Monday, May 23, 2011

~aPa aDa pD oRg aSLi~


Pelajaran 4:Mengenal kategori Orang Asli 


Sekarang kita belajar memahami petunjuk dalam kajian bahasa dan budaya masyarakat Orang Asli Malaysia.Dari sini nanti kita akan faham bahawa orang Melayu sebenarnya pribumi mutlak Malaysia sekaligus Asia Tenggara.Sejarah Melayu adalah istimewa sebab terdapat konsep proto dan deutro.Melayu Proto adalah pribumi asal sebelum terdapat Melayu Proto lain yang menerima peningkatan tamadun dan peradaban tinggi menjadi Melayu Deutro,sementara Melayu Proto ini tetap mengamalkan cara hidup lama turun temurun.

Dahulu bila bercakap tentang Orang Asli,kita akan memikirkan tentang satu kaum yang mundur yang tidak maju tinggal di hutan-hutan.Kita memikirkan bahawa,orang Melayu dan Orang Asli ini adalah dua entiti yang tiada kaitan LANGSUNG antara satu sama lain.Sebenarnya Orang Asli inilah ASET ORANG MELAYU yang paling penting dan sebenarnya ANUGERAH yang amat-amat bernilai!

Sebab ada pihak yang kebingungan mengatakan bahawa Orang Asli ini adalah bumiputra sebenar dan orang Melayu adalah pendatang.

Tetapi bila kita bertanya kepada mereka,sejak bilakah orang Melayu mula MENDATANGI Malaysia atau Asia Tenggara?Adakah sama seperti imigran-imigran zaman British dahulu?Apabila pakar sejarah Thailand mengakui bahawa sebelum kedatangan orang Thai ke Indochina,Thailand diduduki oleh lebih awal oleh etnik-etnik Malayan (selain Mon),bagaimana kita boleh 'gayat' sedikit dengan kewujudan kita di sini?

Mereka pun tidak tahu bila orang Melayu mula 'datang' ke Malaysia.Sebab apa tidak tahu?SEBAB MEMANG KITA PRIBUMI MALAYSIA!

Tetapi Orang Asli bagaimana?

Mereka boleh menipu orang Melayu yang dungu dan pemimpin Umno,juga sesetengah pemimpin Pas yang percaya Hang Tuah adalah orang Cina.Tetapi mereka tidak boleh menipu sejarah.

Biar saya beritahu anda SIAPAKAH SEBENARNYA ORANG ASLI DI MALAYSIA.

Orang Asli di Malaysia terbahagi kepada dua berdasarkan bahasa:

1-Aborigine Malay
2-Aslian

Aborigine Malay memiliki bahasa mirip bahasa Melayu.Contoh Aborigine Malay adalah orang Jakun dan Temuan.Aslian pula memiliki bahasa mirip bahasa-bahasa dalam kelompok Mon-Khmer.Contohnya orang Semai dan Mah Meri.

Aborigine Malay adalah Proto Mala.Mereka adalah kelompok kaum-kaum Austronesian yang tidak menerima anjakan tamadun.Cuba bandingkan orang Jakun dengan orang Hawaii atau Papua (kaum Austronesia yang lain).Lebih kurang sama sahaja.Proto Mala yang lebih maju (kerana tinggal di pesisir pantai dan terdedah kepada pergaulan antarabangsa) lama kelamaan menolak Proto Mala yang hidupnya berasaskan pertanian dan buruan binatang lebih jauh ke pedalaman.

Proto Mala yang tinggal di pesisir pantai dan menjalankan perdagangan maritim lama kelamaan berubah menjadi Deutro Mala.Mereka kemudiannya menubuhkan kerajaan dan negarakota dan mengaku bangsa mereka sebagai 'Malayu'.

Proto Mala yang menjalankan kehidupan sara diri dengan pertanian dan berburu binatang bercampur dengan orang Mon yang datang dari utara.Orang Mon memang kaum yang berasaskan agraria (pertanian).Orang Mon memang ada kerajaan-kerajaan negarakota di Thailand Tengah dan Burma.Orang Mon dan Melayu bina negarakota bersama-sama di Thailand Tengah sehingga ke Segenting Kra.Sebab itu budaya orang Mon seakan sama seperti orang Melayu.Cuba lihat 'kebaya' Mon bagaimana.

