPI PANTAI UNTUK MUDAH BERLAYAR.

Orang Melayu mudah ditemui di pantai-pantai Sumatera,Jawa,semenanjung,Indochina,Borneo serta seluruh Kepulauan Melayu.Mereka memang ada di situ sejak beribu tahun,berpindah atau berulang alik dalam kawasan mereka.

Dalam pelajaran ketiga saya sudah jelaskan mengapa ada kaum-kaum Austronesia yang mirip budaya kita dan punya bahasa mirip kita.Sebab kita dahulu adalah kaum Austronesia yang tersohor dan berketrampilan.Kita bina negarakota dan empayar.Kita buka laluan perdagangan laut.Kita bina rangkaian pelabuhan.Sebab itu orang Bajau,orang Laut dan Sulu ada berkongsi budaya dan bahasa dengan Melayu.

Dalam pelajaran keempat saya telah jelaskan bahawa terdapat Abrogine Malay atau Melayu Proto dalam kelompok Orang Asli Malaysia.Ini bermakna orang Melayu adalah pribumi Malaysia dan Asia Tenggara.Orang Austronesia awal biasanya berkulit gelap dan berambut kasar di sebabkan kegiatan lasak mereka di laut dan darat.Selepas berhubungan dengan orang luar,barulah muncul ras Austronesia yang lebih segak.


.......



credit:MisTis