Salah satu kerajaan orang Mon yang terkenal adalah Dvaravati.Budaya kerajaan kuno ini ditafsirkan sebagai pakar sejarah dunia sebagai 'gabungan orang Mon dan Malayan'.

Orang Mon bermigrasi ke Burma disebabkan kerajaan mereka di Thailand Tengah diserbu oleh tentera Sukhotai.Selebihnya turun ke Kedah dan lain-lain kawasan di semenanjung dan berasimilasi menjadi orang Melayu hasil perkahwinan campur.

Sebab itu bahasa orang Senoi seakan-akan bahasa dalam kelompok Mon-Khmer.Sebab itu saya sudah menjelaskan bahawa sudah menjadi perkara biasa pada zaman silam apabila rajanya seorang Melayu,rakyatnya tidak semestinya semua Melayu.Macam hari inilah.Katakan kita ambil kerajaan Gangga Negara di Perak sekarang.Rajanya Melayu tetapi rakyatnya bercampur antara Melayu,Mon,Khmer dan sebagainya.Kerajaan Angkor pernah diperintah oleh kerabat Melayu dari kerajaan Nagara Sri Dharmaraja.Dahulu orang Melayu Indochina berbesan dengan orang Khmer atau Mon.Kahwin campur antara satu sama lain.Sebab itu timbulnya istilah 'orang Siam'.

Orang Kuala atau orang Kanaq sepertimana orang Jakun adalah Melayu Proto merupakan tipikal kaum-kaum Austronesia di Asia Tenggara dan Pasifik.Lihat wajah orang Hawaii atau Samoa.Sebab orang Melayu pandai berniaga,ramah,pandai bertolak ansur dengan orang luar dan tahan lasak (survive) maka mereka lebih ke hadapan dari kaum-kaum Austronesia yang lain seperti Hawaii,Samoa,Tonga,Papua dan sebagainya serta membantu kaum-kaum yang lain rapat dengan orang Melayu supaya lebih maju bersama-sama,contohnya orang Jawa,Bugis,Batak dan sebagainya.

Kaum-kaum Austronesia Timur ini (Hawaii,Tonga,Papua,Samoa dll) tinggal begitu jauh dari orang Melayu menyebabkan mereka kurang mendapat anjakan tamadun manakala kaum-kaum Austronesia Barat seperti Jawa,Bugis,Orang Laut,Bajau,Sulu dan sebagainya mendapat manfaat dari peranan dan keterampilan yang dimainkan oleh raja-raja Melayu dan orang Melayu dalam perdagangan maritim.Siapa duduk rapat dengan orang berilmu,maka dia pun berilmu.Siapa berkawan dengan mat rempit maka dia pun merempit.

Golongan Utrakiasu memang tidak boleh faham semua kronologi dan riwayat Melayu.Sebab mereka memang tidak mahu faham punyerr.

Ini bukan semudah masalah kebanjiran orang Han ke Taiwan(terutamanya ketika Parti Kaomintang kalah dengan Parti Komunis China sehingga menyebabkan pribumi Taiwan makin terdesak ke pedalaman).Ingat,pribumi Taiwan seperti kaum Utsul adalah kaum Austronesia yang bahasanya mirip bahasa Melayu!

Jadi orang Han di Taiwan memang pendatang dan tarikh kedatangan mereka memang boleh dibuktikan sepertimana kedatangan imigran British ke Malaya!

Tetapi bilakah TARIKH KEDATANGAN ORANG MELAYU KE MALAYSIA?Ketika Kesultanan Melaka?Masalahnya Batu Bersurat Terengganu berbahasa Melayu ditulis lama sebelum Kesultanan Melaka naik.Okla,zaman Sriwijaya katakan abad ke 7 Masehi.

Tidak tepat sebab ada prasasti Cham berusia abad ke 2 Masehi yang berbahasa Melayu suku Cham!

Okla...okla...mungkin zaman Funan abad pertama Masehi.

Tidak tepat saudara saudari sebab orang Melayu berbahasa dalam kelompok Austronesia.Jika ingin letak label 'pendatang' kepada Melayu maka kena letak label pendatang kepada orang Hawaii,orang Samoa atau orang Papua juga supaya mereka semua ini adalah pendatang di rantau Asia Tenggara dan Pasifik!

Orang Serani di Melaka contohnya (ada contoh lain yang lebih baik sebenarnya) memang sudah ada di Malaysia zaman-berzaman,tetapi adakah orang Serani di Sulawesi atau Sumatera yang punya bahasa dan budaya sama?Sudah tentu tiada sebab orang Serani di Melaka adalah keturunan Portugis.Maksudnya mereka bukan pribumi.

Jadi sejak bila wujudnya kaum Austronesia dan bahasa Austronesia?

BERIBU-RIBU TAHUN DAHULU!



                    XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX


Petunjuk Rahsia Pada Orang Asli


Sekarang saya mahu beritahu saudara satu lagi bukti orang Melayu adalah pribumi.Saya tinggalkan perkataan ini.

Orang Asli.

Jika saya katakan bahawa orang Jakun atau Temuan itu adalah Proto Melayu atau asal-usul Melayu,mungkin ada yang membantah dan tuduh saya merendah-rendahkan orang Melayu.Tetapi sabar saudara sebab apa yang anda sangka KELEMAHAN ITU SEBENARNYA KEKUATAN YANG PALING AMPUH!

Apa bangsa di dunia yang masih punya bentuk protonya?Suku Arab asli seperti Jurhum sudah pupus.Itu pun bukan zaman Paleolitik.Adakah ada orang proto-Han yang masih hidup dan masih punya komuniti sendiri?Jika ada,adakah bahasanya dapat dikesan mirip bahasa orang Han?Adakah lagi kaum-kaum Anglo,Saxon atau Viking (asal-usul orang Inggeris) yang masih mengekalkan gaya hidup Paleolitik atau zaman purba dahulu?TIADA!

Tetapi orang Melayu bertuah sebab ketika semua bentuk proto bangsa-bangsa di dunia sudah pupus,orang Melayu masih punya bentuk protonya yang asli!

Saya ada melihat foto-foto dalam satu blog yang kelihatan merendah-rendahkan orang Melayu dengan menyamakan orang Melayu dengan orang Asli (digambarkan selekeh dan tidak bertamadun) untuk membuktikan bahawa keturunan merekalah yang 'mentamadunkan' Melayu (mereka mendakwa raja Siam Sam-sam mentamadunkan Melayu).Bagi saya biarlah,sebab saya ada BUKTI KUKUH KEWUJUDAN BANGSA SAYA dari foto-foto itu.Dari mana keturunan Siam Sam-sam datang?Dari planet Zargus?

Hello,kawan...setiap bangsa di dunia MESTI MELALUI ERA PROTO.Proto bermaksud bentuk awal sesuatu bangsa itu seperti era Paleolitik.Senang cakap,mesti jadi ORANG GUA dahulu baru capai tamadun sikit-sikit sampai bina peradaban.

Mana ada bangsa di dunia TIBA-TIBA ZASSSSS! jadi raja-raja bina empayar besar.Bina istana.

Nabi Adam dan Siti Hawa pun turun ke dunia sehelai sepinggang.Terpaksa tutup tubuh dengan pucuk-pucuk kayu.Nabi Adam terpaksa melalui ERA ORANG GUA dahulu sebelum berdikit-dikit maju.Tuhan tidak turunkan Nabi Adam dan Siti Hawa bersama-sama istana syurga dan para pelayannya!

Jadi sekali lagi saya tegaskan setiap bangsa di dunia mesti lalui era PROTO dahulu.

Tetapi bertuahnya ORANG MELAYU MASIH ADA BENTUK PROTONYA KETIKA ERA TEKNOLOGI MAKLUMAT,NANO DAN NUKLEAR!

Jadi jangan fikir Orang Asli tiada kaitan dengan kita.Jabatan Hal Ehwal Orang Asli perlu jaga betul-betul mereka sebab 'mereka sanggup mengekalkan kehidupan masa lalu kita' dan jadi bukti kewujudan orang Melayu sebagai salah satu kelompok Austronesia yang tersohor.

Jika kita malu sebab rupa ingatlah bangsa Viking atau suku Jerman Kuno (proto-English) dahulu tidak secantik Keira Knightley atau sekacak Jude Law iaitu orang Inggeris sekarang.Orang Inggeris yang rupawan akibat kahwin campur dengan orang dari Iberia (Sepanyol,Portugis) atau dengan orang Frank (Perancis) dan Itali.

Lebih penting kita ada bukti bahawa kita pribumi Asia Tenggara dari sebab rupa yang remeh-temeh itu.

Ok,sekarang Srikandi mahu rumuskan keempat-empat pelajaran kita dan apa kepentingannya.


RUMUSAN

Dalam pelajaran pertama saya sudah ajar anda bahawa terdapat satu kelompok bahasa yang amat besar merangkumi Madagaskar hingga ke Pasifik termasuk Asia Tenggara.Dan bahasa Melayu adalah dalam kelompok itu.Ini menjelaskan bahawa KITA BUKANLAH BERSENDIRIAN.Kita ada pengaruh bahasa dan budaya yang AMAT BESAR.Sebab itu jangan berfikir tentang Melayu sesempit GEOGRAFI DARI PERLIS SEHINGGA KE SABAH.Jangan sesekali.Jangan jadi macam pemimpin UMNO.Kita bukan bangsa UMNO.Kita bangsa Melayu!

Bagaimana kelompok bahasa kita punya pengaruh geografi yang besar?Sebab kita dari bangsa yang BESAR.Sebab kita punya PENGARUH YANG BESAR.

SEBAB KITA ADALAH DARI INDUK MANUSIA YANG BESAR!

Induk yang masih mengekalkan kewujudannya.

Kita,bangsa Melayu,bukan seperti Siam Sam-sam yang terhasil dari perkahwinan campur atau 'diMelayukan' akibat akulterasi budaya dan asimilasi secara paksaan atau bukan paksaan.Kita bangsa yang berdiri di atas jatidiri dan konkrit sejarah yang teramat kukuh!

Sebab itu bahasa Siam Pendang (contohnya) tidak punya geografi seluas bahasa Austronesia (yang punya pengaruh Melayu).Bahasa Siam Pendang hanya difahami oleh orang Siam Malaysia sahaja.Orang Mon,Burma atau Thai tidak begitu faham bahasa Siam Pendang ini.Mengapa?SEBAB ITU ADALAH BAHASA SUKU YANG MENCEDOK DAN MENGUBAHSUAI DARI BAHASA-BAHASA BANGSA SEKELILINGNYA!Bahasa Siam Pendang ada campuran perkataan Mon,Khmer,Thai dan Melayu.

Dalam pelajaran kedua,saya jelaskan tentang orang Melayu yang banyak tinggal di pesisir pantai pada zaman dahulu.Ini menjelaskan mengapa di pedalaman Malaysia ada suku Asli yang berbahasa mirip bahasa Mon-Khmer.Bukan sebab Melayu pendatang tetapi ORANG MELAYU MEMANG SUKA DUDUK DI TEPI PANTAI UNTUK MUDAH BERLAYAR.

Orang Melayu mudah ditemui di pantai-pantai Sumatera,Jawa,semenanjung,Indochina,Borneo serta seluruh Kepulauan Melayu.Mereka memang ada di situ sejak beribu tahun,berpindah atau berulang alik dalam kawasan mereka.

Dalam pelajaran ketiga saya sudah jelaskan mengapa ada kaum-kaum Austronesia yang mirip budaya kita dan punya bahasa mirip kita.Sebab kita dahulu adalah kaum Austronesia yang tersohor dan berketrampilan.Kita bina negarakota dan empayar.Kita buka laluan perdagangan laut.Kita bina rangkaian pelabuhan.Sebab itu orang Bajau,orang Laut dan Sulu ada berkongsi budaya dan bahasa dengan Melayu.

Dalam pelajaran keempat saya telah jelaskan bahawa terdapat Abrogine Malay atau Melayu Proto dalam kelompok Orang Asli Malaysia.Ini bermakna orang Melayu adalah pribumi Malaysia dan Asia Tenggara.Orang Austronesia awal biasanya berkulit gelap dan berambut kasar di sebabkan kegiatan lasak mereka di laut dan darat.Selepas berhubungan dengan orang luar,barulah muncul ras Austronesia yang lebih segak.


.......



credit:MisTis

No comments:

Post a Comment